Sei sulla pagina 1di 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN &KESELAMATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 16,LAHAD DATU BIL 1/13

Tarikh Hari Tempat Masa


HADIR

: 10 Januari 2013 : Khamis : Bilik Gerakan : 12.40 pm 2.00 pm

1.En.Jeniar Subeh 2.En.Khaironi bin Jazuli 3.Pn.Aisyah Binti Abdullah 4.En.Sumidi bin Sumardi 5.En.Anuwar bin Jaafar 6.Pn.Hamidah bin Awg.Damit 7.Cik.Helena Semoi Petrus 8.Pn.Khadijah binti Ahmad 9.En.Mohd Norkhairul bin Abd Rahman 10.Pn.Masharih binti Mansur 11.Cik Salbaherna binti Bakar 12.En.Sarpie bin Jaini 13.En.Abu Talib bin Othman 14.En.Mohd Rafiqe bin Rika 15.Pn.Mariam TIDAK HADIR 1.En.Jaitu bin Adian 2.Pn.Masia bt.Mulok 3.En.Saberi bin Bandu 4.En.Mohd Yatimi bin Yasin 5.Pn.Radziah binti Mohd Ziki 6.En.Mohd Hairi bin Jamalul 7.En.Mohd Hermanshah Bin Sabran 8.Pn.Zunaidah binti Daiman

- Guru Besar -Pen.Kanan Kurikulum -Pen.Kanan Ko-Kurikulum - Setiausaha -Setiausaha Kurikulum -Pnyelaras Tahun 3 -Setiausaha Unit Hem -Penyelaras Tahun 5 -Penyelaras PA.Sistem -Penyelaras Pendidikan Khas -Penyelaras Pra Sekolah -Penyelaras Tahun 4 - Juruteknik Komputer -Ketua Pengawal Keselamatan -Ketua bahagian pembersihan

-Pen.Kanan Hem (Ke Klinik) -Penyelaras Tahun 1 (Ke MRSM) -Ketua Penyelaras (Tiada makluman) -Penyelaras Tahun 6(Tiada Makluman) - Setiausaha Ko-Kurikulum (Tiada Makluman) -Penyelaras Bekalan Minyak (Tiada Makluman) -Rekod Inventori (Bercuti) -Naib Setiausaha (Cuti Sakit)

AGENDA : 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.Pengerusi menjelaskan bangunan fizikal dan prasarana sekolah pada masa ini cantik dan dalam keadaan baik .Kerja-kerja pembaikan bangunan sekolah dan penyelenggaraan sistem paip telah dijalankan oleh kontraktor semasa cuti sekolah. 1.2 Tentang pembinaan tempat meletak kenderaan di luar pagar sekolah,Pengerusi menjelaskan ia adalah atas inisiatif pihak felda yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun lepas.Mungkin atas sebab-sebab tertentu,pembinaan tidak dapat dilaksanakan dan memohon agar setiausaha mengambil tindakan dengan membuat surat susulan tentang masalah tersebut kepada pihak berkenaaan. 1.3 Pengerusi juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak felda yang banyak membantu pihak sekolah khususnya dalam pembangunan sekolah seperti penyambungan bekalan elektrik ke janakuasa pam air dan bantuan bekalan minyak diesel semasa kelewatan bekalan minyak daripada Pejabat Pelajaran .Begitu juga pembaikan paip air sekolah adalah atas inisiatif pihak felda. 1.4 Pengerusi juga memaklumkan tandas guru lelaki dan tandas murid telah dibaiki untuk kemudahan guru.Pengerusi juga telah dimaklumkan oleh guru Pusat Sumber bahawa terdapat kebocoran pada siling bilik Pusat Sumber dan akan diambil tindakan.Pengerusi meminta agar semua guru sentiasa peka dengan keadaan sekeliling yang berkaitan dengan keadaan fizikal sekolah dan memaklumkannya dengan segera sekiranya terdapat kerosakan. 1.5 Pengerusi menjelaskan kutipan sewa yang dikenakan kepada guru-guru yang tinggal di flat guru adalah untuk menampung kos penyelenggaran sekiranya berlaku kerosakan paip atau bangunan flat.Permohonan peruntukan pembaikan daripada pejabat mengambil tempoh masa yang agak lama.Ini boleh menjejaskan kebajikan guru. 1.6 Pengerusi memaklumkan kepada pengawal keselamatan agar dapat mengawal bilangan anjing liar yang masuk ke kawasan sekolah. 2.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SESI 2013 2.1 Setiausaha memaklumkan perlantikan ahli jawatankuasa pada tahun ini adalah berdasarkan perlantikan yang telah dibuat oleh Penolong Kanan pentadbiran.(Rujuk lampiran) 2.2 Setiausaha berharap setiap Ahli Jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaiknya.

3.0 ISU-ISU PEMBANGUNAN & KESELAMATAN 3.1 Pn.Masharih memaklumkan bangunan tandas yang dibina untuk kelas Pendidikan Khas telah siap dan boleh digunakan.Hanya mangkuk tandas yang dipasang tidak mengikut aspek yang diminta.Sepatutnya mangkuk tandas yang dipasang terdiri daripada jenis duduk dan cangkung.Walau bagaimanapun,kedua-dua tanda yang dipasang adalah jenis duduk. 3.2 Pn.Khadijah memaklumkan beberapa tombol pintu kelas rosak disebabkan pemasangan pintu yang tidak sempurna.Contohnya kelas Tahun 1 Intelek.Pengerusi berjanji akan cuba untuk berbincang dengan kontraktor agar pintu-pintu ini dibaiki semula. 3.3 Pengerusi memakluman kepada Juruteknik Komputer agar mengambil tindakan untuk mengemaskini sambungan wayar talian internet berhampiran makmal computer. 3.4 En.Sumidi meminta agar setiausaha Hem berbincang dengan Penolong Kanan Hem tentang pelan kecemasan sekolah yang perlu ditampal dalam setiap kelas.En.Khaironi berpendapat pihak pengurusan Hem perlu berbincang dengan pihak Bomba untuk menentukan pelan kecemasan yang sesuai dengan fizikal sekolah. 3.5 En.Anuwar memaklumkan kepada pengerusi tentang pentingnya pembinaan pagar di kantin bagi mengelakkan anjing memasuki kawasan kantin dan meminta agar pihak pentadbir dapat membaiki paip di sinki Bilik Guru dan Pejabat Am untuk kegunaan staf. 3.6 En.Sumidi memaklumkan masalah bekalan elektrik yang sering terputus di kawasan kantin dan kelas Tahun 6 akan cuba diatasi. 3.7 Pn.Aisyah meminta agar pengawal keselamatan memastikan agar tiada ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah melalui kawasan lobi kecuali pada hari hujan.Ini untuk mengelakkan kesesakan pada awal pagi. 3.8 En.Khaironi menjelaskan tentang pencapaian skor dalam SKPM bagi unit pembangunan pada tahun lepas ialah skor 5.Justeru itu,skor yang lebih baik dapat dicapai pada tahun ini. 3.9 En.Khaironi meminta agar pokok yang tumbuh di atas talang air dibersihkan untuk mengelakkan tanggapan yang kurang elok dikalangan masyarakat tentang sekolah. 3.10 Cik Salbaherna memaklumkan agar bahagian pembersihan sekolah dapat mengalihkan pokok bunga yang bersaiz besar dari ruang koridor sekolah dengan menggantikan pokok bunga yang bersaiz kecil.Ini untuk mengelakkan gangguan.Selain itu,Cik.Salbaherna meminta agar paip yang berhampiran dengan pra sekolah ditutup atau diganti dengan paip yang berkunci untuk mengelakkan laluan kawasan pra sekolah basah dan boleh mendatangkan bahaya. 3.11 En.Abu Talib memohon agar soket dipasang di dewan dan tapak perhimpunan untuk kegunaan peralatan PA.Sistem.Ini kerana soket yang sedia ada sering kali bermasalah. 4.0 HAL-HAL LAIN Tiada

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN 5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi atas perhatian ahli ahli mesyuarat tentang masalah-masalah yang dibangkitkan khususnya yang berkaitan dengan pembangunan dan keselamatan sekolah.Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 2.00 petang sehingga mesyuarat akan datang. Dsediakan oleh,

____________________________ SUMIDI BIN SUMARDI) Setiausaha, Pembangunan Dan Keselamatan Sekolah Disahkan oleh,

_____________________________ JENIAR SUBEH PPN,ADK,BSK Guru Besar, SK Sahabat 16. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT: DICADANGKAN OLEH DISOKONG OLEH TARIKH MASA :________________________________________________ :________________________________________________ :________________________________________________ :_______________________________________________

Potrebbero piacerti anche