Sei sulla pagina 1di 13

MORALITI DALAM SUKAN

DEFINISI MORAL Istilah moral berasal daripada perkataan Latin moralis yang bermakna tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat (Rajendran & Tan Chee Yee, (1994)-Pendidikan Moral). Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopan santun, hormat-menghormati, menepati masa, bekerjasama, bertoleransi, bertolak ansur, baik hati, berdikari, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan, kerajinan, kesederhanaan, kesyukuran, kerasionalan serta semangat bermasyarakat.

DEFINISI MORALITI Moraliti bermakna niat dan tingkahlaku seseorang individu yang ditujukan ke arah yang lain dan bagaimana mereka dinilai oleh masyarakat umum.(Petikan dari buku Pengenalan Pendidikan Moral (1986) , Abdul Rahman Aroff,Siri Pendidikan Fajar Bakti)

DEFINISI SUKAN Perkataan sport atau sukan berasal daripada perkataan desparto, iaitu bahasa Latin yang bermaksud untuk memikul sesuatu. Pada zaman sekarang terdapat pula perbezaan erti kepada perkataan sport atau sukan. Menurut Coakley (1984), terdapat tiga aspek yang harus diberi perhatian dalam mendefinasikan perkataan sukan. 1. Jenis aktiviti yang terlibat.

2. 3.

Bentuk dan situasi di mana sesuatu aktiviti dijalankan. Penyertaan dalam sesuatu aktiviti

Sukan juga ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

Latihan kemahiran berguna secara rekreasi. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.

Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.

Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan. Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

NILAI-NILAI MORAL DALAM SUKAN

Keadilan (Justice) Kejujuran (Honesty)

Bertanggungjawab (Responsibility)

Keuntungan (Beneficence)

Nn

NILAI-NILAI

Keadilan Individu-individu yang terlibat dalam organisasi sesebuah sukan diharap dapat menunjukkan perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat

sebelah sama ada dalam memberi ganjaran dan hukuman. Keadilan hendaklah ditunjukkan dengan cara mempertimbangkan sesuatu secara objektif, menyeluruh dan wajar serta tidak berat sebelah.

Kejujuran Seseorang individu itu adalah diharapkan dapat menunjukkan sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.Sifat-sifat lain yang berkaitan dengan kejujuran adalah seperti berikut:

Sifat ini merupakan suatu sikap yang bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaaan dan keyakinan orang lain.

Bercakap benar- individu dikehendaki menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tanbah dan berselindung.

Keikhlasan- ini merujuk kepada kesucian hati tanpa mengharapkan balasan ketika melakukan sesuatu.

Bertanggungjawab Sikap ini merupakan kebolehan dan kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain. Ia juga menunjukkan seseorang itu berusaha memikul kewajipan serta melaksanakannya secara sempurna. Contohnya seseorang jurulatih itu dipertanggungjawabkan membimbing sesebuah pasukan. Dia akan memikul

tanggungjawab itu bersunggung-sungguh bagi membalas kepercayaan yang telah diberikan kepadanya.

Keuntungan Seseorang individu yang terlibat di dalam sesebuah sukan tidak akan membuat sesuatu yang boleh merugikan dirinya, pasukannya dan negaranya. Dia juga akan mengelakkan dirinya daripada melakukan apa-apa yang boleh merugikan dirinya. Dia juga akan berusaha mengatasi kelemahan yang boleh merugikan dirinya seterusnya sentiasa berusaha untuk melakukan atau menunjukkan prestasi terbaik.

MORALITI DALAM SUKAN


Pengadil Jurulatih Penonton Pemain Media

Pengadil Seorang pengadil haruslah mempunyai sikap adil di dalam membuat keputusan. Keputusan yang adil dapat menjamin kepuasan setiap individu yanr terlibat di dalam sukan. Ia juga akan mencerminkan kewibawaan pengadil itu sendiri sebagai orang yang bertanggungjawab mengendalikan sesuatu pertandingan atau perlawanan. Pengadil juga haruslah bijak mengawal emosi ketika mengadili sesuatu perlawanan. Seorang pengadil tidak harus mempedulikan sebarang provokasi contohnya daripada penonton di dalam membuat keputusan. Disiplin yang tinggi juga haruslah ditunjukkan oleh oleh seorang pengadil. Tanpa disiplin yang tinggi,seorang pengadil itu tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan dia juga tidak akan dihormati. Sebagai pengadil, kita tidak harus menerima rasuah bagi mengatur keputusan perlawanan atau pertandingan. Personaliti yang positif juga hendaklah ada di dalam diri seorang pengadil kerana dia akan dihormati oleh setiap individu yang terlibat dalam sukan.

Jurulatih Di dalam membuat sebarang keputusan untuk menentukan siapakah pemain yang layak untuk bermain,seorang jurulatih itu mestilah tidak mengamalkan sifat pilih kasih. Jika sifat ini diamalkan,sesebuah pasukan itu tidak akan dapat menampilkan prestasi terbaik dan ia juga akan mengurangka rasa hormat pemain kepada jurulatih tersebut. Amalan rasuah juga mestilah dijauhi oleh seorang jurulatih. Jurulatih juga haruslah menjadi contoh atau roll model kepada pemainnya. Jurulatih haruslah bertoleransi,tidak provokasi dan bertindak di luar jangkaan ketika perlawanan dan pertandingan berlangsung.

Penonton Sebagai seorang penonton atau penyokong yang cintakan pasukan atau atlet yang diminatinya seorang penonton itu mestilah sentiasa berfikiran terbuka di dalam menerima kemenangan dan kekalahan. Segala keputusan yang dibuat oleh pengadil haruslah diterima dengan baik. Penonton juga mestilah menjaga emosi,tidak melakukan keganasan dan bertolak ansur ketika menyaksikan sesuatu perlawanan.

Pemain Pemain atau atlet yang amanah dan jujur tidak akan gelap mata untuk menerima rasuah. Amalan rasuah ini haruslah dijauhi oleh pemain. Pemain juga mestilah bijak mengawal emosi dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencederakan dirinya dan pihak lawan. Semangat kesukanan juga haruslah disematkan di dalam diri pemain dan atlet.

Media Media haruslah mempromosikan pemain,jurulatih, negara, negeri dan kelab dengan cara yang baik. Contohnya Nicol Ann David ratu skuasy negara kita. Media seringkali mempromosikan Nicol sebagai seorang ahli sukan atau pemain yang mempunyai pencapaian seimbang di dalam bidang akademik dan sukan. Nicol juga dikatakan seorang yang mempunyai disiplin yang tinggi. Semua ini telah mendatangkan kebaikan kepada Nicol dan negara. Media juga berperanan memberikan maklumat yang betul dan benar tentang sesuatu sukan. Contohnya perlawanan bolasepak di antara Arsenal dan Chelsea baru-baru ini yang menyaksikan pergaduhan di antara pemain kedua-dua belah pasukan. Pihak media dilihat melaporkan kejadian yang betul dan tidak menokok tambah cerita yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Media juga boleh menjadi agen mempromosikan sesebuah negara melalui sukan. Contohnya Malaysia, media sering melaporkan negara kita ialah sebuah negara yang aman dan mempunyai penduduk yang berbudi bahasa. Ini

telah menarik perhatian pelancong untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikan sesuatu jenis sukan contohnya sukan lumba kereta Formula One. Media juga berperanan menanam dan meningkatkan semangat nasionalisma di kalangan atlet, pemain dan penyokong.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERMORAL DALAM SUKAN


Rasuah ( wang dan barang berharga ) Kemenangan Kuasa Pentingkan diri sendiri Terlalu mengikut perasaan Motif yang negatif Melayan provokasi ( mendengar pendapat orang lain )

Rasuah ( wang dan barang berharga ) Menerima rasuah ialah perbuatan yang terkutuk dalam sukan. Penerima rasuah telah mengadaikan maruah dirinya dan pasukannya serta negeri atau negara yang diwakilinya. Contohnya ramai pemain bolasepak di negara kita telah berjaya ditangkap dan dihukum kerana menerima rasuah di antaranya pemain yang mendapat jolokan Maradona Asia iaitu Azizol Abu Hanifa yang bermain untuk pasukan Perak dan Kebangsaan. Akibat dari perbuatan menerima rasuah, kerjaya pemain tersebut telah musnah sama sekali dan telah merugikan dirinya dan negara.

Kemenangan Terlalu mementingkan kemenangan sehingga sanggup melakukan apa saja merupakan salah satu moral yang tidak baik dalam sukan. Contohnya pemain akan melakukan kekasaran untuk mencederakan pihak lawan bagi memastikan kemenangan pasukannya.

Kuasa Kuasa amat penting dalam menguruskan sesebuah organisasi dalam sukan. Jika ia disalah guna, kuasa itu akan dapat mewujudkan moral yang negatif dalam sukan. Contohnya Ketua pasukan bolasepak Thailand iaitu Kiatisuk Sinamuang, Kiatisuk Sinamuang telah menggunakan kuasanya untuk mengajak atau mengarahkan pemain-pemain pasukan Thailand meninggalkan padang setelah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil ketika perlawanan akhir Kejohanan Piala Asean menentang Singapura baru-baru ini. Perbuatan ini adalah tidak bermoral kerana sebagai ketua beliau haruslah menjadi contoh atau ketua untuk menenteramkan pemain-pemain pasukannya.

Pentingkan diri sendiri Contohnya kejadian yang berlaku kepada segelintir pemain bolasepak pasukan Kebangsaan beberapa tahun lalu.Pemain-pemain tersebut telah bertindak mementingkan diri sendiri keluar untuk berhibur dengan meninggalkan kem latihan.Pemain-pemain tersebut telah dihukum dan digelar budak disko. Perbuatan tersebut telah merugikan pemain-pemain, pasukan dan negara.

10

Terlalu mengikut perasaan Pemain atau atlet yang terlalu mengikut perasaan akan sanggup mencederakan dirinya dan pihak lawan bagi mencapai kemenangan. Perasaan ini juga dikenali sebagai panas baran.

Motif yang negatif Apabila motif atau tujuan itu negatif,contohnya bermain semata-mata untuk mendapatkan wang atau ganjaran, pemain atau atlet itu akan mengabaikan moral-moral yang positif. Contohya tidak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya sekiranya ganjaran yang ditawarkan rendah nilainya. Bermain bukan untuk negara tetapi untuk kepentingan peribadi.

Melayan provokasi ( mendengar pendapat orang lain ) Contohnya apabila penonton bersorak agar pemain melakukan kekasaran,pemain itu akan melakukannya tanpa berfikir panjang. Ini akan menyebabkan berlaku kecederaan kepada pihak lawan dan perlawanan itu juga akan terganggu.

11

RUMUSAN Setiap mereka yang terlibat dalam sukan perlu mengamalkan nilai-nilai moral yang positif yang boleh diterima oleh orang lain terutama mereka yang sama-sama terlibat dalam sukan seterusnya moral yang ditunjukkan boleh diterima oleh masyarakat secara umumnya. Ahli sukan yang dimaksudkan termasuklah pemilik badan sukan, pengurus, pengadil, jurulatih, pemain dan penonton. Jika nilai moral ini disemai dalam diri setiap mereka yang terlibat dalam sukan pasti sukan yang diceburi dapat mencapai perkembangan positif dari segi fizikal dan mental. Oleh itu nilai moral harus disemai bermula dari bangku sekolah lagi bagi setiap atlet atau pemain. Seorang guru atau jurulatih harus memberitahu atau mendidik pemain kita tentang nilai moral yang harus diamalkan dalam sukan. Secara tidak langsung akan mengajak guru atau jurulatih itu untuk mengamalkan nilai moral yang baik. Bagi pemilik badan sukan, pengurus dan pengadil mereka perlu didedahkan dengan kursus atau seminar yang boleh meningkatkan kesedaran mereka tentang nilai moral dalam sukan mengikut badan yang berkuasa.Bagi meningkatkan nilai moral dikalangan penonton, pihak media perlu menjalankan tugas ini untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang nilai moral supaya masyarakat sedar tentang pentingnya nilai moral dalam sukan.

12

13

Potrebbero piacerti anche