Sei sulla pagina 1di 1

PENANG AMATEUR ATHLETIC ASSOCIATION

(PERSATUAN OLAHRAGA AMATUR PULAU PINANG) P.O.Box : 1111 10840 Pulau Pinang

Tel: 016-4628260 / 8813439

Fax & Tel : 04-8813439

Tuan/Puan Pengetua Semua Sekolah Menengah, Pulau Pinang. Tuan/Puan, ACARA LARIAN TANJUNG 10 KM 2011

Ruj Kami : PAAA/03/006 Tarikh : 27 September 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang akan menganjurkan acara larian TANJUNG 10 KM 2011 sempena Hari Jadi TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pada Hari Ahad, 30-10-2011 jam 7.15 pagi di Jalan Sepoy Lines (sebelah SM Padang Polo), Pulau Pinang. 2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak POAPP memohon jasabaik tuan/puan supaya menggalakkan pelajar-pelajar sekolah tuan/puan menyertai acara ini. 3. Bersama-sama ini disertakan surat kebenaran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan borang penyertaan acara tersebut untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Sila memperbanyakkan borang jika perlu. 4. Untuk makluman tuan/puan, acara ini merupakan satu-satunya acara yang majlis penyampaian hadiah diadakan di perkarangan Seri Mutiara dan setiap peserta yang mengambil bahagian akan menerima Baju T, nombor larian, minuman dan layak untuk cabutan bertuah, sijil penyertaan, pingat penamat sekiranya menamatkan larian. TYT Yang Pertua Negeri Pulau Pinang telah mengenang untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya Tel.: 016-4628260 5. Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat diharapkan dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas,

VGoii
(V.Govindasamy) Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang. s.k. i. Y.Bhg. Dato Presiden, POAPP. ii. Tuan Pengarah Pelajaran, JPN (U.P. Ketua Unit Sukan)

Potrebbero piacerti anche