Sei sulla pagina 1di 3

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA. 3.1 TUGAS KEM KOMANDAN: i. Bertanggungjawab sebagai jawatankuasa latihan/bengkel. ii.

Menyelaras dan memantau semua elemen di bawah pimpinannya. iii. Menyelaras dan memantau secara terus dengan AJK - AJK di bawah pimpinannya. iv. Bertanggungjawab melaksanakan semua dasar yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebelum kem i. Membantu merancang, menyelaras dan menyelia aktiviti program. ii. Menyediakan jadual tentatif. iii. Menyelia urusan logistik. iv. Membantu mengurus: a. Surat-menyurat, sijil, pelantikan. b. Menyenaraikan nombor talian kecemasan (Polis, Hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan). c. Memberi taklimat setiap sesi aktiviti. d. Melantik ketua peserta lelaki dan perempuan . Menjalankan aktiviti aktiviti pagi iaitu nyanyian lagu patriotik dan senaman pagi. v. Menyediakan carta analisis kehadiran. vi. Menjadi AJK perhubungan kecemasan. vii. Menyediakan semua nombor talian bagi tujuan kecemasan. viii. Mencatat segala keputusan mesyuarat. Semasa kem i. Mengadakan Program Suai Kenal bagi peserta. ii. Membantu melaksana dan memantau aktiviti. iii. Melaporkan segala aktiviti yang telah dijalankan. iv. Bertanggungjawab ke atas kebajikan setiap peserta. vi. Menjadi sumber rujukan setiap masa. vii. Memantau dan menjaga tatatertib serta disiplin peserta dan AJK. viii. Membantu menguruskan pendaftaran AJK dan peserta. ix. Memastikan keadaan kem sentiasa terkawal. x. Membuat penilaian aktiviti pada setiap hari. xi. Menyediakan laporan harian aktiviti kem dan murid. xii. Menguruskan segala kes kecemasan semasa kem dijalankan. Selepas kem

i. Menyediakan laporan bertulis dan cadangan penambahbaikan 3.2 JAWATANKUASA PERTANDINGAN/LATIHAN/BENGKEL Sebelum Kem i. Menyediakan bahan-bahan program mengikut slot yang diperlukan. ii. Menyediakan borang-borang yang diperlukan. iii. Memberikan taklimat dan pelarasan tugas kerja kepada Jawatankuasa Aktviti/ Bengkel. iv. Memproses menyemak dan mengasingkan borang-borang pendaftaran yang diterima daripada sekolah mengikut permainan dan peringkat umur. v. Menentukan tempat, cara, menyediakan bahan-bahan dan butiran serta alatan yang diperlukan untuk tujuan tersebut yang akan dibuat 10 hari sebelum kem. vi. Menyediakan buku rasmi format pertandingan antara kumpulan dan mengemaskini borang-borang yang berkaitan. vii. Membuat taklimat penyelarasan tugas dengan Jawatankuasa Kecil yang lain seperti Jawatankuasa Alatan. viii. Menentukan tempat, masa dan bahan-bahan mengenai program kem untuk peserta dan guru pengiring. ix. Menyenaraikan cadangan pegawai-pegawai latihan/bengkel yang bertauliah untuk lantikan sebagai pegawai kem. x. Menentukan bilangan pegawai yang cukup untuk kem berkenaan. xi. Menghantar surat lantikan dan mendapatkan pengesahan bertulis untuk bertugas daripada pegawai-pegawai yang dicadangkan. xii. Menghubungi Jawatankuasa Penginapan bagi mencadangkan tempat penginapan pegawai yang memerlukannya Semasa kem i. Menentukan bahan-bahan yang telah lengkap disediakan mengikut slot. ii. Mengumpul dan mengeluarkan setiap keputusan pertandingan. iii. Mengedarkan satu naskhah laporan kepada JK Hadiah dan Cenderamata. iv. Menentukan ketua kumpulan, jadual dan giliran tugas. v. Menentukan pegawai simpanan bagi menggantikan pegawai-pegawai yang tidak hadir. vi. Menyediakan jadual kedatangan pegawai-pegawai bertugas. vii. Membuat pendaftaran kedatangan pegawai-pegawai dan menjaga kebajikan mereka di tempat penginapan serta merekodkan jumlah sebenar hari bertugas setiap pegawai. viii. Memastikan pegawai-pegawai bertugas memakai pakaian yang sesuai. Selepas kem i. Mengumpulkan keputusan-keputusan lengkap dan diserahkan kepada Urusetia Induk bagi penyediaan laporan tidak lewat daripada 1 minggu selepas kem. ii. Mengemas dan memulangkan peralatan yang berkenaan seperti sediakala kepada urus setia pengelola. iii. Tugas-tugas lain yang difikirkan perlu JAWATANKUASA PERALATAN Sebelum kem

i. Menyemak, menentukan peralatan yang akan digunakan dalam keadaan baik, selamat digunakan dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. ii. Menyenarai dan mendapatkan peralatan sekiranya berlaku kekurangan. iii. Menyusun, menempatkan dan menyenaraikan peralatan yang akan digunakan mengikut susunan acara tiga hari sebelum kem dijalankan. iv. Memberikan nasihat dan bekerjasama dengan jawatankuasa latihan