Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA SESI 2013 Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 13/04/2013 Sabtu 8.

45 pagi Makmal ICT

Kehadiran : 1. En. Ahmad bin Jusoh 2. Pn. Hjh.Rohana bt Lahamin@Yaacob 3. Tn. Hj. Azmi bin Bakar 4. En. Hazlan b. Yusof 5. Tn. Hj. Badarudin bin Mohd Khotib 6. En. Mohamad Khaeri bin Md. Salleh 7. En. Mohd Nawi bin Mahmud 8. En. Mohd Taufik bin Md. Alias 9. En. Mohd Nasir bin Taib 10. En. Normanjaya bin Yahya 11. En. Wan Roslan bin Wan Ahmad Rasidi 12. En. Rahmad bin Mohamad 13. Pn. Azlina bt. Ahmad 14. Pn. Hjh. Noridah Bt. Osman 15. Pn. Aieda bt. Ledi 16. Pn. Aishah bt. Idris 17. Pn. Hjh. Norlaila bt. Muda 18. Pn. Isma Azita bt. Ismail 19. Pn. Noraini bt. Mad Isa 20. Pn. Punirah bt Jamaludin 21. Pn. Ruhana bt Ibrahim 22. Pn. Rozana bt. Abdullah 23. Pn. Siti Radziah bt. Ahmad 24. Pn. Siti Hasmahani bt. Ahmad 25. Pn. Suzana bt. Jaafar 26. Pn. Sabarina bt Ibrahim 27. Pn. Siti Zaleha bt. Ayob 28. Pn. Tg. Sharifah bt. Raja Mat Nor 29. Pn. Umi Khasom bt. Noh 30. Cik Zainab bt. Ismail 31. Pn. Noor Aini bt. Abdul Hamid 32. Pn. Norazura bt. Yusof 33. En. Masrudin bin Che Mansor 34. Pn. Sabarina bt Ibrahim 35. Pn. Siti Mariam bt. Othman Tidak Hadir Bersebab : 1. En.Muhammad Shukor bin Mokhti 2. En. Saiful Azlan bin Azimat 3. En. Shafizan bin Abd. Ghani

- Guru Besar - Penolong Kanan Kokurikulum

4. En. Mohd Sunaili bin Abd Rahman

AGENDA : 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke Mesyuarat Guru Kali Kedua sesi 2013. 1.2 Pengerusi melahirkan rasa kehilangan PK 1 yang telah berpencen. Harapan pengerusi agar semua guru dapat memberi kerjasama untuk mengendalikan aktiviti di sekolah. 1.3 Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran guru baru iaitu Pn. Siti Mariam bt. Othman

Tindakan : Makluman semua guru 2.Makluman daripada JPN. 2.1 Kedah dan Sabah merupakan sekolah perintis GTP. Pemantauan akan dilakukan oleh KPPM pada bulan Mei.. 2.2 Semua guru perlu menghayati dan berusaha bersungguh-sungguh bagi merealisasikan ASPIRASI PPD BALING SIK 2015: KE ARAH KEDAH TOP FIVE 2015 untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan. 2.3 PROTIM tahun 4, 5 dan 6 bermula minggu depan. Murid-murid LINUS wajib dijadikan murid PROTIM. 2.4 Plan Transformasi Pendidikan (SISC - SIP ) - Untuk matapelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. - Pemantauan akan dilakukan pada sekolah berprestasi Band 5 dan 6. Tindakan : Makluman semua guru

3. AMANAT KPPM PRU13 3.1 Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1999. Larangan terhadap penglibatan pegawai perkhidmatan pendidikan, staf sokongan dan murid sekolah dalam kegiatan politik antikerajaan. 3.2 Semua kakitangan kerajaan, adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. ( the government of the day). 3.3 Pegawai dan staf sokongan yang didapati ingkar dengan larangan boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tindakan : Makluman semua guru

4.PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU/ BAHASA INGGERIS - MBMMBI 4.1 Gunakan semua bahan yang disediakan untuk p&p

4.2 Penggunaan bilik ICT, PSS dan Bilik Wawasan untuk p&p perlu diperluaskan dan direkodkan penggunaannya. 4.3 MBMMBI merupakan fokus utama pihak nazir.

5.KEWANGAN 5.1 Panitia perlu merancang pembelian BBM dalam mesyuarat panitia pada awal tahun. 5.2 Pembelian perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 5.3 Pemantauan penggunaan BBM perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Tindakan : Semua Ketua Panitia 6. HAL-HAL LAIN 6.1-Puan Hajjah Noridah bertanyakan samada CD PROTIM ada dalam simpanan pihak sekolah. Tuan Guru Besar memberi jaminan akan cuba mencari semula. 6.2 Puan Tg. Sharifah memaklumkan sekolah telah dicalonkan untuk pertandingan Surau 5 Bintang.

7.PENANGGUHAN MESYUARAT 7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.35 pagi.

Disediakan oleh : . ( PN. PUNIRAH BT JAMALUDIN ) SETIAUSAHA MINIT MESYUARAT GURU SK. PULAI

Disahkan oleh : ( EN. AHMAD BIN JUSOH ) GURU BESAR SK.PULAI

Potrebbero piacerti anche