Sei sulla pagina 1di 2

Alat Bantu Mengajar Pecahan Kit Bahan Pengajaran: Fraction Strips dan Fraction Circles Pengenalan: 1.

Boleh digunakan sebagai bahan hands-on untuk murid semasa pengenalan pada tajuk pecahan setara. 2. Sesuai digunakan oleh semua darjah yang mempelajari tajuk pecahan. 3. Fraction Strips dan Fraction Circles boleh diubah suai mengikut keperluan hasil pengajaran.

Cara Penggunaan: 1. Boleh digunakan secara berkumpulan ataupun individu mengikut tahap pelajar dan kesesuaian dengan hasil pembelajaran. 2. Bahan ini digunakan oleh guru dalam langkah pengajaran dan murid dalam aktiviti pengukuhan.

3. Bahan ini boleh digunting mengikut kesesuaian hasil pembelajaran dan cara guru mengajar. 4. Bahan ini boleh dimanipulasikan dalam pelbagai cara untuk setiap bahagian subtopik dalam tajuk pecahan. Sampel Aktiviti 1: A Part of Me (Fraction Strips) 1. Aktiviti dijalankan sebagai pembelajaran koperatif dan pembelajaran aktif. 2. Murid akan menggunakan kordinasi mata tangan untuk menggunting dan kefahaman konsep untuk melaksanakan aktiviti. 3. Dalam kumpulan kecil 3 4 orang murid diberikan Fraction Strips. 4. Guru meminta murid untuk melekatkan pelbagai pecahan untuk membentuk pecahan yang telah dicatatkan oleh guru didalam lembaran aktiviti murid menggunakan pelbagai nilai pecahan daripada Fraction Strips. 5. Murid akan membandingkan hasil kerja mereka antara satu sama yang lain untuk mendapat kepelbagaian idea bagaimana satu pecahan boleh terbentuk menggunakan pecahan-pecahan lain yang bernilai lebih kecil. 6. Dalam aktiviti ini murid boleh mengaplikasikan kemahiran pecahan wajar, pecahan setara dan penambahan pecahan. Sampel Aktiviti 2: Hows Big, Bigger and Biggest / Vice Versa (Fraction Circles) 1. Aktiviti dijalankan sebagai pembelajaran koperatif dan pembelajaran aktif. 2. Murid akan menggunakan kordinasi mata tangan untuk menggunting dan kefahaman konsep untuk melaksanakan aktiviti. 3. Dalam kumpulan kecil 3 4 orang, murid diberikan Fraction Circles. 4. Guru meminta murid untuk membandingkan pecahan manakah yang lebih besar antara dua pecahan menggunakan Fraction Circles. 5. Murid menyusun pecahan pecahan yang berlainan penyebut sehingga boleh membentuk 1 penuh. 6. Murid menganalisis manakah pecahan yang mempunyai saiz yang terbesar dalam bulatan tersebut. 7. Murid melabelkan pecahan pecahan sebagai besar, lebih besar dan terbesar.

Potrebbero piacerti anche