Sei sulla pagina 1di 27

730710-01-6627

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS2103 LUKISAN TEKNIK DAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

Nama tutor: En. ZULKAFLI BIN ARIFFIN

Pusat pembelajaran: Batu Pahat

MEI 2013 Semester

730710-01-6627

Isi kandungan

Isi

Muka surat

1. 2.

PENGENALAN LUKISAN TEKNIK a. Membina Heptagon sekata dengan diberi panjang sisi Hasilan heptagon b. Lukisan mengikut skala saiz penuh pencontoh titik tangen Hasilan lukisan tangen c. Lukisan unjuran ortografik sudut ketiga Hasilan lukisan ortografik d. Lukisan pandangan isometri Hasilan lukisan isometri e. Lukisan pengorakan Hasilan lukisan pengorakan

2 3 4 5 6 8 9 12 13 16 17 20

3.

LUKISAN BERBANTU KOMPUTER (CAD) a. Lukisan unjuran ortografik sudut ketiga Cetakan lukisan unjuran ortografik b. Lukisan pandangan isometri Cetakan lukisan pandangan isometri c. Salinan CD langkah-langkah lukisan

21 21 22 23 24 25

4.

RUJUKAN

26

730710-01-6627

1. PENGENALAN Lukisan teknik adalah salah satu cara berkomunikasi dalam bentuk bahasa grafik, dalam persekitaran harian mahupun dalam bidang kejuruteraan. Lukisan teknik ini merupakan suatu kaedah bagaimana penyampaian maklumat dalam bentuk grafik dapat diterima dan difahami dengan mudah oleh pemerhati. Simbol atau logo yang standard akan digunakan bagi menyampaikan maksud yang jelas kepada pemerhati. Lukisan dibentuk daripada pelbagai jenis garisan bagi menunjukkan permukaan, pinggir dan kontur sesuatu objek. Kaedah binaan geometri digunakan dalam melakar setiap garisan sama ada lurus, lengkung atau bulatan disambung mengikut. Simbol, dimensi dan butiran mestilah lengkap bagi mentafsir objek atau sesuatu binaan. Pada masa kini kaedah melukis dipermudahkan dengan penggunaan sistem Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD). Namun, sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara manual atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri keboleh hasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan. Di dalam tugasan ini kemahiran membina heptagon, lukisan objek dengan dimensi yang lengkap, unjuran ortografik, tangen, lukisan pandangan isometrik dan pengorakkan serta lukisan terbantu komputer telah meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan lukisan teknik sama ada secara manual atau terbantu komputer ( Autocad ). Terdapat dua jenis lukisan teknik di dalam kejuruteraan. Antaranya ialah lukisan geometri dan lukisan berkaitan. Lukisan geometri ialah lukisan asas yang akan diaplikasikan di dalam lukisan berkaitan. Berikut adalah carta pecahan di antara lukisan geometri dan lukisan berkaitan.

730710-01-6627

Rajah 1: Carta pecahan lukisan teknik SOALAN 1

2. LUKISAN TEKNIK

Lukisan geometri ialah alternatif lukisan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah geometri serta kejuruteraan. Di dalam tugasan ini kemahiran membina heptagon, tangen, unjuran ortografik dalam unjuran sudut ketiga, lukisan pandangan isometrik dan pengorakkan akan diterangkan dan dihasilkan. Berikut adalah cara atau langkah-langkah dalam pembinaan yang menggunakan konsep geometri satah yang akan diterangkan berdasarkan bentuknya. Kepelbagaian jenis garisan yang digunakan dalam lukisan teknik. Penggunaan yang standard ini mewakili penggunaannya dalam sebuah lukisan. Jenis penggunaan garisan yang di gunakan adalah seperti garisan objek, tersembunyi, tengah, dimensi, dan kertas rentas.

730710-01-6627

a) Membina Heptagon sekata dengan diberi panjang satu sisi 50mm Heptagon ialah bentuk yang mempunyai 7 sisi yang dibina dengan menggunakan bentuk asasnya adalah bulatan. Bulatan ini akan dibahagikan kepada 7 bahagian yang sama dan akan membentuk 7 tiga segi tiga yang sama saiz dari segi sudut dan panjang setiap sisi. Berikut adalah langkah-langkah membina heptagon:i. ii. iii. Lukis panjang sisi AB50mm dan dibahagi dua sama dan gariskan satu garisan. Lukis sudut 45 di hujung kiri sisi dan tandakan dengan nombor 4. Lukiskan sudut 60 di hujung kanan sisi pula dan tandakan dengan nombor 6 (guna sesiku set untuk setiap sudut). iv. v. Bahagikan jarak di antara 4 dan 6 dan tanda dengan nombor 5. Setelah itu gunakan jarak di antara 5 dan 6 untuk mendapatkan jarak yang ketujuh dan tandakan dengan nombor 7. vi. Dengan tanda 7 digunakan titik pusat bagi melukis bulatan, lukiskan satu bulatan melalui titik A dan B ( panjang sisi 50 mm). vii. Kemudian gunakan jarak sisi 50mm dan ditandakan kepada 7 bahagian pada bulatan yang dibuat. viii. ix. Lukiskan lengkuk dengan jarak AB pada C, D, E, F, dan G. Lukiskan heptagon sekata dengan menyambungkan garisan-garisan penanda yang bersilang pada ABCDEFG telah dibuat seperti muka surat 5.

730710-01-6627

730710-01-6627

b) Lukisan mengikut sekala saiz penuh pencontoh dengan titik A,B, C, D, E, Dan F ialah titik tangen. Tangen ialah garisan lurus atau lengkuk yang menyentuh dengan sebuah bulatan atau lengkuk lain pada satu titik. Titik ini dipanggil sebagai titik tangen. Mana kala garisan yang menyambung pusat bulatan dengan titik tangen di sebut sebagai garisan normal.

Rajah 2:Pencontoh

Membina tangen di antara satu garisan lurus dengan 2 bulatan disentuh secara dalaman di C Dan B Berikut adalah langkah-langkah membina garisan lurus secara dalaman dua bulatan antara tangen C dan B. i. ii. iii. iv. Lukiskan 2 bulatan yang berjejari J25 dan J20. Bina garisan diameter dengan panjang J25 ke J20 (80). Lukis separuh bulatan dengan diameter 80 tadi. Lukis lengkuk pada titik pusat bulatan J25 dengan jejari J25 + J20 = J50 yang bersilang dengan separuh bulatan ; tandakan titik silang dengan M. v. vi. Lukis garisan dari titik pusat J25 dengan M yang bersilang pada B. Bina garisan selari BM pada titip pusat J20 dan tandakan titik silang pada bulatan J20 dengan C. vii. Sambungkan titik tangen B dengan titik tangen C dengan garisan lurus dalaman.

730710-01-6627

Membina tangen di antara dua buah bulatan A dan F dengan sebuah lengkuk disentuh secara dalaman Berikut adalah langkah-langkah membina garisan lurus secara dalaman dua bulatan antara tangen A dan F.

i. Lukis bulatan dengan jejari J40 . ii. Dengan menggunakan titik pusat R, bina sebuah lengkuk (J110-J40=J70); dengan titik pusat J25, bina sebuah lengkuk (J110-J25=J85). iii. Persilangan antara lengkuk J70 dan J85 tandakan dengan P. iv. Lukiskan lengkuk besar dengan titik pusat P dengan melalui titik tangen A dan titik tangen F yang akan menyentuh secara dalaman antara dua bulatan.

Membina tangen di antara dua buah bulatan D Dan E dengan sebuah lengkuk disentuh secara luaran Berikut adalah langkah-langkah membina garisan lurus secara dalaman dua bulatan antara tangen D dan E.

i. Diberi jejari lengkuk J20. ii. Dengan menggunakan titik pusat J20, bina sebuah lengkuk (J20+J20=J40); dengan titik pusat R, bina sebuah lengkuk (J20+J40=J60). iii. Persilangan antara lengkuk J40 dan J60 tandakan dengan N. iv. Lukiskan garisan lurus yang akan menyentuh bulatan J20dari tanda N dan ditandai dengan D. v. Lukiskan garisan lurus yang akan menyentuh bulatan J40dari tanda N dan ditandai dengan E. v. Lukiskan lengkuk kecil dengan titik pusat N dengan melalui titik tangen D dan titik tangen E yang akan menyentuh secara luaran antara dua bulatan.

Berikut adalah hasil tangen garisan lurus bersentuh secara dalaman, tangen garisan lengkuk bersentuh secara dalaman dan tangen lengkuk bersentuhan secara luaran yang dibuat seperti dalam muka surat 8.

730710-01-6627

730710-01-6627

2. UNJURAN ORTOGRAFIK Unjuran ortografik adalah satu sistem lukisan bagi suatu objek yang dilukis dalam paparan 2D (2 dimensi).Objek yang dilukis dipandang pada suatu sudut tepat dan diunjurkan dengan satah serenjang. Persembahan ortografik adalah berbeza mengikut bidang tertentu. Contohnya, dalam persembahan lukisan mekanikal atau mesin, biasanya ia dilukis dalam dua atau tiga pandangan dan bagi lukisan bangunan, ia boleh mewakili empat atau lima pandangan mengikut kesesuaian di samping lukisan keratan dan pemasangan. Dua jenis unjuran dalam unjuran ortografik yang biasa digunakan iaitu unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga. Dalam tugasan ini, lukiskan adalah dalam saiz penuh dengan dimensi yang lengkap dalam unjuran ortografik sudut ketiga pandangan-pandangan berikut:

i. ii. iii.

Pandangan atas atau pelan mengikut arah anak panah C Pandangan hadapan mengikut arah anak panah A Pandangan sisi mengikut arah anak panah B
C

27

Rajah 3

c) Lukisan unjuran ortografik sudut ketiga Arah A ialah pandangan hadapan, arah B ialah pandangan sisi dan arah C ialah pandangan pelan. Untuk melukis pandangan sisi, jika arah pandangan dari sebelah kiri, ia akan dilukis pada sebelah kiri. Ini adalah merupakan kaedah melukis unjuran sudut ketiga di

730710-01-6627

mana berdasarkan pandangan sisi objek dan pandangan pelan hendaklah berada di atas dan diikuti di bawah pandangan hadapan objek. Berikut adalah susunan lukisan dalam unjuran ortografik mengikut unjuran sudut ketiga(rajah 4.

Rajah 4: Unjuran ortografik

Berikut adalah langkah-langkah lukisan objek dalam unjuran ortografik mengikut unjuran sudut ketiga; i. Lukiskan objek lengkap dengan dimensi yang diberi dari sudut sisi pandangan B. ii. Kemudian unjurkan ukuran objek dari pandangan B ke atas melalui garisan sudut 45 ke petak sukuan pertama iaitu lukisan objek pandangan pelan (pandangan C). Unjuran tersebut dengan menggunakan garisan binaan. iii. Setelah itu unjurkan ukuran objek dari pandangan B ke kanan; ke petak pandangan hadapan A dengan garisan binaan. iv. v. Lukiskan objek dengan dimensi lengkap pada pandangan hadapan A. Dari objek pandangan hadapan A; ujurkan garisan binaan ke atas dengan lengkap ke petak sukuan pertama. vi. Dengan titik persilangan garisan binaan dari pandangan sisi C dan garisan binaan dari pandangan hadapan A, maka bina objek dengan dimensi lengkap bagi mendapat hasil pandangan pelan C.

10

730710-01-6627

Hasil lukisan unjuran ortografik yang dijelaskan di atas adalah seperti lakaran dalam muka surat 12.

11

730710-01-6627

12

730710-01-6627

3. LUKISAN ISOMETRI Lukisan isometrik digunakan untuk menunjukkan objek 3 dimensi daripada sudut pandangan tertentu yang selari dengan 3 paksi utama yang diberi ukuran kelebaran, ketinggian dan kedalamannya. Lukisan isometri adalah satu jenis lukisan bergambar (pictorial drawing), di mana boleh melihat ketiga-tiga permukaan suatu objek itu dengan serentak. Kebiasaannya, jika seseorang individu itu boleh melukis unjuran ortografik berdasarkan lukisan isometri yang di beri, maka sudah tentunya ia boleh menghasilkan lukisan isometri berdasarkan unjuran ortografik yang di beri sama ada dalam unjuran sudut pertama ataupun yang ketiga. Adalah amatlah penting memahami konsep binaan unjuran dalam ortografik, paksi isometri, arah pandangan, garisan yang digunakan dan bulatan didalam isometri.

d)Lukisan pandangan isometri Soalan tugasan seperti dalam rajah 5, dikehendaki membina lukisan pandangan isometri bagi objek tersebut mengikut arah P yang di unjur dalam unjuran sudut ketiga.Saiz petak grid ialah 10mm X 10mm dan butiran terlindung tidak perlu dilukis.

Rajah 5 Oleh itu, sebelum lukisan isometri dilukis, beberapa maklumat ciri-ciri lukisan isometri perlu di kenal pasti untuk menghasilkan lukisan tiga dimensi ini. Antaranya ialah seperti paksi isometri, kedudukan arah pandangan lukisan isometri, garisan-garisan isometri, dan bulatan untuk lukisan isometri.

13

730710-01-6627

Paksi Isometri Paksi isometri adalah dalam kedudukan 120 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.Paksi ini dikenali sebagai paksi normal. Oleh itu kedudukan paksi juga adalah penting untuk membentuk lukisan isometri.

120

Rajah 6: Paksi normal isometri Kedudukan Arah Pandangan Lukisan Isometri Kedudukan arah pandangan untuk lukisan isometri boleh ditentukan dengan dua kaedah seperti berikut: i. ii. Titik terendah; dan Anak panah.

14

730710-01-6627

Oleh itu, berdasarkan soalan di beri lukisan isometri di lukis dari pandangan anak panah P. Ciri-ciri lukisan isometri seterusnya ialah penerangan mengenai garisan yang digunakan di dalam lukisan isometri seperti garisan isometri dan garisan bukan isometri. Bulatan dalam Lukisan Isometri Bulatan dalam isometri boleh dilukis dengan menggunakan kaedah empat sepusat. Di sini, sisi rajah segi empat di lukis adalah mengikut saiz diameter bulatan yang akan dilukis. Berdasarkan Rajah 7, menunjukkan langkah-langkah untuk melukis bulatan isometri dengan menggunakan kaedah empat sepusat. i. ii. Diberi saiz bulatan isometri dengan diameter D seperti dalam Rajah 7(a). Kemudian, lukiskan sebuah rajah segi empat isometri ABCD yang sisinya adalah jarak D seperti dalam Rajah 7(b). Tandakan titik 1, 2, 3 dan 4. iii. Seterusnya lukiskan garisan serenjang A2, A3, C4 dan C1 sebagai garisan pembahagi seperti dalam Rajah 7c). iv. v. Dengan menggunakan pusat A dan C, lukiskan lengkuk R seperti dalam Rajah 7 (d). Dengan menggunakan pusat P dan Q, lukiskan lengkuk K seperti dalam Rajah 7(e).

Rajah 7: Melukis bulatan isometri dengan kaedah empat sepusat Dengan berpandukan maklumat lukisan isometri yang diperjelaskan tadi, ianya akan memudahkan langkah-langkah untuk membina sebuah lukisan isometri berdasarkan soalan tugasan dengan melukis objek dalam rajah 5. Berikut adalah hasilan lukisan isometri bagi tugasan di beri pada muka surat 16.

15

730710-01-6627

16

730710-01-6627

4. LUKISAN PENGORAKAN Pengorakan bagi suatu objek bermaksud bentuk permukaan objek dibentangkan secara rata pada satu satah. Kebiasaannya, pengorakan ini diguna pakai di dalam bidang pembuatan. Terdapat banyak objek yang diperbuat daripada kepingan bahan logam seperti keluli, aluminium, besi galvani dan sebagainya. Antaranya ialah seperti saluran penyaman udara, tangki air, serombong paip dan sebagainya. Oleh itu, untuk menghasilkan objek ini, kepingan logam perlu dipotong mengikut bentuk corak objek tersebut. Corak itu akan dilipat atau dibentuk mengikut corak pengorakan objek itu dilukis bagi mendapatkan bentuk objek yang sebenar. Bahagian titik pertemuan sambungan objek itu dikenali sebagai klim. Konsep Pengorakan Pengorakkan ialah permukaan yang dibentangkan secara rata pada satu satah yang dibuka pada sambungan yang dikenali sebagai klim. Rajah 8 menunjukkan bentangan permukaan bagi beberapa bentuk objek. Bentangan rata ini dipanggil sebagai pengorakan.

Rajah 8: Pembentangan pengorakan

e)Lukisan pengorakan Pengorakan suatu objek boleh dilakukan dengan menggunakan tiga kaedah seperti kaedah selari, jejarian dan segi tiga. Berdasarkan soalan tugasan yang diberi, di minta untuk melukiskan pengorakan bagi objek tersebut mengikut kedudukan klim KK yang diberi. Oleh

17

730710-01-6627

itu, antara kaedah pengorakkan yang di pilih ialah kaedah selari. Berikut adalah penerangan mengenai pengorakkan prisma segi heksagon terpenggal secara kaedah selari. Membina pengorakanprisma segi heksagon terpenggal

Rajah 9. Berpandukan Rajah 9, berikut adalah cara-cara untuk membina pengorakan prisma segi heksagon terpenggal. i. ii. Bina bulatan dengan jejari J26. Dengan menggunakan jejari J26 lukiskan lengkuk kecil berpusatkan pada titik pusat K dan labelkan a. iii. Maka akan dapat panjang satu sisi heksagon iaitu Ka; lukis sisi yang seterusnya dan dilabelkan dengan b, c, d, dan e. iv. Unjurkan garisan binaan dari bentuk heksagon ke bawah bagi mendapatkan bentuk lukisan prisma. v. Labelkan prisma itu. Klim berada dipinggir bertanda K seperti dalam Rajah 9; bahagian lain pandang di atas di label a`, b`, c`,d` dan e`. Bahagian tapak prisma di label dengan 1`, 2`, 3`, 4`, dan 5`. vi. Lukiskan garis bentangan yang diunjurkan dari pandangan hadapan serenjang dengan paksi prisma. Seterusnya tetapkan kedudukan kelima K di sebelah kiri pengorakan. Tandakan jarak panjang sisi heksagon yang boleh diperolehi

18

730710-01-6627

daripada pandangan atas. Lukiskan garisan tegak dari setiap titik 1, 2, 3, 4, dan 5 telah di buat. vii. Unjurkan garis binaan dari pandangan hadapan yang selari dengan garis bentangan untuk mendapatkan penjuru pada pengorakan. Sambungkan garisan objek pengorakan untuk mendapatkan hamparan pengorakan tersebut.

Berikut adalah pengorakan selari untuk prisma segi heksagon terpenggal muka surat 20.

19

730710-01-6627

20

730710-01-6627

SOALAN 2 (LUKISAN VERBANTUKAN KOMPUTER)

Lukisan Terbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) merupakan satu perisian komputer yang digunakan bagi membantu menyelesaikan masalah kejuruteraan yang berkaitan dengan aspek seperti lukisan mekanikal, lukisan elektrikal, lukisan kejuruteraan awam dan seni bina. Namun demikian, penggunaannya tidaklah terhad kepada bidang yang tersebut sahaja, ia juga digunakan dengan meluas dalam bidang-bidang lain seperti reka bentuk fesyen, topografi, reka bentuk industri dan lain-lain. Sistem ini mampu menghasilkan lukisan yang berkualiti, tepat dan menjimatkan kos. Dalam tugasan ini, perisian AutoCAD akan digunakan untuk melukis unjuran ortografik sudut ketiga dan lukisan pandangan isometri.

a) Melukis pandangan atas dan pandangan hadapan serta melengkapkannya dengan pandangan sisi dalam unjuran ortografik sudut ketiga. Setiap lukisan pandangan dengan 2 demensi utama.

Berikut adalah hasil cetakkan lukisan unjuran ortografik pada muka surat 22 dan langkah-langkah binaannya dalam salinan CD.

21

730710-01-6627

22

730710-01-6627

b) Lukisan pandangan isometri dari sudut pandangan X dengan 6 dimensi utama Berikut adalah hasil cetakkan lukisan pandangan isometri pada muka surat 24 dan langkah-langkah binaannya dalam salinan CD.

23

730710-01-6627

24

730710-01-6627

c) Salinan CD langkah-langkah melukis lukisan unjuran ortografik dan lukisan pandangan isometri

25

730710-01-6627

4. RUJUKAN Hatta Ismail, Siow Hing Siong, Zahariah Hj Abdul Kadir & Chow Keng Boon (2012). HBLS2103 Lukisan Teknik dan CAD.Open University Malaysia. Mohd Imran Ghazali & Shukur Abu Hassan (2002). Mekanik Kejuruteraan : Statik - Teori, Contoh Penyelesaian dan Masalah - Jilid 2.Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Fadzil Daud(2005).Panduan Asas Lukisan Kejuruteraan Edisi Kedua. Penerbit UTM Press Jamaluddin Mohd Taib, Khairul Anwar Hanafiah & Mohd Fadzil daud(2006). Reka Bentuk Berbantu Komputer - Asas Pemodelan. Penerbit UTM Press Ir. Sofi Ansori(2007). Menjadi Mahir Denan AutoCAD 2007. Penerbit Pt Elex Media Koputindo.

26

Potrebbero piacerti anche