Sei sulla pagina 1di 8

PANDUAN KERJA KURSUS

(PPGPJJ)

SMU 3073 / TRM 3053
KALKULUS ASAS
(Basic Calculus)



Sem 1
2013/14

DR MAZLINI ADNAN
(PENYELARAS KURSUS)
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
Jabatan Matematik




1


1.0 PENGENALAN
Kursus ini membincangkan tentang sejarah dan penggunaan kalkulus. Tajuk-tajuk
yang dibincangkan ialah fungsi, had dan keselanjaran, pembezaan, penggunaan
pembezaan, kamiran, teknik-teknik kamiran dan penggunaan pengamiran.
(This course discusses the history and the application of calculus. The topics that will
be discussed are function, limit and continuity, differentiation, the application of
differentiation, integration, techniques of integration and the application of
integration).

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

1. Menyedari kegunaan kalkulus dalam kehidupan seharian. (A3)
2. Menghubungkaitkan konsep had dalam pembezaan dan kamiran. (C3)
3. Mengenal pasti pembezaan bentuk sesuatu graf dengan menggunakan ujian
menyusut/menokok, ujian terbitan pertama, ujian kecekungan dan ujian
terbitan kedua. (C4)
4. Mencari pembezaan bagi pelbagai fungsi. (C3)
5. Melakarkan graf berdasarkan kaedah yang sistematik. (C3, P3)
6. Memilih dan menggunakan teknik-teknik kamiran yang sesuai. (C5)
Menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pembezaan dan kamiran secara
sistematik. (C5, LL2, CS5)



3.0 PENILAIAN KURSUS


3.1. Pemberatan
Kategori Pemberatan
Kerja kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%






2



3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus
Bentuk Kerja
Kursus
Jenis
Tugasan
Jumlah (%)

Individu
Tugasan 1 dan
Tugasan 2
30%
Ujian On-Line 15 %
E-Forum 15%
JUMLAH 60%



4.0 BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU

i. Kursus SMU 3073 / TRM 3053 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2,
Peperiksaan Pertengahan Semester dan E- Forum.
ii. SEMUA tugasan, Ujian On-Line (Peperiksaan Pertengahan Semester) dan E-
Forum adalah wajib.
iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar
kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam
myGuru3.
iv. Ujian On-Line dilaksanakan secara atas talian, di mana pelajar akan menjawab
soalan yang disediakan dalam suatu tempoh tertentu.
v. Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini
supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak
menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan Arahan Tarikh
Akhir
%

Tugasan 1


Lukiskan peta konsep bagi tajuk berikut (unit dari modul
Kalkulus Asas):
i. Fungsi [2 markah]
ii. Had dan Keselanjaran [2 markah]
iii. Pembezaan [2 markah]
iv. Pengamiran [2 markah]

13 Okt
2013


10

Tugasan 2

1. Rekabentuk yang menonjol pada Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah tingkapnya
yang bercirikan tingkap Norman, iaitu segiempat tepat
yang mempunyai separa bulatan di atasnya. Jika
perimeter bagi sebuah tingkap Norman adalah 8 meter,
apakah dimensi tingkap yang membenarkan cahaya
menembusinya secara maksimum?
[10 markah]
2. Cari luas rantau yang dibatasi oleh bahagian graf-graf
, 6 + = x y
3
x y = dan x y = .
[10 markah]

24 Nov
2013

20





3

Ujian On-
Line
Ujian On-Line akan dilaksanakan secara atas talian pada
minggu ke 9. Setiap pelajar perlu menjawab 10 soalan
berbentuk objektif dan 5 soalan berbentuk
BENAR/SALAH. Soalan yang dikemukakan adalah dari 5
unit yang pertama (UNIT 1 hingga UNIT 5).
Minggu ke
9
15

E-Forum

1. Pensyarah E-Learning bagi setiap kumpulan akan
memuat naik (upload) 4 soalan untuk dibincangkan
bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing
di dalam portal MyGuru 3.

2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut
dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 150
patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah
dalam bentuk hujah yang ilmiah.

3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga
perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya
tiga (3) jawapan yang dikemukakan oleh rakan
sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang
dikemukakan.

4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan.
Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar
mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan
markah kerja kursus yang disediakan.

5. Tajuk-tajuk adalah seperti berikut:

a) Bincangkan bila dan bagaimana anda mengaplikasikan
pengetahuan kalkulus dalam kehidupan seharian.

b) Berikan contoh fungsi yang sering anda gunakan
dalam kehidupan harian. Sebagai contoh:
i) Populasi ialah satu fungsi terhadap masa
ii) Caj penghantaran sesuatu barang melalui pos
adalah satu fungsi terhadap berat barang tersebut.
Apakah yang anda boleh katakan tentang domain dan
julat bagi fungsi yang telah anda nyatakan itu?

c) Bincangkan kepentingan mempelajari had dan
keselanjaran fungsi dalam kalkulus. Seterusnya,
Diberi

> +
< s
< +
=
3 , 27
3 1 ,
1 , 5
) (
3
s as
s bs
s a s
s h
Cari nilai a

and b

sedemikian ) (s h selanjar pada
semua nilai s .
























Minggu 4
(30 Sept -
13 Okt)
Minggu 6
(14 -27
Okt )





Minggu 8
(28 Okt
10 Nov)
























5



5






5




JUMLAH 60


4


5.0 FORMAT PENULISAN TUGASAN


Tugasan 1 : Tiada format yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kreativiti setiap pelajar.

Tugasan 2 : Tiada bilangan mukasurat yang ditetapkan. Anda perlu menjawab kedua-dua
soalan.
Format tugasan 2:
i. Muka depan
ii. Isi kandungan
iii. Jawapan soalan 1
iv. Jawapan soalan 2


























5

6.0 SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS



TUGASAN 1 DAN TUGASAN 2 (30%) E-Forum (15%)
A Menepati format penulisan, isi mencukupi, isi
diolah dan dikembangkan dengan baik, ada
contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang
bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan
kemas. Tiada kesalahan format penulisan dan
bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah
yang cemerlang, penyampaian
yang cemerlang dan kemas,
menarik dan kreatif, idea yang
bernas, ada elemen interaksi yang
baik.
A- Menepati format, isi mencukupi, isi
dikembangkan dengan baik, ada contoh yang
konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun
dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada
kesalahan format penulisan dan bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah
yang baik, penyampaian yang
baik, menarik dan kreatif, idea
yang bernas, ada elemen interaksi
yang baik.
B+ Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan
dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada
kesalahan format dan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah yang
sederhana, penyampaian yang
baik, menarik dan kreatif, idea
yang bernas, ada elemen interaksi.
B Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan
dan ada contoh. Idea disusun dengan baik.
Kesalahan format dan bahasa pada tahap minima
(tidak lebih dari 3 kesalahan).
Tahap perbahasan sederhana,
penyampaian yang baik, menarik
dan idea yang bernas.
B- Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang
baik, menarik dan idea yang bernas.
Ada perbahasan secara ilmiah,
penyampaian yang baik dan
menarik dan ada idea yang kemas.
C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3
perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada
contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain.
Kesalahan format minima (tidak melebihi 3
perkara) dan kesalahan bahasa minima (tidak
lebih dari 5 perkataan).
Ada penjelasan, penyampaian
yang sederhana, Ada idea sendiri
yang baik.
C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara, isi
mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada
Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan
format dan bahasa tidak melebihi 7 perkara.
Tahap perbincangan yang rendah,
penyampaian sederhana dan
sekadar ada, ada idea tetapi kurang
kemas.
D Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak
mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh.
Ada Idea yang diambil dari sumber lain.
Kesalahan format dan bahasa melebihi 8 perkara.
Tidak ada penjelasan,
penyampaian yang tidak berkesan,
idea yang tidak jelas.
E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak
lengkap.
Gagal melengkapkan tugasan pada
masa yang ditetapkan dan tidak
menjawab soalan.









6

7.0 PERHATIAN DAN PERINGATAN!!!!!!!

Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut
arahan Pensyarah E-Learning anda.
Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.
Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan
penghantaran tugasan secara on-line.
Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.
Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line.
Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.
Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah
tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah dan gred anda.
Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Pensyarah E-Learning
bagi kumpulan masing-masing.




















7






RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS





PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014


SMU 3073/TRM 3053 KALKULUS ASAS

TUGASAN 1 / 2





DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON





KUMPULAN : __________________________________________________
PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________________
TARIKH SERAH : __________________________________________________



PEMARKAHAN


LAMPIRAN 1