Sei sulla pagina 1di 24

PENGENALAN

Diafragma bukan sahaja berfungsi sebagai otot pernafasan bahkan ia juga bertindak sebagai penyekat dan pembahagi tubuh manusia kepada dua bahagian iaitu abdomen di bawah dan toraks di atas. Di dalam ruang toraks terletak organ-organ penting, di antaranya peparu, jantung dan arota ( arteri yang terbesar ). Memelihara keselamatan organ-organ ini dari kecederaan merupakan fungsi rangka tulang-tulang rusuk yang menyerupai pemegang baldi, dari tulang vertebra di belakang ke tulang sternum di hadapan. Kedudukan tulang-tulang toraks bolehlah dibandingkan sebagai sebuah sangkar.

1. ANATOMI PEPARU

Peparu terletak di sebelah kiri dan kanan toraks sambil mengapit jantung dan arota yang memenuhi ruang di belakang tulang sternum. Dinding dalam toraks dan peparu diselaputi oleh membran pleura. Ruang di antara peparu dan dinding toraks dikenali sebagai kaviti pleura yang boleh ditakungi dengan darah, nanah dan udara jika peparu berpenyakit atau cedera. ( sila rujuk Rajah 1 dan 2 di bawah )

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

Rajah 1 : peparu

Gambar

Rajah 2 : Anatomi Toraks

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

2. FUNGSI PEPARU

Fungsi utama peparu ialah sebagai organ pernafasan. Kita menyedut dan mengehembuskan udara supaya oksigen dapat dibawa masuk ke dalam peparu dan karbon dioksida dapat dibuang ( gas karbon dioksida merupakan hasil sampingan proses respirasi ). Pernafasan tidak serupa seperti respirasi. Respirasi merupakan proses di mana oksigen dan karbon dioksida ditukarkan dalam peparu dan seterusnya dalam sel-sel badan.

Apabila kita bernafas, udara dibawa masuk menerusi hidung dan mulut melalui salur utama udara dan terus menuju ke peparu. Dalam peparu, udara masuk ke seluruh rangkaian laluan udara yang berakhir ke dalam pundi udara yang halus iaitu alveolus. Di sini, oksigen akan diserap oleh darah. Udara yang mengandungi karbon dioksida, kemudiannya dihembus keluar ketika kita mengembus nafas. Proses ini membolehkan udara segar yang mengandungi oksigen masuk ke dalam peparu terus-menerus apabila kita bernafas. ( Sila rujuk Rajah 3 di bawah )

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

Rajah 3 : Peparu sebagai organ pernafasan

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

2.1 Proses Pernafasan

Pernafasan terdiri daripada tiga peringkat iaitu pernarikan nafas ( inspirasi ), penghembusan nafas ( ekspirasi ) dan berhenti sejenak. Apabila kita menarik nafas, otot-otot dalam dada mengembangkan isipadu dada bagi menarik udara masuk ke dalam peparu. Apabila mengembuskan nafas, dinding dada yang kenyal memperoleh semula kedudukan yang normal dan udara ditolak keluar itu sentiasa tertinggal dalam peparu supaya oksigen sentiasa hadir untuk keperluan darah.

Rajah 2.1 (a) : Peparu mengembang semasa penarikan nafas

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

Rajah 2.1 (b) : Kedudukan peparu kembali normal semasa pengembusan nafas Pernafasan dikawal oleh pusat respirasi dalam otak. Tiada daya yang diperlukan untuk bernafas, sungguhpun dalam keadaan normal. Secara sukarela kita boleh mengubah kadar dan kedalaman pernafasan. Seseorang dewasa lazimnya bernafas lebih kurang 16 kali seminit. Kanak-kanak bernafas 20 30 kali seminit. Kadar ini mungkin bertukar ( biasanya meningkat ) oleh pusat respiratori sebagai satu tindakbalas terhadap tekanan, latihan fizikal, kecederaan atau sakit.

Udara adalah campuran gas-gas yang terdiri daripada 80% nitrogen dan 20% oksigen. Hanya sebahagian sahaja oksigen ini telah digunakan oleh proses

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

respirasi. Oleh itu udara yang kita hembuskan keluar masih mengandungi 165 oksigen, di samping terdapat sejumlah kecil karbon dioksida. Aras oksigen dalam udara hembusan nafas adalah cukup untuk memulihkan pernafasan orang lain.

3. KECEDERAAN PEPARU

Kecederaan peparu boleh menumpahkan darah sama ada di kaviti pleura ( lapisan membran ) atau ke bronkus. Darah atau udara di kaviti pleura menyempitkan kawasan yang biasanya dipenuhi peparu menyebabkan gangguan kepada perkembangan peparu dalam proses pernafasan. Mangsa mulai bernafas dengan laju dan sesak yang semakin cemas. Oleh sebab kekurangan oksigen, bibir dan lidah menjadi kebiruan. Darah yang tumpah ke bronkus bercampur dengan udara dan akan keluar sebagai batuk darah berbuih.

3.1

Kecederaan Tikaman

Senjata yang kerap terbabit dalam kecederaan ini ialah pisau, keris dan besi tajam yang digunakan dalam pergaduhan berkumpulan atau perseorangan. Luka tikaman kecil dan kadangkala dijangka tidak dalam berkemungkinan mempunyai komplikasi yang amat serius andainya luka menghisap terjadi. Di waktu sedutan nafas, udara ikut masuk ke dalam toraks melalui lubang luka dan mengkin berbunyi. Lubang luka pula berfungsi sebagai injap dan tidak

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

membenarkan udara keluar dari kaviti pleura di waktu hembusan nafas. Akibatnya udara makin berkumpul di ruang pleura dan mengancam pernafasan.

Kadangkala tekanan meningkat sehingga ke suatu tahap yang menyebabkan timbul satu kesan kepada peparu yang tidak tercedera. Tekanan ini juga mungkin menghalang pengisian semula darah ke dalam jantung yang secukupnya. Gejala ini melemahkan sistem peredaran darah dan menyebabkan renjatan. (Sila rujuk Rajah 3.1).

Rajah 3.1 : Kecederaan peneumohemotoraks akibat tikaman

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

Tanda-Tanda Di antara tanda-tandanya adalah seperti berikut : Pernafasan yang sukar dan sakit. Kemungkinan pernafasan juga cepat, pendek dan tidak teratur. Perasaan cemas yang teruk.

Kemungkinan juga terdapat tanda-tanda lain seperti : Renjatan atau kejutan Lebam birat pada mulut, kuku dan kulit Satu perasaan yang bergetar pada kulit berhampiran dengan tempat luka disebabkan oleh udara dalam tisu-tisu Darah keluar dari luka Dalam kes-kes yang tertentu, kedengaran bunyi udara yang sedang disedut ke dalam dada apabila mangsa itu meanrik nafas.

Rawatan

Tutup segera lubang luka dengan memicit bibir luka itu kuat-kuat ataupun menekan lubang luka dengan tapak tangan sementara menanti pembebatan dan pembalutan yang sempurna. Baringkan pesakit dengan bersandar kepala dan belakangnya sambil mengiring ke sebelah dada yang tercedera. Baring bertelentang akan merumitkan lagi pernafasan dan menggalakkan darah di

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

bronkus mengalir ke paru-paru di sebelah lagi. Harus dingat bahawa, pesakit masih boleh bernafas dengan memuaskan melalui sebelah peparu yang berfungsi baik.

Bebat dan balutkan luka dengan kain berlapis tebal dan cukup besar, betul-betul melindungi lubang luka. Jika ada, gunakanlah plaster yang lebar untuk mengemaskan pembebatan. Rawat mangsa untuk mengelakkan serangan renjatan, jika perlu.

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

10

Jika mangsa tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan kadar denyutan nadinya. Kemudian bersedialah untuk melakukan pemulihan pernafasan. Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan ( sila rujuk rajah dibawah ). Barigkan dia pada bahagian yang tercedera. Ini akan membantu peparu yang tidak tercedera untuk berfungsi dengan lebih sempurna. Akhir sekali segerakan pengangkutan pesakit ke hospital.

Rajah 3.1c : Mangsa dalam kedudukan pemulihan

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

11

3.2

Keretakan Sangkar Rusuk

Keretakan tulang rusuk mungkin berpunca dari pukulan yang tepat atau tidak tepat yang dihasilkan dari kecederaan terhimpit. Jika keretakan menjadi rumit oleh satu luka yang tembus atau kecederaan dada, maka pernafasan akan menjadi lemah dengan serius.

Jika pelbagai keretakan tulang rusuk memisahkan sebahagian dinding dada, bahagian ini akan bergerak ke dalam bila mangsa itu menarik nafas dan bergerak keluar bila mangsa tersebut mengembuskan nafasnya keluar bertentangan dengan pergerakan dada yang normal. Keadaan pernafasan paradoxical ini menghasilkan kesesakan nafas yang teruk.

Rajah 3.2 : Kecederaan tulang rusuk

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

12

Tanda-Tanda Terdapat tanda-tanda berikut bergantung pada ketenatan mangsa :

Kesakitan yang tajam pada tempat kecederaan. Sakit bila bernafas. Pernafasan mangsa menjadi pendek. Pernafasan yang paradoxical. Luka yang terbuka pada keretakan. Menerusi luka ini kita mungkin dapat mendengar udara disedut ke dalam rongga dada. Ciri-ciri pendarahan dalaman dan renjatan.

Rawatan Bagi tulang rusuk yang retak : Sokong anggota pada bahagian yang tercedera dengan meggunakan sling lengan . Kemudian bawalah mangsa ke hospital. ( sila rujuk rajah di bawah )

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

13

Bagi pelbagai keretakan atau retak terbuka : Tutup dan tampal sebarang luka pada dinding dada. Baringkan mangsa itu. Mangsa kecederaan mungkin akan berasa selesa jika berada dalam keadaan separuh duduk dengan kepala dan bahu serta badan sendeng ke arah bahagian yang tercedera. Sokonglah anggota yang tercedera dengan menggunakan sling pengangkat.

Jika mangsa tidak sedarkan diri atau pernafasannya menjadi sesak dan bising, letakkan beliau dalam posisi pemulihan dengan bahagian yang tercedera ke atas Akhir sekali dail 994 untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans.

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

14

3.3

Kecederaan Peluru

Peluru yang menembusi toraks boleh merosakkan tisu peparu. Kedua-dua luka masuk dan keluar boleh berfungsi sebagai luka menghisap. Maka rawatannya adalah sama dengan luka tikaman. Bagi mangsa yang peluru menembusi jantung atau arota malang sekali kerana tidak berupaya diselamatkan dengan pertolongan cemas.

3.4

Dada Flail

Tulang rusuk yang patah pada dua tempat menyebabkan dada flail. Kecederaan jenis ini sering dikaitkan dengan kemalangan motokar di mana pemandunya yang tidak memasang tali pinggang keleder terhumban ke hadapan dengan kuatnya apabila berlaku perlanggaran. Dadanya yang terhempas ke steering mengakibatkan patah tulang rusuk di sebelah kiri dan kanan.

Tanda yang penting dalam kecederaan ini ialah pernafasan bertentangan (aradoxical breathing). Dada yang patah masuk ke dalam di waktu sedutan nafas yang mana dada sepatutnya mengembang dan seterusnya dada naik keluar apabila nafas dihembuskan. Keadaan ini mengganggu pergerakan pernafasan normal. Akibatnya peparu tidak terdaya mengembang dan pesakit semakin sesak pernafasannya. Dia juga tidak terdaya dan batuk mengeluarkan

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

15

darah di bronkus akibat dari pernafasan yang lemah. Selain dari itu, organ-organ lain seperti jantung, hati dan limpa berkemungkinan besar turut tercedera.

Rajah 3.4 : Kecederaan dada flail Rawatan

Baringkan mangsa dengan bersandarkan belakang dan kepalanya. Pengiringan ke sebelah bahagian yang tercedera tidak wajar jika dada hadapan yang terlibat. Hentikan pergerakan dada flail dengan membalut tangan pesakit ke tempat cedera sebagai belat. Plaster pelekat lebar dapat mengemaskan kedudukan tangan di dada. Seterusnya kejarkan pesakit ke hospital secepat mungkin.

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

16

3.5 Kecederaan Letupan

Kuasa letupan boleh menekan keseluruhan toraks dengan kuat dan mengejut. Pada amnya, tiada kecederaan zahir didapati di bahagian luar. Sebenarnya kecederaan lebam pada peparu terjadi menyebabkan mangsa akan merasa ketakutan, mengadu kesakitan serta kesesakan dalam dada dan mungkin batuk darah berbuih.

Rawatan

Tenteramkan jiwa pesakit sambil melonggarkan pakaiannya. Baringkan mangsa dengan bersandar kepala dan belakangnya. Mangsa yang rebah terpelanting mesti diperiksa akan kemungkinan adanya kecederaan lain. Akhir sekali rujuklah mangsa segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

4.

PENYAKIT-PENYAKIT PEPARU YANG LAIN

4.1

Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam paru-paru yang tidak boleh dikawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor. Jika tumor ini tidak merebak ke bahagian badan yang lain ia disebut tumor benigna ( bukan

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

17

kanser ). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia adalah tumor malignan ( kanser ).

Apabila sel kanser ini merebak melalui saluran limfa ia boleh menyebabkan kelenjar limfa membengkak. Apabila ia menyusur melalui saluran darah ia boleh merebak ke organ lain khususnya hati, tulang, otak atau peparu yang sebelah.

Rajah 4.1 : Kanser peparu

Penyebab Kanser Peparu Merokok merupakan penyebab utama kanser peparu. Asap tembakau mengandungi sebanyak lebih kurang 4000 jenis kimia yang berlainan. Sekurang-

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

18

kurangnya 43 daripaa bahan kimia ini diketahui menyebabkan kanser. Terdapat juga bukti yang meningkat bahawa asap tembakau di persekitaran boleh menyebabkan kejadian kanser peparu di kalangan yang tidak merokok ( perokok pasif ).

Pekerjaan yang mendedahkan pekerja kepada asbestos dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser peparu. Lain-lain jenis pekerjaan yang dikaitkan dengan kanser peparu meliputi kerja-kerja yang berhubung rapat dengan pemrosesan keluli, nikel, krom dan gas arang batu.

Tanda-Tanda dan Gejala

Gejala ini bergantung kepada saiz dan tempat kanser peparu itu wujud. Pada peringkat awal kanser peparu mungkin tidak mempunyai sebarang gejala dan tumor tersebut mungkin ditemui secara tidak sengaja melalui X-ray dada. Tandatanda yang biasa ialah seperti berikut :

Batuk yang berterusan Sesak nafas Kahak berdarah Kurang berat badan Sakit dada Suara garau

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

19

Rawatan

Kanser peparu selalunya susah dikesan di peringkat awal. Apabila kanser peparu didiagnosa ia sudah di peringkat yang serius dan ini membuat kejayaan rawatan lebih sukar. Hanya lebih kurang 5% pesakit kanser peparu dapat hidup dan sembuh selepas disgnosa dilakukan.

Kanser peparu boleh dirawat melalui tiga kaedah utama, iaitu pembedahan, radioterapi dan kemoterapi. Jenis rawatan bergantung kepada saiz, keadaan perebakan dan histologi ( sejenis sel ) kanser peparu tersebut. Kadangkala pesakit memerlukan kombinasi kaedah untuk merawat kanser peparu.

Pencegahan Ini boleh dilakukan dengan : Tidak merokok perokok hendaklah berhenti merokok dan orang yang tidak merokok hendaklah menjauhi diri dari tabiat ini. Memperbaiki kesihatan industri.

4.2

Asma ( Lelah )

Ketegangan yang berlaku menyebabkan otot-otot pada salur udara mencerut dan kejang. Gejala ini mengakibatkan pernafasan menjadi sukar atau sesak

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

20

terutamanya ketika mengehembuskan nafas. Serangan asma boleh mencetuskan alergi atau ketegangan saraf. Lazimnya tidak ternampak sebarang punca yang yata. Ramai penghidap yang mudah mendapat serangan asma secara tiba-tiba pada waktu malam.

Penghidap-penghidap asma biasanya mengetahui cara yang terbaik untuk mengendalikan serangan ini. Lazimnya mereka membawa ubat aerosol dalam bentuk penyedut (puffer). Ubat ini bertindak untuk mengembangkan salur udara bagi memudahkan pernafasan.

Tanda-Tanda

Terdapat tanda-tanda seperti :

Kesukaran untuk bernafas dengan lepasan nafas yang panjang. Nafas yang berbunyi apabila mangsa mengembus pernafasannya. Ketegangan dan kebimbangan. Mangsa mungkin sukar untuk bercakap. Warna kulit lebam kebiruan (sianosis). Semasa serangan yang teruk, usaha untuk bernafas akan melemahkan kecederaan. Jarang sekali mangsa itu tidak sedarkan diri dan pernafasannya terhenti.

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

21

Rawatan Tenangkan dan beri keyakinan kepada mangsa kecederaan. Bantulah mangsa itu supaya dia dapat duduk dan berehat. Pastikan mangsa mendapat bekalan udara yang bersih. Jika mangsa kecederaan mempunyai ubat, benarkan dia menggunakannya. Jika serangan ini merupakan serangan yang pertama dan memakan masa atau tidak menerima tindak balas perubatan, atau mangsa kecederaan mengalami ketegangan pernafasan, dail 994 untuk mendapatkan ambulans. Periksa dan rekodkan kadar denyutan nadi dan pernafasannya setiap 10 minit. Jika serangan tidak begitu teruk, mangsa tidak memerlukan rawatan perubatan dengan serta merta, tetapi anda hendaklah menasihatkan mangsa supaya memberitahu doktornya mengenai serangan penyakit ini.

4.3

Penguncupan Peparu ( Pneumotoraks )

Jika udara masuk ke dalam ruang terletaknya peparu, ia akan mengganggu pernafasan. Ini mengakibatkan peparu menguncup ( collapse ). Gejala ini timbul akibat luka yang menembusi dinding dada atau terjadi secara spontan disebabkan kelemahan jantu itu sendiri. Tekanan udara mungkin juga memberi kesan kepada tindakan fungsi peparu dan jantung.

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

22

Jika kita mengesyaki peparu mangsa kecederaan mengalami penguncupan, bantulah mangsa itu supaya kedudukannya memberi keupayaan untuk bernafas dengan selesa. Tanpa membuang masa, telefonlah ambulans.

4.4

Kesukaran Bernafas

Faktor ini disebabkan oleh penyakit yang kronik ( keadaan seperti emphysema), akibat jangkitan pada sistem respirasi ( contohnya bronkitis ) dan reaksi alahan sama ada pada sistem pernafasan ( contohnya demam alergi ) atau keseluruhan itu ( renjatan anaphylactic ). Serangan yang tiba-tiba mungkin mengakibatkan tekanan psaikologi ( hiperventilasi ), kecederaan dada atau asma. Pertolongan cemas yang serta-merta banyak membantu dalam meringankan pernafasan dan ketegangan.

KESIMPULAN Peparu adalah merupakan organ yang utama dalam badan. Tanpa peparu yang sempurna boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat hidup dengan lebih lama. Dengan yang demikian adalah menjadi tanggungjawab individu itu untuk menjaga peparu dari sebarang kecederaan atau penyakit-penyakit yang membolehkan peparu gagal berfungsi dengan baik. Utamakanlah kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

23

BIBLIOGRAFI

Ab. Alim Abdul Rahim (1998), Buku Panduan Pertolongan Cemas, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Abdul Rahman Isa, Rusli Nordin & Abdul Manaf Hj. Hamid (1996), Prinsip dan Amalan Pertolongan Cemas, Kuala Lumpur : Crescent News (K.L) Sdn.Bhd. Christian Barnard, C.Northcote Parkinson & M.K. Rustomji (1984), Kesihatan Sempurna, Shah Alam : Imprin Federal Publication Sdn.Bhd. Cameron Moffat (1995), Pertolongan Cemas Cepat untuk Kanak-Kanak, Kuala Lumpur : Golden Books Centre Sdn.Bhd. Manual Rasmi St.John Ambulans, Persatuan Ambulan St.Andrew dan Palang Merah British, Manual Pertolongan Cemas, Kuala Lumpur : Golden Book Centre Sdn.Bhd. Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia

SH 3053 Pencegahan Kecederaan dan Bantu Mula

24

Potrebbero piacerti anche