Sei sulla pagina 1di 20

Halalkah Ubatan Kita? Abstract Health is the precious gifts from Allah SWT.

Therefore, taking care of our health is prior. When someone is sick, he or she needs to search for medication because Allah SWT is the one who will reduce the pain. However, there is an argument about our medication. Is it our medication halal to be used? There is much information mentioned about the status of Malaysias medication that makes the Muslim in dilemma. Even though, the syariah asks Muslim to search for medication but it is prohibited to get medication contained with filth, dirt and contaminated materials because it is harmful. This paper will present a few medications identified by pharmaceutical as haram. Besides that, this paper will present the concept of ad-dharurat and the procedures in the usage of medication that is haram based on the scholars ijtihad and National Fatwa Convention. This paper suggests solutions and guideline to consumers that is appropriate from hadith SAW, looking for halal is compulsory. Kesihatan merupakan nikmat yang berharga daripada Allah SWT.Justeru penjagaan kesihatan perlu diutamakan. Apabila seseorang sakit perlulah berikhtiar untuk berubat kerana Allah SWT yang menurunkan penyakit dan menyembuhkan.Persoalannya, adakah ubatan yang digunakan di Malaysia kini halal atau sebaliknya?. Pelbagai informasi mengenai status ubatan menimbulkan dilema di kalangan umat Islam kini. Walaupun syariat mengharuskan untuk berubat tetapi melarang berubat dengan sesuatu yang najis,kotor dan tercemar kerana ianya boleh mendatangkan kemudharatan. Kertas ini cuba memaparkan beberapa ubatan haram yang dikenalpasti oleh farmaseutikal secara meluas kini. Di samping itu kertas ini juga akan membicarakan konsep ad-dharurat dan prosedur dalam penggunaan ubatan yang haram berdasarkan ijtihad para ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Kertas ini juga akan mencadangkan beberapa solusi dan garis panduan kepada pengguna sesuai dengan mafhum hadis baginda SAW ,mencari sesuatu yang halal itu adalah wajib. 2011 Published by Elsevier Ltd. Selection and peer-review under responsibility of Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU), Universiti Teknologi MARA, Malaysia Kata kunci Ubatan halal, al-dharurah, ijtihad, Majlis Fatwa Kebangsaan. 1.Introduction Health is the precious gifts from Allah SWT. Therefore, taking care of our health is prior. People who live happily in this world as it are theirs when they are healthy, peaceful and completed with basic needs. Therefore, please grab the opportunities of five crucial things which are young before old, healthy before illness, rich before poor and life before death because all of these will be gone. However, Allah is All-Knowing has allowed Servant face test in form of the disease. It has some wisdom as to expiate, to repentance,

to test the patience and the elevated status of a servant. By the patients claimed to try to find a treatment for healing. Some of the people now are educated to buy their own medicine in pharmacy shops without seeing a doctor if you experience mild illness such as allergies, coughing, flu, abdominal pain and many more. So, it is important for a Muslim to know the necessary medications whether it was halal or lawful. Searching for halal is the duty of every Muslim is not just food and drink alone but covers the entire life of a Muslim, including pharmaceutical products. This is the dilemma that swept the Muslim community today, the turmoil in the halal and haram in food nutrition, health care and medicines. 1. Pendahuluan Kesihatan merupakan anugerah nikmat yang paling berharga dari Allah SWT. Justeru penjagaan kesihatan perlu diutamanakan . Mereka yang dianugerahkan kesihatan dan keamanan dalam penghidupannya serta memiliki makanan dan keperluan sehari-hari yang cukup, seolah-olah dunia ini adalah miliknya. Oleh itu Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain iaitu masa muda sebelum hari tua, masa sihat sebelum masa sakit, masa kaya sebelum papa dan hidup sebelum mati. Walaubagaimanapun Allah Maha Mengetahui telah mengizinkan HambaNya menghadapi ujian dalam bentuk penyakit. Ianya mempunyai beberapa hikmah seperti menghapuskan dosa, memberi keinsafan, menguji kesabaran dan menaikkkan darjat seseorang hambaNya. Oleh itu pesakit dituntut supaya berikhtiar mencari rawatan untuk penyembuhan. Sebahagian masyarakat kini sudah terdidik untuk membeli sendiri ubat di kedaikedai farmasi tanpa berjumpa dengan doktor jika mengalami kesakitan yang ringan seperti alergik, batuk, selesema, sakit perut dan sebagainya. Oleh itu sangat penting bagi seseorang muslim mengetahui ubat-ubatan yang diperlukan sama ada ia dari sumber yang halal atau sebaliknya.Mencari yang halal adalah kewajipan setiap muslim bukan setakat makanan dan minuman sahaja malah meliputi seluruh kehidupan seorang muslim termasuklah produk farmaseutikal. Inilah dilema yang melanda masyarakat Islam hari ini, kemelut dalam soal halal dan haram dalam pemakanan dan penjagaan kesihatan serta ubatan. 2. Medicated According to Islamic Law 2.1. Haram Banned medicated to those who beri'tiqad that is healing, not of God. This is the opinion of some scholars of the Hanafi. (Harmy Mohd Yusof (2012) hal.62) 2.2. Harus Some scholars say that the law should be medicated, and this is the sight Rajih opinion jurists. This includes the majority of scholars view of Hanafi, Maliki and Hanbali. Meanwhile, al Kasani from Hanafi and scholars Shafi'i thinks it circumcision. Their arguments based on the saying of the Prophet, narrated by Abu Darda which means, "Allah the Almighty down and cure diseases and made for each disease cure, then berubatlah you and do not seek treatment time with something that is illegal" (Hadith narrated by Abu Dawood )

2.3. Wajib Compulsory medicated if it is known to heal after medicated. This is the opinion of some scholars of Shafi'i and Hanafi. In conclusion, in general we should seek for medication and not only trust in fate and is backed by some essence of takdir. This order is based on hadith such as: God has revealed both, disease and medicine for us and God has determined healing for every disease, then we should endeavor to discover how this medicine, but do not use illegal manner "(Narrated by Abu Darda ') Allah will not cause disease only after He created the cure, so you should be medicated (Narrated Nasae, Ibn Majah and Hakim) From Usamah ibn Syuraik, he said, "I was in the presence of Allah, all of a sudden some of the Arab Bedouin came and they said, 'Yes Rasululullah, are we allowed to seek treatment? He said, 'O servants of Allah, for Allah berubatlah not put any disease but He put the medicine for him except one only! They ask, 'Is that so the messenger? 'He said,' old diseases'. (Narrated by Bukhari, Ahmad, Abu Dawud, Ibn Majah, an Nasae and Termizi) 2. Hukum Berubat Menurut Islam 2.1. Haram Diharamkan berubat kepada mereka yang beritiqad bahawa ubat yang menyembuhkan, bukan dari Allah. Ini adalah pendapat dari sebahagian ulama Hanafi.(Harmy Mohd Yusof (2012) hal.62) Harus Sebahagian ulama menyatakan hukum berubat adalah harus,dan ini adalah pendapat yang rajih disisi fuqaha. Ini termasuklah pandangan jumhur ulama Hanafi, Maliki dan Hanbali. Manakala al Kasani dari Hanafi dan ulama Syafii berpendapat ianya sunat. Hujjah mereka berdasarkan sabda Rasulullah SAW ,diriwayatkan oleh Abu Darda bermaksud, Sesungguhnya Allah Taala menurunkan penyakit dan ubatnya dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan sekali kali berubat dengan sesuatu yang haram (hadis riwayat Abu Daud) Wajib Wajib berubat jika diketahui akan sembuh selepas berubat. Ini merupakan pendapat sebahagian ulama Syafii dan sebahagian ulama hanafi

2.2.

2.3.

Kesimpulannya, Secara umum harus berubat dan tidak hanya berserah pada nasib dan takdir.Gesaan tersebut bersandarkan beberapa intisari hadis-hadis seperti : Allah SWT telah menurunkan kedua-duanya, penyakit serta ubat untuk kita dan Allah telah menentukan cara penyembuhan bagi setiap penyakit, maka kita

hendaklah berikhtiar menemui cara perubatan ini, tetapi janganlah gunakan cara yang haram(Riwayat Abu Darda) Sesungguhnya Allah tidak akan mendatangkan penyakit melainkan setelah Ia menciptakan ubatnya, maka hendaklah kamu berubat (Riwayat Nasae,Ibn Majah dan Hakim) Daripada Usamah ibn Syuraik, beliau berkata, Aku berada di sisi Rasulullah, tiba-tiba beberapa orang Arab Badwi datang dan mereka berkata, Ya Rasululullah, adakah kami diizinkan berubat? Rasulullah berkata,Wahai hambahamba Allah, berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat untuknya kecuali satu sahaja! Mereka bertanya, Apakah itu ya Rasulullah? Rasulullah berkata,Penyakit tua. (Riwayat Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, an Nasae dan Termizi)

3. Medicines And Recruitment Method Medicine is a substance used to care for the detection (diagnosis), mitigate, treat, cure or prevent disease in humans and improving health. . (Harmy Mohd Yusof (2012) hal.82) Medicine can be used in various ways and forms. Medicine is not only can be eaten or drunk, but can be used in various ways such as through the rectum (suppository), vagina (pessaries), injections, implanted beneath the skin, rubbed / lubricated and so on. In addition, there is some medicine through a number of methods such as abstinence, prayer, cupping, vomiting, and a combination of several methods. Islam also allows methods of spells that do not conflict with Islamic law. 3. Ubat Dan Kaedah Pengambilan Ubat adalah bahan yang digunakan untuk perubatan bagi mengesan (diagnosis), meringankan, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit pada manusia serta meningkatkan taraf kesihatannya. .(Harmy Mohd Yusof (2012) hal.82) Ubat boleh digunakan dengan berbagai cara dan bentuk. Ubat bukan saja boleh dimakan atau diminum seperti lazimnya, tetapi boleh digunakan dengan berbagai cara seperti melalui dubur (supositori), faraj (pesari), suntikan, ditanam di bawah kulit, disapu/dioleskan dan sebagainya. Selain itu terdapat beberapa perubatan melalui beberapa kaedah lain seperti berpantang, berdoa, berbekam, muntah dan gabungan beberapa kaedah. Islam juga membenarkan kaedah jampi yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. 4. Definition of Halal and Sacred Medicines Halal medicines must comply with the following features:

(a) Sources of drugs - do not contain substances that are prohibited from use of animal by Muslims to eat or not slaughtered according to Islamic law. As for the source of the plants, soil and water resources and results (including mineral) and micro-organisms on land and in water used for food, except the poisonous and dangerous. Similarly, the medicine substance produced synthetic way is halal except toxic, hazardous and mixed with unclean materials. (b) Not prepared, processed, manufactured or stored or in contact with any device that is not free from unclean or filth according to Islamic law. (c) The usage will not bring harmful effects in future such toxic content. (d) Based on the concept "halalan toyyiba". Therefore, the aspect of hygiene in the preparation and handling of drugs should be concerned by Islam and all parties. Cleanliness means free from filth, dirt and germs that carry diseases and it covers personal hygiene, clothing, equipment and premises of the medication process. It is intended to ensure that the medication produced bring no harm to consumers. (e) The existence of a certificate from a trusted Muslim doctor and honest during the inspection (h) Does not contain ingredients which are not specified in the formulation and affectively proven to be used (i) The treatment is not based on magic, cults and superstitions or used of a prohibited substance or medium to Islamic law 4. Definisi Ubat Halal dan Suci Ubat-ubatan yang halal mestilah menepati ciri-ciri berikut: (a) Sumber ubat - tidak mengandung bahan dari haiwan yang dilarang penggunaan oleh orang Islam memakannya ataupun tidak disembelih mengikut hukum syarak. Adapun sumber tumbuh-tumbuhan, sumber tanah dan air dan hasilnya (termasuk bahan-bahan galian) dan mikro-organisma di darat dan di air adalah halal digunakan, kecuali yang beracun dan berbahaya. Begitu juga bahan ubat yang dihasilkan cara sintetik adalah halal kecuali yang beracun, berbahaya dan bercampur dengan bahan-bahan yang najis. (b) Tidak disediakan, diproses, dikilangkan ataupun disimpan atau bersentuhan dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas daripada najis mengikut syarak. (c) Penggunaanya tidak mendatang kesan-kesan yang membahayakan seperti kandungan beracun. (d) Berkonsepkan halalan toyyiba . Oleh itu aspek kebersihan dalam penyediaan dan pengendalian ubat perlu dititikberat oleh Islam dan semua pihak. Kebersihan bererti bebas dari najis, kotoran dan kuman-kuman yang membawa penyakit dan ianya meliputi aspekaspek kebersihan diri, pakaian, peralatan dan premis proses ubat. Ianya bertujuan untuk menjamin bahawa ubat yang dihasilkan tidak memudharatkan pengguna. (e) Adanya suatu perakuan dari seorang doktor muslim yang dipercayai dan amanah dalam pemeriksaannya (h)Tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak dinyatakan dalam formulasi dan dibuktikan keberkesanannya

(i) Rawatan tersebut tidak berdasarkan sihir, pemujaan dan khurafat atau penggunaan bahan atau perantara yang dilarang syarak 5. Darurah Concepts In Medicine The meaning of Darurah is desperate to do illegal things, which involved with a strong impression if he is not conducting the monstrous acts, he will die or face substantial harm to the body, property or honor, which makes the feeling of pleased with what will happen in future even if he chooses for something that is not strong (Nazih Hammad 2004 hal.49). 5.1. Reviews Scholars About Dharurah Maliki scholars: "Emergency is fear of self destruction for sure (Qat'i) or based on strong assumptions (Zhan), or fear of death. And is not required to wait until death will befall but enough is relying on the feeling of fear of disintegration will occur even with strong assumptions (Zhan). " Doctor Wahbah Azzuhaili concluded: "Emergency is a situation that happens to someone in the form of harmful, or difficulty pressing until the occurrence of the dreaded evil, or pain on themselves, or limb, or honor, or intellect, or property and the corresponding with it. And it required to take illegal things or leave the compulsory or postpone the time simply to refuse the harm, harm befall under the auspices of the shari'ah. " If this rukhsah laws do not exist in Islam, and the emphasis is only on the Azimah law (legal origin), surely the human race will be destroyed during an emergency (emergency). The Islamic shariah is murunah and flexible that has been responding to the problem in accordance with human nature. In time of emergency (dharurat) shariah provides certain flexibility, based on certain level as well. Ruksah permissibility of the Word of God dependent, which means: "Verily forbidden to you dead, blood, pork and anything slaughtered for other than Allah. But there are those who have no inclination and without overstep the bounds, it is no sin on him. Verily, Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful. "(Al-Baqarah: 173) 5. Konsep Darurah Dalam Perubatan Darurah ialah keadaan terdesak untuk melakukan perkara haram, dimana yang terlibat mempunyai tanggapan kuat sekiranya tidak melakukan perkara yang ditegah itu, dia akan mati atau menghadapi kemudaratan besar pada badan, harta atau kehormatan dirinya, yang membuatkannya hilang rasa reda dengan apa yang akan berlaku di masa akan datang sekalipun dia memilih yang tidak kuat (Nazih Hammad 2004 hal.49). a. Ulasan Ulama Mengenai Dharurah Ulama-ulama Maliki: "Dharurat ialah takut ke atas kehancuran diri secara pasti (qati) ataupun berpandukan andaian yang kuat (zhan), atau takutkan kematian. Dan tidak disyaratkan menanti sehingga maut datang menimpa akan tetapi cukuplah dengan hanya

berpandukan kepada perasaan takut akan berlaku kehancuran walaupun dengan andaian yang kuat (iaitu zhan)." Doktor Wahbah Azzuhaili merumuskan: "Dharurat ialah keadaan yang menimpa seseorang insan di dalam bentuk kemerbahayaan, atau kesusahan yang mendesak sehingga ditakuti berlakunya kemudharatan, ataupun kesakitan ke atas diri, atau anggota badan, atau kehormatan, atau akal, atau harta benda dan yang sehubungan dengannya. Dan diharuskan ketika itu mengambil benda-benda yang haram ataupun meninggalkan yang wajib ataupun menangguhkannya dari waktunya semata-mata untuk menolak kemudharatan-kemudharatan daripada menimpa di bawah naungan syari'at." Sekiranya hukum-hukum rukhsah ini tidak wujud di dalam Islam dan penekanan hanyalah kepada hukum azimah (hukum asal), pasti umat manusia akan hancur binasa ketika berlakunya kecemasan (dharurat). Syari'at Islam yang bersifat murunah dan flexible telah menanggani masalah tersebut sesuai dengan fitrah manusia. Di waktu dharurat (kecemasan) syari'at memberi kelonggaran-kelonggaran tertentu, itupun mengikut kadar-kadar yang tertentu juga. Keharusan ruksah bersandarkan Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya diharamkan kepada kamu bangkai dan darah dan daging babi dan apa-apa yang disembelih untuk yang lain daripada Allah. Tetapi sesiapa yang terpaksa tanpa ada kecenderungan dan tanpa melampui batas, maka tidak ada dosa ke atasnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al Baqarah: 173) 5.2. Terms Dharurah Methods In Medical Applications

This theory explains the concept of emergency, Islamic law perceives emergency as an independent state that have raised the original of taklif. Therefore, fiqh methods explain that emergency(dharurah) allows(harus) illegal(haram) (az-Zarkasyi, 2/317). However, this method must meet with these two following conditions (Dr.Nazih Hammad, 2004 hal.50): (a) the emergency situation is clearly and directly were no for an alternative. (b) Ordinance is determined just what you need and do not transgress. If the emergency situation ends (pain disappeared) or it is already available drugs that can rival the effectiveness of lawful medication before, then the law should be deleted for illegal medication b. Syarat Aplikasi Kaedah Dharurah Dalam Perubatan Konsep teori dharurat ini menjelaskan, syariat Islam mengambilkira dharurat sebagai satu keadaan yang berkecuali telah mengangkat hukum taklif asal. Sehubungan dengan itu, kaedah fiqh menjelaskan dharurat mengharuskan yang haram (az-Zarkasyi, 2/317). Walau bagaimanapun penggunaan kaedah ini mestilah menepati dua syarat berikut( Dr.Nazih Hammad,2004 hal.50): (a) Keadaan dharurat itu jelas dan langsung tidak ada alternatif.

(b) Dharurat ditentukan sekadar yang diperlukan sahaja dan tidak melampaui batas. Sekiranya keadaan dharurat tamat (kesakitan hilang) ataupun sudah didapati ubat halal yang boleh menyaingi keberkesanan ubat sebelum ini, pada ketika itu gugurlah hukum harus berubat dengan yang haram

6. Medication Using Illegal Substances and Stool Basically, the medicine used must be according with lawful medicines, sacred, and do not harm the patient. Medication with illegal substances is not permitted except in emergency circumstances. This is obviously dependent on a hadith narrated by Abu Ad-Darda 'that the Prophet said: which means: "Allah has sent down the disease and medication, and made for each disease could be cured, then seek for medication, and do not seek to be banned. '(Hadith narrated by Abu Dawood) Sahih Bukhari mentioned, from Ibn Mas'ud, meaning: "God does not make the medication (cure) on you from the things that are forbidden for you." (Narrated by Bukhari) Meanwhile, in the hadith narrated from Abu Hurairah, he said, which means: "Prophet Muhammad forbade medicated from dirty." (Hadith narrated by Abu Dawood and Imam Ahmad)

Based on this hadith, we can conclude that if the disease is still in the normal level and not harmful, then it is illegal for medicated with unclean things, but when the emergency condition, and it allows as illegal to eat when hungry, arguing that both as a necessity for survival. This is based on the consent of the king to wear silk to Abdur-Rahman bin 'Auf and Az-Zubair bin Awwam due to illness suffered by both, while wearing silk is essentially forbidden and threatened. The discussion will be detailing illegal substances and filth as follows: 6. Berubat menggunakan bahan haram dan najis Pada prinsipnya ubat atau penawar yang dianjurkan untuk digunakan mestilah ubat-ubatan yang halal, suci, serta tidak memudharatkan pesakit. Berubat dengan bahan haram tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan dharurat. Ini jelas bersandarkan daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu, dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan." (Hadis riwayat Abu Daud) Imam Bukhari menyebut dalam sahihnya, daripada Ibnu Masud, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu." (Riwayat Bukhari) Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Maksudnya:

"Rasulullah SAW melarang daripada berubat yang kotor." (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad) Berdasarkan hadis-hadis ini, dapatlah disimpulkan sekiranya penyakit seseorang itu masih dalam peringkat biasa yang tidak membahayakan, maka haram berubat dengan benda-benda najis , tetapi sekiranya berkeadaan dharurat, ianya menjadi harus sama seperti makan yang haram ketika kebuluran, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan untuk kelangsungan hidup. Ini berdasarkan keizinan baginda untuk memakai sutera kepada AbdurRahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam lantaran penyakit yang dideritai oleh kedua-duanya, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah dilarang dan diancam. Perbincangan akan memperincikan bahan-bahan haram dan najis seperti berikut:

6.1.Carcass It is not allowed to use the materials that included in the "carcass" (animals that died without slaughter according to Islamic law) for the purpose of treatment. This is based on the saying of the Prophet which means, "God does not make cure for HIS servants in any prohibitions". Ibn al-Qayyim said, "get treated with illegal substances is bad and shameful based on commonsense and legislation. Thus, Muslims are forbidden to find a cure for the disease through the use of a banned substance, perhaps illegal substances were found effectively for physical disease, but it will produce toxins in soul. However,Muslim is allowed to use animal and internal organ that is halal to be eaten and slaughtered according to Islamic rules for medication. 6.1.Bangkai Tidak harus menggunakan bahan-bahan yang termasuk dalam kategori bangkai (binatangbinatang yang mati tanpa melalui sembelihan menurut hukum syarak) bagi tujuan rawatan. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar umatku di dalam apa-apa yang diharamkanNya. Ibn al-Qayyim menyatakan, Berubat dengan bahan-bahan yang haram adalah buruk dan keji berdasarkan akal dan syarak. Justeru, umat Islam dilarang mencari penawar bagi penyakit melalui bahan-bahan yang diharamkan sekalipun mungkin bahan-bahan haram tersebut didapati mempunyai kesan untuk menghilangkan penyakit fizikal, namun ia akan menghasilkan racun pada jiwa dan rohani .Walau bagaimanapun harus berubat menggunakan binatang dan organ-organnya yang halal dimakan dan telah disembelih menurut peraturan syarak

6.2. Medicated with alcohol Prohibited alcohol were clearly presented on the word of Almighty Allah which means "O ye who believe! Intoxicants, gambling, idolatry, and vote divination by arrows, are (all) dirty (abomination) of the act of the devil, so that by avoiding them you may be successful. "(Surah Al-Ma'idah: 90). Besides that, based on the hadith of Abu Tsa'labah means: "We traveled to the people of the Scripture (while passing in the area), they cook pork in their pot and drinking wine through their drinking utensils. Messenger of Allah said: "If you can get the (equipment) to another, put on the other, but if nothing else, then wash first with water, then eat and drink it." (Hadith narrated by Abu Dawood). The instructions of the Prophet to wash their alcohol containers and allow to exploit its container, means that alcohol is unclean including the lefover on the container. The majority of scholars also decide that it is illegal to use in medicine based on the hadith above. This is explained further by Thariq bin Suwaid al Ju'fiyyi, he once asked the Prophet about wine making. He forbade the making. Thariq then said: I make wine exclusively for drugs. The Prophet said: 'He did not make healing for you from the things that are forbidden to you. (Reported by Muslim) Ibn Taymiyyah felt medicated with alcohol is illegal under the clear text of the Prophet, and this is also the view of the majority of scholars. The Prophet was asked about using alcohol as medicine, the Prophet SAW said, "Behold, alcohol is a disease rather than cure". Many other hadith gives the same meaning. (Prophet Muhammad forbade medicated with substances that bad, dirty and shameful also unclean). Therefore, making illegal substances as medicines where the cure of disease through illegal substances is uncertain [probably heal and may not be], while He can cure His servants through Wasilah and the multi-faceted approach. Hence, the need for scavengers or sip wine during emergency [to save lives] can not be equated with the act of "making illegal substances as medicines for treatment purposes". However, there is a view of Imam Abu Hanifah that requires to drink alcohol as medication. This view is supported by Attabari Qadi and Imam Shafi'i sects Atthauri. Imam Shafi'i, Hanafi and the majority of scholars requires of drinking urine during emergency but otherwise it is banned. Imam Shafi'i lists down conditions for medicated with illegal items as follows: Not in an original form or pure There is no other remedy Seek advice from your muslim doctor Taken in a non-intoxicating There are also opinions that require medicated with feces as snake meat and urine to accelerate healing, the physician / practitioner who provides the medicine is a Muslim who is knowledgeable about the medication, and the rates of it must be very little and did not reach the heady. "(book" Mughni alMuhtaj) 6.2. Berubat dengan arak

Kenajisan arak telah jelas berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud Wahai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah AlMidah: 90). Juga berdasarkan hadis Abu Tsalabah bermaksud: Kami berkunjung kepada orang-orang Ahli Kitab (semasa berlalu di kawasan mereka) mereka memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan minum arak menerusi perkakas minuman mereka. Rasulullah SAW bersabda: Jikalau kamu boleh mendapatkan (peralatan) yang lain, pakailah yang lain itu, tetapi jikalau tidak ada yang lain, maka basuhlah terlebih dahulu dengan air, lalu makan dan minumlah padanya.(Hadis riwayat Abu Daud). Suruhan Nabi membasuh bekas arak mereka itu kemudian membenarkan mempergunakan bekasnya, bererti arak itu najis termasuk kesan-kesannya yang tinggal di dalam bekasnya.

Berdasarkan dalil di atas majoriti ulama menghukumkan haram juga digunakan dalam perubatan. Ini dijelaskan lagi oleh Thariq bin Suwaid al Jufiyyi, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai pembuatan arak. Baginda melarang orang membuatnya. Maka Thariq berkata: aku membuat arak semata-mata untuk ubat. Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyembuhan bagi kamu daripada benda-benda yang diharamkan kepada kamu. (Riwayat Muslim) Ibn Taymiyyah berpendapat berubat dengan arak adalah haram berdasarkan nas yang jelas dari Nabi SAW dan inilah juga pandangan majoriti ahli ilmu. Nabi SAW pernah ditanya mengenai arak yang dijadikan ubat, maka Baginda SAW bersabda, Sesungguhnya arak itu adalah penyakit dan bukannya ubat. Banyak hadis sahih yang lain memberi maksud yang sama.(Rasulullah SAW melarang berubat dengan bahan-bahan yang buruk, kotor dan keji dan najis). Oleh itu menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat di mana kesembuhan penyakit melalui bahan-bahan haram ini tidak dapat dipastikan [mungkin sembuh dan mungkin tidak], sedangkan Allah berkuasa menyembuhkan hambaNya melalui wasilah dan pendekatan yang berbagai-bagai. Justeru, keperluan memakan bangkai atau meneguk arak ketika dharurat [bagi menyelamatkan nyawa] tidak boleh disamakan dengan perbuatan menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat untuk tujuan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat pandangan daripada Imam Abu Hanifah yang mengharuskan berubat menggunakan arak dengan meminumnya. Pendapat ini disokong oleh Qadhi Attabari dari mazhab Syafii dan Imam Atthauri. Imam Syafii , Hanafi dan jumhur ulama mengharuskan minum air kencing sekiranya untuk berubat tetapi diharamkan sekiranya tidak dharurat. Imam Syafii meletakkan syarat keharusan berubat dengan benda haram dan najis seperti berikut: Tidak dalam bentuk yang tulen atau asli Tidak ada ubat lain Mendapat nasihat daripada doktor Muslim yang adil Diambil dalam keadaan tidak memabukkan

Ada juga pendapat yang mengharuskan berubat dengan najis seperti daging ular dan air kencing untuk mencepatkan kesembuhan dengan syarat tabib/pengamal perubatan yang memberikan ubat itu mestilah seorang Muslim yang adil ataupun yang berpengetahuan tentang cara pengubatan, dan kadar yang digunakan sedikit sahaja dan tidak sampai memabukkan."( kitab 'Mughni al-Muhtaj)

6.3.

Berubat Dengan Alkohol

Alkohol merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua cara pemerosesan. Pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasilkan arak, dan kedua menerusi bahan kimia iaitu suatu proses bagi menghasilkan alcohol daripada petroleum. Hasil pemerosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol.Dalam bidang perubatan, alkohol digunakan sebagai antiseptic dan sebagai pelarut. Metanol yang dikenali sebagai alkohol metil atau kayu ialah satu bahan yang sangat beracun ( Ensiklopedia
Malaysiana: 1/277)

6.3.1. Law of Alcohol Use The priests of the four schools (Hanafi, Maliki, Shafi'i and Hanbali) agreed saying that alcohol derived from alcohol is unclean mengqiyskannya to alcohol, because equality 'illah or reason, which is equally intoxicating. However, Dr Yusuf al Qaradawi thinks alcohol is processed apart from the fermentation should be used .. Malaysia and Saudi Arabia to receive this fatwa. As for the use of non-drinking, there is a discussion that should be highlighted. Some opinion based on what Allah has forbidden means "O ye who believe! Intoxicants, gambling, idolatry and witchcraft, fortune, was unclean devil act, so you must all avoid it, that ye may be successful." (Al-Maidah : 90). Mafhum this verse explains the apparent non-use for drinking purposes is also illegal under general understanding word ("And ye shall all keep away." (Al-Maidah: 90) But if looking at the word of God, which means, "Satan's enmity and hatred between you with intoxicants drinking and gambling, and hinder you from the remembrance of Allah and from prayer, stop (you from doing it)." (Al- Maidah: 91), the use of non-potable alcohol is a must. By the use of for the purpose of sterilization (disinfection), detergents (antiseptic) is an injury to the skin and should use. Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah said in Majmoo 'al-Fataawa ms 270, vol. 24 opinion "was treated by eating lard is not, but medicated with smear (lard) and then washed it after that, it is to be out of necessity. And what should to requirements, then it should be to seek it. " Al-Sheikh Muhammad Rashid Rida opinion in Majmoo'ah Fatawa al-Manar, p. 1631, briefly. "Alcohol is a pure substance, is important in medicine and industry. Ban the use of the Muslims will stop the development of knowledge and a lot of things that is the main reason Europe ahead of the Muslims, such as chemistry, pharmacy, medicine and manufacturing, and if banned its use, it will be the death of many patients and the people who injured or will prolong the duration of their pain and menambahkankesakitan ". As for the part of the drug is mixed with alcohol, the consensus of scholars explained that it does not make the drug illegal, if the mixture does not disclose little effect, as stated by the scholars. Ibn al-Qudamah in Mughniy said: "Flour if kneaded together wine, toasted bread and make a meal (person) are not punished limit (as calculated not to drink /

consume alcohol), because the fire was removing parts of alcohol, it no more than the effect only. "(al-Mughni, pp. 306, vol: 8).

6.3.1. Hukum Penggunaan Alkohol Imam-imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali) sepakat mengatakan bahawa alkohol yang bersumber daripada arak adalah najis dengan mengqiyskannya kepada arak, kerana kesamaan illah atau sebab, iaitu samasama memabukkan. Walau bagaimanapun Dr Yusuf al Qaradawi berpendapat alkohol yang diproses selain daripada penapaian adalah harus digunakan.. Negara Malaysia dan Arab Saudi menerima fatwa ini. Adapun penggunaan tanpa meminum, terdapat perbincangan yang perlu diketengahkan. Sebahagian berpendapat haram berdasarkan firman Allah SWT bermaksud Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah najis dari perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu semua menjauhinya, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan. (al-Maidah:90). Mafhum zahir ayat ini menjelaskan penggunaan yang bukan untuk tujuan minuman juga adalah haram berdasarkan kefahaman secara umum firmanNya ( Maka hendaklah kamu semua menjauhinya. (al-Maidah: 90)

Namun jika melihat kepada firman Allah yang bermaksud, Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah (kamu semua dari mengerjakannya). (al-Maidah:91), penggunaan arak bukan untuk minuman adalah harus. Oleh itu penggunaan untuk tujuan pensterilan (membasmi kuman), bahan pencuci (antiseptik) pada kulit dan kecederaan adalah harus penggunaannya. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata di dalam Majmu al-Fatawa m.s. 270, jld. 24 berpendapat Berubat dengan memakan lemak babi adalah tidak boleh, tetapi berubat dengan melumurkannya (lemak babi) kemudian membasuhnya selepas itu, adalah harus disebabkan keperluan. Dan apa yang harus untuk keperluan, maka harus untuk berubat dengannya. Al-Syeikh Muhammad Rasyid Ridha berpendapat di dalam Majmuah Fatawa al-Manar, hal. 1631, secara ringkasnya. Alkohol adalah bahan yang suci, penting di dalam perubatan dan industri . Mengharamkan penggunaannya ke atas orang Islam akan menghalang perkembangan ilmu dan banyak perkara yang merupakan sebab utama Eropah mendahului umat Islam, seperti kimia, farmasi, perubatan dan pembuatan, dan jika diharamkan penggunaannya, ia akan menjadi sebab kematian ramai di kalangan pesakit dan orang-orang yang tercedera atau akan memanjangkan tempoh kesakitan mereka dan menambahkankesakitan. Adapun tentang sebahagian ubat yang bercampur dengan alkohol, sepakat ulama menjelaskan ia tidak menjadikan ubat itu haram, jika percampuran itu sedikit yang tidak menzahirkan kesannya, seperti yang dinyatakan oleh para ulama. Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy berkata: Tepung jika diuli bersama arak, dibakar menjadikannya roti dan di makan (orang itu) tidak dikenakan hukuman Had (kerana tidak dikira meminum/memakan arak), kerana api telah menghilangkan bahagian-bahagian arak, ia tidak ada lagi melainkan kesannya sahaja. (al-Mughni, m.s. 306, jld: 8). 6.4. Berubat dengan dadah

Penggunaan dadah amat berkesan dalam jangkamasa pendek, tetapi dalam jangka masa panjang boleh membawa kemudaratan yang besar kepada pesakit. Kesan negatif jangkamasa panjang ialah kegagalan buah pinggang dan hati. Penggunaan dadah yang berlebihan dalam jangkamasa pendek pula boleh membawa kematian mengejut. Jadi, tidak hairanlah mengapa kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan dadah secara tidak sah. Ia hanya boleh dikeluarkan oleh badan-badan tertentu melalui penyeliaan dan pemantauan yang ketat. Penggunaan ubat-ubatan yang berunsur dadah juga memberi manfaat kepada manusia tetapi mendatangkan kesan yang negatif. Pengambilan "prescription drug" mestilah di atas dasar dharurat kerana ia mendatangkan kesan negatif yang tidak baik kepada kesihatan kita, terutama apabila diambil secara perpanjangan. Prescription drug atau ubat-ubatan hospital adalah merupakan jalan penyelesaian sementara untuk penyakit-penyakit yang masih belum dijumpai ubatnya. Jalan penyelesaian sementara dengan mengambil ubat-ubatan hospital ini sebenarnya mungkin akan bertukar menjadi masalah lebih besar dari penyakit yang dihidapi oleh pesakit tersebut pada awalnya. Jenis dadah yang biasa digunakan dalam perubatan ialah : Bahan narkotik(dari pokok popi atau secara sintetik)- digunakan sebagai ubat penahan sakit yang teruk bagi pesakit jantung akut, kanser dan sakit semasa bersalin, contoh morfin dan pethidine Ganja atau marijuana dan kanabis(dari pokok cannabis sativa dan cannabis indica) pernah diguna sebagai penahan sakit Kokain(daun koka), digunakan untuk membius dan menghentikan pendarahan. Kesannya gangguan ilusi fantasi dan menghilangkan perasaan malu. Berlebihan boleh menyebabkan penyakit sawan dan boleh membawa maut akibat sesak nafas.

6.4.

Berubat Dengan Gelatin

Gelatin merupakan satu bahan yang diperolehi (dengan mendidih dalam air) dari hidrolisis separa kolegen terbitan daripada kondrum, tulang, tendon dan kulit binatang. Gelatin digunakan secara meluas dalam industri makanan dan merupakan salah satu bahan asasnya. Gelatin juga digunakan untuk membuat manis-manisan, agar-agar dan ais krim. (Ensiklopedia Malaysiana 5/77) dan Encyclopedia Britannica (G.165).
Seorang Pensyarah Fakulti Sains, Universiti Brunei Darussalam di dalam satu Majlis Halaqah Ilmu di Jabatan Mufti Kerajaan (20 Muharram 1420 / 6 Mei 1999) menerangkan bahawa gelatin memang asalnya diperolehi daripada binatang. Walaupun begitu di dalam Ensiklopedia Malaysiana dicatatkan bahawa Gelatin sayur-sayuran adalah sama dengan gelatin binatang dari segi fungsinya dan ia diperolehi daripada gluten gandum atau bijiran lain. (5/77) Oleh itu ia juga berasal dari sayursayuran. Persoalan asas di sini ialah jika gelatin itu berasal daripada binatang, bukan sayursayuran, maka hukumnya tertakluk kepada kedudukan binatang itu Apabila binatang itu halal yang disembelih mengikut cara sembelihan Islam, maka gelatin itu adalah halal dan suci, tetapi apabila binatang itu bukan binatang halal, seperti khinzr, ataupun ia binatang halal tetapi tidak disembelih mengikut cara sembelihan Islam, makagelatin itu haram dan najis .Dengan yang demikian, gelatin yang berasal daripada binatang haram, ataupun binatang halal tetapi tidak disembelih secara sembelihan Islam adalah haram dan najis, kemudian jika ia dicampurkan dengan ubat atau

makanan,

maka

ubat

dan

makanan

itu

turut

menjadi

najis.

Antara gelatin yang biasa digunakan pada label produk ialah gelatin, gelatin halal, bovin gelatin,gum base, pengemulasi dan E441.Gelatin dihasilkan melalui proses hidrolisis sama ada daripada kulit, tulang atau pun usus haiwan mamalia seperti babi, lembu ataupun kerbau. Kini sudah ada gelatin daripada bijirin dan sayur-sayuran. Gelatin berasaskan ikan sedang dalam kajian. Selain dalam pembuatan ubat, gelatin juga digunakan dalam industri lain iaitu : Dalam pembuatan makanan Dalam industri farmaseutikal, gelatin digunakan dalam pembuatan kapsul keras, kapsul lembut, tablet, serum gantaian dan suntikan, Dalam industri kosmetik , pengeluaran produk penjagaan kulit, alat solek, pengilat kuku dan krim muka. Industri-industri lain yang menghasilkan gambar,penghasilan kertas, pembuatan kotak dll

7. Beberapa Contoh Penggunaan Bahan Najis dan Haram Dalam Perubatan Kini 7.1.Insulin Bagi penyakit diabetes jenis I, suntikan insulin diperlukan bagi mengawal aras gula dalam darah kerana badan pesakit sudah tidak dapat menghasilkan insulin. Penemuan insulin pada asalnya adalah daripada ekstrak pancreas anjing dan pada hari ini insulin boleh diadapati samada daripada sumber bovine (lembu), porcine (khinzir) atau pun insulin rekombinan manusia (recombinant human insulin). Penggunaan yang meluas pada hari ini adalah daripada insulin rekombinan manusia di mana ia dihasilkan melalui kaedah kejuruteraan genetik yang menggunakan sumber insulin daripada khinzir. 7.2.Heparin Heparin merupakan antikoagulan atau antipembeku yang digunakan untuk mengelakkan pembentukan gumpalan darah (blood clot) bagi melancarkan perjalanan darah. Heparin diberikan secara suntikan dan banyak digunakan dalam pembedahan jantung serta mengubati penyakit kardiovaskular. Heparin dihasilkan daripada usus khinzir dan paru-paru lembu. 7.3.Porcine trypsin Trypsin yang diperolehi daripada sumber khinzir ini digunakan dengan meluas dalam penghasilan produk ubat-ubatan terutama dalam penghasilan vaksin. Selain itu, trypsin turut digunakan dalam penghasilan insulin yang digunakan dengan meluas untuk mengubati penyakit diabetes (kencing manis). 7.4.Gelatin

Gelatin diperoleh daripada kolagen kulit ataupun tulang haiwan dan digunakan dengan meluas dalam industri makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Sumber gelatin yang utama (44% daripada penghasilan gelatin) adalah daripada khinzir, 28% daripada sumber lembu, 27% bersumberkan tulang-temulang haiwan dan 1% daripada sumber-sumber lain. Namun begitu, pada ketika ini terdapat sumber gelatin daripada ikan tetapi peratusan penghasilannya adalah jauh lebih kecil berbanding sumber haiwan khinzir. 7.5.Alkohol Alkohol merupakan sebatian organik yang mengandungi kumpulan berfungsi hydroxyl. Alkohol memainkan peranan yang besar dalam industri sains sebagai reagent atau bahan pelarut. Ia digunakan dengan meluas dalam pembuatan ubat-ubatan konvensional, wangian dan dalam pembuatan esen vanilla. Etanol (berasal dari sebatian alkohol) turut digunakan sebagai bahan antiseptik terutama pada bahagian kulit luar sebelum suntikan ubatan diberikan. Alkohol juga digunakan sebagai bahan dalam sabun mandian dan juga pembersih tangan hand sanitizer kerana keupayaannya untuk membunuh bakteria. Arak pula sejenis minuman yang mengandungi etanol yang terhasil daripada proses penapaian contohnya penapaian buah anggur dengan kehadiran yis. Peratusan kandungan etanol dalam arak adalah tinggi yang memberi kesan mabuk iaitu ketidakseimbangan motor badan serta mengganggu sistem saraf manusia. Benzyl alkohol, methy alkohol, dan polyethyl alkohol yang digunakan dalam ubat-ubatan adalah halal dan jika di gunakan dalam jumlah yang di benarkan 8. Isu-isu masa kini 8.1. Kurang kesedaran di kalangan pengguna tentang konsep halalan toyyiba Adalah penting seseorang pesakit untuk mengenali ubatan yang di ambil agar ianya betul dan untuk muslim mestilah halal di sisi syariat. Kajian menunjukkan seramai 50% pesakit tidak mengambil ubat yang betul (Abd Rahman, B. Pharm 2010, hal.41 ). Pesakit juga berhak untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi dan tepat mengenai ubatan yang di ambil. Oleh itu pihak terlibat seperti doktor atau jururawat perlu memahami dan mengambilkira perbezaan budaya pesakitnya. Kajian menjelaskan 50% pesakit Muslim percaya bahawa doktor yang merawat mereka peka tentang tentang peraturan agama mereka dalam pengambilan ubat. 26% pesakit akan mengambil ubat jika mereka tidak pasti sama ada ubat itu halal atau haram. Seramai 42% pesakit tidak akan mengambil sebarang ubat jika mereka tidak pasti kehalalan ubat dan 58% pula akan berhenti mengambil ubat jika mendapati ubat itu haram (Abd Rahman, B. Pharm 2010, hal. 167) 8.2. Informasi tentang barangan halal tidak dimanafaatkan oleh semua pihak. Selain dari status ubatan halal dan haram, terdapat juga ubatan yang tidak pasti status halal atau haram atau disebut sebagai syubhah. Di sini dipaparkan beberapa pandangan berdasarkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan. 8.2.1 Gelatin Professor Fekah di Universiti Al-Azhar, Dr Suaad Salih menjelaskan Gelatin adalah bahan kasar yang dihasilkan dengan mendidihkan tulang, kulit dan tisu haiwan. Oleh itu, ia bergantung kepada jenis haiwan tersebut. Jika haiwan tersebut dagingnya halal dimakan seperti lembu, unta, kambing dan lain-lain, makan gelatinnya adalah halal, dan begitu juga dengan makanan yang mengandunginya. Bagaimanapun, jika haiwan tersebut dagingnya haram dimakan seperti babi, maka gelatin yang dihasilkan daripadanya adalah haram.

Majlis Fatwa yang diputuskan pada tahun 1982 menjelaskan Gelatin adalah bahan yang diperbuat daripada pelbagai jenis haiwan seperti babi, lembu dan sebagainya. Oleh sebab bahan itu pada masa kini diperbuat di luar negara dan tidak diketahui sama ada daripada babi, bangkai binatang yang halal dan sebagainya, maka kedudukannya diragui. Menurut hukum syarak, sekiranya perkara itu diragui sama ada halal ataupun haram, ianya berada dalam perkara syubhah. Apabila benda itu tergolong dalam perkara syubhah, maka hukumnya adalah haram.Walau bagaimanapun, berdasarkan intipati Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-8 pada 24 September 1984 pula berpandangan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang (1984) adalah diharuskan kerana dharurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan. 8.2.2.Alkohol Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Setiap minuman arak mengandungi etanol. Etanol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit etanol adalah haram diminum. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal. Tapai halal dimakan. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

8.2.4. Heparin Berat Molekul Rendah (HBMR) Menurut beberapa pandangan, babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung kerana dapat mencairkan darah dengan segera.(18 Mei 2011, Utusan Malaysia).Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-87 yang bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009 telah memutuskan hukum bahawa penggunaan HBMR ubat Clexane dan Fraxiparine adalah haram memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine. Justeru umat Islam mempunyai pilihan untuk mendapatkan ubat yang halal dan situasi di negara ini juga tidak dharurat. Melainkan ia dalam

keadaan tiada ubat daripada sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudaratan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat daripada sumber yang halal ditemui. ( www.e-fatwa.gov.my) 8.3. Jihad logo halal Pensijilan halal sangat penting bagi memastikan hak pengguna Islam mendapat makanan dan ubatan yang halal, selamat dan berkhasiat. Namun kini pensijilan halal bersifat sukarela. Pengguna Islam di Malaysia tiada jaminan produk makanan dan ubatan di pasaran adalah halal. Oleh itu, penggubalan Akta Produk Halal amat penting bagi memastikan produk makanan dan ubatan memohon Sijil Pengesahan Halal. Dalam masa yang sama Premis atau ubatan yang tidak halal pula perlu meletakkan tanda Tidak Halal. 8.4. Pendidikan bersepadu ke arah pengguna bermaklumat Pengguna seharuskan mengetahui hak-hak meraka seperti hak mendapat maklumat, membuat pilihan, mendapat pendidikan pengguna, mendapatkan ganti rugi, hak bersuara dan hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat. Pengguna Islam pula berhak mendapat maklumat tentang produk yang halal. tu solat KL & yang sewaktunya: Subuh 5:51 | Zuhur 13:22 | Asar 16:44 | Maghrib 19:30 | Isyak 20:43 Slat H Peranan kita ke arah produk farmaseutikal halal 8.5. Masyarakat Islam amat prihatin dengan penggunaan bahan-bahan ubatan kerana ia melibatkan soal halal dan haram serta menjadi satu persoalan dasar dalam setiap penjuru kehidupan. Umat Islam masih keliru dengan penjualan ubat-ubatan yang mengandungi unsur unsur haram menurut Islam tetapi penjualannya masih dibenarkan di Malaysia. Lantaran isu penggunaan unsur babi dan bahan haram lain menjadi suatu permasalahan yang tiada hujungnya. Namun mutakhir ini, penubuhan beberapa agensi banyak membantu para pengguna. Ini termasuklah penubuhan Halal Industry Development Corporation (HDC) pada 2006. Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) juga telah membangunkan usaha ke arah produk farmaseutikal halal dengan penubuhan Majlis Halal sebagai satu tuntutan fardu kifayahnya. Usaha yang sama juga telah dilaksanakan oleh Halagel (M) Sdn Bhd yang berperanan sebagai pengimpot dan pengedar Gelatin Halal gred makanan dan farmaseutikal. Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) juga berperanan untuk memastikan ubatan berkualita salamat dan berkesan. 8.6. Pihak berkuasa perlu bersifat proaktif dalam menangani isu kehalalan produk farmaseutikal.Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Islam Negeri-Negeri (JAIN) adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan persijilan halal yang diiktiraf. Langkah mempergiatkan lagi menyenaraikan mana-mana ubat yang tidak mendapat perakuan halal daripada JAKIM serta syarikat-syarikat yang

telah memohon sijil halal bagi ubat-ubatan yang dikeluarkan perlu disegerakan.Perkara ini penting dalam membantu pengguna mengelak daripada membeli ubat-ubatan yang tidak halal. Walaupun tiada akta khusus berkaitan perkara ini pihak berkuasa dan media perlu main peranan untuk hebahkan jenis-jenis ubat yang mengandungi unsur tidak halal. Kajian menunjukkan kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.( Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal, 2 Nov 2009 BH). 8.7. Pengamal perubatan hendaklah lebih bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pesakit sekiranya ubat yang diberikan mengandungi sumber haram. Begitu juga menjadi tanggungjawab pesakit pula untuk meneliti dan membaca label kandungan ubatubatan yang mereka ambil. Bagi meningkatkan lagi kesedaran dan sensitiviti umat Islam tentang status halal gelatin yang terkandung di dalam ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengarahkan syarikat syarikat farmaseutikal yang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan dan menyatakan pada label ubat mereka jenis gelatin ataupun sumber haiwan yang digunakan. Profesion farmasi mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyelesaikan kemelut halal untuk setiap produk farmaseutikal yang dihasilkan. Malaysia agak terkehadapan dalam dunia penghasilan vaksin dan biofarmaseutikal kerana mewujudkan standard MS 2424:2020 iaitu garis panduan umum yang pertama diperbadankan di dunia untuk farmaseutikal halal. Ia merupakan perkembangan positif kerana kita amat bergantung kepada dunia luar dalam penghasilan ubat-ubatan. Adalah diharapkan gabungan usaha-usaha semua pihak akan melahirkan pengguna yang celik dalam ubatan halal.Syariat mengharuskan berubat dengan najis apabila tidak ditemui ubat yang suci yang boleh menggantikannya. Jika ada ubat yang suci, maka haramlah berubat dengan najis tersebut. Oleh itu, penggunaan najis sebagai ubat masih juga terikat dengan tidak melampaui batas, sebagaimana mafhum firman Allah bermaksud: "Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan bendabenda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Maidah: 3)

8.8.

Walau bagaimanapun, sifat keredhaan seseorang dalam menerima penyakit juga penting dan ini digambarkan kisah pengaduan seorang wanita yang sakit kepada Rasulullah SAW, Aku sering menderita penyakit SAW sehingga aurat ku terbuka. Berdoalah pada Allah untukku. Baginda berkata, Jika engkau mahu, bersabarlah maka bagimu syurga. Dan jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhmu. Wanita itu berkata kalau begitu aku memilih untuk bersabar. Sesungguhnya auratku sering tersingkap, maka berdoalah pada Allah agar auratku tidak tersengkap ketika itu, Kemudian nabi SAW mendoakan wanita tadi (agar auratnya tidak tersingkap). Imam Asy Syaukani menyatakan Tidak berubat lebih utama jika seseorang mampu untuk bersabar.Alasannya dalam hadis tersebut Rasulullah SAW menjelaskan Jika mahu, engkau lebih baik untuk bersabar. Namun jika tidak mampu untuk bersabar, maka berubat lebih utama.Pengajaran kisah ini menjelaskan sifat sebagai hamba Allah yang redha menerima ujian Allah dan percaya Allah akan menyediakan ganjaran disebalik ujian tersebut.

Kesimpulan Umat Islam seharusnya memantapkan diri dengan ilmu dan maklumat agar lebih mudah menghadapi apa jua permasalahan yang melibatkan persoalan halal haram dalam kehidupan. Mereka mesti terkehadapan dalam membuat penyelidikan dan penghasilan ubat- ubatan halal selaras dengan permintaan yang tinggi dan kebergantungan mereka untuk mendapatkan. Di Malaysia, terdapat beberapa fatwa dan hujah diwartakan berkaitan isu-isu yang menjadi keraguan dikalangan pengguna dapat membantu menyelesaikan sebahagian permasalahan yang dihadapi. Penggunaan Logo Halal perlu diperketatkan agar unsur penipuan dapat dielakkan.Diharapkan ia mampu melegakan pengguna Islam dalam menangani kemelut berkaitan farmaseutikal. Semua pihak juga perlu mengembelingkan tenaga untuk memastikan perancangan mengenai farmaseutikal halal bermula dari bahan asas sehingga ke peringkat akhir. Penyatuan tenaga pakar dalam pelbagai bidang terutama farmaseutikal halal dan ahli fiqh sentiasa utuh dalam menanggani isu-isu semasa yang sentiasa berubah. Pemerkasaan dalam aspek farmaseutikal halal akan lebih berkesan apabila pemantauan ketat pihak berkuasa dan ianya selari dengan keperluan syariah dan kepentingan negara. Rujukan

Potrebbero piacerti anche