Sei sulla pagina 1di 11

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI SJK T LADANG TANAH MERAH, 84900 TANGKAK, LEDANG, JOHOR

1.0

NAMA PROGRAM Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan ke Pulau Langkawi, Kedah) bersama murid - murid dan guru anjuran unit kokurikulum sekolah Sjk T Ladang Tanah Merah, Tangkak, Johor. 1.1 PENGENALAN Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Pulau Langkawi ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar berkeperluan khas ini. 1.2 MATLAMAT PROGRAM Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar. Melalui lawatan ini pelajar SJK T Ladang Tanah Merah telah diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya. 1.3 SASARAN PESERTA PROGRAM Sasaran peserta program ialah 38 orang Murid - murid SJK T Ladang Tanah Merah dan dan 6 orang guru termasuk guru besar.

1.4

BILANGAN PESERTA PROGRAM Para peserta terdiri daripada 25 orang murid SJK T Ladang Tanah Merah dan 8 orang alumni, 2 orang staf sekolah dan 6 orang guru termasuk guru besar.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

1.5

TARIKH PROGRAM 12 SEPTEMBER 2013 15 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS - AHAD)

1.6

JANGKA MASA PROGRAM Program ini berlangsung untuk tempoh 4 hari 3 malam

1.7

DESTINASI PROGRAM Galeria Perdana, Underwater World, 4 pulau terkenal, Beras Terbakar, Kereta Kabel, Kota Mahsuri (PULAU LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN)

2.0

OBJEKTIF Objektif Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi, Kedah) ini diadakan ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran serta guru-guru dan ibubapa disamping membentuk kestabilan diri. Memberikan pengetahuan kepada pelajar cara berinteraksi dan menghormati orang luar Memberi ruang kepada pelajar mempelajari dan menghormati adat dan budaya negeri lain Memberi peluang bersiar-siar ke tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi disamping dapat menimba pengetahuan baru. Membina daya tahan pelajar mengharungi perjalanan yang jauh dan mencabar

3.0

PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti lawatan ini bermula pada hari khamis (12 September 2013). Pesertapeserta lawatan berkumpul di stesen bas sekolah SMK Tun Mamat pada pukul 7 malam. Pada pukul 7.30 malam, bas mula bergerak meninggalkan stesen bas sekolah SMK Tun Mamat. Sepanjang perjalanan ke Kuala Perlis.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

Khamis, 12 September 2013 MASA 7.00 malam AKTIVITI Peserta lawatan berkumpul di stesen bas SMK Tun Mamat, Tangkak. Menaiki bas

Jumaat, 13 September 2013 MASA 5.30 pagi 6.30 pagi 8.15 pagi 9.30 pagi AKTIVITI Tiba di Jeti Kuala Perlis Bersarapan pagi Menaiki feri menuju ke jeti Pulau Langkawi Tiba di jeti Pulau Langkawi Mendapatkan bas persiaran yang disediakan oleh ajen. Menuju ke hotel Baron untuk meletak eg masing masing. Sampai jeti untuk aktiviti Island Hopping (4 jam) Pulau Beras Basah Tasik Dayang Bunting Tempat Eagle Feeding Makan tengah hari Balik ke hotel, berehat Singgah di pekan Kuah untuk membeli belah Makan malam Balik ke hotel.

10.30 pagi 11.45 pagi

2.30 tengahari 4.00 petang 6.00 petang 8.00 malam 9.00 malam

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

Rabu, 30 Jun 2010 MASA 7.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi AKTIVITI Sarapan pagi, bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya Menaiki bas ke kilang gamat Sampai di kilang Gamat, melawat tempat membuat minyak gamat, membeli barang barang yang diperbuat daripada Gamat Menuju ke makam Mahsuri, Melawat muzium mahsuri, makam mahsuri dan kampong mahsuri, membeli cenderahati di sana Makan tengah hari Singgah di Cable Car Bersiar-siar disekitar kawasan Cable Car Menuju ke Underwater World Bersiar siar di sekitar kawasan underwater world untuk membeli barang barang bebas cukai dan cenderahati Menuju ke Pasar raya bebas cukai Idaman Suri untuk membeli belah Pulang ke Hotel Baron. Makan malam di bilik hotel.

12.00 tengah hari 12.30 tengah hari 1.30 tengah hari 2.30 tengah hari 4.15 petang

6.00 petang 8.30 malam

Rabu, 1 Julai 2010 MASA 9.00 pagi 11.00 pagi 12.30 tengahari 1.00 tengahari 2.00 tengahari 3.30 petang 5.00 petang AKTIVITI Menaiki bas menuju ke Jeti Pulau Langkawi Menaiki feri menuju ke jeti Kuala Perlis Tiba di jeti Kuala Perlis Mendapatkan bas yang menanti di jeti Kuala Perlis Menuju ke kawasan sekitar UUM untuk makan tengahari Menuju ke Lembah Bujang Sampai di Muzeum Lembah Bujang Menuju pulang ke stesen bas SMK Tun Mamat

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

8.30 petang 9.30

Singgah di R&R untuk makan malam Menuju pulang ke stesen bas SMK Tun Mamat

5.0

PERBELANJAAN SEPANJANG LAWATAN

BIL
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

PERKARA
Kutipan daripada peserta (42 x RM 200) Sumbangan RMT Ubat-ubatan & Plastik Bayaran Bas Package lawatan Makanan ( 13,14,15 /9/2013) Cable car (Bayaran tiket) Makam Mahsuri Under Water World Hotel ( Duit Pulangan) Tiket Feri (Duit Pulangan) Telefon JUMLAH PENERIMAAN JUMLAH PERBELANJAAN BAKI AKHIR

PENERIMAAN PERBELANJAAN
RM RM RM 8400 . 00 3700 . 00 314 . 00 RM RM RM RM RM RM RM RM RM 140 . 00 42. 00 RM 20.00 18 . 60 3400 . 00 6230 . 00 1229 . 00 495 . 00 191 . 00 580 . 00

RM

12,596. 00 RM 12,163 . 60 RM 432 . 40

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

5.0

BATASAN / MASALAH YANG DIHADAPI Tiada masalah yang besar dihadapi sepanjang lawatan ini. Pelajar perlu diberi perhatian

sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada sebarang bahaya. Pelajar ini tidak mengenal erti bahaya. Selain itu, program ini melibatkan ibu bapa pelajar dan ini telah memberi sedikit masalah kepada guru-guru untuk menguruskan pelajar kerana kadangkala terpaksa mengurus ibu bapa tersebut. Walaubagaimanapun, segala masalah dapat dihadapi dan diselesaikan dengan baik.

6.0

CADANGAN UNTUK KECEMERLANGAN PROGRAM Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan pemantauan berterusan banyak membantu kelancaran program tersebut. Bagi meningkatkan tahap pengurusan yang lebih cemerlang dalam program akan datang adalah dicadangan seperti tugasan guru perlu diperincikan agar setiap guru dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. Diharap juga semua peserta lawatan memberi kerjasama yang lebih baik dengan mematuhi setiap arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelajar juga seharusnya lebih kerap didedahkan dengan program luar untuk membiasakan pelajar dengan disiplin dan peraturan lawatan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

7.0

KEBERKESANAN PROGRAM KEPADA PELAJAR Pelajar dapat mengenal dunia luar seperti bentuk muka bumi setiap negeri dan nama

negeri yang dilalui. Sekaligus pelajar dapat menimba pengetahuan baru yang hanya boleh dipelajari daripada subjek Geografi. Selain itu, melalui program ini pelajar dapat pendedahan tentang komunikasi antara sesama mereka serta orang luar. Pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam mataelajaran Matematik seperti penggunaan wang ketika membeli-belah dan membayar harga makanan.. Pelajar berpeluang berkomunikasi dengan orang asing dalam Bahasa Inggeris walaupun tahap bahasa mereka masih rendah. Ini dapat membina keyakinan diri bila berhadapan engan orang luar. Pelajar mula berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan seharian mereka selepas pulang dari lawatan tersebut. Pelajar juga didedahkan kepada menghormati orang yang berada disekeliling mereka. Kerjasama antara pelajar juga terserlah apabila saling bantu-membantu mengurus diri rakan mereka yang lemah. Setiap tempat yang dilawati, pelajar dapat menimba ilmu serta meningkatkan keyakinan diri mereka. Pelajar dapat mempelajari sejarah Langkawi, bentuk muka bumi, dan dapat menikmati keindahan dan keunikan persekitaran Langkawi.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

8.0

SEKITAR AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

10

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

2013

9.0

PENUTUP Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru,

ibubapa dan pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk semangat pelajar untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan menimba ilmu baru serta menikmati persekitaran yang indah sekaligus menghargai persekitaran sekeliling mereka. Harapan kami selaku warga pendidik Program Pendidikan Khas Integrasi agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan anak-anak pendidikan khas.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

CIK. M. VENNILA Setiausaha Lawatan sambil belajar ke Langkawi Sjk T Ladang Tanah Merah

. ENCIK. MOHD NIZAM Penolong Kanan Kokurikulum Sjk T Ladang Tanah Merah

Disahkan oleh :

.. PN. S. KRISHNAVENI GURU BESAR SJK T LADANG TANAH MERAH

11