Sei sulla pagina 1di 9

1

ECG222 Tugasan

School of Education and Cognitive Science

ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

Tugasan

2
ECG222 Tugasan

Pengenalan Panduan ini menerangkan dengan terperinci Tugasan untuk kursus ini. Tujuan panduan ini ialah untuk memastikan bahawa semua pelajar serta Fasilitator Akademik mempunyai maklumat yang sama tentang apa yang dikehendaki. Tugasan ini merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kurusus ini. Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi; iaitu kebolehan anda mengaplikasai prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada. Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan Fasilitator Akademik menilai hasil kerja anda.

Penulisan Akademik Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifk yang menjawab secara sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan kepada idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak terpengaruh dengan pegangan sendiri (kecuali tajuk menggalakkan penulis memberi pandangan atau merupakan sesuatu refleksi peribadi), gunakan data yang diperolehi untuk menyokong sesuatu soalan atau hipotesis. Secara ringkas sesuatu Penulisan Akademik mempunyai ciri-ciri berikut: Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas. Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian. Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti. Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu. Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

3
ECG222 Tugasan

TUGASAN

Tarikh Penyerahan: Pemberatan: 40%

Tutorial 3

PENGENALAN Tugasan ini terdiri daripada Bahagain A dan Bahagian B BAHAGIAN A: (10%) Tulis satu esei ringkas bertajuk: Pengetahuan Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Penting bagi Seorang Guru Sekolah Rendah: Bincangkan Kaitan teori-teori kognitif yang dibincangkan dalam kursus ini dengan amalan dalam bilik darjah Berikan contoh-contoh relevan untuk menyokong jawapan anda. Format esei ditentukan oleh anda Panjang esei 3 halaman [1.5 langkau Font saiz 12 Times Roman]

BAHAGIAN B: (30%)

Pemikiran Kanak-Kanak Praoperasi dan Konkrit Tujuan: Tugasan ini bertujuan untuk membolehkan anda membuktikan perbezaan pemikiran kanak-kanak pada tahap praoperasi dan tahap konkrit dengan menggunakan tiga jenis tugas konservasi. Baca Bab 3: Perkembangan Kognitif Piaget & Vygotsky Tonton klip-klip video untuk membantu anda dalam Tugasan ini

Ingat: Anda bukan main silap mata atau cuba mengajar kanak-kanak tentang konservasi. Tujuan anda ialah untuk memerhati dan merekod jawapan kanak-kanak berkenaan tugas-tugas yang diberikan. Kaedah: a) Kenal pasti DUA kanak-kanak seorang berumur kira-kira 5 tahun dan seorang lagi berumur 7 hingga 8 tahun. b) Dengan menggunakan tugas-tugas konservasi Piaget, tadbirkan TIGA tugas kepada setiap kanak-kanak yang dipilih.

4
ECG222 Tugasan

c) Bandingkian respon kanak-kanak berumur 5 tahun dengan respon kanakkanak berumur 7-8 tahun bagi setiap tiga tugas. d) Rekod setiap jawapan kanak-kanak (gunakan iPad anda untuk merekod audio) e) Anda boleh gunakan apa jua bahasa pun semasa menjalankan eskperimen tersebut (Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin atau Tamil) f) Pilih satu tempat yang senyap, meja dan kerusi untuk menyusun bahan-bahan dan menjalankan eksperimen anda. Ikut penyusunan meja seperti di Rajah 1. g) JANGAN SEBUT, Ini adalah Ujian
h) SETIAP TUGAS HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN SEORANG KANAKKANAK BERUMUR 5 TAHUN DAN DIULANG DENGAN SEORANG KANAKKANAK BERUMUR 7-8 TAHUN.

i) Anda boleh gunakan kanak-kanak yang sama atau kanakkanak berlainan.

Tugas 1: Konservasi Jism Bahan: Gunakan DUA ketul plastisin dan membentuknya supaya kedua-dua ketul itu mempunyai saiz (kuantiti) yang sama (Lihat Rajah 1). Kaedah: Langkah 1: Tunjukkan kepada subjek kedua-dua ketul plastisin. Tanya subjek sama ada kedua-dua ketul plastisin it sama banyak (perkataan yang penting ialah banyak) Tunggu sehingga subjek bersetuju yang kedua-dua ketul itu sama banyak. o Tanya subjek mengapa dia mengatakan kedua-dua ketul plastisin itu sama banyak.
Subjek Subjek

Ketul plastisin

Penyelidik Rajah 1

Penyelidik Rajah 2

Rajah 1

Rajah 2

5
ECG222 Tugasan

Langkah 2: Kemudian ambil satu ketul palstisin dan membentuk satu bentuk yang panjang seperti di Rajah 2 dihadapan subjek. Tanya subjek manakah ketul platisin itu lebih banyak [perkataan penting ialah lebih banyak]. Rekod segala yang disebut subjek serta pemerhatian anda.

Tugas 2: Konservasi Cecair Bahan: Anda memerlukan 2 gelas yang sama saiz & bentuk dan 1 gelas yang bercorong panjang. Kaedah: Isikan kedua gelas yang sama saiz dengan air. Pastikan air dalam kedua-dua gelas itu sama banyak. Lihat Rajah 3(a) Tanya subjek sama ada air dalam dua gelas tersebut adalah sama banyak. Betulkan isi padu dalam gelas-gelas berkenaan sehingga subjek bersetuju bahawa air dalam kedua-dua gelas itu sama banyak. Selepas itu, ambil satu gelas dan tuangkannya ke dalam gelas yang bercorong panjang Lihat Rajah 3(b) Kemudian, tanya subjek sama ada air dalam kedua-dua gelas yang berlainan bentuk itu sama banyak atau satu gelas mempunyai lebih banyak air Lihat Rajah 3(c). Jika subjek menjawab tidak sama, minta subjek nyatakan gelas manakah yang mempunyai air yang banyak. Minta subjek memberi penjelasan mengapa gelas yang bercorong panjang mempunyai lebih banyak air. Rekod segala yang disebut oleh subjek dan perhatikan tingkahlaku subjek.

Rajah 3

6
ECG222 Tugasan

Format Laporan a) Pengenalan: - 4 markah [2 halaman] Keterangan ringkas tentang kanak-kanak yang terlibat dalam kajian unur yang tepat, jantina, kelayakan tertinggi bapa, kelayakan tertinggi ibu Teori Piaget tahap praoperasi dan tahap konrit Matlamat Kajian: Contohnya, anda ingin tahu, Adakah terdapat perbezaan di antara ............... b) Pengumpulan dan Analisis Data 16 markah [12 halaman termasuk gambar] Jelaskan apa yang anda lakukan Rekod perbualan di antara anda dengan subjek (kanak-kanak) Contoh: o Penyelidik: Perhatian dua gelas ini dan beritahu sama ada........ o Kanak-Kanak: Sama banyak o Penyelidiak: Sekarang, adakah gelas-gelas ini mempunyai air yang sama. o Kanak-Kanak: Yang ini lebih banyak air o Penyelidik: Boleh kamu beritahu mengapa Pastikan anda merekod proses penakulan kanak-kanak yang dikaji. Ambil gambar setiap eksperimen yang jalankan penyelidik dan kanakkanak. Gunakan iPad untuk mengambil gambar. c) Interpretasi 7 markah [3 halaman] Contoh:
Adakah terdapat perbezaan di antara pelajar 5 tahun dan pelajar 7 tahu? Mengapa? Apakah anda dapat tafsirkan tentang pemikiran kanak-kanak? Mengapa kanak-kanak berumur 5 tahun tidak berjaya berbanding dengan kanakkanak 7 tahun? Apakah tugas-tugas yang sukar bagi kanak-kanak?

d) Kesimpulan 3 markah [2 halaman] o Sejauh manakah kajian ini menyokong teori Piaget?

7
ECG222 Tugasan

Penyerahan Tugasan Serahkan Tugasan anda kepada MyPLS secara online sebelum atau pada Tutorial ke 3 Rujuk kepada Panduan Penyerahan Online. Sila gunakan muka hadapan seperti dilampikan dan jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK.

Format Tugasan Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing) Gunakan Font New Times Roman, saiz 12

Plagiarisme Apa itu PLAGIARISME? Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar. Selaras dengan Seksyen 14.0 Academic Offence, dalam Buku Panduan Peraturan Universiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaa orang lain yang bermaksud seperti berikut: Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwah bahawa ia adalah hasil ciptaan sendiri. Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber, Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk gambaraj, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya. Penyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih kursus.

Bagaimana saya boleh elak daripada PLAGIARISME?

8
ECG222 Tugasan

Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik mempunyai rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan. Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinayatakan dalam kurungan. Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat

segala rujukan.
Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang anda boleh gunakan tanpa hak cipta.

c) Rujukan Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan diakhir tugasan anda di bawah seksyen RUJUKAN. Berikut ini ialah kaedah membuat Rujukan. Daripada Jurnal DuFour, R. (2002). The learning-centred principal: Educational Leadership, 59(8). 12-15. Daripada Online Jurnal Evnine, S. J. (2001). The universality of logic: On the connection between rationality and logical ability [Versi Elektronik]. Mind, 110, 335-367. Dariapada Halaman Web atau Halaman Sesawang National Park Service. (2003, February 11). Abraham Lincoln Birthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003, from http://www.nps.gov/abli/ Daripada Buku Naisbitt, J. and Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London: Pan Books. Dariapda Bab dalam Buku Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J. Sternberg (Eds), Teaching thinking skills: Theory and practice. New York: W.H. Freeman and Company. 27-37. Daripada Akhbar Holden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82: Matchless stylist of pop. The New York Times, pp. A1, A22-A23.

------------oooo------------

9
ECG222 Tugasan

TUGASAN SEPTEMBER 2013 SEMESTER


KOD KURSUS ECG 222

NAMA KURSUS

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN