Sei sulla pagina 1di 170

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP) HBHE2103SMP

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

PENGHARGAAN Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil Prof Dr Widad Othman Open University Malaysia Norazhan Che Lan Rosinah Mahmood Open University Malaysia Yusop Ahmad Nur Haziyanti Mohamad Khalid Dr Nurkhalid Salimin Universiti Pendidikan Sultan Idris Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Penulis Modul: Penyederhana:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM), Januari 2013, HBHE2103 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam manamana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM). Versi Januari 2013

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti kepentingan program kesihatan sekolah; 2. Mengenal pasti program-program yang berkaitan; 3. Membincangkan rasional mengadakan program kesihatan; dan 4. Menghuraikan kepentingan menjaga kesihatan.

PENGENALAN

Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak perlu diberikan secara menyeluruh dari segi jasmani, mental, sosial dan rohani. Perkembangan yang menyeluruh ini akan membantu murid-murid sekolah mencapai potensi pada peringkat optimum supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyepadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajarpelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan profesional kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan swasta. Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 akan berkuatkuasa untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh sektor swasta. Setelah lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi dan komunikasi. Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis
2

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005. Antara perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS adalah seperti berikut: a. Menilai status kesihatan murid; b. Memberi khidmat rawatan dan rujukan; c. Memberi bimbingan dan kaunseling; d. Memberi penjagaan rawatan atau kecemasan; e. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit; dan f. Mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan PROSTAR, mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat.

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1.1 RASIONAL, MATLAMAT DAN OBJEKTIF Seterusnya, bahagian ini akan menerangkan rasional, matlamat dan objektif PBSS.

1.1.1 Rasional Kewujudan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah berdasarkan rasional berikut: a. Mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama dan komitmen dalam kalangan warga sekolah. b. Penyeragaman beberapa program kesihatan sekolah sedia ada di bawah satu program bersepadu. c. Keperluan mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa. d. Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan. e. Program yang terancang dan bersepadu adalah suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan. f. Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) perlu dirancang, dilaksana dan dinilai di setiap sekolah. Program ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1.1.2 Matlamat PBSS Matlamat penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Untuk merealisasikan matlamat ini adalah lebih mudah dan berkesan ketika masih kanak-kanak lagi kerana mereka boleh dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang positif ibarat "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tambahan pula, kanak kanak sekolah adalah "captive audience" yang mudah dipengaruhi. Rajah 1.1 menunjukkan program-program kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah.

Rajah 1.1: Antara program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1.1.3 Objektif PBSS Objektif PBSS adalah: a. Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. b. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat. c. Menetapkan polisi/dasar kesihatan sekolah. d. Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. e. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi: Menilai taraf kesihatan murid. Memberi khidmat rawatan dan rujukan. Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid. Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di sekolah. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit. Mengenal pasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1.2 KEPENTINGAN KESIHATAN SEKOLAH DALAM BEBERAPA KONTEKS Kesihatan adalah disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu: a. Individu; b. Keluarga; dan c. Komuniti. Kerjasama antara masyarakat (individu, keluarga dan komuniti) dan sekolah menggalakkan penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktiviti kesihatan melalui PIBG, JKKK, Persatuan-persatuan, Jabatan-jabatan kerajaan dan bukan kerajaan. Kerjasama tersebut membolehkan beberapa tindakan yang berfaedah seperti berikut: a. Pemeliharaan Persekitaran i. ii. iii. Kawalan pembiakan vektor; Pembuangan sampah dan saliran air limbah yang sempurna; dan Kawasan yang cantik, bersih, selesa dan selamat.

b. Struktur Fizikal i. ii. iii. iv. v. Lokasi yang sesuai; Bangunan yang selamat; Pengudaraan yang sempurna; Pencahayaan yang cukup; dan Kemudahan bilik darjah dan asrama yang mencukupi, peralatan yang sesuai dan menyediakan bilik rawatan yang sesuai.

c. Kerjasama antara Masyarakat dan Sekolah Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Ia merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanakkanak. Dalam konteks ini, sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya terhadap masyarakat dan begitulah sebaliknya, iaitu apakah yang masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah. Kerjasama meliputi: i. ii. iii. Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan; Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi; dan Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan yang sempurna (rujuk Rajah 1.2).

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 1.2: Contoh kantin sekolah yang bersih Sumber: http://www.smksb.edu.my/galeri/index.html Enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut: iv. v. vi. vii. viii. ix. Polisi Kesihatan Sekolah; Persekitaran Fizikal Sekolah; Persekitaran Sosial Sekolah; Penglibatan Komuniti; Kemahiran Kesihatan Diri; dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1.2.1 Polisi Kesihatan Sekolah Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai: Polisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk: a. Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. b. Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan. Beberapa polisi yang boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan bersesuaian dengan keperluan sekolah ialah: a. Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah; b. Polisi pertolongan cemas; c. Polisi keselamatan sekolah; d. Polisi kawalan penyakit; e. Polisi persekitaran fizikal sekolah; f. Polisi persekitaran sosial sekolah; g. Polisi pendidikan kesihatan; dan h. Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat. Polisi-polisi yang dilaksanakan perlu dikaji dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Contoh polisi yang dimaksudkan boleh dilihat pada Jadual 1.1. Jadual 1.1: Contoh Jadual Polisi di Sekolah Polisi Bebas asap rokok Indikator Jumlah warga sekolah merokok di dalam kawasan sekolah Bilangan poster larangan merokok di dalam kawasan sekolah Keselamatan makanan di kantin sekolah Rating premis kantin sekolah

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

SEMAK KENDIRI 1.1


Nyatakan teras utama PBSS. Jawapan Enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut: a. Polisi Kesihatan Sekolah; b. Persekitaran Fizikal Sekolah; c. Persekitaran Sosial Sekolah; d. Penglibatan Komuniti; e. Kemahiran Kesihatan Diri; dan f. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

AKTIVITI 1.1

Nyatakan tujuan dan fungsi polisi kesihatan sekolah.


Jawapan Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai: a. Polisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk: i. ii. Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan

b. Beberapa polisi yang boleh dibentuk oleh sebuah sekolah yang berkaitan dan bersesuaian dengan keperluan sekolah iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah. Polisi pertolongan cemas. Polisi keselamatan sekolah. Polisi kawalan penyakit. Polisi persekitaran fizikal sekolah. Polisi persekitaran sosial sekolah. Polisi pendidikan kesihatan. Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.

10

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1.2.2 Persekitaran Fizikal Sekolah Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, sihat dan sentiasa mempunyai persekitaran yang selamat. Persekitaran tersebut berfungsi untuk: a. Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat; b. Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit; dan c. Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang merangkumi: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. Bangunan sekolah; Bilik darjah; Tandas; Bekalan air; Telefon; Kebun/landskap; Makmal; Kantin; Asrama; Klinik; Dewan; Stor; Tempat letak kereta; Pagar; Perparitan; Sistem pembuangan sisa pepejal; Pili bomba; dan Padang permainan.

Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna, beberapa perkara perlu diambil kira, iaitu: xix. xx. Persekitaran yang bersih dan selamat bagi menggalakkan amalan kesihatan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan kejadian kemalangan di sekolah. Kebersihan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama).

11

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

xxi.

Memastikan pengalaman, penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa. Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan Pengetua, Guru Besar atau guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994. Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada pencemaran udara, air dan bunyi bising.

xxii.

xxiii. xxiv.

Pemantauan dan Penilaian

Petunjuk-petunjuk yang diambil kira ialah: a. Peratus sekolah mempunyai rating > 70 peratus untuk 3K (keceriaan, keindahan dan keselamatan). b. Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah. c. Peratus sekolah mencapai > 75 peratus rating bebas denggi di sekolah. d. Peratus sekolah mencapai 75 peratus rating premis makanan. e. Peratus sekolah mematuhi 100 peratus peraturan larangan merokok. f. Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah.

12

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1.2.3 Persekitaran Sosial Sekolah Persekitaran sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal. Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa perkara iaitu: a. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah. b. Menyediakan persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah. Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar yang seimbang dari kesihatan mental dan fizikal. Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu berupaya: a. Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni. b. Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya, rekreasi, hobi, punching bag, sudut pidato dan papan conteng. c. Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan. d. Melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa. e. Menangani kes-kes disiplin warga sekolah mengikut peruntukan peraturan-peraturan disiplin yang sedia ada. f. Menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran, Kem Motivasi, Kem Bina Semangat, Kem Ibadat, Kursus Kepimpinan, Rakan Muda, PROSTAR dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian. g. Memberi bantuan atau sokongan moral, khidmat nasihat dan sokongan kewangan seperti Biasiswa, Tabung Kebajikan dan Insurans Takaful.
Pemantauan dan Penilaian

Berikut adalah petunjuk-petunjuk bahawa sekolah mempunyai persekitaran sosial yang sihat dan selamat. a. Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah; b. Peratus sekolah bebas daripada kes jenayah; c. Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR; dan d. Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/kaunseling/anti-stres.

13

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1.2.4 Penglibatan Komuniti Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Penglibatan tersebut berfungsi seperti berikut: a. Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan. b. Melibatkan diri dalam bentuk tenaga kepakaran, bahan atau kewangan. c. Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid. d. Menjadi role model amalan cara hidup sihat. Untuk mencapai matlamat PBSS, beberapa aktiviti yang boleh dijalankan untuk memenuhi fungsi penglibatan komuniti adalah seperti yang dilampirkan di dalam Jadual 1.2. Bil. 1. Aktiviti PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) Fungsi Aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dan warga sekolah tentang bahaya, cara pencegahan dan kawalan AIDS di samping menanam sikap positif dan prihatin gejala sosial terutama gejala seks bebas dan penagihan dadah. Aktiviti meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kemahiran dalam mencegah dan mengawal demam denggi yang melibatkan warga sekolah dan komuniti. Aktiviti promosi anti-merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai kawasan larangan merokok melibatkan warga sekolah dan komuniti. Mengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema tahunan. Merancang, melaksana dan mengawasi penyediaan, pemprosesan, hidangan dan penjualan makanan sihat di kantin sekolah oleh warga sekolah dan komuniti. Mempertingkatkan dan mempromosi kebersihan dan keceriaan sekolah. Melaksanakan Program Sijil Lencana Anti-dadah, aktiviti peningkatan kesedaran pelajar akan bahaya penyalahgunaan dadah serta langkah pencegahan dan pengawalan. Melibatkan warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti mempertingkatkan keselamatan murid.

2.

Bebas Denggi di Sekolah

3.

Anti-merokok

4.

Kempen Cara Hidup Sihat Program Kantin Sihat

5.

6.

Sekolah Bersih

7.

Bebas Dadah

8.

Keselamatan

14

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

9.

Rekreasi

Melaksanakan program rekreasi bersama komuniti dan warga sekolah. Melibatkan diri secara aktif dalam penerapan nilai agama, moral dan kerohanian. Penglibatan komuniti dan warga sekolah dalam aktiviti kekeluargaan. Bilangan aktiviti penglibatan komuniti yang dijalankan di sekolah atau warga sekolah. Bilangan penyertaan komuniti, ibu bapa dan warga sekolah.

10.

Agama dan Kerohanian Kekeluargaan

11.

12.

Pemantauan dan Penilaian

1.2.5 Kemahiran Kesihatan Diri Merupakan suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif ke arah amalan cara hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Kemahiran tersebut penting bagi mengadakan pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial, serta alam sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat. Beberapa aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan, sama ada melalui pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut: a. Kesihatan Fizikal i. Kebersihan diri

Murid-murid mestilah diajar tentang kebersihan diri yang ditetapkan dalam kurikulum sekolah. Sekolah perlu memastikan setiap murid mengamalkan kebersihan diri setiap masa melalui kaedah pemeriksaan oleh guru, latihan amali dan demonstrasi. Murid perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan diri sepanjang masa seperti berpakaian kemas dan bersih, rambut kemas dan bersih, kuku pendek dan bersih serta gigi dan mulut/ hidung yang bersih.

ii.

Kesihatan Pergigian

Sekolah perlu memastikan supaya aktiviti kesihatan pergigian diajar dan diamalkan di sekolah. Sekolah perlu mengadakan kemudahan untuk latihan amali kebersihan gigi.

iii.

Senaman dan Kecergasan

15

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)


Sekolah perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya dua masa pelajaran dalam seminggu untuk senaman dan kecergasan. Sekolah perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk senaman dan kecergasan. Murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti senaman dan kecergasan.

iv.

Makan Secara Sihat


Sekolah mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada setiap murid melalui kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak formal. Sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah adalah bersih, selamat dan berzat. Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat, bersih dan selamat.

v.

Anatomi dan Fisiologi Tubuh Badan


Guru dan murid perlu diberi pengetahuan asas mengenai struktur dan fungsi tubuh badan melalui pendidikan formal. Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang perkembangan dan pertumbuhan fizikal. Guru dan murid perlu didedahkan kepada masalah yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal.

vi.

Pertolongan Cemas

Sekolah perlu melatih guru dan warga sekolah berkaitan pertolongan cemas. Sekolah perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peti kecemasan di dalam setiap bilik darjah. Murid perlu mempelajari kaedah pertolongan cemas.

b. Kesihatan Mental dan Sosial i. Perkembangan Mental dan Sosial

Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan mengenai perkembangan mental dan sosial yang normal.

ii.

Tekanan Rakan Sebaya dan Keluarga


Murid perlu diberi kemahiran untuk menangani masalah berkaitan dengan rakan sebaya dan keluarga. Guru hendaklah didedahkan kepada cara-cara mengenal pasti masalah kesihatan mental dan sosial dalam kalangan murid. Sekolah perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada warga sekolah.
16

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Pemantauan dan Penilaian

Berikut adalah senarai pemantauan dan penilaian bagi Pendidikan Kesihatan. a. Pendidikan Kesihatan Formal i. ii. iii. iv. v. vi. Ujian bertulis selepas topik/penggal/tahunan; Ujian lisan selepas setiap topik/penggal/tahunan; Kajian semula kurikulum sekolah yang formal; Skor tingkah laku berkala; Laporan untuk setiap projek; dan Senarai semak setiap penyeliaan berkala yang dijalankan.

b. Pendidikan Kesihatan Tidak Formal i. Laporan Tahunan oleh:


Jawatankuasa Kesihatan Sekolah; Kelab Kesihatan Sekolah; dan Biro Kesihatan.

ii. iii. iv. v.

Senarai semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran sekolah. Skor pemeriksaan kesihatan diri. Hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di sekolah iaitu pertandingan kesihatan, kuiz kesihatan dan pameran kesihatan. Skor tingkah laku selepas kaunseling.

1.2.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di dalam kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah berperanan untuk: a. Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu. b. Membina kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum dan amalan cara hidup sihat. c. Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna. d. Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah. e. Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut. f. Menyediakan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah.
17

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

g. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit. Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah: i. Penilaian Status Kesihatan Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesahan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti yang perlu dijalankan adalah:
o

Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid. Rekod Kesihatan Murid (RKM) hendaklah sentiasa dikemaskini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid tersebut tamat tahun 6. Sekiranya seseorang murid itu bertukar sekolah, buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baharu. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.

o o

ii.

Rujukan dan Tindakan Susulan


o o

Pemerhatian atau rawatan awal terhadap kes yang dirujuk. Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan. Khidmat Kaunseling Penyediaan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih di setiap sekolah.

iii.

iv.

Pemakanan Aktiviti pemakanan meliputi:


o

Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengkelasan status pemakanan mengikut RKM. Pengesanan secara fizikal dan klinikal kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain. Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat. Ceramah dan promosi pemakanan (healthy eating) kepada warga sekolah. Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan lainlain. Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang diwartakan.

o o o

18

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

v.
o

Pergigian Perkhidmatan pergigian perlu dijalankan: Dengan mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk rawatan pergigian murid oleh sekolah. Untuk menilai status kesihatan pergigian yang merangkumi pemeriksaan gigi, tisu-tisu lembut dan kecacatan dentofacial oleh doktor pergigian atau jururawat pergigian. Untuk memerhati aspek kebersihan mulut murid oleh guru kelas. Dengan memberikan keutamaan kepada aspek pencegahan dan promosi kesihatan pergigian. Dengan memberikan rawatan pergigian yang sistematik dan komprehensif kepada murid. Dengan menyediakan rujukan bagi kes yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut oleh doktor pergigian dan jururawat pergigian.

o o

vi.

Pertolongan Cemas Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit masih boleh berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan.
o o

Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut: Sebuah bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi juga dengan peti pertolongan cemas (sila rujuk Rajah 1.3). Sekurang-kurangnya seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardiopulmonari.

Rajah 1.3: Sebuah peti pertolongan cemas Sumber: http://www.conney.com/Category_First-Aid_50001_10102_-1_11251_Y vii. Pendidikan Kesihatan Aktiviti Pendidikan Kesihatan meliputi:
o o

Penyampaian Pendidikan Kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal. Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan dalam kalangan warga sekolah.
19

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)


o

Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas Aktiviti bagi kanak-kanak dengan perkembangan pada tahap di bawah normal mengikut umur atau kehilangan keupayaan fizikal, penglihatan dan pendengaran meliputi:

viii.

o o o

Diagnos dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas. Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, pemulihan cara kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan.

Pemantauan dan Penilaian

Pemantauan dan penilaian meliputi: a. Pemeriksaan Status Kesihatan i. ii. iii. iv. Peratus murid yang diperiksa oleh jururawat dan doktor. Kadar pengesanan cacat penglihatan. Liputan imunisasi. Kadar kejadian penyakit.

b. Rujukan dan Tindakan Susulan i. ii. Bilangan kes dirujuk. Bilangan kes keciciran daripada kes rujukan.

c. Pemeriksaan Status Pemakanan i. Bilangan dan peratus dengan berat badan menurut ketinggian.

< 80 peratus mengikut tahun persekolahan (kurang zat makanan); dan > 120 peratus mengikut tahun persekolahan (obesiti).

ii. iii. iv. v.

Bilangan dan peratus murid dengan hemoglobin (Hh) < 10 gm% mengikut tahun persekolahan (anemia). Bilangan dan peratus murid yang dikesan mengidap beguk. Bilangan dan peratus murid yang menerima bantuan susu sekolah. Bilangan dan peratus murid yang menerima bantuan makanan tambahan.

d. Pemeriksaan Status Kesihatan Pergigian i. ii. Peratus murid dengan tahap kebersihan gigi yang optima. Peratus murid yang diberi rawatan sehingga tahap demofitness.

e. Pertolongan Cemas i. Bilangan dan peratus peti pertolongan cemas yang lengkap.
20

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

AKTIVITI 1.2

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui perkhidmatan kesihatan sekolah. Jawapan Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah: a. Penilaian Status Kesihatan Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesahan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan adalah: i. ii. Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid. Rekod Kesihatan Murid hendaklah sentiasa dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid tersebut tamat Tahun 6. Sekiranya seseorang murid itu bertukar sekolah, buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baru. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.

iii. iv. v.

b. Rujukan dan Tindakan Susulan i. ii. Pemerhatian atau rawatan awal terhadap kes yang dirujuk. Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan

Penyediaan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh guru kaunselor yang terlatih di setiap sekolah. c. Pemakanan Aktiviti pemakanan meliputi: i. ii. iii. iv. v. Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengkelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid. Pengesanan secara fizikal dan klinikal kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain. Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat. Ceramah dan promosi pemakanan (healthy eating) kepada warga sekolah. Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan lain-lain.

vi.

21

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

vii.

Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang diwartakan.

d. Pergigian Perkhidmatan pergigian yang perlu dijalankan: i. ii. Mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk rawatan pergigian murid oleh sekolah. Menilai status kesihatan pergigian yang merangkumi pemeriksaan gigi, tisutisu lembut dan kecacatan dentofacial oleh pergigian atau jururawat pergigian. Memerhati aspek kebersihan mulut murid oleh guru kelas. Menekan keutamaan aspek pencegahan dan promosi kesihatan pergigian. Memberi rawatan pergigian yang sistematik dan komprehensif kepada murid. Rujukan bagi kes yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut oleh doktor pergigian dan jururawat pergigian.

iii. iv. v. vi.

e. Pertolongan Cemas Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit akan berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan. Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut: i. ii. Sebuah bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi juga dengan peti pertolongan cemas. Sekurang-kurangnya seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardio-pulmonari.

f. Pendidikan Kesihatan Aktiviti Pendidikan Kesihatan meliputi: i. ii. iii. Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal. Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

g. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas Aktiviti bagi kanak-kanak dengan perkembangan pada tahap di bawah normal mengikut umur dan/atau kehilangan keupayaan fizikal, penglihatan dan pendengaran meliputi: i. ii. Diagnosa dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas. Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.

22

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

iii.

Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, pemulihan cara kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan.

RUMUSAN

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk menyepadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah. PBSS mengandungi satu program yang terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui kerjasama dan penglibatan komuniti. Enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti Polisi Kesihatan Sekolah, Persekitaran Fizikal Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah, Penglibatan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat adalah bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Ia merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini, sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya terhadap masyarakat dan sebaliknya, apakah yang masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah. Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat.

23

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 2 PROMOSI KESIHATAN SEKOLAH


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan maksud promosi kesihatan; 2. Menghuraikan kepentingan promosi kesihatan kepada komuniti; 3. Menghuraikan tujuan penglibatan komuniti dalam promosi kesihatan; 4. Menjelaskan kaedah yang digunakan untuk mempromosi kesihatan, dan 5. Menjelaskan perkhidmatan kesihatan sekolah.

PENGENALAN

Definisi kesihatan boleh dilihat seperti di bawah: Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak berdaya. Badan Kesihatan Sedunia (WHO) Definisi ini sebenarnya melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan (sila rujuk pada Jadual 2.1) iaitu aspek positif dan aspek negatif. Jadual 2.1: Aspek Positif dan Negatif Aspek Positif a. Kesejahteraan dari segi fizikal; b. Kesejahteraan dari segi mental; dan c. Kesejahteraan dari segi sosial. Aspek Negatif a. Berpenyakit; b. Tidak sihat; c. Cedera; dan d. Cacat atau tidak berdaya atau lemah. Dalam kehidupan seharian, individu, masyarakat atau ahli profesional sering menekankan aspek negatif dan mengabaikan aspek positif. Begitu juga dari aspek promosi kesihatan, kita sering menekankan aspek pencegahan penyakit dan kurang mempromosikan dimensi kesihatan yang positif dan menjurus ke arah kesejahteraan hidup. Perbezaan antara kedua-dua aspek kesihatan ini amat penting kerana ia dapat memastikan aktiviti promosi kesihatan berkesan dan mencapai matlamatnya. Aktiviti promosi kesihatan
24

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

seharusnya cuba mencegah penyakit atau keadaan tidak sihat dan pada masa yang sama ia harus mampu menggalakkan kesihatan yang positif kepada individu atau masyarakat. Matlamat keseluruhan promosi kesihatan ialah mencapai keseimbangan antara penggalak kesejahteraan dan pencegahan keadaan tidak sihat dari segi fizikal, mental dan sosial.

2.1 PROMOSI KESIHATAN SEKOLAH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan projek perintis iaitu Health Promoting School (HPS) di enam negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu sejak tahun 1986. Konsep HPS yang diperkenalkan oleh WHO adalah berdasarkan teori Ottawa Charter. Dua kementerian ini mencorakkan Program Kesihatan Sekolah (RKS) dan memberi nafas baru dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Tujuan PBSS ialah untuk menyepadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Aspek promosi kesihatan telah mula diperkatakan sejak dua abad lalu tetapi hanya mendapat perhatian yang serius mulai tahun 1980an. Ia merupakan satu proses atau gerakan radikal yang menekankan kepada aspek sosial dan ekonomi. Aspek promosi kesihatan telah menonjolkan aspek kesejahteraan kehidupan individu sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat. Setiap individu, para profesional dan bukan profesional serta bukan agensi kerajaan atau kerajaan mempunyai peranan masing-masing dalam aktiviti promosi kesihatan. Selain itu, promosi kesihatan perlu menekankan aspek kesihatan yang positif. Kebanyakan individu masa kini mengambil tindakan positif untuk menjaga kesihatan dan bukan sematamata hanya memberi tindak balas terhadap tanda penyakit yang mereka alami. Promosi kesihatan turut melibatkan pelbagai kaedah yang memudahkan individu mengekal dan menjaga kesihatan. Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosio-ekonomi dan persekitaran. Promosi kesihatan juga melibatkan bukan sahaja aktiviti penyebaran maklumat tetapi juga membabitkan perubahan untuk mempengaruhi aktiviti-aktiviti individu, kumpulan, masyarakat, pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan.

25

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

2.1.1 Pendidikan Kesihatan Aspek promosi kesihatan adalah berasal dari aspek pendidikan kesihatan. Bagi menentukan aktiviti promosi kesihatan tersebut berjaya dan mencapai matlamatnya, individu atau ahli profesional perubatan yang bertindak menggalakkan kesihatan harus memahami prinsipprinsip serta konsep pendidikan kesihatan. Pendidikan kesihatan akan menggalakkan kesihatan positif dan mencegah keadaan tidak sihat atau penyakit melalui pengaruhnya terhadap kepercayaan dan tingkah laku individu, kumpulan atau masyarakat. Oleh itu, peranan media massa dalam aspek pendidikan kesihatan amat berharga. Pendidikan kesihatan yang menumpukan kepada aktiviti-aktiviti di peringkat kumpulan atau masyarakat adalah sangat penting. Kaedah pendidikan kesihatan boleh dibahagikan kepada tiga seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Kaedah pendidikan kesihatan

26

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

2.1.2 Aspek Pencegahan Terdapat tiga tahap atau dimensi dalam aspek pencegahan seperti di Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Tiga tahap pencegahan a. Pencegahan primer melibatkan tindakan individu untuk mencegah daripada berlakunya penyakit atau ketidakupayaan atau kecacatan. Antara contoh tindakan ialah imunisasi dan vaksinasi. b. Pencegahan sekunder pula melibatkan pengenalpastian di peringkat awal keadaan kesihatan seseorang individu. Antara contoh yang sering dilakukan oleh individu ialah pemeriksaan perubatan dan fizikal untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami penyakit seperti diabetes, hipertensi atau kegagalan jantung. Individu juga sering melakukan pemeriksaan gigi atau mata untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik. c. Aspek pencegahan tertier pula membabitkan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan individu akibat daripada penyakit yang sedang dialami olehnya. Contohnya, pesakit akan mengawal keadaan penyakit kencing manisnya dengan mengambil ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor serta mengawal diet (pemakanan) supaya individu itu tidak mengalami masalah retinopati (kerosakan mata), neuropati (kerosakan sistem saraf) ataupun nefropati (kerosakan buah pinggang) akibat daripada keadaan kencing manis yang tidak terkawal. 2.1.3 Strategi-strategi ke Arah Mempromosi Kesihatan d. Dasar Kesihatan di Bawah Rancangan Malaysia ke-7. Objektif kesihatan, strategi dan program di bawah Rancangan Malaysia 7 (RM7) akan memberi penekanan dari sudut promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan serta pemulihan dan pengekalan sistem kesihatan yang berkesan dan adil. Kerajaan akan mempromosi cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Sistem kesihatan di kawasan luar bandar akan dimajukan. Sistem bekalan air dan sanitasi, program nutrisi dan imunisasi akan diperluaskan dan lebih ramai individu dijangka akan mendapat kemudahan tersebut. e. Lebih banyak hospital dan kemudahan kesihatan akan dibina. Kerajaan juga menggalakkan sektor kesihatan swasta berganding bahu dengan kerajaan untuk mencapai matlamat RM7. Usaha akan terus ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah dan menguatkan program kesihatan dan rawatan dengan memperbanyakkan perkhidmatan sokongan.

27

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

2.1.4 Cara Pemakanan yang Sihat Statistik negara menunjukkan peningkatan kes-kes penyakit yang berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu, penekanan promosi kesihatan harus diberikan kepada tabiat dan cara hidup yang tidak sihat. Penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi masih menjadi punca utama kematian (15.5 peratus) di hospital-hospital kerajaan. Selain itu, sebanyak enam peratus daripada kematian pula disebabkan oleh penyakit diabetes. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa lapan peratus daripada orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti, manakala 1/3 hingga 1/4 daripada masyarakat di negara ini pula mengalami masalah berat badan berlebihan (sila lihat pada Rajah 2.3).

Rajah 2.3: Masalah obesiti berkait rapat dengan pemakanan yang tidak sihat Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bedahuntukkurus/Article/index.html Sehubungan dengan aspek pemakanan yang sihat, kerajaan telah melancarkan kempen "Pemakanan yang Sihat" pada tahun 1997. Beberapa kaedah telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kempen tersebut berjalan lancar dan berkesan. Antaranya ialah kerjasama antara agensi kerajaaan dan bukan kerajaan serta badan profesional, menggunakan media massa untuk mendidik masyarakat, pengiklanan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah dan mempertingkatkan komunikasi interpersonal sama ada di klinik atau di peringkat komuniti. 2.1.5 Konsep Teleperubatan dan Aspek-aspek Lain Negara kita sedang menuju ke arah sistem penjagaan kesihatan yang bersepadu dan berintegrasi yang memberi tumpuan kepada promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan penjagaan primer. Visi teleperubatan akan membantu mengubah perkhidmatan penjagaan kesihatan dan industri kesihatan ke arah globalisasi untuk perkhidmatan, produk dan pendidikan kesihatan. Teleperubatan ini akan digunakan sebagai alat untuk menggalakkan serta menjalankan tanggungjawab yang lain dari aspek penjagaan kesihatan diri sendiri. Kerajaan dalam usahanya mempromosikan kesihatan banyak menekankan kepada amalan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat melalui kempen anti-merokok, anti-alkohol dan anti-dadah. Di samping itu, kerajaan juga mengenakan penalti yang berat terhadap individu yang terlibat dalam pergaulan atau aktiviti seks rambang. Masyarakat juga digalakkan hidup dalam suasana aman dan harmoni dan menghindari daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan ketegangan mental. Sememangnya masalah-masalah yang telah diterangkan itu boleh menyebabkan kanser, AIDS dan tekanan jiwa.
28

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Aktiviti promosi kesihatan dalam kalangan masyarakat negara membangun seperti Malaysia perlu dipergiatkan terutamanya apabila kos penjagaan kesihatan semakin meningkat dan negara sedang mengalami masalah kegawatan ekonomi. 2.2 POLISI KESIHATAN SEKOLAH Definisi polisi kesihatan sekolah ialah ia merupakan satu pernyataan jelas dan berupaya menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Fungsi polisi kesihatan sekolah boleh dilihat seperti di bawah di mana ia bertujuan untuk: a. Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar; dan b. Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan.

2.2.1 Penetapan Kenyataan Polisi Kesihatan Sekolah Jawatankuasa PBSS Peringkat Sekolah boleh menetapkan kenyataan polisi kesihatan sekolah mereka berdasarkan lokasi sekolah, status sosio-ekonomi dan budaya masyarakat tempatan. Selain itu, polisi kesihatan sekolah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS di Peringkat Kebangsaan adalah ditetapkan berdasarkan masalah kesihatan yang dihadapi melalui polisi seperti yang ditunjuk di dalam Rajah 2.4 berikut.

Rajah 2.4: Polisi berdasarkan masalah kesihatan Berikut adalah beberapa contoh hasil kajian:

Data kesihatan sekolah mendapati 30% murid menghadapi masalah berat badan. Pihak sekolah boleh mewujudkan polisi kesihatan bagi mengatasi masalah berat badan murid. Contoh polisi yang sesuai ialah Amalan Pemakanan Seimbang. Kajian sekolah mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah infestasi kutu. Contoh polisi yang sesuai ialah Rambut Tanpa Kutu.

29

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

2.2.2 Pelaksanaan Polisi Kesihatan Sekolah Sekolah hendaklah menjalankan program dan aktiviti berlandaskan polisi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Peringkat Kebangsaan atau Jawatankuasa PBSS Peringkat Sekolah. Dalam melaksanakan program dan aktiviti tersebut, beberapa perkara perlu dilakukan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.5 di bawah.

Rajah 2.5: Pelaksanaan program dan aktiviti kesihatan sekolah Polisi yang dibentuk adalah bersesuaian dan berkaitan dengan keperluan sekolah iaitu: a. Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah; b. Polisi pertolongan cemas; c. Polisi keselamatan sekolah; d. Polisi pencegahan penyakit; e. Polisi penekanan aspek fizikal dalam sekolah; f. Polisi penekanan aspek sosial dalam sekolah; g. Polisi pendidikan kesihatan; dan h. Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat. Polisi ini perlu dikaji dan dikemas kini dari semasa ke semasa.

30

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

2.2.3 Pelaksanaan PBSS di Sekolah Semua sekolah hendaklah melaksanakan PBSS. Bagi menjayakannya, komponen pengurusan berikut perlu dijalankan (rujuk Rajah 2.6).

Rajah 2.6: Pelaksanaan PBSS di sekolah 2.3 KONSEP PROMOSI KESIHATAN Secara definisi, istilah promosi kesihatan dalam ilmu kesihatan masyarakat (health promotion) mempunyai dua pengertian. Pengertian promosi kesihatan yang pertama adalah sebagai sebahagian daripada tahap pencegahan penyakit. Terdapat lima tahap pencegahan penyakit dalam perspektif kesihatan masyarakat iaitu: a. Peningkatan atau promosi kesihatan; b. Perlindungan khusus seperti melalui imunisasi; c. Diagnosis awalan dan rawatan segera; d. Mengawal atau mengurangkan terjadinya kecacatan; dan e. Pemulihan. Oleh itu, promosi kesihatan dalam konteks ini adalah peningkatan kesihatan. Sedangkan pengertian yang kedua, promosi kesihatan membawa maksud keupayaan memasarkan, menyebarluaskan, memperkenalkan atau menjual kesihatan. Semua pengertian tersebut membawa maksud mengajak masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadikan masyarakat terhindar daripada berbagai-bagai penyakit sama ada fizikal dan juga mental. Dari pengertian promosi kesihatan yang kedua ini dapat diperlihatkan
31

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

jalinan kerjasama dengan pendidikan kesihatan, kerana pendidikan kesihatan pada prinsipnya bertujuan agar masyarakat menjalani kehidupan sesuai dengan nilai-nilai kesihatan. Amalan pendidikan kesihatan pada waktu yang lampau terlalu menekankan perubahan gaya hidup masyarakat. Pakar-pakar pendidikan kesihatan telah bekerja keras untuk memberikan maklumat kesihatan melalui berbagai media dan teknologi pendidikan kepada masyarakat, dengan harapan masyarakat terpengaruh untuk melakukan gaya hidup sihat. Namun usaha tersebut memperlihatkan kesan yang kurang mempengaruhi masyarakat kerana perubahan tingkah laku yang dilakukan masyarakat masih kecil dan lambat. Pendidikan kesihatan kurang melihat dari aspek, bahawa perubahan tingkah laku baharu tersebut juga memerlukan kemudahan dan bukan pengetahuan semata-mata. Lawrence Green (1984) merumuskan promosi kesihatan sebagai segala bentuk kombinasi pendidikan kesihatan dan intervensi yang terkait dengan ekonomi, politik dan organisasi yang dirancang untuk memudahkan perubahan tingkah laku dan lingkungan yang kondusif bagi kesihatan.

2.4 PROGRAM PROMOSI KESELAMATAN MAKANAN Pada tahun 2007, isu keracunan makanan telah menjadi isu hangat yang dilaporkan oleh media. Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan di bawah dua kementerian iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah Jawatankuasa tersebut, dua Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan dan salah satu daripadanya ialah Jawatankuasa Promosi. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan antaranya ialah satu projek khas iaitu road show atau siri jelajah keselamatan makanan telah diadakan di sekolah rendah. Lapan buah negeri telah menjalankan aktiviti ini mulai pada bulan Oktober sehingga November 2007 iaitu negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah, Johor dan Perak. Salah satu pengisian road show ini adalah persembahan sketsa keselamatan makanan yang telah dijayakan oleh para pelakon yang dikenali melalui sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu (lihat pada Rajah 2.7) dan Salam Pantai Timur seperti Pak Uda, Rama, Sabri Yunus, Angeline Tan dan Ayie bagi menyampaikan mesej kepada kumpulan sasar.

Rajah 2.7: Barisan pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu Source: http://media.photobucket.com/image/pimai/aryzss2/DVD%20Cover/PiMaiPiMaiTangTu.jpg?o=0 32

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Bagi meneruskan kesinambungan, pada tahun 2008, Program Promosi Keselamatan Makanan ini telah difokuskan pula kepada pengendali makanan. Pada 14 Jun 2008, majlis pelancaran program ini telah diadakan semasa Majlis Pelancaran Jom Tangani Stres yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri, Cheras oleh Y.B. Dato Liow Tiow Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Objektif program ini adalah untuk membudayakan amalan keselamatan makanan yang baik dalam kalangan warga sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya meneruskan road show fasa kedua kepada pengendali makanan di sekolah-sekolah, seminar keselamatan makanan, kajian, ceramah dan sebagainya. Selain itu, pelbagai bahan pendidikan keselamatan makanan telah dihasilkan bagi menyokong program ini. Adalah diharapkan melalui program yang telah dirangka, rakyat Malaysia dapat menerapkan budaya mementingkan aspek keselamatan makanan sebagai satu gaya hidup sihat.
Pengertian Tanpa Kuman, Makanan Selamat

Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar dengan kuman dan bahan kimia. Kebanyakan kejadian keracunan makanan adalah berpunca daripada kehadiran kuman di dalam makanan yang dimakan. Penggunaan perkataan kuman dalam slogan ini dipilih kerana ianya mudah difahami oleh semua masyarakat dan lapisan umur. Slogan Tanpa Kuman, Makanan Selamat juga membawa maksud makanan yang dimakan adalah selamat dan tidak mendatangkan masalah kesihatan dan penyakit tanpa kehadiran kuman yang merbahaya.

33

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

RUMUSAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Promosi Kesihatan Sekolah merupakan satu program rintis yang sedang dilaksanakan di beberapa buah negeri. Polisi kesihatan sekolah adalah berdasarkan lokasi sekolah, status, sosiekonomi dan budaya masyarakat tempatan. Pengertian promosi kesihatan yang utama adalah sebagai sebahagian daripada tahap pencegahan penyakit. Terdapat empat tahap pencegahan penyakit dalam perspektif kesihatan masyarakat iaitu peningkatan atau promosi kesihatan, perlindungan khusus melalui imunisasi, diagnosis awalan dan rawatan segera, mengawal atau mengurangkan terjadinya kecacatan dan pemulihan. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat adalah keadaan sekolah yang bersih, kemas dan terjaga. Manakala persekitaran sosial sekolah pula menyentuh sahsiah warga sekolah yang murni, berani dan mampu mengharungi segala dugaan. Penglibatan komuniti merupakan satu kerjasama tenaga dan masa oleh pihak ibu bapa dan masyarakat dengan warga sekolah. Kerjasama ini dianggap sebagai sokongan moral dan dorongan dalam meningkatkan tahap kesihatan setiap warga sekolah. Kemahiran kesihatan diri merupakan satu usaha membentuk amalan cara hidup seharian yang positif di kalangan warga sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah pula satu promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan, rawatan, rujukan perubatan dan lain-lain bagi mencapai kesihatan optima di kalangan warga sekolah.

34

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 3 PELAKSANAAN PBSS


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan pendidikan kesihatan; 2. Menjelaskan peranan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dalam konteks pendidikan kesihatan; dan 3. Menyenaraikan jawatankuasa PBSS.

PENGENALAN

Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi bertujuan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Pada tahun 1995, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan negara-negara di kawasan Pasifik Barat untuk menerima konsep "Health Promoting School". Sebagai sebuah negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Malaysia telah melaksanakan projek perintis "Health Promoting School" di enam buah negeri iaitu Kedah, Terengganu, Selangor, Sarawak, Johor dan Melaka. Dalam melaksanakan PBSS, konsep yang berdasarkan kepada "Ottawa Charter on Health Promotion" ini berteraskan kepada lima komponen asas dalam memastikan kewujudan suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu: a. Melalui penyataan polisi kesihatan sekolah; b. Persekitaran sekolah yang sihat dan selamat; c. Penglibatan keluarga dan komuniti dalam mempromosikan kesihatan; d. Kemahiran kesihatan diri dalam kalangan pelajar; dan e. Perkhidmatan kesihatan sekolah yang berkualiti seperti sedia kala. Lima komponen dalam konsep ini perlulah diterjemahkan kepada strategi dan kaedah perlaksanaan yang lebih spesifik dan mantap agar mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosioemosi dan kerohanian merupakan ciri-ciri yang perlu diberikan penekanan dan penelitian bagi membangunkan dan membentuk sekolah sebagai model sihat dan amalan gaya hidup sihat.

35

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

3.1 Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Ini termasuk pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Pada umumnya, Pendidikan Kesihatan bertujuan untuk membentuk minat dan keinginan serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk kemajuan dan kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan masyarakat. Melalui Pendidikan Kesihatan adalah diharapkan murid-murid akan lebih menyedari masalah dan keperluan kesihatan dan seterusnya boleh membuat keputusan yang bijak bagi menentukan cara hidup mereka atau perlakuan kesihatan mereka. 3.1.1 Pendidikan Kesihatan Mari kita lihat pendidikan kesihatan secara formal dan tidak formal yang tersenarai di bawah.
Secara Formal

a. Mempertingkatkan dan mengemaskinikan kurikulum yang sedia ada dari semasa ke semasa untuk mengambil kira isu-isu kesihatan semasa. b. Memberi pendidikan kesihatan secara formal kepada guru dan murid iaitu: i. Guru

Kursus Asas Perguruan di maktab dan institusi pengajian tinggi; Kursus Dalam Perkhidmatan kepada guru-guru terlatih; dan Kursus Lanjutan Kesihatan kepada guru-guru terlatih yang terpilih.

ii.

Pelajar

Melalui mata pelajaran yang ditentukan di sekolah; Latihan amali; dan Projek-projek khas secara individu atau berkumpulan.

c. Penyeliaan dan Pemantauan oleh guru dan pelajar.


Secara Tidak Formal

a. Mengadakan kempen-kempen kesihatan seperti kempen anti-denggi, kempen makan untuk kesihatan, kempen senaman dan kecergasan fizikal dan lain-lain. b. Mengadakan kuiz kesihatan tahunan di setiap peringkat. c. Mengadakan pameran kesihatan di setiap sekolah. d. Mengadakan ceramah atau forum kesihatan di sekolah atau dalam komuniti. e. Mengadakan pertandingan aktiviti berkaitan dengan kesihatan di sekolah-sekolah. f. Mengadakan demonstrasi aktiviti berkaitan dengan kesihatan seperti pemakanan sihat, senaman, penjagaan gigi dan lain-lain lagi.
36

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

g. Menjalankan pemeriksaan berkala di tempat-tempat seperti bilik darjah, tandas, kantin dan lain-lain kawasan di sekeliling sekolah. h. Melakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh guru dan pelajar sendiri. i. Menyediakan khidmat kaunseling.
Amalan Kesihatan

a. Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah. b. Menubuhkan Kelab Kesihatan dalam kalangan pelajar di setiap sekolah. c. Menubuhkan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah. d. Mengamalkan Cara Hidup Sihat.
Promosi Kesihatan Sekolah

a. Guru perlu didedahkan kepada kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran berkaitan aktiviti promosi kesihatan sekolah. b. Sekolah perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah mengetahui dan mematuhi akta dan peraturan yang berkaitan dengan kesihatan sekolah.
AKTIVITI 3.1

Nyatakan lima komponen asas dalam perlaksanaan PBSS. 3.2 PERANAN Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) bertujuan menyepadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah. 3.2.1 Peringkat Sekolah Matlamat penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan. Bagi mencapai matlamat ini adalah lebih mudah dan berkesan jika kita "melentur buluh dari rebungnya" iaitu ketika kanak-kanak ini masih muda dan sebelum mereka dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang negatif yang tidak diingini. Tambahan pula, kanak-kanak sekolah adalah penonton "captive audience" yang mudah dihubungi.

37

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

3.2.2 Peranan Murid Peranan murid dalam melaksanakan PBSS adalah seperti berikut: a. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PBSS yang dirancang. b. Memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh dilaksanakan. c. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. d. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti-aktiviti kesihatan dalam PBSS yang dijalankan di sekolah.

3.2.3 Peranan Guru Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan program ini. Penjelasan mengenai konsep PBSS hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti PBSS. Antara peranan guru ialah: a. Memahami teras-teras utama PBSS. b. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. c. Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. d. Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat. e. Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif. f. Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai PBSS.

3.2.4 Peranan Pengetua atau Guru Besar Pengetua atau Guru Besar sekolah juga memainkan peranan yang penting. Antara tanggungjawabnya adalah: a. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah. b. Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru, wakil agensi kerajaan dan swasta serta wakil masyarakat setempat. c. Merancang aktiviti dengan mengambil kira: i. ii. iii. Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat. Pengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti PBSS yang berkesan. Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat
38

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

iv.

Kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri

d. Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan dengan terancang, tersusun dan berterusan. e. Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan kepada masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan PBSS.

3.2.5 Peranan Ibu Bapa dan Masyarakat Ibu bapa dan masyarakat juga mempunyai peranan yang penting dalam merealisasikan PBSS. a. Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah. b. Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS. c. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS. d. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat.

3.2.6 Peranan Pejabat Pendidikan Bahagian atau Daerah Di luar sekolah pula, Pejabat Pendidikan Bahagian atau Daerah mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri dalam pelaksanaan PBSS. a. Memberi penerangan kepada sekolah mengenai pelaksanaan PBSS. b. Memberi bimbingan kepada sekolah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti. c. Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi bantuan kepada sekolah-sekolah yang menjalankan PBSS. d. Mengendali dan memantau program yang dijalankan.

3.2.7 Peranan Jabatan Pendidikan Negeri Di peringkat yang lebih tinggi, Jabatan Pendidikan Negeri pula akan melaksanakan tanggungjawabnya dalam menjayakan PBSS. a. Memberi penerangan kepada Bahagian/Daerah mengenai pelaksanaan PBSS. b. Memberi bimbingan kepada Bahagian/Daerah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti. c. Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan untuk memberi bantuan kepada Bahagian/Daerah yang menjalankan PBSS. d. Mengendali dan memantau perjalanan program.
39

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

AKTIVITI 3.2

Apakah peranan Pejabat Pendidikan Daerah dalam melaksanakan PBSS?

3.3 JAWATANKUASA PBSS Sekolah hendaklah menubuhkan jawatankuasa PBSS sebagai proses menjayakan pelaksanaannya.

3.3.1 Peringkat Sekolah Di peringkat sekolah, ahli jawatankuasa PBSS terdiri daripada yang berikut: a. Keahlian Pengerusi : Pengetua/Guru Besar Setiausaha : Guru Kesihatan Ahli-ahli : Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Wakil PIBG Wakil JKKK (Kesihatan) Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Wakil lain-lain dilantik Keahlian jawatankuasa PBSS di sekolah adalah seperti Rajah 3.1 dan berfungsi seperti Rajah 3.2.

40

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 3.1: Jawatankuasa PBSS

Rajah 3.2: Fungsi jawatankuasa PBSS

41

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

b. Bidang Rujukan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Mengenal pasti dan mengemaskinikan polisi kesihatan sekolah. Merancang dan melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat atau PBSS. Memastikan latihan diberi kepada guru-guru pelaksana dan penyelia PBSS. Menjalankan aktiviti atau latihan murid, ibu bapa dan masyarakat. Mendapatkan kerjasama daripada lapisan masyarakat dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan PBSS. Mengawasi dan menilai keberkesanan PBSS. Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS di peringkat sekolah.

3.3.2 Peringkat Bahagian atau Daerah Keahlian jawatankuasa PBSS bagi peringkat bahagian atau daerah pula adalah seperti berikut: a. Keahlian Pengerusi Bersama : Pegawai Pendidikan Daerah Pegawai Kesihatan Daerah Setiausaha : Penyelia Kesihatan Sekolah Ahli-ahli : Ketua Penolong Pegawai Daerah Peg. Perubatan dan Kesihatan Jurutera Daerah Pegawai Kebajikan Masyarakat Pegawai Agama Daerah Lain-lain yang dilantik b. Bidang Rujukan i. ii. iii. iv. Menyelaras, mengawasi dan menilai pelaksanaan PBSS di peringkat Bahagian dan Daerah. Bekerjasama dengan semua agensi terlibat, warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam pelaksanaan PBSS. Mengemukakan cadangan-cadangan pelaksanaan PBSS kepada Jawatankuasa peringkat Negeri. Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS peringkat daerah.

42

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

3.3.3 Peringkat Negeri Jawatankuasa bagi peringkat negeri pula adalah seperti yang tersenarai di bawah. a. Keahlian Pengerusi Bersama : Pengarah Pendidikan Negeri Pengarah Kesihatan Negeri Setiausaha : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN Ahli-ahli : Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Pengarah Jabatan Kebajikan Pengarah Jabatan Kerja Raya Pengarah Penerangan Penolong Pengarah Kesihatan (Latihan) Jabatan Pendidikan Negeri Ketua Sektor JPN Pengarah Jabatan Agama Lain-lain yang dilantik b. Bidang Rujukan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Mengawasi pelaksanaan PBSS di sekolah. Menyebarkan maklumat pelaksanaan PBSS kepada PPB/PPD, sekolah dan masyarakat. Bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat dalam kesihatan sekolah iaitu individu, keluarga dan masyarakat. Menyelaras aktiviti PBSS di peringkat negeri. Menyelaras keperluan kemudahan bagi kanak-kanak keperluan khas dengan agensi berkaitan. Mendapatkan maklum balas tentang pelaksanaan PBSS di peringkat daerah dan sekolah. Membuat laporan pelaksanaan PBSS di peringkat negeri.

43

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

3.3.4 Peringkat Kebangsaan Ahli jawatankuasa PBSS yang tertinggi adalah di peringkat kebangsaan seperti di bawah. a. Keahlian Pengerusi Bersama : Ketua Pengarah Pendidikan Ketua Pengarah Kesihatan Setiausaha : Pengarah Bahagian Sekolah Ahli-ahli : Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga Pengarah Kawalan Penyakit Pengarah Kawalan Mutu Makanan Pengarah Pendidikan Kesihatan Pengarah Perkhidmatan Pergigian Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Wakil Jabatan Pendidikan Khas Wakil Jabatan Pendidikan Agama Islam dan Moral Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Lain-lain ahli yang dilantik

b. Bidang Rujukan i. ii. iii. iv. v. Menggubal polisi PBSS. Menentukan hala tuju PBSS. Merancang keperluan sumber bagi pelaksanaan PBSS di seluruh negara. Menentukan keperluan bidang penyelidikan berkaitan dengan kesihatan sekolah. Mengkaji keberkesanan PBSS dari semasa ke semasa dan menetapkan aktiviti-aktiviti baharu bagi PBSS.

Akhir sekali, mari kita lihat rumusan tatacara perlaksaan PBSS di Rajah 3.3.

44

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 3.3: Tatacara PBSS

45

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

RUMUSAN Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi bertujuan melahirkan pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Rancangan Kesihatan Sekolah meliputi semua kegiatan dan amalan yang direka untuk mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini, mengenai kesihatan. Konsep "Ottawa Charter on Health Promotion" ini berteraskan lima komponen asas dalam memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu melalui penyataan polisi kesihatan sekolah, persekitaran sekolah yang sihat dan selamat, penglibatan keluarga dan komuniti dalam mempromosikan kesihatan, kemahiran kesihatan diri di kalangan pelajar dan perkhidmatan kesihatan sekolah yang berkualiti seperti sedia kala. Lima komponen daripada konsep ini perlulah diterjemahkan kepada beberapa strategi dan kaedah perlaksanaan yang lebih spesifik dan mantap agar ia mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah. Pendidikan Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Ini termasuk pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Peranan murid, guru, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri dan Jabatan pendidikan negeri adalah penting untuk memastikan kejayaan PBSS.

46

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan prinsip-prinsip dan amalan pertolongan cemas; 2. Mengaplikasikan asas pertolongan cemas untuk kecederaan di luar dan dalam badan; dan 3. Menjelaskan langkah-langkah bantu mula.

PENGENALAN

Kemalangan merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangkakan. Apakah yang akan anda lakukan apabila menghadapi situasi tersebut? Ia boleh terjadi di mana-mana sahaja, mungkin di rumah, pusat pengajian, tempat rekreasi, tempat tidur dan sebagainya. Apabila berlaku sesuatu kemalangan di persekitaran anda, beberapa perkara perlu dilakukan untuk menyelamatkan mangsa kecemasan. Jika situasi ini berlaku secara mengejut, anda perlu bertindak serta-merta. Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera. Pertolongan cemas merupakan suatu cara atau rawatan awalan yang diberikan kepada mangsa sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan kecederaan yang dialami oleh mangsa menjadi serius sementara menunggu bantuan tiba.

4.1 PRINSIP-PRINSIP DAN AMALAN PERTOLONGAN CEMAS Terdapat prinsip-prinsip dan amalan yang tertentu dalam pertolongan cemas. Mari kita lihat definisi dan tujuannya terlebih dahulu. 4.1.1 Definisi Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera dalam sesuatu kemalangan atau mengalami sebarang kesakitan yang mengejut sementara menantikan ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan. 4.1.2 Tujuan Tujuan pertolongan cemas ialah untuk cuba menyelamatkan nyawa, mengurangkan keparahan kecederaan dan memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Antara matlamat pertolongan cemas adalah:

47

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

a. Untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam kesakitan atau terlibat dalam kemalangan; b. Menghadkan kesan-kesan kecederaan; dan c. Menggalakkan dan membantu pemulihan. 4.1.3 Peraturan Tertentu dalam Pertolongan Cemas Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa memberikan pertolongan cemas. Berikut adalah merupakan tindakan yang perlu dilakukan semasa memberi pertolongan cemas: a. Menilai Situasi Kecemasan i. ii. iii. Penilaian adalah penting dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tenang dalam keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku. Pemerhatian terhadap keadaan sekitar dan pengawasan terhadap lain-lain bahaya terhadap diri dan mangsa. Hindarkan diri anda daripada sebarang risiko.

b. Keperluan untuk Memastikan Kawasan Kecemasan Selamat (Rujuk Rajah 4.1) i. ii. iii. iv. Keselamatan diri perlu dipastikan sebelum melakukan pertolongan kepada mangsa. Pastikan mangsa dihindarkan daripada bahaya dengan memindahkan mangsa dari tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya. Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda. Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah kepada mana-mana kemungkinan bahaya.

Rajah 4.1: Memastikan keselamatan mangsa c. Menilai Semua Kecederaan dan Memberi Pertolongan Cemas i. ii. Cuba lindungi mangsa daripada sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah pemulihan pernafasan CPR dan dapatkan bantuan dengan segera. Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada:

Sedar sepenuhnya atau tidak;


48

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)


Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri; Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi; dan Tidak mempunyai nadi.

d. Meminta Bantuan atau Pertolongan (Rujuk pada Rajah 4.2) i. ii. Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan dalam perjalanan. Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan anda mendapat pertolongan daripada orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu:

Memastikan kawasan kemalangan selamat; Membuat panggilan kecemasan; Mendapatkan peralatan pertolongan cemas; Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan; Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa; dan Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan selamat.

Rajah 4.2: Meminta pertolongan

49

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

4.2 ASAS PERTOLONGAN CEMAS KECEDERAAN LUAR DAN DALAM Perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila mendekati mangsa yang mengalami kecederaan yang teruk adalah seperti berikut:
a. Saluran Udara

i.

Periksa sama ada saluran udara mangsa diperiksa bagi memastikan sama ada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan ataupun benda asing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka. Dua jari digunakan untuk membersihkan mulut daripada sebarang halangan yang boleh dilihat. Periksa dan keluarkan gigi palsu sekiranya alat tersebut longgar. Pastikan tangan tidak dimasukkan terlalu dalam kerana ia boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara. Periksa sama ada mangsa masih bernafas. Jika tidak, berikan bantuan pernafasan. Periksa sama ada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada).

ii. iii. iv. v. vi.

b. Pendarahan

i. ii. iii. iv. v. vi.

Teknik penekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan adalah satu cara meminimumkan sebarang jangkitan. Tekanan dilakukan dengan menggunakan kain yang bersih (Sila rujuk pada Rajah 4.3). Keadaan pegangan tangan ataupun kaki adalah pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba. Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah. Selapis kain digunakan untuk mengenakan tekanan yang mampat bagi menghentikan pendarahan. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain. Apabila pendarahan tidak dihentikan, seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. Tindakan untuk menghentikan pendarahan dengan serta-merta perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawa mangsa.

vii.

50

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 4.3: Rawatan bagi kecederaan akibat tertusuk


c. Pitam/Pengsan

i. ii. iii.

Keadaan di mana individu tidak sedarkan diri dalam masa yang singkat. Individu akan jatuh rebah dan sedar semula dalam masa yang singkat setelah darah mengalir kembali ke otak (sila rujuk pada Rajah 4.4). Beberapa tindakan yang perlu diambil bila berhadapan dengan keadaan ini iaitu:
o o o o

Beri ruang kepada mangsa; Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang di kawasan yang lapang; Longgarkan pakaian yang ketat; Rendahkan kepala sehingga sampai ke kaki. Keadaan yang sama dilakukan apabila mangsa sedar selama beberapa minit; dan Bawa mangsa ke kawasan yang lapang atau hantar mangsa pulang.

Rajah 4.4: Mangsa pitam


d. Terseliuh dan Terkehel

i. ii. iii.

Suatu keadaan di mana otot atau salur penyambung otot terpusing. Apabila keadaan itu terjadi ia akan menyebabkan sakit dan bengkak. Tindakan yang perlu diambil ialah:
o

Jika kaki terseliuh, buka kasut sebelum ia bengkak. Begitu juga jika di bahagianbahagian lain, buka benda yang menutupi bahagian yang sakit; Rehatkan di kawasan selamat; Lekapkan dengan ais pada bahagian yang cedera; dan Balut dan rehat sehingga denyutan hilang.

o o o

iv.

Jika kesakitan teruk bawa jumpa doktor untuk tindakan lanjut.

e. Patah Tulang

i.

Salah satu kecederaan yang sering berlaku ialah kecederaan retak dan patah tulang. Apabila suatu tulang retak atau patah, beberapa masalah lain akan timbul yang
51

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

berkaitan dengan otot, tendon, saraf dan salur darah kerana struktur-struktur tersebut melekat atau berhampiran dengan tulang. ii. Kecederaan tulang dapat dikenal pasti apabila berlaku simptom-simptom berikut:
o o o o

Rasa sakit pada bahagian tulang; Mangsa mendengar bunyi atau terasa tulang patah; Tidak berupaya untuk menggerakkan anggota yang tercedera; dan Terasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota yang tercedera. Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal. Bengkak atau warna kebiruan kelihatan pada bahagian yang tercedera. Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi menjadi tidak normal. Jika kecederaan itu baru berlaku, demah tempat yang tercedera dengan ketulan ais atau dengan tuala yang telah direndam dalam air sejuk.

iii. iv. v. vi.


o

Ia akan mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan. Balut bahagian yang tercedera dengan kain kapas; Pastikan ikatan splin pada bahagian yang menyokong tulang yang patah atau retak (Rajah 4.5); Untuk mendapatkan sokongan yang lebih teguh, bahagian yang tercedera perlu diampu pada bahagian anggota yang tidak tercedera bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas; Sebagai contoh, bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas, lengan hendaklah sentiasa diampu pada badan dengan anduh; dan Balut kaki yang tercedera bersama-sama dengan kaki yang tidak tercedera. Ketulan ais membantu mengurangkan kesakitan (Rajah 4.6).

vii.

Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan atau semasa membawa mangsa ke hospital.

52

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 4.5: Bahagian yang diikat menyokong tulang yang patah

Rajah 4.6: Ais bantu mengurangkan kesakitan viii.


o o

Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa memberikan pertolongan cemas ialah: Bertindak dengan segera kerana setiap saat boleh membawa perubahan; Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan; Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas; Jangan tarik pakaian mangsa yang terluka dan terbakar; Tenangkan diri dan tenangkan mangsa; dan Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair.

o o o

Rajah 4.7: Angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak

53

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 4.8: Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan


f. Renjatan

i. ii. iii.

Rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan. Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak (Rajah 4.7). Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan ataupun kehilangan haba dan longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang (Rajah 4.8). Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut. Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin. Tinggikan kaki untuk mengurangkan peraliran darah ke jantung.

iv. v.

g. Tercekik

i.

Keadaan di mana mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan mangsa berhenti bernafas. Lakukan bantuan pemulihan pernafasan untuk keadaan begini. Objek perlu dikeluarkan bagi mengelakkan gangguan terhadap pernafasan mangsa. Pastikan dapat mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong mangsa dengan memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut mangsa. Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan bahagian dada. Ikut arahan untuk memberi bantuan pemulihan pernafasan. Rawatan tercekik:
o

ii. iii. iv. v.

Pemulihan bagi kanak-kanak ialah dengan menghalakan kepala mangsa ke bawah (Rajah 4.9);

54

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 4.9: Rawatan tercekik kanak-kanak

o o o

Letakkan badannya di atas lengan atau lutut kamu; Buka mulutnya dan suruh mangsa batuk; Sekiranya orang dewasa tercekik, biarkan mangsa tunduk dalam keadaan kepala lebih rendah daripada paru-parunya (Rajah 4.10); Suruh mangsa batuk, sekiranya benda penghalang masih tidak keluar dan tindakan yang perlu dilakukan ialah mengekalkan kedudukan asal dan tepuk belakang mangsa; Jika benda penghalang kelihatan tetapi tidak dapat diluahkan, ia perlu dikeluarkan dengan jari; dan Sekiranya benda penghalang masih tidak keluar, mangsa perlu dirujuk ke hospital.

Rajah 4.10: Mangsa tunduk dalam keadaan kepala rendah

55

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

h. Terbakar dan Melecur


Dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera; Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat; Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembap di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai; Untuk luka kebakaran yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air ke atas kulit atau letakkan di bawah air yang mengalir (Rajah 4.11). Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan daripada udara; dan Jika luka terbakar tersebut adalah besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan.

Rajah 4.11: Tuangkan air ke luka terbakar


i. Mata

i.

Merawat kecederaan mata:


o

Cara yang paling baik bagi mengeluarkan benda asing dari mata adalah dengan membiarkannya keluar bersama air mata. Kadangkala adalah perlu untuk anda membasuhnya keluar; Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak ke atas mata. Jika benda asing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun menggunakan putik kapas (Rajah 4.12); Sekiranya benda asing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya; Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang telah disteril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segera (Rajah 4.13); dan Jangan sekali-kali gunakan sebarang

56

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 4.12: Mengeluarkan benda asing dengan perlahan-lahan


j. Keracunan

Rajah 4.13: Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang steril

i. ii. iii.

Sesuatu yang termakan atau telah terlebih tarikh luput (lama). Ubat-ubatan juga boleh menjadi racun sekiranya tersalah makan atau dimakan oleh kanak-kanak. Tindakan yang perlu diambil ialah:
o o o

Dapatkan maklumat (nama atau jenis) makanan yang dimakan oleh mangsa; Telefon doktor dan maklumkan nama makanan yang diambil; Bancuh 2 atau 3 sudu garam di dalam segelas air panas dan beri mangsa minum (supaya mangsa muntah); Jika dia tidak mahu minum, masukkan jari ke dalam mulutnya hingga ke tekak untuk memastikan mangsa muntah; Lebih banyak muntah, lebih baik; dan Selepas muntah, berikan mangsa minum air susu (untuk mencairkan racun yang tinggal di dalam badan).

o o

SEMAK KENDIRI 4.1

Apakah tujuan pertolongan cemas?

57

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

4.3 LANGKAH-LANGKAH BANTU MULA Bagi menangani situasi kecemasan, beberapa tindakan yang sepatutnya dilakukan semasa memberi pertolongan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan boleh diberikan: a. DRABC b. TOTAPS c. RICE d. EAR dan CPR

4.3.1 DRABC Berikut adalah definisi DRABC. D (Danger) R (Response) A (Check airways) Pastikan mangsa berada dalam keadaan dan tempat yang selamat. Cuba pastikan mangsa bertindak balas terhadap panggilan anda.

Periksa saluran pernafasan untuk memastikan tidak tersekat atau tersumbat akiba badan atau sekitarnya atau benda-benda asing seperti gigi palsu dan gula-gula ata Periksa pernafasan mangsa. Peredaran darah.

B (Check breathing) C (Circulation)

4.3.2 TOTAPS Berikut adalah definisi TOTAPS. T (Talk) O (Observe) T (Touch) A (Active) P (Passive) S (Skills) Bercakap dengan mangsa sambil menenangkannya.

Lakukan pemerhatian untuk memastikan tanda-tanda kecederaan dan gerak balas m Sentuhan untuk menentukan tahap kecederaan. Pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa. Pergerakan pasif oleh mangsa. Menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan.

58

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

4.3.3 RICE Berikut adalah definisi RICE. R (Rest) I (Ice) C (Compression) E (Elevation) Rehatkan mangsa dan cuba tenangkan.

Letakkan ais batu pada tempat yang cedera untuk mengurangkan pengaliran dara

Sesuatu yang dapat mengawal pergerakan darah dengan mengenakan tekanan pa

Meninggikan tempat yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah (kesa

4.3.4 EAR dan CPR Rawatan bagi EAR dan CPR boleh dilihat di bawah:
a. Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR):

i. ii. iii.

Merupakan suatu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Bantuan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh. Penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

iv.

b. Terdapat dua langkah utama untuk melakukan CPR:

Langkah I: Bantuan pernafasan mulut ke mulut (Rajah 4.14).

Rajah 4.14: Bantuan pernafasan mulut ke mulutLangkah II: Melakukan tekanan luaran atau External Cardiac Compression (ECC) pada bahagian tengah dada atau sternum mangsa.

59

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Tekanan luaran atau ECC ialah suatu teknik untuk mengepam darah dari jantung secara manual. Teknik melakukan CPR bagi orang dewasa, kanak-kanak dan bayi adalah berbeza. Kita perlu mengetahui perbezaan ini apabila hendak melakukan CPR supaya tidak memudaratkan mangsa iaitu: Melakukan pernafasan mulut ke mulut (Langkah I): i. ii. iii. iv. v. Baringkan mangsa di atas permukaan yang rata dan agak keras; Melutut di sisi kiri kepala mangsa. Buka saluran pernafasan dengan menolak dahi dan dagu mangsa ke belakang; Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidungnya; Lekapkan mulut kita pada mulut mangsa dan hembus nafas; dan Lakukan sebanyak dua kali.

Melakukan ECC (Langkah II): i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Melutut di kiri badan mangsa. Kesan lokasi pertemuan di antara tulang rangka dengan cuaran xyphoid dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kiri; Letakkan pangkal tapak tangan kanan bersebelahan jari telunjuk tangan. Titik ini ialah tempat tekanan yang akan dilakukan; Letakkan tapak tangan kiri di atas tangan kanan yang berada di dada; Condongkan badan ke hadapan dan tekan bahagian dada sambil meluruskan bahagian siku; Tekan sehingga lebih kurang 5sm ke bawah pada kadar kelajuan 80 tekanan seminit sebanyak 15 tekanan; Beri dua kali hembusan bantuan pernafasan; Ulang langkah (5) dan (6) sehingga mangsa pulih atau sehingga bantuan tiba; dan Periksa denyutan nadi selepas 10 hembusan nafas.

Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah dua ibu jari dengan tangan membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari. Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baharu adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan.
c. Resusitasi Udara Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR):

i. ii. iii.

Adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam kaedah ini: 1. Mulut ke Mulut
60

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut. Mulut ke Hidung

2.

Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar. Mulut ke Hidung dan Mulut

3.

Merupakan kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanakkanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanakkanak tersebut. EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah pernafasan tertentu seperti asma atau emfisema boleh menyebabkan pernafasan terhenti yang memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa. Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperoleh dua pernafasan yang berkesan. Indikasi untuk EAR iaitu sianosis atau kepucatan. Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang daripada 4 hingga 5 kali dalam seminit. Prosedur EAR:

Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher. Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu). Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin. Gunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.

61

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba. Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR). Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh smemburukkan lagi kecederaan pada leher. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan tekan dada jika pernafasan dan nadinya masih tidak ada. Jika anda perlu melentangkan mangsa bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda memerlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan kedua ibu jari kakinya berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.

Bantuan EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

62

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

RUMUSAN

Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberi kepada seseorang yang tercedera semasa kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum mendapat rawatan daripada pengamal perubatan yang bertauliah. Pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa dapat mengurangkan kesakitan dan mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius sekali gus menyelamatkan mangsa. Kecederaan fraktur boleh dibantu dengan melakukan prosedur RICE merehatkan atau menenangkan mangsa (rest), mendemah bahagian yang tercedera (ice), melakukan tuaman pada bahagian yang tercedera (compression) dan meninggikan bahagian yang tercedera (elevation). Mangsa kecederaan yang mengalami tersekat pernafasan boleh dibantu dengan prosedur EAR iaitu meninggikan (elevation) bahagian atas laluan udara (airway) supaya laluan udara tidak tersekat dan memberikan mangsa bernafas dengan sempurna (resuscitation). Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa memberikan pertolongan cemas ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan. Dilarang menggerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan. Memastikan seseorang ditugaskan untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas. Dilarang menarik pakaian daripada mangsa yang mengalami luka kebakaran. Menenangkan mangsa. Pastikan mangsa yang tidak sedarkan diri tidak dipaksa untuk mengambil sebarang cecair.

KATA KUNCI C.P.R. (Resusitasi kardiopulmonari) D.R.A.B.C. E.A.R. (Resusitasi hembusan udara) Kecederaan mata Keracunan Patah tulang Pendarahan Pertolongan cemas

Pitam/pengsan Renjatan RICE Terbakar/melecur Tercekik Terseliuh/terkehel TOTAPS

63

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 5 PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah sahaja; 2. Menghuraikan pentadbiran dan organisasi perkhidmatan kesihatan sekolah; 3. Menyatakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perkhidmatan sekolah; 4. Menghuraikan panduan dan tatacara lawatan sekolah; dan 5. Mengenal pasti masalah kesihatan dan penyakit masa kini.
PENGENALAN

Kerajaan akan terus menekankan perkhidmatan kesihatan dan pencegahan penyakit sebagai satu komponen penting dalam program pembangunan kesihatan. Program berbentuk galakan, pendidikan dan kesedaran kesihatan akan diberi keutamaan bagi menyebarkan maklumat kepada penduduk. Dalam konteks ini, media massa dan Internet akan digunakan untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai taraf kesihatan penduduk dan aktiviti berkaitan kesihatan. Pertambahan penduduk terutamanya di kawasan bandar dan zon perindustrian akan memerlukan program kesihatan dan alam sekitar seperti pengawalan pencemaran dan penyelenggaraan kualiti udara dalam bangunan untuk membasmi penyakit berkenaan pernafasan (respiratory) dan peredaran (circulatory). Di samping itu, pendaftaran pengamal perubatan tradisional dan dokumentasi produk perubatan mereka akan dilaksana untuk memastikan kualiti, keselamatan, keberkesanan dan harga yang berpatutan. Kempen gaya hidup sihat akan diteruskan dengan penekanan kepada penggalakan tingkah laku sihat serta pencegahan penyakit. Strategi tersebut adalah selaras dengan program paradigma sihat dan akan mengambil kira unsur penentu kesihatan seperti faktor alam sekitar, persekitaran pekerjaan, struktur bangunan, keadaan sosioekonomi dan tingkah laku dalam memilih tema tahunan bagi kempen gaya hidup. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi: a. Penjagaan kesihatan. b. Pemakanan. c. Promosi kesihatan. d. Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh: i. ii. iii. Doktor perubatan dan pergigian; Jururawat; dan Guru-guru.

64

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Penglibatan komponen-komponen tersebut adalah untuk memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah. 5.1 OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH Berikut disenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah: a. Membina kesedaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri. b. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu. c. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optimum untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah. d. Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan. e. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif. f. Mengawal penyakit yang berjangkit. g. Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah. h. Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan penyeliaan khas.

65

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

5.2 PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH Rancangan Kesihatan Sekolah diselaraskan dengan pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah salah satu komponen dari Rancangan Kesihatan Sekolah dan dijalankan oleh anggota Bahagian Kesihatan Keluarga. Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia boleh dilihat pada Rajah 5.1 berikut:

Rajah 5.1: Carta organisasi perkhidmatan kesihatan Malaysia Koordinasi antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran ini hendaklah ditegaskan setiap masa supaya perkhidmatan ini dapat berjalan dengan lancar. Carta organisasi untuk Bahagian Perkhidmatan Sekolah di peringkat daerah adalah seperti Rajah 5.2 di bawah.

66

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 5.2: Carta organisasi bahagian perkhidmatan kesihatan Malaysia

5.2.1 Tanggungjawab dan Fungsi-fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Setiap kategori kakitangan yang terlibat dalam Perkhidmatan Kesihatan Sekolah hendaklah memahami peranan masing-masing supaya mereka dapat menjalankan perkhidmatan ini dengan lebih sempurna. Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada: a. Doktor (Ketua pasukan) = 1 orang b. Jururawat Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih = 1 orang c. Penolong Jururawat = 2 orang d. Atendan = 1 orang e. Pemandu = 1 orang Pasukan ini akan menjalankan kegiatan-kegiatan kesihatan dengan kerjasama guru-guru sekolah. Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut: a. Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum. b. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang serius. c. Mencegah dan mengawal penyakit. d. Memberi khidmat pertolongan cemas. e. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.

67

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Senaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah. 2. Nyatakan fungsi-fungsi perkhidmatan kesihatan sekolah. 3. Apakah aktiviti-aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah? 5.3 AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH Antara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah: a. Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah; b. Rawatan, rujukan dan tindak susul; c. Imunisasi; d. Pendidikan Kesihatan; e. Kaunseling; dan f. Rekod dan laporan. Penekanan diberikan kepada kanak-kanak prasekolah, pelajar Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
a. Penilaian Status Kesihatan

Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti yang perlu dijalankan adalah. i. ii. iii. iv. v. vi. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan imunisasi murid. Rekod kesihatan murid mesti dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid itu tamat Tahun 6. Buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baharu sekiranya seseorang murid itu berpindah sekolah. Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.

b. Rujukan dan Tindakan Susulan

Aktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi: i. Pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk.
68

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

ii.

Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes yang dirujuk.

c. Khidmat Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling perlu disediakan dan sesi ini dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih.
d. Pemakanan

Aktiviti pemakanan meliputi: i. ii. Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid. Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain.
o o o

Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat. Ceramah dan promosi pemakanan (Healthy Eating) kepada warga sekolah. Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah. Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan lainlain. Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang diwartakan.

e. Pertolongan Cemas

Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit akan berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan. Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut: i. ii. Bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi dengan peti pertolongan cemas. Seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardiopulmonari.

f. Pendidikan Kesihatan

Aktiviti pendidikan kesihatan meliputi: i. ii. iii. Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal. Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan warga sekolah. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
69

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

g. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas

Aktiviti bagi kanak-kanak pada tahap perkembangannya di bawah normal mengikut umur dan kehilangan keupayaan fizikal penglihatan dan pendengaran meliputi: i. ii. iii. Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas. Diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas. Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, cara kerja dan lainlain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan.

5.4 PANDUAN LAWATAN SEKOLAH DAN TATACARA Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah hendaklah menjalankan lawatan ulangan bagi murid-murid sekurang-kurangnya sekali setahun. Kes-kes rujukan dari darjah yang lain hendaklah juga diperiksa pada masa lawatan. Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah akan memberi keutamaan kepada kanak-kanak prasekolah, Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 di mana tiap-tiap murid diperiksa oleh doktor semasa lawatan. Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan awal bagi menentukan tahap kesihatan murid-murid di sesebuah sekolah. Aktiviti-aktiviti yang berikut hendaklah diikuti semasa sesi Kesihatan Sekolah:
a. Lawatan Pertama

i. ii. iii. iv. v. vi.

Butir-butir Perihal Kesihatan dan Pelalian; Berat badan dan Ukuran Tinggi; Pemeriksaan Penglihatan dan Pendengaran; Pemeriksaan Perubatan; Imunisasi; dan Rawatan Khas.

b. Lawatan Ulangan

i.

Pemeriksaan Perubatan oleh doktor bagi:


o o o

Murid-murid yang tidak hadir pada lawatan pertama; Kes-kes tindakan susulan; dan Kes-kes rujukan.

ii. iii. iv.

Imunisasi. Rawatan Cacing. Rawatan Khas.

70

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

5.4.1 Pendidikan Kesihatan Pendidikan ditumpukan kepada pelajar, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pendidikan Kesihatan diserapkan ke dalam kurikulum (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) dan juga sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah: a. Pembelajaran di dalam bilik darjah; b. Ceramah; c. Dialog; d. Demonstrasi; e. Pameran; f. Tayangan alat pandang dengar; dan g. Pertandingan-pertandingan seperti kuiz kesihatan. Pendidikan Kesihatan hendaklah diberi dari semasa ke semasa waktu lawatan. Aktivitiaktiviti pendidikan perlulah meliputi: a. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan. b. Penyampaian secara formal dan tidak formal i. Pendidikan Formal

Ceramah Kesihatan

Amalan tabiat-tabiat yang baik Jagaan Kesihatan Diri Kebersihan rumah dan alam sekeliling Makanan seimbang dan sebagainya

Tayangan Gambar

Pertunjukan Kesihatan

Sesi dialog dengan PlBG Pertandingan bertema kesihatan

ii.

Pendidikan Informal (Perseorangan)

Person to Person (Opportunistic Teaching) Nasihat Perseorangan akan meliputi berbagai corak pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak dalam kehidupan biasa di sekolah dan rumah tiap-tiap hari. Selalunya pengajaran yang paling bermakna boleh dihasilkan daripada penggunaan situasi daripada kegiatan seharian.

71

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

c. Penilaian secara berterusan mengenai tahap pengetahuan, amalan kesihatan dan sikap para pelajar.
SEMAK KENDIRI 5.2

Huraikan panduan-panduan lawatan ke sekolah.

72

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

5.5 MASALAH KESIHATAN DAN PENYAKIT MASA KINI Dalam bahagian ini kita akan membincangkan masalah kesihatan dan penyakit yang sering dialami kanak-kanak. 5.5.1 Persekitaran Kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendapati lima juta kanak-kanak dalam kalangan bayi hinggalah yang berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negaranegara yang sedang membangun akibat penyakit-penyakit yang berkait dengan persekitaran mereka. Alam persekitaran kanak-kanak biasanya amat selamat dan terhad pada rumah, sekolah dan komuniti. Namun persekitaran selamat ini didapati berbahaya dan menyumbang kepada jumlah kematian yang tinggi. Enam jenis persekitaran tidak sihat telah dikenal pasti memberi kesan kepada kanak-kanak iaitu:

Air minuman yang tidak selamat; Tiada kebersihan diri; Sistem pembetungan yang tidak baik; Pencemaran udara, kawalan vektor; Kimia bahaya; dan Kemalangan.

Antara penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar ialah:


Jangkitan pada sistem pernafasan; Cirit-birit; Malaria; dan Keracunan (Rajah 5.3).

73

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 5.3: Keracunan makanan Rekod ini mungkin tidak sampai ke tahap kematian tetapi persekitaran tidak sihat ini terbukti mampu memberi kesan kerosakan dan kecacatan jangka masa pendek dan jangka masa panjang terhadap kesihatan kanak-kanak seperti kecacatan anggota badan, kerosakan sistem pembiakan, kanser, penyakit mental dan lain-lain. Kanak-kanak amat mudah terdedah kepada bahaya persekitaran tidak sihat berbanding orang dewasa kerana faktor semula jadi tubuh badan dan sikap mereka. Kejadian cirit-birit dan muntah-muntah akibat keracunan makanan masih lagi berlaku. Hampir setiap bulan pada musim persekolahan ada sahaja kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah di negara kita. Kekotoran, pencemaran bakteria dan kuman serta tiada kebersihan diri adalah merupakan sebab-sebab yang utama (sila lihat Jadual 5.1) . Jadual 5.1: Kronologi Keracunan Makanan di Sekolah Tahun 2001 Tarikh Kejadian 27/3 3/5 17/5 29/6 12/7 4/8 25/9 Keracunan di Sekolah-sekolah Malaysia Tahun 2002 Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung, Kuantan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Seremban Sekolah Menangah Agama Al-Attas, pekan Sek. Kuala Abang, Dungun Sek. Keb. Bunohan, Tumpat, Kelantan Sekolah Menengah Agama Al Ehsan, Kuantan Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu Bilangan 60 60 65 80 69 60 363

74

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1/10 23/10

Sek. Men, Kok Lanas, Kota Bharu Sekolah Rendah, Seremban Sumber: Maklumat dari Berita Harian & NST tahun 2002

50 26

5.5.2 Denggi Penemuan virus baharu denggi pada awal tahun 2007 juga telah menyaksikan sistem kawalan vektor di negara kita tercabar dengan kewujudan demam denggi yang meningkat secara mendadak. Sikap orang ramai dan kelonggaran penguatkuasaan oleh pihak tertentu telah dipersalahkan. Kekotoran alam sekitar melalui pembuangan sampah terutama di kawasan perumahan dan projek terbengkalai telah disifatkan sebagai mesra aedes (Rajah 5.4). Penemuan virus denggi terbaharu dan tiada penawarnya adalah seperti berikut dengan DEN-3 menyumbang kepada bilangan kes demam denggi yang tinggi: a. DEN-1; b. DEN-2; c. DEN-3; dan d. DEN-4

Rajah 5.4: Pencegahan nyamuk aedes

75

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

5.5.3 Pencemaran Udara Pencemaran udara masih lagi merupakan masalah persekitaran utama di negara kita. Ia berpunca daripada: a. Kejadian pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran. b. Sumber-sumber perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan sebagainya. Beberapa kejadian jerebu telah dilaporkan pada suku akhir tahun 2006. Setiap kali jerebu berlaku, kita dapat menyaksikan peningkatan bilangan orang terutama kanak-kanak yang mendapatkan rawatan perubatan akibat gangguan sistem pernafasan. Pembakaran tertutup dan terkawal menggunakan insinerator dapat mengurangkan masalah tapak pelupusan sampah yang terhad di Malaysia. Pencemaran udara bentuk baharu menyebabkan penghasilan kimia berbahaya dioksin, furan dan sebagainya. Kimia-kimia ini mampu: a. Merencat atau mengganggu sistem imunisasi; b. Mengganggu endokrin; dan c. Menyebabkan kemunculan pelbagai penyakit lain. Oleh itu, penubuhan pusat pembakaran insinerator berteknologi tinggi yang dicadangkan di Broga, Semenyih pada awal tahun ini perlu menjalani ujian rapi penilaian kesan alam sekitar bagi memastikan kesihatan orang ramai terutama kanak-kanak terjamin. Setiap insan berhak untuk hidup sihat dan mewarisi alam persekitaran yang sihat. Masa depan mereka ada di tangan kita. Marilah kita sama ada individu, perkumpulan, pihak sukarelawan, swasta dan kerajaan bersama-sama memikul tanggungjawab mewujudkan alam persekitaran yang sihat pada hari ini.

5.5.4 Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini 66 jenis telah dikenal pasti). Jangkitan ini menyebabkan: a. Ulser di mulut dan di tekak; b. Tonsil; c. Ruam pada kaki (tapak kaki) dan tangan (tapak tangan); dan d. Sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari. Ada beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus. Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenal

76

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

pasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, beberapa tahun yang lalu. Wabak penyakit HFM yang berlaku di Sarawak pada tahun 1997 adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan empat daripada 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% daripada keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000. Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Kanak-kanak di bawah usia lima tahun amat mudah dijangkiti penyakit ini. Ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur dan ia akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan daripada beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus. Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak berumur antara dua minggu hingga tiga tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang pernah mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap sederhana.
SEMAK KENDIRI 5.3

Huraikan masalah kesihatan dan penyakit-penyakit yang sering dialami kanak-kanak pada masa kini.

77

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

RUMUSAN

Komponen atau teras ini merupakan aktiviti utama pihak kesihatan di sekolah. Ia dijalankan secara kerjasama antara kakitangan kesihatan, pergigian dan pihak sekolah. Ia merangkumi membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta amalan cara hidup yang sihat. Pengesanan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian kepakaran juga dilakukan oleh pihak kesihatan. Tindakan susulan kes juga dilakukan jika perlu. Aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit juga dilakukan dengan bantuan pihak kesihatan. Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan memberi maklumat kesihatan yang tepat tentang anak mereka serta memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta imunisasi. Pihak sekolah juga perlu memastikan bahawa Pasukan Kesihatan Sekolah yang datang ke sekolah untuk melakukan aktiviti pemeriksaan diberikan tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti mereka. Kerjasama yang telah terjalin antara kedua-dua pihak kesihatan dan pendidikan seharusnya dipuji kerana segala aktiviti yang dijalankan telah membantu meningkatkan tahap kesihatan murid dan masyarakat amnya. Kajian oleh pihak WHO, mendapati 5 juta kanak-kanak dalam kalangan bayi hinggalah yang berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara-negara yang sedang membangun akibat penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan persekitaran mereka. Kekotoran alam sekitar melalui pembuangan sampah terutama di kawasan perumahan dan projek terbengkalai telah disifatkan sebagai mesra aedes. Pencemaran udara bentuk baharu menyebabkan penghasilan kimia berbahaya seperti dioksin, furan dan sebagainya. Kerjasama antara individu, perkumpulan, pihak sukarelawan, swasta dan kerajaan penting bagi memikul tanggungjawab mewujudkan alam persekitaran yang sihat pada hari ini.

KATA KUNCI Panduan lawatan sekolah Pasukan kesihatan sekolah

Pendidikan kesihatan Perkhidmatan kesihatan sekolah

78

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 6 PROGRAM-PROGRAM ADHOC


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan matlamat dan objektif program-program adhoc; 2. Menerangkan aspek-aspek penting pengurusan dan pengelolaan programprogram adhoc; dan 3. Menghuraikan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam program-program adhoc.
PENGENALAN

Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan di sekolah sejak tahun 1967 lagi. Walau bagaimanapun, pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).

6.1 PROGRAM-PROGRAM ADHOC Berikut adalah program-program adhoc yang sedia ada buat masa kini: a. Pendidikan Pencegahan AIDS PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain. b. Projek Anti-denggi Program Bebas Denggi di Sekolah adalah merupakan program bersama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Program ini mula dirancang dan dirangka pada tahun 1994. c. Program Doktor Muda Program Doktor Muda ini menggunakan rangka kerja Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat. Asas kepada rangka kerja tersebut adalah keperluan pihak yang terlibat. Pihak pendidikan mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan.

79

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

6.2 PENGENALAN KEPADA PROGRAM-PROGRAM ADHOC Pelbagai projek khas telah dilaksanakan di peringkat komuniti. Ini termasuklah Projek Doktor Muda, Pusat Promosi Kesihatan Komuniti, PROSTAR, Projek Anti-denggi dan Derma Organ. Projek-projek Khas ini sehingga kini telah dilaksanakan dan mendapat sambutan ramai. 6.2.1 Pendidikan Pencegahan AIDS Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang boleh menjurus kepada jangkitan HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkah laku lepak dalam kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18 peratus daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas, 14 peratus menyalahgunakan dadah. AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu, jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2002, sebanyak 51,256 kes HIV telah dilaporkan di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40 peratus daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Tingkah laku dan cara hidup individu dikenal pasti menjadi salah satu punca kepada jangkitan HIV dan cara jangkitan utama yang dikenal pasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah. Beberapa kajian telah dijalankan dan antaranya ialah Kajian Remaja dan AIDS (1996) ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 13 hingga 25 tahun. Hasil kajian menunjukkan 6 peratus pernah melakukan seks bebas, 5 peratus pernah terlibat dengan penagihan dadah dan 31 peratus pula merokok. Perkembangan negatif tersebut perlu dibendung dengan segera untuk mengelakkan menjadi lebih buruk. Langkahlangkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dilaksanakan. PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja. Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS dalam kalangan remaja (Rajah 6.1 dan 6.2). Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

80

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 6.1: Ahli PROSTAR membantu pesakit

Rajah 6.2: Demonstrasi merawat pesakit oleh ahli PROSTAR

81

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

6.2.2 Projek Anti-Denggi Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemik di beberapa buah negara seperti Afrika, Amerika Syarikat, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat (WHO 2002). Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan peningkatan morbiditi dan mortaliti. Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam. Bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan peningkatan iaitu daripada 4,718 kes pada tahun 1999 kepada 15,442 kes pada tahun 2003. Kadar insiden pula meningkat daripada 20.7/100,000 penduduk pada tahun 1999 kepada 61.6/100,000 penduduk pada tahun 2003 (KKM 2003). Pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, seperti menjalankan pemeriksaan Aedes, penyemburan kabus, pembunuhan jentik-jentik nyamuk Aedes melalui larvicidingdan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000). Program Bebas Denggi merupakan program bersama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. Program ini dirancang dan dirangka dalam tahun 1994. Program ini mula dilaksanakan pada bulan Januari, 1995. Perasmian program di peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada 16 Disember, 1995. Program ini menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid bagi membentuk mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi. Program dilaksanakan dengan menyerapkannya ke dalam Program Kesihatan Sekolah yang sedia ada. Murid-murid merupakan golongan yang mudah disemai dan menerima pengetahuan yang baik dengan harapan mereka dapat mengamalkan serta membentuk tingkah laku yang positif. Program ini merupakan satu kaedah untuk mendedahkan murid-murid sekolah kepada aktiviti pencegahan dan kawalan denggi. Harapan program ini ialah mewujudkan satu kumpulan yang menjadikan agen perubahan kepada masyarakat.

6.2.3 Program Doktor Muda Program Doktor Muda ini menggunakan rangka kerja Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat. Asas kepada rangka kerja tersebut adalah keperluan pihak yang terlibat. Pihak pendidikan mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan. Ibu bapa inginkan anak mereka menjadi individu yang mempunyai sifat terpuji seperti pandai dan menghormati orang tua. Begitu juga dengan masyarakat yang mengharapkan pelajar menjadi anggota yang berguna. Sehubungan itu, meningkatkan taraf kesihatan pelajar merupakan antara matlamat kementerian kesihatan. Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK9) yang bertemakan Membina Tamadun Menjulang Martabat Negara, telah menggariskan lima teras utama Misi Nasional (2006-2020). Misi Nasional telah menjadi panduan dan hala tuju kepada agensi kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing. Kelima-lima teras utama merupakan agenda utama kesihatan yang merentangi generasi masa depan negara yang sihat dan cergas. Ia adalah penting bagi merealisasikan misi nasional ini. Menerusi Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan KPM dalam melaksanakan Program Doktor Muda sebagai salah satu program promosi kesihatan sekolah di peringkat sekolah rendah. Untuk melaksanakan program ini pelajar adalah sebagai role model, promoter dan motivator kepada rakan
82

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

sebaya. Doktor Muda merupakan pelajar sekolah Tahun 4, 5 dan 6 yang dipilih dan dilatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah. Doktor Muda diberikan latihan mengenai asas kesihatan supaya mereka dapat menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Tugas sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah memerlukan mereka mempunyai pengetahuan yang khusus mengenai asas kesihatan. Pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggungjawab, berpengaruh dan suka menolong menjadi antara kriteria dalam pemilihan Doktor Muda. Dalam konteks ini, tahap pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang tinggi dalam kalangan doktor muda merupakan penunjuk proses bagi keseluruhan pelaksanaan program doktor muda. Konsep dan hasrat Program Doktor Muda adalah untuk mendidik rakan sebaya dan program ini boleh memberi kesan kepada pemindahan maklumat kesihatan daripada doktor muda kepada rakan sebaya. Kesimpulannya, melahirkan doktor muda yang berpengetahuan, berkaliber dan terlatih bukanlah matlamat akhir Program Doktor Muda. Tumpuan harus diberi kepada aktiviti pendidikan rakan sebaya yang harus dimainkan oleh doktor muda berkenaan. Bagi tujuan ini, penglibatan dan kerjasama semua pihak, khususnya guru-guru sekolah dan ibu bapa, amat diperlukan dalam memberi peluang dan ruang kepada doktor muda untuk melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan kepada rakan sebaya mereka. Andai kata perkara ini tidak berlaku, matlamat program ini dalam menjana insan sihat bagi membentuk generasi masa hadapan yang sihat tidak akan tercapai.

6.3 PERLAKSANAAN PROGRAM Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan di sekolah sejak tahun 1967 lagi. Walau bagaimanapun, pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KPM telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). PBSS diwujudkan bagi menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan kesihatan warga sekolah. Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan rawatan atau kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sickbay), mewujudkan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat. Program-program Adhoc adalah berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program Anti-Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.
83

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat siaran dan buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan PROSTAR dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005. Ketika ini terdapat 211 buah sekolah menengah yang menawarkan program ini dengan penglibatan seramai 17,732 orang pelajar.

6.3.1 Matlamat dan Objektif Berikut adalah matlamat dan objektif bagi program-program tersebut (Rajah 6.3):
a. Pendidikan Pencegahan AIDS

PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain. Formula PROSTAR Formula PROSTAR terdiri daripada simbol-simbol berikut: i. ii. iii. iv. v. + Tambah maklumat; Bahagi tanggungjawab; Gandakan usaha; Tolak risiko; dan = Hidup sihat tanpa AIDS.

Rajah 6.3: Matlamat PROSTAR Bagi melahirkan golongan remaja bermaklumat, berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam menghadapi masalah sosial yang melanda, remaja harus berusaha menanam sikap positif
84

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

untuk menghindari tingkah laku berisiko dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat tanpa AIDS, dengan cara: i. ii. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan kawalannya. Menanam sikap positif dalam kalangan remaja supaya menghindari tingkah laku berisiko tinggi yang boleh membawa kepada jangkitan HIV serta prihatin akan gejala sosial yang melanda remaja sekarang. Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat berlandaskan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi remaja lain ke arah pengamalan cara hidup sihat dan bermoral. Membentuk golongan fasilitator berwibawa dalam kalangan remaja bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS.

iii.

iv.

PROSTAR adalah singkatan bagi Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja, satu program pencegahan AIDS dalam kalangan remaja yang telah dilaksanakan pada tahun 1996 hingga 2000.
b. Projek Anti-Denggi

Program Bebas Denggi di Sekolah adalah merupakan program bersama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Program ini mula dirancang dan dirangka dala tahun 1994. Program ini mula dilaksanakan pada bulan Januari, 1995. Perasmian program di peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada 16 Disember, 1995. Objektif program ini adalah: i. ii. iii. Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran kepada murid-murid dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah. Untuk melibatkan semua golongan termasuk ibu bapa dan kakitangan sekolah dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi. Demam denggi ialah sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitan. Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitar negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selesema dan ciri klinikalnya berbeza mengikut umur pesakit.

c. Program Doktor Muda

Program Doktor Muda ini menggunakan rangka kerja Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat (Rajah 6.4). Asas kepada rangka kerja tersebut adalah keperluan pihak yang terlibat. Pihak pendidikan mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan berketerampilan. Semua ibu bapa inginkan anak mereka menjadi individu yang mempunyai sifat terpuji seperti pandai dan menghormati orang tua. Begitu juga dengan masyarakat yang mengharapkan pelajar menjadi anggota yang berguna.
85

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Sementara itu meningkatkan taraf kesihatan pelajar merupakan matlamat pihak kesihatan. Dalam konteks mempromosikan kesihatan, sumber daripada semua pihak tersebut digabungkan untuk mencapai matlamat kecemerlangan pelajar melalui kerjasama dalam mempromosi amalan hidup sihat. Ibu bapa dan guru berperanan dalam pembentukan amalan hidup sihat pelajar. Ini kerana konsep yang diajar di sekolah akan dipengaruhi oleh perlakuan ibu bapa di rumah atau guru di sekolah. Walaupun pelajar menjadi sasaran utama tetapi guru dan ibu bapa turut menjadi sasaran secara tidak langsung. Mereka perlu mengikuti aktiviti pelajar di samping memberi sokongan dan bimbingan.
SEMAK KENDIRI 6.1

Huraikan matlamat dan objektif program-program adhoc yang anda baru pelajari. Definisi Doktor Muda boleh di lihat di bawah. Doktor Muda adalah sekumpulan pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pelajar ini kemudian dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan. Seterusnya pelajar ini akan bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan dalam kalangan rakan-rakan, anggota keluarga dan masyarakat.

Rajah 6.4: Seorang doktor muda merawat pesakit

86

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

6.3.2 Aspek Penting Pengurusan dan Pengelolaan


a. Pendidikan Pencegahan AIDS

PROSTAR adalah singkatan bagi Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja adalah satu program pencegahan AIDS. Bagi mencapai objektif program, strategi utama berikut digunakan: i. Pengukuhan kerjasama pelbagai agensi dengan melibatkan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi dan masyarakat seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, akademi, badan-badan agama serta profesional dengan kumpulan sasar (remaja) dalam merancang, melaksana dan menilai program PROSTAR ini. Penggunaan komunikasi secara intensif. Kaedah komunikasi interpersonal yang sesuai digunakan secara meluas di setiap peringkat seperti perbincangan kumpulan kecil, main peranan (role play), teknik memujuk dan lain-lain. Di samping itu, pelbagai media cetak dan elektronik digembleng untuk mempromosikan program ini. Latihan fasilitator rakan sebaya. Fasilitator berwibawa akan dihasilkan melalui satu program latihan menggunakan modul latihan khas dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan cita rasa remaja (berbentuk infotainmen). Penyelidikan dan penilaian secara berkala dan berterusan. Penilaian proses ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan dilakukan secara berterusan. Penilaian impak ke atas tingkah laku akan dijalankan melalui kajian yang terperinci secara berkala.

ii.

iii.

iv.

b. Projek Anti-Denggi

Program Bebas Denggi merupakan program bersama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran yang dirancang dan dirangka dalam tahun 1994 dan dilaksanakan pada bulan Januari, 1995. Perasmian program di peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada 16. Disember, 1995. Daripada 5,615 kes demam denggi yang dilaporkan pada tahun 1993 didapati 34 peratus bilangan kes berlaku dalam kalangan penuntut sekolah yang berumur antara 5 hingga 19 tahun. Pada tahun 1994 sejumlah 1,253 buah sekolah telah diperiksa untuk pembiakan Aedes, di mana 299 buah sekolah (23.9 peratus) didapati positif kepada pembiakan nyamuk Aedes. Program ini boleh dilaksanakan dengan menyerapkannya ke dalam Program Kesihatan Sekolah yang sedia ada. Pendekatan program ini adalah menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid untuk menjadikan mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi. Murid-murid merupakan golongan yang mudah menerima pengetahuan yang baik dengan harapan mereka dapat mengamalkan serta membentuk tingkah laku yang positif. Projek ini adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran kepada murid-murid dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah. Projek ini juga menggalakkan penglibatan semua golongan termasuk ibu bapa dan kakitangan sekolah dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi.
c. Program Doktor Muda

Program Doktor Muda merupakan satu program promosi kesihatan sekolah yang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Program ini berupaya kekal bertahan sebagai satu program promosi
87

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

kesihatan sekolah. Program ini diperkenalkan pada tahun 1989 di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Pada tahun 2000, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerajui program ini untuk diperkembangkan ke seluruh negara. Kejayaan program ini adalah kerana program ini telah menunjukkan hasil yang meyakinkan pihak atasan. Program ini telah berjaya menunjukkan perkembangan peribadi doktor muda semasa mereka mengajar dan membantu rakan-rakan. Jadual-jadual 6.1 dan 6.2 menunjukkan hasil kajian terhadap Program Doktor Muda. Jadual 6.1: Persepsi Guru Besar terhadap Program Doktor Muda 3 Persepsi Meningkatkan imej sekolah Perlu diperluaskan ke sekolah lain Lebih ramai murid perlu dilatih sebagai Doktor Muda Peratusan Setuju 95.8 100.0 100.0

Jadual 6.2: Persepsi Guru Pembimbing terhadap Program Doktor Muda 3 Persepsi Meningkatkan amalan kesihatan murid Meningkatkan pencapaian akademik murid Meningkatkan keyakinan diri Doktor Muda Ibu bapa menggalakkan anak menyertai Program Doktor Muda Program Doktor Muda patut diteruskan Peratusan Setuju 97.4 84.5 97.4 97.4 97.4

Terdapat peningkatan bilangan sekolah yang melaksanakan Program Doktor Muda dari setahun ke setahun. Sehingga Disember 2005, sebanyak 585 buah sekolah rendah di seluruh negara telah melaksanakan Program Doktor Muda, yang melibatkan seramai 14,714 orang pelajar sebagai doktor muda (Jadual 6.3).

88

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Jadual 6.3: Jumlah Sekolah yang Terlibat dalam Program Doktor Muda Mengikut Negeri dari Tahun 2000 Hingga 2005 Negeri Pahang Kelantan Kedah Terengganu Melaka Perak Selangor Negeri Sembilan Sarawak Pulau Pinang Perlis Sabah Johor Jumlah 2000 68 69 4 7 3 151 2001 100 82 20 12 3 217 2002 116 97 4 23 17 3 260 2003 118 127 15 52 22 3 337 2004 120 120 30 52 22 3 347 2005 161 147 72 71 30 26 23 17 11 12 10 3 2 585

Program Doktor Muda telah menjadi satu platform pendidikan kesihatan di sekolah rendah bagi melahirkan generasi pelajar yang cenderung kepada kesihatan. KPM telah bersetuju bahawa Program Doktor Muda dilaksanakan di bawah aktiviti kokurikulum di sekolah rendah bagi memantapkan lagi pelaksanaannya. Kerjasama antara KKM dan KPM amat diperlukan dalam menentukan dasar dan hala tuju program ini supaya pelaksanaan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian lebih efisien dan berkesan.
SEMAK KENDIRI 6.2

Terangkan aspek-aspek penting pengurusan dan pengelolaan program-program adhoc.

89

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

6.3.3 Aktiviti-aktiviti Dilaksanakan


a. PROSTAR

Rajah 6.5: Ahli PROSTAR membincangkan isu semasa

Rajah 6.6: Ahli PROSTAR memberi sesi kaunseling kepada remaja Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli Kelab PROSTAR termasuklah: i. ii.
o o o

Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang (Rajah 6.5). Sesi kaunseling remaja (Rajah 6.6): Klip video peserta didedahkan untuk membuat pengucapan awam; Klip video peserta mengadakan forum dalam kalangan mereka; dan Klip video peserta dalam aktiviti berkumpulan menyelesaikan soalan kuiz. Latihan PRS PROSTAR. Menerbit dan mengedarkan newsletter. Lain-lain aktiviti promosi seperti laman sesawang PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok dan cenderamata).

iii. iv. v.

Pada Disember 2005 sebanyak 5,871 sesi aktiviti PROSTAR telah dilaksanakan dan seramai 815,157 orang remaja yang berumur 13 hingga 25 tahun telah turut serta dan mendapat maklumat HIV/AIDS melalui aktiviti yang disertai. Pada tahun 2005 sebanyak 227 sesi aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS yang telah dilaksanakan dan melibatkan seramai 23,455 orang remaja. Sehingga akhir tahun 2005, sebanyak 104 buah kelab PROSTAR telah ditubuhkan iaitu di daerah dan negeri serta 2,268 buah di sekolah menengah di seluruh
90

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

negara. Kini Kelab PROSTAR Malaysia, giat menubuhkan Pusat Khidmat PROSTAR (PKP) di seluruh negara dalam menyediakan sebuah premis kesihatan remaja dengan pendekatan "mesra remaja" kepada remaja-remaja yang bermasalah. Aktiviti-aktiviti bagi Pengukuhan Kerjasama Pelbagai Agensi adalah seperti berikut: i. ii. Jawatankuasa penyelaras AIDS diwujudkan di setiap peringkat digunakan bagi mengawasi perlaksanaan program ini. Pegawai Perantara (Liaison Officer) dikenal pasti dari setiap agensi berkaitan seperti Pegawai di Kementerian/Pejabat Belia, Pendidikan, PIBG, badan-badan beruniform, badan korporat, kilang dan lain-lain) bagi:
o o o

Mengenal pasti fasilitator; Mengenal pasti aktiviti-aktiviti sesuai; dan Memantau perlaksanaan aktiviti PROSTAR dalam organisasi masing-masing. Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam berfungsi sebagai pusat koordinasi bagi PROSTAR di peringkat kebangsaan. Cawangan ini juga bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Penyelaras AIDS Kebangsaan yang berfungsi untuk tugas-tugas berikut:

iii.

o o o

Menyelenggarakan daftar Pegawai Perantara serta organisasi terlibat. Mendapatkan maklum balas aktiviti-aktiviti serta penilaian. Penilaian impak program secara berkala.

iv.

Unit kawalan penyakit, Jabatan Kesihatan Negeri berfungsi sebagai pusat koordinasi program PROSTAR negeri untuk mendapatkan maklum balas perlaksanaan program di peringkat negeri. Pegawai Kesihatan Daerah pula bertanggungjawab untuk menyelenggarakan daftar fasilitator, mengadakan latihan, menyelia dan mendapatkan maklum balas perlaksanaan aktiviti PROSTAR.

v.

Pelancaran PROSTAR bertujuan untuk mempromosikan PROSTAR. Di samping itu, aktiviti penerbitan serta sebaran bahan-bahan pendidikan dipertontonkan (Rajah 6.7) kepada orang ramai. Aktiviti pelancaran bertujuan untuk menyedar dan menarik minat remaja kepada program PROSTAR. Aktiviti tersebut diharap dapat menggalakkan mereka menyertai program ini. Pelancaran ini juga akan memperkenal dan mempromosikan watak Johan dan tema "Hidup Sihat Tanpa AIDS" melalui persembahan udara, persembahan pentas oleh remaja, pertandingan dan aktiviti yang lain. Pelancaran di peringkat kebangsaan telah dirasmikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri.

91

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 6.7: Beberapa aktiviti pendidikan PROSTAR Bahan-bahan pendidikan yang berkaitan juga dikeluarkan untuk menyokong program ini. Johan (Jo) diperkenalkan sebagai "role model" bagi menyampaikan mesej mengenai AIDS, menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia dalam membanteras AIDS. Berikut adalah bahan-bahan pendidikan yang dihasilkan: i. ii. iii. iv. Komik Johan & Geng dan Komik PROSTAR. Kolateral seperti T-shirt, topi, dan lain-lain. Permainan komputer beranimasi dengan tema cara hidup berisiko. Bahan-bahan pameran.

Aktiviti-aktiviti Latihan Fasifitator Rakan Sebaya Bagi menyokong aktiviti latihan Pendidik Rakan Sebaya PROSTAR, satu manual latihan telah dihasilkan. Latihan fasilitator untuk negeri pula akan dikelolakanoleh Pejabat Kesihatan Daerah: i. ii. Pegawai Kesihatan Daerah akan melaksanakan sekurang-kurangnya dua kali latihan fasilitator dalam setahun. Di samping itu, pegawai kesihatan juga perlu memberi bantuan serta pengawasan kepada perlaksanaan aktiviti-aktiviti PROSTAR/projek pendidikan AIDS bagi remaja dan komuniti oleh fasilitator dan pegawai perantara di bawah jagaan daerah masingmasing.

Penubuhan Kelab PROSTAR Kelab PROSTAR Malaysia ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS. Ia dikendalikan oleh remaja sendiri dan antara aktiviti yang dijalankan oleh kelab tersebut ialah: i. ii. Menjalankan projek pendidikan AIDS untuk remaja dan komuniti. Menjalankan latihan rakan sebaya.
92

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

iii. iv.

Menjalankan kajian serta rundingan bagi mengatasi masalah-masalah remaja. Mengendalikan Majalah PROSTAR.

Dengan bimbingan daripada pegawai kementerian pelajaran dan kesihatan peringkat daerah serta guru-guru, pendidik rakan sebaya dapat melaksanakan program pendidikan kesedaran AIDS di sekolah, PROSTAR boleh diserapkan pelaksanaannya di sekolah-sekolah dengan mewujudkan ramai pendidik rakan sebaya dalam kalangan murid-murid sekolah yang menganggotai badan-badan beruniform atau persatuan-persatuan di sekolah.
b. Projek Anti-Denggi

Pendekatan program ini adalah menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid bagi membentuk mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi. Murid-murid merupakan golongan yang menerima pengetahuan yang baik dengan harapan mereka dapat mengamalkan serta membentuk tingkah laku yang positif. Program ini boleh dilaksanakan dengan menyerapkannya ke dalam Program Kesihatan Sekolah yang sedia ada. Jadual Perlaksanaan: Pelaksanaan Program Bebas Denggi dibahagikan kepada dua fasa iaitu: Fasa 1: i. Telah dilaksanakan pada tahun 1995 melibatkan sekolah-sekolah di dalam negeri dan daerah bermasalah denggi. Sebelas buah daerah telah dipilih dalam pelaksanaan Fasa 1. Daerah-daerah tersebut adalah:
o o o o o o

ii.

Selangor Daerah Petaling; Daerah Gombak; dan Daerah Ulu Langat. Seluruh Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pulau Pinang Kawasan Georgetown. Perak Daerah Kinta (Kawasan lpoh); dan Daerah Larut Matang/Selama (Kawasan Taiping). Johor Daerah Johor Bahru; Daerah Muar; dan

93

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)


o

Daerah Segamat. Sarawak Daerah Miri

Fasa 2: i. ii. Sekolah-sekolah di seluruh negara. Dilaksanakan pada tahun 1996.

Aktiviti yang Dirancang di Bawah Program Bebas Denggi Merangkumi: i. ii.


o o o

Kempen Anti-Denggi di Sekolah peringkat kebangsaan, negeri atau daerah (Rajah 6.8). Penyediaan Kit Pendidikan Denggi: 9 Modul latihan. Video dokumentari. Model kitaran nyamuk Aedes.

Rajah 6.8: Mencegah nyamuk aedes iii. iv. Latihan bagi kakitangan Kementerian Pelajaran untuk menjalankan tugas fasilitator di setiap negeri/daerah/sekolah. Penilaian program.

Fasa 1, tahun 1995, hanya negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) telah menjalankannya pada setengah tahun pertama 1995. Pada setengah tahun kedua 1995 pula tiga buah negeri telah melaksanakan program ini iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Jadual di bawah menunjukkan bilangan sekolah yang telah melaksanakan Program Bebas Denggi di Sekolah pada tahun 1995 dan 1996 (Jadual 6.4).

94

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Jadual 6.4: Program Bebas Denggi di Sekolah 1995 Negeri Setengah Tahun Pertama 100 Setengah Tahun Kedua 143 1996 Setengah Tahun Pertama 182

Wilayah Persekutuan Johor Pulau Pinang Selangor Pahang Perlis Sarawak Jumlah

0 0 0 0 0 0 100

6 70 0 0 0 0 219

6 110 284 83 38 5 708

Keputusan penilaian bagi sekolah-sekolah tersebut adalah seperti di bawah. Bilangan penilaian melebihi bilangan sekolah yang terlibat dalam program bagi satu tempoh masa penilaian kerana ada antara sekolah tersebut menjalankan penilaian melebihi sekali (Jadual 6.5). Jadual 6.5: Penilaian Sekolah

95

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

c. Program Doktor Muda

Kerajaan menerusi agensi-agensi berkaitan telah melaksanakan dasar dan program yang menjurus kepada memperkasakan pelajar untuk membuat keputusan sendiri dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. i. ii. iii. Program Doktor Muda di sekolah rendah di seluruh negara adalah salah satu pakej di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat. Tahap kesihatan yang baik dalam kalangan pelajar mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian cemerlang mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang baik penting untuk membantu individu dan masyarakat mencapai status kesihatan yang optimum. Bagi melahirkan pelajar yang sihat, cerdas dan cergas amatlah wajar usaha memperkasakan mereka dilakukan supaya mereka mampu bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri. Status kesedaran dan amalan kesihatan golongan pelajar masih lagi kurang memuaskan. Ini terbukti daripada masalah kesihatan yang dihadapi oleh golongan tersebut. Laporan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2000 menunjukkan pelajar-pelajar Tahun 1 dan Tahun 6 yang diperiksa masih lagi mengalami masalah kesihatan seperti jangkitan kutu, kudis buta, infestasi cacing, masalah pemakanan dan masalah yang berkaitan dengan penglihatan (rujuk Rajah 6.6). Program Doktor Muda yang berkonsepkan Dari Pelajar, Untuk Pelajar, Kepada Pelajar merupakan pendekatan yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah bagi mencapai hasrat tersebut. Program ini bergiat cergas di negeri Pahang dan Kelantan. Manakala negeri-negeri lain dalam proses perancangan dan pelaksanaan. Bagi negeri Pahang pada tahun 2000 sebanyak 70 buah sekolah rendah dengan 1,550 pelajar telah terlibat dalam program ini. Pada tahun yang sama sebanyak 68 buah sekolah rendah di negeri Kelantan terlibat di dalam Program Doktor Muda telah diterima oleh Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah peringkat negeri dan seramai 1,895 pelajar terlibat. Program ini dijadikan
96

iv.

v.

vi.

vii.

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

satu pendekatan dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) untuk merealisasikan teras utama Kemahiran Kesihatan Diri program tersebut. viii. Program ini juga telah mendapat mandat daripada Ketua Pengarah Kesihatan untuk dilaksanakan di seluruh negeri selaras dengan Kertas Kerja Isu-Isu Untuk Sistem Kesihatan Masa Hadapan (Issues For The Future Health System) yang telah dibentangkan di Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan pada Januari 2001.

Jadual 6.6: Masalah Kesihatan Pelajar Morbiditi dalam Kalangan Pelajar Sekolah Tahun 1 dan Tahun 6 bagi Tahun 1994, 1999 dan 2000 Insiden untuk Setiap 1000 Kanak-kanak yang Diperiksa Masalah Kesihatan 1994 Infeksi Kutu Infestasi Cacing Kudis Buta Masalah Kulit Lain Masalah Penglihatan Malnutrisi 107.4 30.0 6.1 27.9 30.0 10.5 Tahun 1 1999 49.3 8.2 2.7 31.2 47.8 12.2 2000 47.0 4.8 3.8 30.2 44.4 15.0 1994 92.5 21.9 6.1 45.5 52.0 7.4 Tahun 6 1999 39.2 6.8 2.9 47.1 59.9 11.2 2000 38.6 3.4 4.1 43.8 70.3 13.5

Sumber: Unit Sistem Maklumat dan Dokumentasi, Kementerian Kesihatan Malaysia Aktiviti-aktiviti Lain yang Dicadangkan: Doktor Muda juga digalakkan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut: i. ii. iii. iv. Menyertai/membantu kempen-kempen serta menyambut hari-hari khas kesihatan di sekolah dengan melibatkan warga sekolah dan masyarakat sekeliling. Menyertai dan melibatkan diri dalam Konvensyen Doktor Muda. Menyertai lawatan untuk melihat kemudahan kesihatan. Menganjurkan aktiviti berbentuk pertandingan seperti kuiz, melukis, mengarang dan berpidato yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan dalam kalangan pelajar. Menganjurkan kempen-kempen kesihatan (Rajah 6.9).
97

v.

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 6.9: Kempen cara hidup sihat

98

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

RUMUSAN

Program PROSTAR merupakan suatu program menggerakkan golongan remaja kepada satu penghayatan cara hidup sihat yang berteraskan nilai nilai murni. la juga dapat melambangkan keprihatinan Kerajaan akan masalah yang sedang melanda golongan remaja. Kementerian Kesihatan berkeyakinan penuh program ini dapat dijalankan dengan jaya dan akan menjadi model yang boleh dicontohi oleh remaja yang sering terdedah dengan ancaman AIDS. Program anti-denggi juga menyumbang ke arah merealisasikan cabaran Wawasan 2020 mewujudkan suatu masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika di mana rakyatnya berpegang teguh kepada agama dan nilai kerohanian juga satu masyarakat penyayang dan budaya penyayang berpusat kepada sistem keluarga yang kuat dan kukuh. Untuk mendedahkan murid murid sekolah kepada aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan mewujudkan satu kumpulan yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat. Adalah diharapkan melalui penglibatan sepenuhnya sekolah sekolah di seluruh negara dalam melaksanakan Program Bebas Denggi di Sekolah ini, maka penglibatan masyarakat dalam pencegahan dan pengawalan demam denggi dapat dipertingkatkan. Sejajar itu, wabak demam denggi dapat dikawal. Program Doktor Muda ini menggunakan rangka kerja Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat. Asas kepada rangka kerja tersebut adalah keperluan pihak yang terlibat. Pihak pendidikan mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan. Ibu bapa menginginkan anak mereka menjadi individu yang mempunyai sifat terpuji seperti pandai dan menghormati orang tua dan juga masyarakat, yang mengharapkan pelajar menjadi insan yang berguna. Sementara itu, meningkatkan taraf kesihatan pelajar merupakan matlamat pihak kesihatan.

KATA KUNCI PROSTAR Program Anti-Denggi Program Doktor Muda Program-program Adhoc

99

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 7 RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan objektif-objektif Rancangan Kesihatan Sekolah; 2. Mengenal pasti jawatankuasa, komponen dan program-program Rancangan Kesihatan Sekolah; dan 3. Membincangkan isu dan masalah dalam mencapai objektif Rancangan Kesihatan Sekolah.

PENGENALAN

Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Justeru, pelaksanaan program Sekolah Berwawasan Sihat ini amat bersesuaian bagi mendukung usaha menangani masalah remaja secara am dan di bangku sekolah secara khususnya. Sekolah merupakan rumah kedua bagi anak-anak kita. Oleh demikian, peranan warga sekolah dengan sokongan ibu bapa amat penting bagi menjamin kesejahteraan generasi masa hadapan. Keadaan sekitar sekolah juga perlu menyokong kesihatan pelajar secara mental, fizikal dan sosial dan menjadi penggerak ke arah amalan hidup sihat. Pelajar-pelajar juga perlu diberi kesedaran dan didedahkan kepada beberapa aspek kesihatan dan jika kita mengkaji secara mendalam konsep Sekolah Berwawasan Sihat, perkara-perkara ini akan dapat ditangani melalui program ini. Melalui kerja berpasukan antara kedua-dua Kementerian adalah diharapkan bahawa semangat pentingkan kesihatan akan dipupuk dalam kalangan pelajar kita. Kesihatan murid amat penting bagi menjamin kecerdasan dan kepintaran seseorang murid. Oleh demikian, kerjasama antara pihak kerajaan, swasta, masyarakat dan komuniti adalah penting untuk menghasilkan dan merealisasikan satu program kesihatan sekolah yang komprehensif dan terperinci bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia akan datang. Jadikanlah konsep Sekolah Berwawasan Sihat ini sebagai satu teraju utama kita dalam mencapai cita-cita dan warisan budaya kita. Mudah-mudahan, dengan kerjasama ini akan menghasilkan satu program kesihatan sekolah yang lebih bersepadu dan berintegrasi dengan Kementerian Kesihatan sebagai penasihat teknikal serta pendorong pelaksanaan program, manakala Kementerian Pelajaran pula berperanan sebagai pelaksana utama dalam mencapai matlamat bersama iaitu satu generasi pelajar yang berilmu dan sihat sejahtera.

100

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

7.1 DEFINISI Murid sekolah dikenali sebagai sebagai captive audience. Ibarat kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekolah ialah sebagai sumber yang besar dari segi kemudahan, tenaga manusia, pusat pendidikan dan agen perubahan dalam masyarakat. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih tenaga dan makanan berzat. Jadikan pemakanan sihat sebagai satu amalan untuk tumbesaran, kesihatan dan kecergasan. RKS berasaskan konsep kesihatan yang menyeluruh merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat. Jawatankuasa Bersama Rancangan Kesihatan Sekolah terdapat dalam pelbagai peringkat iaitu peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa agensi seperti pihak kesihatan, penerangan, pendidikan, kebajikan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan lain-lain. RKS bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid serta warga sekolah ke tahap yang optimum. Manakala matlamat khususnya adalah untuk: a. Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan dan memupuk nilai serta amalan kesihatan yang positif; b. Memberi penjagaan, rawatan, kecemasan, rujukan, pemulihan dan tindak susulan kepada murid; c. Mencegah dan mengawal penyakit berjangkit; d. Menilai dan mentafsir taraf kesihatan murid; e. Menggalakkan amalan cara hidup yang sihat; dan f. Menggalakkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat.

7.2 OBJEKTIF-OBJEKTIF RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH Objektif-objektif Rancangan Kesihatan Sekolah ialah: a. Menggalakkan bimbingan dan panduan kepada kanak-kanak, ibu bapa, guru-guru dan masyarakat yang berkaitan dengan keperluan dan masalah kesihatan mereka; b. Mengenal pasti pendidikan dan penjagaan kanak-kanak yang didapati mempunyai kecacatan fizikal, mental, sosial dan lain-lain kekurangan; c. Menggalakkan rawatan kecacatan yang boleh diubati dengan rujukan serta-merta kepada pakar-pakar atau pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan kebajikan kanak-kanak; d. Memastikan pelajar-pelajar bebas daripada gejala dan penyakit sosial; e. Membina pengetahuan, sikap dan perilaku yang baik untuk mengamalkan cara hidup sihat; f. Memastikan makanan yang disediakan di sekolah adalah selamat dan berkhasiat;
101

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

g. Memberi rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit atau kecederaan ketika di sekolah; h. Menilai taraf kesihatan kanak-kanak bersekolah dan juga kakitangan sekolah; i. Menolong mencegah dan mengawal penyakit-penyakit yang berjangkit; j. Membina persekitaran sekolah yang sihat dari segi fizikal dan mental untuk merangsang kesihatan dan pembelajaran yang sempurna; dan k. Menyatukan Rancangan Kesihatan Sekolah ke dalam Rancangan Kesihatan Masyarakat.

7.2.1 Rasional Taraf kesihatan ialah suatu keadaan di mana kesihatan adalah baik dan kadar kematian rendah. Keadaan ini ialah sekiranya dibandingkan dengan kumpulan umur yang lain tetapi murid-murid sekolah boleh dianggap sebagai satu kumpulan yang sihat. Berdasarkan kajian oleh Kementerian Kesihatan semasa tahun persekolahan mereka, murid-murid sekolah masih mengalami beberapa masalah kesihatan seperti malnutrisi, karies gigi, kutu kepala, jangkitan cacing, masalah penglihatan, kudis dan lain-lain jangkitan kulit. Peningkatan kesihatan di sekolah juga merupakan satu faktor yang penting dalam kemajuan kesihatan masyarakat kerana murid-murid sekolah berjumlah lebih kurang 20 peratus atau lebih daripada jumlah penduduk di negara kita. Tumpuan utama RKS ialah meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah ke tahap yang lebih optimum. PBSS pula memberi penekanan kepada menyepadukan semua. Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 5, 1999 Sekolah merupakan suatu tempat yang diharapkan perubahan sikap dan amalan kesihatan seperti yang diingini dapat diusahakan dalam kalangan murid-murid. Murid-murid ini diharap akan dapat mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya melalui pergaulan harian mereka. Secara tidak langsung mereka berupaya melakukan perubahan yang positif dan diharapkan dapat meningkatkan taraf kesihatan. Matlamat penting pendidikan kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan. Untuk mencapai matlamat ini adalah lebih mudah dan berkesan jika kita mengikut kata pepatah Melayu iaitu "melentur buluh biarlah dari rebungnya" di mana ketika kanak-kanak ini masih muda dan sebelum mereka dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang negatif dan tidak diingini. Sekolah mempunyai sumber-sumber yang begitu besar dari segi kemudahan serta tenaga manusia yang boleh menggembleng usaha-usaha kesihatan masyarakat. Pada hari ini, sekolah bukan sahaja dianggap sebagai pusat pendidikan bahkan boleh dijadikan agen perubahan dalam masyarakat.

102

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

SEMAK KENDIRI 7.1

Apakah rasional RKS diwujudkan?

Jawapan Antara rasional rancangan ini diwujudkan adalah kerana terdapat beberapa keadaan atau morbiditi yang didapati tinggi dalam kalangan murid-murid sekolah seperti malnutrisi, karies gigi, jangkitan cacing, masalah penglihatan, kudis dan sebagainya walaupun mereka merupakan golongan yang paling sihat dengan kadar kematian yang rendah. Lebih kurang 20 peratus daripada jumlah penduduk negara adalah terdiri dari mereka yang masih di bangku sekolah. Oleh itu peningkatan kesihatan di sekolah merupakan faktor penting dalam kemajuan masyarakat. Dari sudut pembangunan, murid merupakan agen perubahan yang penting kerana mereka lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan atau perubahan. Mereka juga boleh mempengaruhi ahli keluarga mereka.

7.2.2 Jawatankuasa Rancangan Kesihatan Sekolah Peringkat Daerah Jawatankuasa di peringkat daerah terdiri daripada: a. Pegawai Kesihatan Daerah; b. Pegawai Pendidikan Daerah; c. Yang Dipertua Majlis Daerah Tempatan/Kerajaan Tempatan; d. Pegawai Perubatan dan Kesihatan; e. Pegawai Pergigian; f. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah; g. Bahagian Kesihatan; h. Pegawai Kebajikan Masyarakat; i. Ketua Jururawat; dan j. Inspektor Kesihatan Kanan. Pegawai Kesihatan Daerah dan Pengawal Pendidikan Daerah adalah pengerusi bersama dalam jawatankuasa ini.

103

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

7.2.3 Komponen Rancangan Kesihatan Sekolah RKS adalah berasaskan kepada konsep kesihatan yang menyeluruh yang merangkumi kesihatan fizikal, mental emosi, sosial dan rohani. RKS mengandungi komponen-komponen berikut: a. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah; b. Pendidikan Kesihatan; c. Keadaan Hidup Sihat di Sekolah; dan d. Kerjasama antara Sekolah dan Masyarakat untuk Kesihatan.

Rajah 7.1: Logo-logo Utamakan Kesihatan Sumber: http://vectorise.net/logo/wp-content/uploads/2011/03/Utamakan_Kesihatan.png


a. Pendidikan Kesihatan

i.

Menerangkan jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkaraperkara yang berkaitan dengan kesihatan. Pendidikan kesihatan termasuk pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Bertujuan untuk membentuk minat dan keinginan serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk kemajuan dan kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan masyarakat (Rajah 7.1 menunjukkan logo-logo mengutamakan kesihatan). Diharapkan murid-murid akan lebih menyedari masalah dan keperluan kesihatan dan seterusnya mereka boleh membuat keputusan yang bijak bagi menentukan cara hidup mereka atau perlakuan kesihatan.

ii. iii.

iv.

b. Perkhidmatan Kesihatan

Komponen atau teras ini merupakan aktiviti utama pihak kesihatan di sekolah. Ia dijalankan secara kerjasama antara kakitangan kesihatan, pergigian dan pihak sekolah. Ia merangkumi membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta amalan cara hidup yang sihat. Pengesanan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian kepakaran juga dilakukan oleh pihak kesihatan. Tindakan susulan kes juga dilakukan jika perlu. Aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit juga dilakukan dengan bantuan pihak kesihatan. Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan memberi maklumat kesihatan yang tepat tentang anak mereka serta memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta imunisasi. Pihak sekolah juga perlu memastikan bahawa Pasukan Kesihatan Sekolah yang datang ke sekolah untuk melakukan aktiviti pemeriksaan diberikan tempat yang sesuai untuk
104

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

menjalankan aktiviti mereka. Kerjasama yang telah terjalin antara kedua-dua pihak kesihatan dan pendidikan seharusnya dipuji kerana segala aktiviti yang dijalankan telah membantu meningkatkan tahap kesihatan murid dan masyarakat amnya. i. Bentuk perkhidmatan dan khidmat-khidmat sokongan kesihatan sekolah yang diberikan termasuklah oleh:
o o o o o

Pasukan Kesihatan Sekolah; Jabatan Kesihatan; Kementerian Kesihatan; Pihak swasta; dan Pertubuhan-pertubuhan sukarela.

ii.

Antara perkhidmatannya termasuklah (lihat Rajah 7.2 dan 7.3):


o o o o o o

Rawatan ringan dan kecemasan; Kawalan penyakit berjangkit; Penilaian atau pemeriksaan kesihatan (healthscreening) ke atas murid-murid; Perkhidmatan pergigian; Rujukan dan rawatan susulan; dan Program imunisasi.

Rajah 7.2: Perkhidmatan pergigian Sumber: http://jknperlis.moh.gov.my/pls/index.php/en/perkhidmatan-pergigian

105

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 7.3: Program imunisasi Sumber: http://sktudan.blogspot.com/


c. Hidup Sihat di Sekolah

i. ii. iii.

Sebuah institusi di mana murid-murid mendapat pendidikan dan menghabiskan masa kira-kira 6 hingga 10 jam sehari. Persekitaran sekolah perlu dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, selesa dan indah. Persekitaran sekolah yang selesa sudah tentu boleh mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran.

7.3 STATUS RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH MASA KINI Secara umum, Program RKS di sekolah perintis telah berjaya dilaksanakan. Aktiviti dan program yang dijalankan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang setelah warga sekolah meneliti dan menghayati komponen-komponen yang terkandung dalam RKS. Penerimaan positif Program RKS juga ditunjukkan oleh beberapa sekolah yang tidak terlibat dengan program ini yang menganjurkan aktiviti berdasarkan konsep PBSS. Kerjasama yang diberikan oleh agensi kerajaan yang berkaitan sangat dihargai dan merupakan satu faktor program berjaya dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kemampuan agensi-agensi tersebut perlu diambil kira jika program ini dilaksanakan di semua sekolah.

7.3.1 Pengenalan Berdasarkan kepada konsep ini, Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menterjemahkan RKS kepada pelbagai program kesihatan sekolah seperti pendidikan kesihatan, perkhidmatan sekolah, perkhidmatan kesihatan pergigian di sekolah, Rancangan Makanan Tambahan, Program Susu Sekolah, Program Anti-Denggi, pendidikan pencegahan AIDS di sekolah, program bebas asap rokok dan sebagainya. Antara isu dan masalah yang dihadapi semasa menjalankannya adalah seperti berikut: a. Keberkesanan pendidikan kesihatan di sekolah di mana banyak kajian tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan dalam kalangan murid sekolah yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan amalan kesihatan mereka masih kurang memuaskan. b. Kekurangan kemudahan asas dan fizikal sekolah seperti tandas dan tempat pemeriksaan yang sesuai boleh menjejaskan perlaksanaan RKS. c. Kewangan yang diperuntukkan kepada sekolah bagi tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktaraf bangunan begitu terhad sekali. d. Beban tugas guru yang semakin meningkat sehingga menyebabkan penyelenggaraan Rekod Kesihatan Murid agak tergendala. e. Program kesihatan sekolah dijalankan secara bersama oleh beberapa kementerian dan agensi bukan kerajaan.
106

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Kadang kala timbul beberapa masalah penyelarasan kerana setiap daripadanya mempunyai keutamaan tugas masing-masing. Di sebalik masalah yang dihadapi, RKS tetap dijalankan sehingga kini. Pada tahun 1995, Badan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperkenalkan konsep Health Promoting School kepada negara-negara di kawasan Pasifik Barat. Malaysia menyahut cabaran ini dengan menjalankan projek perintis di enam buah negeri iaitu Kedah, Terengganu, Sarawak, Selangor, Melaka dan Johor. Konsep ini dilaksanakan di 36 buah sekolah (16 buah sekolah di Terengganu dan empat buah sekolah di lima negeri yang lain) sebagai perintis projek. Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah rendah dan menengah yang terletak di kawasan bandar serta luar bandar. Susulan daripada itu, satu persidangan Health Promoting School yang diadakan di Melaka pada 9 hingga 12 Disember 1996 telah mengambil satu keputusan untuk memberi nafas baru kepada RKS dengan mengadaptasikan konsep ini. Namun begitu, konsep ini tidaklah terlalu berbeza dengan RKS yang sedia ada. Oleh itu ianya diadaptasi dengan sedikit perubahan mengikut kehendak negara kita. Ia telah dinamakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Pada bulan September 1997, PBSS telah dilancarkan di peringkat kebangsaan oleh Menteri Pendidikan di Sekolah Menengah Bukit Besar, Kuala Terengganu. RKS memberi tumpuan utama meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah ke tahap yang lebih optimum. Manakala, PBSS pula memberi penekanan kepada penyepaduan semua aktiviti kesihatan di sekolah di bawah satu payung yang dinamakan PBSS. Ia mempunyai enam teras utama yang seharusnya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam setiap sekolah.

SEMAK KENDIRI 7.2

Nyatakan perbezaan antara RKS dan PBSS.

Jawapan RKS memberi tumpuan utama kepada peningkatan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah ke tahap yang lebih optimum. PBSS pula memberi penekanan kepada menyepadukan semua aspek kesihatan, keselamatan dan kebersihan.

7.3.2 Program Kesihatan Sekolah Masa Kini Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah merangka pelbagai program kesihatan sekolah. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

Pendidikan Kesihatan.Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Program Kesihatan Pergigian Sekolah. Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program Susu Sekolah. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program 3K).
107

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)


Pendidikan Pencegahan AIDS di Sekolah. Program Anti-Denggi di Sekolah. Program Sekolah Bebas daripada Asap Rokok. Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) dan sebagainya. Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program AntiRubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

a. Pendidikan Kesihatan di Sekolah

i. ii.

Pendidikan Kesihatan disatukan dengan Pendidikan Jasmani dinamakan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan boleh dilihat di dalam mata pelajaran lain seperti Biologi, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Pendidikan tidak formal juga dilaksanakan di sekolah-sekolah seperti kuiz, ceramah, pameran dan kempen. Jabatan Kesihatan juga menganjurkan pelbagai usaha pendidikan kesihatan tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran.

iii. iv.

b. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

i. ii.

Kementerian Kesihatan telah melawat sebanyak 6,402 sekolah atau 73.5% telah dilawati oleh pasukan kesihatan sekolah. Memandangkan peratus murid yang diperiksa oleh pegawai perubatan atau doktor masih lagi rendah, mulai tahun 1996 satu projek perintis telah dijalankan di Johor bagi menswastakan perkhidmatan kesihatan sekolah dan memastikan lebih ramai murid yang diperiksa oleh doktor dan bukan jururawat. Penswastaan perkhidmatan kesihatan sekolah akan diperluaskan sejak tahun 1997.

c. Program Kesihatan Pergigian

Matlamat utama perkhidmatan pergigian sekolah adalah untuk mencapai kesihatan mulut bertaraf "dentally fit" dalam kalangan murid-murid supaya dapat menyumbang kepada kesihatan keseluruhannya apabila seorang murid itu meninggalkan alam persekolahan. Program ini diharapkan dapat mendorong murid-murid terus berusaha untuk mempertahankan status kesihatan ini melalui tindakan serta amalan hidup yang sesuai. i. ii. Bahagian Pergigian, Kementerian Kesihatan juga memberi perkhidmatan pergigian bagi murid-murid sekolah. Di samping memeriksa dan merawat gigi, bahagian ini juga menjalankan aktivitiaktiviti pendidikan sebagai satu usaha pencegahan dan peningkatan kesihatan gigi (lihat Rajah 7.4). Bahagian Pergigian juga menyediakan peruntukan bagi pegawai dan peralatan bagi klinik pergigian sekolah, di samping membekalkan pegawai melatih guru-guru pelatih di institut pendidikan guru. Kementerian Pelajaran juga bekerjasama dengan pihak
108

iii.

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

swasta bagi membekalkan kit pergigian dan bahan-bahan pendidikan kepada semua murid Tahun 1 dan 3 setiap tahun.

Rajah 7.4: Cara menggosok gigi Sumber: http://diodentist.wordpress.com/2010/10/03/cara-menggosok-gigi-yang-benar/

d. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

RMT merupakan satu lagi usaha Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid-murid. Namun demikian, RMT tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu bapa dalam memberi makanan kepada murid-murid. Rancangan ini adalah sekadar membekalkan 1/3 daripada jumlah keperluan nutrien harian murid-murid. RMT bertujuan untuk: i. ii. iii. Meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid-murid. Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah. Memenuhi keperluan makanan murid di mana berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, didapati 15 peratus hingga 20 peratus murid-murid datang ke sekolah tanpa sarapan pagi atau makan tengah hari. Selain itu didapati murid sekolah mempunyai peratusan yang agak tinggi pemakanan tidak seimbang. Membantu keluarga yang mempunyai kriteria pemberian RMT berdasarkan kepada pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga dan bukan lagi kepada enrolmen sekolah.

iv.

e. Program Susu Sekolah (PSS)

Program Susu Sekolah adalah satu lagi usaha Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pemakanan di sekolah. Selain daripada memastikan murid-murid menerima makananmakanan berzat, PSS juga bertujuan: i. ii. iii. Meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah. Memastikan murid-murid menerima makanan-makanan berzat di samping menggalakkan tabiat minum susu dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal. Program ini dijalankan dengan kerjasama enam buah syarikat pengeluar susu tempatan dan ia mengandungi dua skim iaitu:
109

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)


o o

Skim bayaran (subsidi kerajaan); dan Skim percuma.

iv.

Program ini adalah salah satu komponen pendidikan yang menggalakkan pemupukan daya kreativiti guru-guru dan juga murid-murid dalam penggunaan bahan-bahan terbuang seperti pek, straw dan dulang PSS.

f. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah Menengah

Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep hidup sihat di sekolah. Persekitaran sedemikian tentu dapat mewujudkan persekitaran yang selesa kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Pertandingan yang diadakan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, telah menunjukkan impak yang menggalakkan kerana berjaya menimbulkan rasa sayang kepada sekolah. Antara lain, program ini: i. ii. iii. Bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Berupaya menimbulkan perasaan 'sense of belonging' dan rasa sayang kepada sekolah. Boleh mengatasi beberapa masalah seperti merosakkan harta benda sekolah (vandalism).

Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran. Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan dalam kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek mereka. Antaranya termasuklah menyediakan perkhidmatan kaunseling dan mengadakan program-program. Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 5, 1999

AKTIVITI 7.1

Nyatakan program-program kesihatan sekolah yang telah dijalankan masa kini.

7.3.3 Strategi Pelaksanaan dan Struktur organisasi Bagi menjayakan program-program kesihatan sekolah yang disebutkan di atas serta programprogram lain mengikut keperluan semasa. Jawatankuasa Bersama RKS antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan telah ditubuhkan di pelbagai peringkat iaitu di peringkatkebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Jawatankuasa Bersama RKS bertanggungjawab bagi: a. Merancang; b. Melaksana;
110

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

c. Memantau; dan d. Menilai program-program kesihatan sekolah. Peringkat Kebangsaan a. Dipengerusikan bersama oleh kedua-dua Ketua Pengarah Pelajaran dan Ketua Pengarah Kesihatan. b. Satu Jawatankuasa kedua ditubuhkan bagi menjayakan program-program kesihatan sekolah. c. Kedua-dua jawatankuasa ini adalah diurus setia oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran. Peringkat Negeri a. Struktur jawatankuasa yang hampir sama juga ditubuhkan. b. Dipengerusikan secara bersama oleh Pengarah Pendidikan Kesihatan Negeri. Peringkat Daerah a. Dipengerusikan juga secara bersama oleh Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai Kesihatan Daerah. Peringkat Sekolah a. Terdapat beberapa Jawatankuasa Kecil Kesihatan seperti Jawatankuasa Kantin, Jawatankuasa 3K, Jawatankuasa Keceriaan dan sebagainya.

7.4 ISU DAN MASALAH Bagi memastikan program-program dalam RKS mencapai objektif masing-masing, Kementerian Pelajaran berhadapan dengan pelbagai masalah dan isu. Antaranya adalah seperti berikut:
a. Keberkesanan Pendidikan Kesihatan di Sekolah

Berdasarkan Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1987, "A Survey Of The Status Of Personal Hygiene and Level Of Health Knowledge, Attitude and Practices Among School Children", menunjukkan tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan murid sekolah masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu: i. Sikap Pelajar, Guru dan Pentadbir Sekolah terhadap Kesihatan
o

Mata pelajaran PJK bukannya mata pelajaran peperiksaan di sekolah, jadi pihak murid, guru dan pentadbir sekolah memandang ringan terhadap mata pelajaran ini
111

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

berbanding dengan mata pelajaran peperiksaan lain seperti Bahasa Melayu dan Matematik.
o

Guru yang tidak ada latar belakang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) atau pengkhususan diarahkan untuk mengajar kesihatan. Kekurangan Guru Terlatih dalam Kesihatan

ii.
o

Kajian menunjukkan hanya 49.4% guru-guru yang ditemu duga telah mendapat latihan kesihatan di institut pendidikan guru, universiti dan kursus-kursus pendek. Keadaan ini juga berlaku kerana mata pelajaran PJK ini bukannya mata pelajaran yang diberi keutamaan di sekolah. Mata pelajaran kesihatan biasanya sebagai pelengkap waktu mengajar guru. Masa dan Kandungan Kurikulum PJK

iii.
o

Kementerian Pelajaran menghadapi kekangan kerana terlalu banyak perkara penting yang perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah. Beberapa isu baharu seperti alam sekitar, konsumerisme, dadah, AIDS dan isu sosial lain. Masa yang diperuntukkan untuk PJK begitu terhad. Bilik persalinan dan alat bantu mengajar tiada. Ini sedikit sebanyak melunturkan semangat murid-murid dan guru untuk mempelajari mata pelajaran tersebut. Penilaian Pendidikan Kesihatan

o o

iv.
o

Matlamat Pendidikan Kesihatan ialah berhubung dengan sikap dan amalan yang positif terhadap kesihatan dan ia memerlukan kemahiran bagi mengukur perubahan-perubahan ini. Kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran bagi mengukur perubahan sikap dan amalan.

b. Organisasi dan Pelaksanaan Program

i. ii. iii. iv. v.

Jawatankuasa Bersama RKS yang terdapat di pelbagai peringkat ini berbeza dari segi prestasi. Ada jawatankuasa yang aktif dan ada pula yang sebaliknya. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor kemanusiaan dan sumbersumber tempatan yang sedia ada. Perkembangan program-program kesihatan begitu mendadak untuk menangani beberapa isu dan masalah kesihatan semasa. Perkembangan staf di pelbagai peringkat terhad akibat perkembangan programprogram yang terlalu pantas kerana mengikut arus perkembangan kesihatan semasa. Kekangan staf untuk menguruskan program-program kesihatan sekolah.

c. Bebanan Kerja Guru

i.

Bebanan tugas 'paper work' dan kerja-kerja perkeranian terutama dalam menyediakan rekod-rekod dan maklum balas kepada pihak-pihak berkenaan serta tugas-tugas kokurikulum.
112

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

ii.

Menjejaskan program kesihatan sekolah kerana guru-guru terpaksa memberi perhatian kepada perkara-perkara yang telah disebutkan.

d. Kemudahan Asas dan Kemudahan Fizikal

i. ii. iii. iv.

Kekurangan kemudahan fizikal di sesebuah sekolah. Terutama bagi sekolah-sekolah lama, masih terdapat banyak kekurangan kemudahan asas dan fizikalnya. Kadar bilangan tandas dengan bilangan murid, kemudahan fizikal kantin dan asrama padang permainan dan sebagainya, masih lagi kurang di kebanyakan sekolah. Keadaan tersebut menjejaskan tugas-tugas penyelenggaraan dan menjaga persekitaran sekolah yang bersih, indah dan selamat.

e. Masalah Penyelarasan Program

i.

Program kesihatan sekolah ini dilaksanakan oleh beberapa Kementerian dan agensi bukan kerajaan. Pelbagai masalah seperti penyelarasan timbul kerana setiap agensi terlibat dengan pelbagai program lain dan masing-masing mempunyai tugas keutamaan tersendiri.

f. Kewangan

i. ii.

Peruntukan yang diberikan kepada sekolah untuk tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktarafkan bangunan begitu terhad sekali. Ini menjejaskan usaha-usaha membaikpulih dan menaik taraf keadaan fizikal sekolah.

g. Isu-isu Baharu Kesihatan

i. ii. iii. iv. v. vi.

Pada masa kini, telah wujud beberapa isu baharu dalam kesihatan sekolah seperti: Kesihatan sosial remaja; Pengurusan tekanan diri (stress management); Penderaan; dan Perlakuan-perlakuan yang berkaitan dengan seksualiti. Masalah-masalah ini semuanya perlu diatasi dan memerlukan program-program tertentu untuk mengatasinya. Kepakaran guru dan individu tertentu adalah penting untuk menangani masalah-masalah tersebut.

7.4.1 Syor dan Cadangan Cadangan yang dikemukakan merupakan pandangan secara umum dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Bahagian Sekolah atau Kementerian Pelajaran. Permasalahan yang ditimbulkan boleh dibincangkan secara rasional berdasarkan cadangan yang dicadangkan seperti berikut:
113

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

a. Pendidikan Kesihatan di sekolah dapat disampaikan dengan berkesan berdasarkan beberapa langkah berikut: i. Menaik taraf mata pelajaran PJK sebagai salah satu mata pelajaran peperiksaan, supaya sikap murid, guru dan pentadbir sekolah terhadap PJK berubah. Diperbanyakkan dan dipertingkatkan Program Pendidikan Kesihatan secara tidak formal sebagai sokongan untuk memantapkan program pendidikan formal yang terhad waktunya. Guru-guru diberi latihan, sama ada latihan praperkhidmatan atau latihan dalam perkhidmatan perlu ditambah dan dimantapkan, bagi memastikan guru-guru mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sepatutnya. Pegawai-pegawai perubatan dan pegawai-pegawai pendidikan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan perlu terlibat dalam program-program latihan bagi memberi kemahiran-kemahiran tertentu kepada guru-guru. Mempertingkatkan penilaian bagi mengukur keberkesanan PJK dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran murid-murid terhadap kesihatan.

ii.

iii.

iv.

v.

b. Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran, perlu mengkaji semula mata pelajaran PJK untuk memastikan program kesihatan sekolah dapat berjalan dengan lancar: i. ii. Bahagian Kesihatan Sekolah atau Jabatan Kesihatan Sekolah perlu diwujudkan. Bahagian dan jabatan ini perlulah terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan atau kesihatan diletakkan sama ada di bawah bumbung Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran. Tujuan utama diadakan struktur sedemikian ialah untuk mendapatkan kepakaran daripada kedua-dua bidang pendidikan dan kesihatan bagi membolehkan bahagian tersebut memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kesihatan sekolah.

iii.

c. Untuk mengurangkan beban tugas guru terhadap tugas-tugas yang berkaitan dengan kesihatan sekolah: i. ii. Seorang guru dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan tugas-tugas kesihatan sekolah dan dikurangkan beban tugas yang lain. Jawatankuasa Kesihatan sekolah juga perlu diwujudkan di peringkat sekolah.

d. Satu Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan bagi mengkaji: i. Kemudahan-kemudahan asas kesihatan dan kemudahan fizikal sekolah memastikan setiap sekolah telah pun dibekalkan dengan kemudahan minimum yang sepatutnya terdapat di dalam sesebuah sekolah, seperti bilangan tandas yang mencukupi, tempat pelupusan sampah yang diterima pakai, kantin sekolah, singki air yang mencukupi dan sebagainya.

e. Program-program kesihatan sekolah dikaji semula untuk memastikan ianya mengikut perkembangan kesihatan semasa. Modus operandi program-program tersebut perlu dikaji semula supaya dapat ditingkatkan kecekapannya.
114

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

SEMAK KENDIRI 7.3

Bincangkan cadangan bagi mengatasi masalah perancangan program-program kesihatan di sekolah.

Jawapan Cadangan yang dikemukakan merupakan pandangan secara umum dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Bahagian Sekolah atau Kementerian Pelajaran. Permasalahan yang ditimbulkan boleh dibincang secara rasional berdasarkan cadangan seperti berikut: a. Pendidikan Kesihatan di sekolah dapat disampaikan dengan berkesan berdasarkan beberapa langkah berikut: i. Menaiktarafkan mata pelajaran PJK sebagai salah satu mata pelajaran peperiksaan, supaya sikap murid, guru dan pentadbir sekolah terhadap PJK berubah. Diperbanyakkan dan dipertingkatkan Program Pendidikan Kesihatan secara tidak formal sebagai sokongan untuk memantapkan program pendidikan formal yang terhad waktunya. Guru-guru diberi latihan, sama ada latihan praperkhidmatan atau latihan dalam perkhidmatan perlu ditambah dan dimantapkan, bagi memastikan guru-guru mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sepatutnya. Pegawai-pegawai perubatan dan pegawai-pegawai pendidikan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan perlu terlibat dalam program-program latihan bagi memberi kemahiran-kemahiran tertentu kepada guru-guru. Mempertingkatkan penilaian bagi mengukur keberkesanan PJK dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran murid-murid terhadap kesihatan.

ii.

iii.

iv.

v.

b. Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran, perlu dikaji semula mata pelajaran PJK untuk memastikan program kesihatan sekolah dapat berjalan dengan lancar. c. "Bahagian Kesihatan Sekolah" atau "Jabatan Kesihatan Sekolah" perlu diwujudkan. d. Diadakan Terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan atau kesihatan dan diletakkan sama ada di bawah bumbung Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran. e. Tujuan utama struktur sedemikian ialah mendapatkan kepakaran daripada kedua dua, bidang pendidikan dan kesihatan bagi membolehkan bahagian tersebut memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kesihatan sekolah. f. Bagi mengurangkan beban tugas guru terhadap tugas-tugas yang berkaitan dengan kesihatan sekolah: i. ii. Seorang guru dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan tugas-tugas kesihatan sekolah dan dikurangkan beban tugas yang lain. Jawatankuasa Kesihatan sekolah juga perlu diwujudkan di peringkat sekolah.

g. Satu Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan bagi mengkaji:


115

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

i.

Kemudahan-kemudahan asas kesihatan dan kemudahan fizikal sekolah, bagi memastikan setiap sekolah telah pun dibekalkan dengan kemudahan minimum yang sepatutnya terdapat bagi sesuatu sekolah, seperti bilangan tandas yang mencukupi, tempat pelupusan sampah yang diterima pakai, kantin sekolah dan singki air yang mencukupi dan sebagainya.

h. Program-program kesihatan sekolah dikaji semula untuk memastikan ianya mengikut perkembangan kesihatan semasa. Modus operandi program-program tersebut perlu dikaji semula supaya dapat ditingkatkan keefisienannya.

116

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

RUMUSAN

RKS merupakan suatu program yang menggunakan pendekatan holistik dan bersepadu untuk memastikan generasi akan datang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi untuk meneruskan agenda pembangunan negara pada dekad akan datang. Kejayaan rancangan kesihatan banyak bergantung kepada apa yang dirancang untuk muridmurid dan bagaimana kita melaksanakannya dengan berkesan. Setelah beberapa tahun lamanya program ini dilaksanakan, sudah tiba masanya kita mengkaji dan menilai semula seluruh program dan jentera perlaksanaannya, selaras dengan konsep Sekolah Berwawasan Sihat yang diajukan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO). Diharapkan model RKS di negara ini dapat dijadikan model yang unggul dan boleh diguna pakai oleh negara-negara lain di rantau ini. Antara rasional rancangan ini diwujudkan adalah kerana terdapat beberapa keadaan morbiditi yang didapati tinggi dalam kalangan muridmurid sekolah seperti malnutrisi, karies gigi, jangkitan cacing, masalah penglihatan, kudis dan sebagainya walaupun mereka merupakan golongan yang paling sihat dengan kadar kematian yang rendah. Lebih kurang 20 peratus daripada jumlah penduduk negara adalah terdiri daripada mereka yang masih di bangku sekolah. Oleh itu peningkatan kesihatan di sekolah merupakan faktor penting dalam kemajuan masyarakat. Dari sudut pembangunan, murid merupakan agen perubahan yang penting kerana mereka lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan atau perubahan. Mereka juga boleh mempengaruhi ahli keluarga mereka. Murid sekolah boleh dianggap sebagai captive audience, ibarat kata pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekolah merupakan penyumbang terbesar sumber dari segi kemudahan, tenaga manusia dan sebagai pusat pendidikan atau agen perubahan dalam masyarakat. RKS berasaskan konsep kesihatan yang menyeluruh yang merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu pendidikan kesihatan, perkhidmatan kesihatan, hidup sihat di sekolah dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat.

KATA KUNCI Pertubuhan Kesihatan Sedunia Rancangan Kesihatan Sekolah

117

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan tentang Rancangan Makanan Tambahan; 2. Mengenal pasti objektif Rancangan Makanan Tambahan; 3. Membincangkan konsep dan matlamat Rancangan Makanan Tambahan; dan 4. Mengenal pasti pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan.

PENGENALAN

Seperti yang dimaklumkan, kanak kanak lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan daripada orang dewasa. Melalui sekolah dan guru guru, diharapkan perubahan sikap dan amalan kesihatan seperti yang diingini dapat diusahakan dalam kalangan murid murid. Seterusnya murid murid ini pula akan dapat mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya mereka melalui pergaulan harian mereka. Matlamat penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan. Dalam membangun dan membentuk suasana persekolahan yang sihat dan selamat, salah satu nilai nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah kebersihan dan keselamatan makanan. Murid murid sekolah terutamanya di sekolah rendah tidak mengutamakan soal kebersihan dan keselamatan semasa memilih dan mengambil makanan. Mereka sering terdedah kepada penyakit daripada makanan dan air tersebut mengakibatkan keracunan makanan. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah yang perlu ditingkatkan. Oleh itu, ciri ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diterapkan di sekolah sekolah, terutamanya di kantin dan dapur asrama sekolah. Kegagalan mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan menyebabkan pencemaran kuman, bahan kimia dan benda asing dalam makanan.

118

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

8.1 RANCANGAN MAKANAN SEKOLAH Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan kanak-kanak sekolah rendah telah memperkenalkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Kini RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia dan merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid sekolah di negara kita. Rancangan ini adalah bertujuan memberi makanan percuma kepada muridmurid sekolah rendah terutama luar bandar dan golongan berpendapatan rendah (lihat Rajah 8.1). Dasar Pembangunan Negara telah memperbaiki taraf pemakanan dan selaras dengan arus perkembangan kesihatan semasa. RMT banyak membekalkan 25 peratus hingga 33 peratus daripada keperluan kalori harian kanak-kanak. RMT merupakan satu lagi usaha Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid murid. Rancangan ini adalah bertujuan untuk memberi makanan tambahan kepada murid murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Rancangan ini diusahakan kerana daripada kajian kajian yang telah dijalankan, didapati 15 peratus hingga 20 peratus murid murid datang ke sekolah tanpa sarapan pagi atau makan tengah hari. Di samping itu, kajian juga menunjukkan lebih kurang 35 peratus daripada murid murid sekolah rendah ada menunjukkan tanda tanda pemakanan yang salah. Mulai tahun 1989, semua sekolah rendah telah dilibatkan dalam RMT. Pemilihan sekolah-sekolah adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria pemberian makanan tambahan kepada murid murid. Kementerian Pelajaransedang menilai semula menu dan perlaksanaan program bagi memastikan keberkesanan dan pencapaian matlamat program tersebut.

Rajah 8.1: Murid-murid di bawah RMT Sumber: http://skdatoishaklumut.blogspot.com/2010/03/rancangan-makanan-tambahanrmt.html

119

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

8.1.1 Objektif Program RMT adalah berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu: a. Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. b. Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang (lihat Rajah 8.2 untuk piramid makanan) kepada murid-murid yang terlibat untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. c. Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung. d. Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT. e. Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. 8.1.2 Rasional Pelaksanaan RMT ini diteruskan adalah berdasarkan kepada beberapa laporan dan kajian oleh Kementerian Pelajaran yang menunjukkan bahawa: a. Sejumlah 15 peratus hingga 20 peratus daripada jumlah keseluruhan murid datang ke sekolah tanpa sarapan atau makan tengah hari di rumah dan ramai antara mereka mengalami masalah kelaparan. b. Pemakanan yang salah dan serangan penyakit menimbulkan masalah-masalah dari segi pembesaran, pencapaian dalam pembelajaran. c. 35 peratus murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan.

8.1.3 Sejarah Pelaksanaan RMT Senarai di bawah membincangkan sejarah pelaksanaan RMT. a. RMT telah mula diadakan sejak selepas Perang Dunia Kedua oleh Pemerintah Tentera British sebagai satu usaha kecemasan. b. Beberapa pertubuhan kebajikan dan agensi kerajaan seperti Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Majlis Pusat Kebajikan dan Felda telah menjalankan RMT kepada beberapa buah sekolah yang terpilih terutama di luar bandar. c. Pada tahun 1974 Kerajaan Selangor telah memulakan projek perintis RMT di bawah Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP) di Kuala Langat. Kerajaan Selangor telah memperluaskan AMP ke kawasan-kawasan lain dalam negeri itu.

120

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

d. Pada tahun 1976, Jawatankuasa AMP di peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Perdana Menteri telah mengekalkan makanan tambahan sebagai satu usaha dalam AMP. Peruntukan wang telah disediakan oleh Bahagian Penyelarasan. e. Perlaksanaan ICU Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran di kawasan-kawasan Rancangan AMP semenjak tahun 1979. f. RMT telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan untuk mengelola, menyelia dan melaksanakannya. g. Rancangan Makanan Tambahan telah diperluaskan ke kawasan-kawasan di luar daerah Rancangan AMP dan ia adalah sejajar dengan pengumuman Menteri Pendidikan pada tahun 1978 dan perakuan laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. h. Sehingga tahun 1982, pelaksanaan RMT telah diperluaskan sehingga ke semua sekolah rendah. i. Kaedah pelaksanaan RMT telah dikaji semula pada akhir tahun 1982. Dari tahun 1983 hingga 1988, pelaksanaan rancangan RMT dihadkan kepada sekolah-sekolah. j. Pelancaran Program Pembangunan Rakyat Termiskin, pengurusan RMT keseluruhannya telah dikaji semula dan mulai tahun 1989, rancangan RMT ini telah meliputi semula semua sekolah dengan mengutamakan murid-murid daripada golongan termiskin.

8.1.4 Kriteria Pemilihan Murid untuk Menerima RMT Kriteria pemilihan murid yang layak menerima bantuan program pemakanan RMT adalah seperti berikut (lihat Rajah 8.3 untuk contoh borang RMT): a. Taraf sosioekonomi keluarga yang membolehkan keutamaan diberikan kepada muridmurid daripada golongan miskin iaitu: i. ii. Murid-murid daripada keluarga atau ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pendapatan bulanan RM150. Pendapatan perkapita bagi murid yang datang daripada keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita setakat RM35.00 dan ke bawah adalah layak dipertimbangkan dalam program ini. Saiz enrolmen sekolah iaitu kelonggaran diberi khusus kepada sekolah rendah dengan bilangan murid 100 orang dan ke bawah.

iii.

b. Keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM400.00 dan ke bawah. c. Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah perlu dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan. d. Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.

121

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 8.2: Piramid makanan Sumber: http://www.hotmovement.com/subpage.html

Rajah 8.3: Contoh Borang RMT

122

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

SEMAK KENDIRI 8.1

Apakah kriteria yang melayakkan murid-murid menerima bantuan RMT?

Jawapan Kriteria pemilihan murid yang layak menerima bantuan program pemakanan RMT adalah seperti berikut: a. Taraf sosio-ekonomi keluarga di mana keutamaan akan diberikan kepada muridmurid daripada golongan termiskin iaitu:
o

Murid-murid daripada keluarga atau ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pendapatan bulanan RM 150.00 Pendapatan per kapita bagi mana murid yang datang dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita setakat RM 35.00 dan kurang adalah layak dipertimbangkan ke dalam program ini. Saiz enrolmen sekolah iaitu kelonggaran diberi khusus kepada sekolah rendah dengan bilangan murid 100 orang dan kurang.

b. Keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM 400.00 dan kurang. c. Status pemakanan murid-murid yang mengalami salah pemakanan dengan pengesanan dan pengesahan oleh pegawai perubatan d. Jarak rumah dari sekolah murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan

8.2 MAKANAN TAMBAHAN Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri yang memperluaskan pelaksanaan mengikut syor dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Program makanan dan pemakanan terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Pemakanan yang mengutamakan keselamatan pengeluaran makanan dari peringkat sumber hingga ke pemasaran, penggunaan dan akses yang saksama kepada makanan berkhasiat telah diberi penekanan. Pelan tindakan tersebut juga menekankan tabiat makan yang betul terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan orang dewasa. Di samping itu, mulai tahun 1997, program perkhidmatan kesihatan sekolah terus diperkukuhkan lagi dengan menyatukan peranan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan dalam menggalakkan aktiviti kesihatan alam sekitar serta pemakanan seimbang dan senaman untuk mengelakkan kegemukan. Menjelang tahun 2000, seramai 1,960 pekerja kesihatan dan guru telah dilatih untuk menggalas dan melaksanakan perkhidmatan kesihatan sekolah secara bersepadu. Kurikulum pendidikan kesihatan telah dikaji semula untuk memberi penekanan dan menyemai amalan gaya hidup sihat dari peringkat kanak-kanak. Di samping itu, program pemakanan khas untuk kanak-kanak di kawasan luar bandar juga telah
123

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

dilaksanakan untuk membekalkan makanan tambahan yang berkhasiat, garam dan khasiat mikro yang mencukupi. 8.2.1 Pelaksanaan dan Penilaian Pelaksanaan dan penilaian program RMT boleh dilihat seperti di bawah. a. Seramai 532,500 murid sekolah rendah daripada golongan miskin (keluarga yang berpendapatan kurang RM400 sebulan atau RM80 per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap tahun. b. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi setiap murid di Sabah dan Sarawak. c. Peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah RM123,647,250 setahun. Penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama persekolahan. d. Penyelia Kesihatan di JPN akan menyampaikan rekod pengagihan peruntukan RMT di sekolah sehingga 31 Januari tahun berkenaan kepada pihak Sekolah. e. Pihak sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri kepada Bahagian Kewangan kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan menggunakan Format A kepada Unit Pengurusan Kewangan di JPN sebelum 30 November untuk bayaran secara berkomputer melalui sistem e-PCG terus kepada akaun kerajaan sekolahsekolah yang terlibat. f. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pembayaran hendaklah dibuat secara waran mengikut peruntukan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Negeri masing-masing.

8.2.2 Menu Makanan RMT RMT menekankan kualiti makanan yang menyihatkan untuk para murid sekolah. a. Bermula dari tahun 1995, Kementerian Pelajaran telah menaikkan kadar peruntukan harian RMT untuk seorang murid dari 45 sen kepada 80 sen di Semenanjung dan dari 50 sen kepada 90 sen di Sabah dan Sarawak. b. Menu makanan yang dihidangkan dalam RMT adalah merupakan makanan seimbang berdasarkan menu pihak Institut Penyelidikan Perubatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. c. 10 pilihan menu makanan telah disediakan iaitu lima menu disediakan pada tahun 1976 dan lima menu berikutnya telah disediakan pada tahun 1983 dengan peruntukan sebanyak 45 sen di Semenanjung dan 50 sen di Sabah dan Sarawak. d. Peningkatan peruntukan kewangan ini telah membawa kepada perubahan kepada menu makanan RMT baharu yang lebih baik. Pembabitan pihak-pihak tertentu seperti berikut memberi lebih banyak faedah:
124

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

e. Institut Penyelidikan Perubatan; f. Institut Kesihatan Umum; g. Hotel NPC; dan h. Universiti Kebangsaan Malaysia. i. Penyediaan 20 jenis menu masakan baharu makanan RMT dihasilkan dan telah mula diberikan kepada penerima RMT semenjak awal tahun 1995 sehingga sekarang. j. Senarai 20 jenis menu tersebut ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. Bubur nasi (ayam); Mee kari; Bihun goreng; Nasi goreng; Nasi ayam; Nasi dan kacang dhal; Nasi dalca sayuran dan telur; Putu mayam bersama ikan goreng dan sayur lemak; Roti canai dan kuah sardin; Nasi lemak; Mee rebus; Gado-gado dan sos kacang; Nasi dhal, bubur daging dan kacang; Nasi bersama telur rebus dan sup sayur; Nasi campur, roti telur dan dhal; Bubur gandum pedas, stew roti dan ayam; Bubur bersama biskut tawar; dan Menu masakan yang disediakan adalah berdasarkan selera kanak-kanak, selain dapat membekalkan lebih kurang 350 hingga 400kcal tenaga dan 5 hingga 40g zat protein.

Pilih sekurang-kurangnya sepuluh jenis menu masakan oleh pihak penyelia RMT di sekolah untuk disediakan kepada murid yang terbabit untuk dilaksanakan setiap dua minggu.

125

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

8.2.3 Peranan Guru Besar atau Guru Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan RMT, guru besar dan guru harus memainkan peranan mereka. Antara peranan mereka termasuklah: a. Memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria -kriteria yang ditetapkan oleh KPM. b. Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid pada hari-hari berkenaan. c. Mengawasi murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar budaya makan yang sesuai sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan secara tidak formal. d. Mengikut pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka sekurang-kurangnya pada awal dan akhir tahun. e. Mengawasi hidangan makanan. f. Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan dan dikemas kini oleh pihak sekolah.
SEMAK KENDIRI 8.2

Apakah peranan guru besar atau guru dalam program RMT?

Jawapan Peranan Guru Besar/Guru di dalam RMT? a. Memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria -kriteria yang ditetapkan oleh KPM. b. Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid pada hari berkenaan. c. Mengawas murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar akan budaya makan yang sesuai sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan secara tidak formal. d. Memantau pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka sekurang-kurangnya di awal dan akhir tahun. e. Mengawas pengurusan penghidangan makanan. f. Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan secara kemas kini oleh pihak sekolah.

126

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

8.3 PROGRAM SUSU SEKOLAH Program Susu Sekolah (PSS) adalah satu lagi usaha Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah (sila rujuk Rajah 8.4). Selain daripada memastikan murid-murid menerima makanan berzat, program ini juga bertujuan menggalakkan tabiat minum susu dalam kalangan murid-murid dari peringkat awal.

Rajah 8.4: Program susu sekolah Sumber: http://skparitkasan.wordpress.com/2012/05/23/program-susu-1malaysia/ Selaras dengan konsep pensyarikatan Malaysia, program ini dijalankan dengan kerjasama enam buah syarikat pengeluar susu tempatan. Satu lagi aspek penting dalam program ini ialah komponen pendidikan yang menggalakkan daya kreativiti guru-guru dan juga murid-murid dalam penggunaan bahan-bahan terbuang seperti pek, straw dan dulang PSS. Berhubung dengan liputan program ini mulai tahun 1989, semua sekolah rendah adalah terlibat dengan PSS. Oleh itu ia tidak lagi terhad kepada sekolah-sekolah yang bilangan muridnya melebihi 200 seperti tahun-tahun sebelumnya. PSS merupakan satu aktiviti yang bertujuan membaiki lagi taraf pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah khususnya sekolah rendah. Program ini diusahakan secara berperingkat oleh Kementerian Pelajaran. Pada dasarnya, pemberian susu dalam program ini adalah secara sukarela. 8.3.1 Pengenalan PSS merupakan program Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid murid sekolah. PSS juga bertujuan menggalakkan tabiat minum susu dalam kalangan murid murid dari peringkat awal selain daripada memastikan murid murid menerima makanan makanan berzat. Program ini dijalankan dengan kerjasama enam buah syarikat pengeluar susu tempatan. Ia mengandungi dua skim iaitu: a. Skim Susu Percuma yang melibatkan bekalan susu percuma kepada beberapa orang murid sekolah yang terpilih. b. Skim Susu Bayaran yang melibatkan penyertaan murid-murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.

127

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

8.3.2 Objektif PSS Objektif Program Susu Sekolah boleh dilihat seperti di bawah. a. Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah dengan tabiat sentiasa minum susu. b. Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf sosioekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat makanan melalui skim percuma. c. Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.

8.3.3 Isu-isu Program Susu Sekolah Program Susu Sekolah (PSS) adalah salah satu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid-murid sekolah. Murid-murid miskin diberikan susu secara percuma dan murid-murid yang mampu membelinya dengan harga subsidi. Pada tahun 1995, seramai 187 murid daripada 4 buah sekolah telah mendapat keracunan makanan berpunca dari susu yang dibekalkan. Kes keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah sering menjadi laporan berita dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah sama ada melibatkan kantin, dapur asrama atau RMT, menyumbang kepada peratusan yang paling tinggi daripada jumlah kes-kes keracunan makanan yang berlaku setiap tahun di negara kita. Sebagai contoh, laporan mengatakan bahawa 60 pelajar Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil, Kedah dan 57 pelajar Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kelantan yang dikatakan mengalami keracunan selepas minum susu yang dibekalkan oleh kerajaan. Sepanjang tahun ini sahaja, lebih daripada 10 kes keracunan serius yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah. Majoriti kes-kes yang dilaporkan adalah mengenai kualiti kebersihan susu yang tidak dititikberatkan oleh bekalan PSS kelolaan Kementerian Pelajaran. PSS dan juga RMT yang dikelolakan oleh Kementerian terbabit antara lain bertujuan untuk memberikan bekalan makanan kepada pelajar yang lemah dan miskin. Kementerian Pelajaran menggantung serta-merta pelaksanaan PSS di sekolah-sekolah selepas kes-kes keracunan susu dilaporkan berlaku lagi di Kedah dan Kelantan. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim berkata, tindakan itu dibuat ekoran berulangnya kes-kes keracunan dalam kalangan murid selepas minum susu yang dibekalkan di sekolah masingmasing. Selepas digantung sekali lagi, PSS hanya akan disambung kembali setelah para pembekal susu yang dilantik menyediakan surat jaminan bahawa susu yang mereka bekalkan ke sekolah-sekolah selamat untuk diminum. Kemungkinan pencemaran itu berlaku akibat kaedah penyimpanan susu yang tidak betul oleh pihak sekolah. Pada awal bulan Mei 2007, seramai 100 murid di beberapa buah sekolah di Kedah dan Kelantan dilaporkan mengalami muntah-muntah dan sakit perut selepas meminum susu yang dibekalkan PSS di sekolah masing-masing. Kementerian Pelajaran telah pun menggantung program tersebut pada 22 Mei 2007 dan penggantungannya ditarik balik pada 15 Julai 2007. Namun, keracunan susu sekolah dilaporkan berlaku lagi pada 6 Ogos 2007 dengan 60 murid Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil, Kupang dekat Alor Star mengalami sakit perut dan muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik selepas minum susu kotak yang disediakan oleh pihak sekolah. Pada hari yang sama, 74 murid Sekolah Kebangsaan Beris
128

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Panchor, Bachok turut mengadu sakit perut dan muntah selepas minum susu semasa sarapan di kantin sekolah. Program PSS membabitkan 560,169 murid di lebih 6,000 buah sekolah di seluruh negara dengan peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran berjumlah RM23.9 juta setahun. Setakat ini, terdapat enam pembekal dan tiga pengilang terbabit dalam program ini. Stok susu bantuan yang dihantar ke sekolah-sekolah masih di bawah jagaan dan tanggungjawab pembekal sehinggalah susu terbabit diagihkan kepada murid-murid. Faktor yang dikenal pasti penyebab keracunan makanan adalah tiada tempat penyimpanan susu yang sesuai di kantin sekolah. Langkah Pencegahan Berpandukan kepada kurikulum yang sedia ada, didapati bahawa penekanan kepada aspekaspek kebersihan dan keselamatan makanan adalah tidak mencukupi dan perlu dipertingkatkan (Jadual 8.1 menunjukkan kes keracunan makanan mengikut sumber makanan bagi tahun 1990 sehingga 1995). Pengusaha kantin, pengendali makanan di dapur asrama dan juga murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan yang lebih dari aspek-aspek: a. Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat, merangkumi pemilihan makanan yang sedia dimakan. b. Pendekatan kepada keracunan makanan seperti punca-punca keracunan makanan, gejala-gejala dan cara-cara pencegahan. c. Memperkenalkan konsep melabel makanan. d. Pendekatan kepada penyediaan makanan yang selamat. e. Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat. f. Pendekatan kepada kebersihan diri dan tabiat baik dalam pengendalian makanan. Rajah 8.5 menunjukkan beberapa jenis pencemaran makanan yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

129

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 8.5: Pencemaran makanan utama Walaupun pemeriksaan kantin sekolah telah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun, adalah disyorkan bahawa pemeriksaan ini meliputi kawasan dapur asrama. Pemeriksaan secara fizikal seperti pengukuran suhu semasa memasak, suhu penyimpanan dan suhu penyajian hendaklah diberi keutamaan daripada pemeriksaan secara visual yang dilakukan sekarang ini. Garis Panduan Kantin Sekolah (GPKS) ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1983. GPKS telah dikaji dan ditulis semula pada tahun 1989 oleh Jawatankuasa bersama Kesihatan Sekolah. Kajian hendaklah dilakukan setiap lima tahun sekali. Pengendalian makanan juga adalah penting bagi mengelakkan keracunan makanan (sila rujuk Rajah 8.6).

Rajah 8.6: Pengendali makanan tidak mengutamakan kebersihan semasa penyediaan makanan
130

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Jadual 8.1: Kes Keracunan Makanan Mengikut Sumber Makanan, Malaysia, Tahun 1990 1995 Sumber Makanan Kantin Sekolah Dapur Asrama RMT Tidak Diketahui Jumlah Bilangan 61 62 9 15 147 Peratus (%) 41.5 42.2 6. 1 10.2 100

AKTIVITI 8.1

Apakah aspek yang perlu ditekankan bagi menjamin kebersihan dan keselamatan makanan di sekolah? Bincangkan.

Jawapan Berpandukan kepada kurikulum yang sedia ada, didapati bahawa penekanan kepada aspekaspek kebersihan dan keselamatan makanan tidak mencukupi dan perlu dipertingkatkan, Pengusaha kantin, pengendali makanan di dapur asrama dan juga murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan yang lebih dari aspek-aspek: a. Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat, merangkumi memilih makanan yang sedia dimakan. b. Pendekatan kepada keracunan makanan seperti punca keracunan makanan, gejala dan cara pencegahan. c. Memperkenalkan konsep pelabelan makanan. d. Pendekatan kepada penyediaan makanan yang selamat. e. Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat. f. Pendekatan kepada kebersihan diri dan tabiat baik dalam pengendalian makanan

131

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

8.3.4 Pelaksanaan dan Penilaian Peranan guru besar serta guru dalam menjayakan Program Susu Sekolah adalah seperti berikut: a. Memilih dan menyediakan senarai murid yang layak menerima susu Skim Percuma. b. Menguruskan pesanan dan pengagihan susu Skim Percuma dan Skim Bayaran. c. Menyimpan rekod kutipan dan penyerahan wang PSS. d. Menggalakkan tabiat meminum susu dalam kalangan murid dan menekankan khasiat susu untuk kesihatan murid. e. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan melalui PSS (kraf tangan, karangan, kuiz dan lain-lain). f. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PSS di sekolah. g. Menubuhkan Jawatankuasa PSS yang dianggotai oleh guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan diambil kira dalam merancang aktiviti dan program kesihatan di sekolah.

132

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

RUMUSAN

Murid-murid sekolah boleh dianggap sebagai agen perubahan. Seperti yang dimaklumkan, kanak-kanak lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan atau pendapat daripada orang dewasa. Melalui sekolah, atau dengan lebih tepat lagi melalui guru-guru, adalah diharapkan perubahan sikap dan amalan kesihatan seperti yang diingini dapat diusahakan dalam kalangan murid-murid. Seterusnya murid-murid ini pula akan dapat mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya mereka melalui pergaulan seharian. Matlamat penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan. Untuk mencapai matlamat ini adalah lebih mudah dan berkesan jika kita "melentur buluh dari rebungnya" iaitu, ketika kanak-kanak ini masih muda dan sebelum mereka dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang negatif dan yang tidak diingini. Tambahan pula, kanak-kanak sekolah adalah "captive audience" yang mudah dihubungi. Sekolah mempunyai sumber-sumber yang begitu besar dari segi kemudahan-kemudahan serta tenaga manusia yang boleh digembleng bagi usaha-usaha kesihatan masyarakat. Pada hari ini, sekolah bukan sahaja dianggap sebagai pusat pendidikan bahkan boleh dijadikan agen perubahan dalam masyarakat. Sebagai sebuah institusi di mana murid-murid mendapat pendidikan dan menghabiskan masa kira-kira 6 hingga 10 jam sehari, persekitaran sekolah hendaklah sentiasa berada dalam keadaan selamat, bersih, selesa dan indah. Keadaan persekitaran sekolah yang sedemikian sudah tentu boleh mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat adalah bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Kerjasama ini merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini, sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya terhadap masyarakat dan sebaliknya.

KATA KUNCI Program Susu Sekolah (PSS)

Rancangan Makanan Tambahan

133

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 9 AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan Program Amalan Kebersihan Sekolah (PAKS); 2. Mengenal pasti objektif PAKS; 3. Menjelaskan konsep dan matlamat PAKS; dan 4. Mengenal pasti pelaksanaan PAKS.

PENGENALAN

Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan sejak tahun 1967 dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Rancangan ini meliputi semua kegiatan untuk menggalakkan kehidupan sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan kesihatan yang diingini. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosioemosi dan kerohanian merupakan ciri-ciri yang perlu diberikan penekanan yang teliti bagi membangunkan dan membentuk sekolah sebagai model dan amalan gaya hidup sihat. Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada tahun 1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 bertemakan penyakit-penyakit kardiovaskular. Objektif jangka pendek kempen ini adalah: a. Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat; dan b. Bagi menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan. Manakala objektif jangka panjang adalah hasil daripada perubahan-perubahan amalan kesihatan di atas untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara hidup.

134

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

9.1 PENGENALAN Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan manusia. Sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia. Bermula dengan tahap pertengahan kanak-kanak, individu diberikan didikan formal di sekolah. Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya. Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Proses pembelajaran formal yang berterusan dilalui bermula dari tahap pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir remaja. Ini akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian, bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan dalam kehidupan individu. Tidak ketinggalan juga, persekitaran sekolah boleh menimbulkan pelbagai bentuk personaliti tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja apabila kewujudannya disalahgunakan. 9.1.1 Objektif Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah dan diperkukuh serta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat. PAKS mempunyai lima objektif utama, iaitu: 1. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. 2. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan. 3. Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. 4. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah. 5. Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria. Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu bersih malah mesti berfungsi dan selamat. Sekolah yang bersih ialah sekolah yang ceria, indah dan wangi, tanpa contengan, sampah, sawang, berbau busuk, berhabuk dan berlumut. Pada waktu yang sama, kemudahan sekolah perlu dijaga dan diselenggarakan dengan baik agar terus berfungsi. Sekolah juga perlu selamat dan tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak. Bagi memastikan sekolah membudayakan amalan kebersihan, KPM telah melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan keceriaan dan juga gotong-royong. KPM turut mengeluarkan Buku Panduan Aktiviti Amalan Kebersihan Sekolah yang memperincikan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kebersihan di bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas seperti pusat sumber, makmal, bilik sakit, stor, parit, taman dan padang sekolah. Sepanjang tempoh RMKe-9, KPM memantapkan lagi PAKS melalui penyelarasan yang dilakukan di bawah Jawatankuasa Kabinet Kebersihan dan Kesihatan Nasional. Cabaran KPM adalah untuk memastikan amalan kebersihan, disiplin diri, cara hidup sihat dan kesedaran terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk sejak di peringkat awal persekolahan lagi.

135

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

SEMAK KENDIRI 9.1

Nyatakan objektif PAKS. Jawapan Objektif Program Amalan Kesihatan a. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian b. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan c. Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah d. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah e. Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria. 9.1.2 Konsep dan Rasional PAKS dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. Program ini bertujuan untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Satu pertandingan telah diadakan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Program ini telah menunjukkan impak yang menggalakkan kerana berjaya menimbulkan 'sense of belonging' dan rasa sayang kepada sekolah. Dengan secara tidak langsung, beberapa masalah disiplin sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah (vandalisme) dapat diatasi. Rasional rancangan ini diwujudkan adalah kerana morbiditi tinggi dalam kalangan muridmurid sekolah seperti malnutrisi, karies gigi, jangkitan cacing, masalah penglihatan, kudis dan sebagainya, walaupun mereka merupakan golongan yang paling sihat dengan kadar kematian yang rendah. Lebih kurang 20 peratus daripada jumlah penduduk negara adalah terdiri daripada mereka yang masih di bangku sekolah. Oleh itu, peningkatan kesihatan di sekolah merupakan faktor penting dalam kemajuan masyarakat. Dari sudut pembangunan, murid merupakan agen perubahan yang penting kerana mereka lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan atau perubahan. Mereka juga boleh mempengaruhi ahli keluarga mereka. Pada tahun 1995, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan konsep "Health Promoting School". Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu: a. Polisi Kesihatan Sekolah. b. Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat. c. Penglibatan Keluarga dan Komuniti. d. Kemahiran Kesihatan Diri.
136

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

e. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

9.1.3 Piawaian yang Dikehendaki Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu bersih malah mesti berfungsi dan selamat. Suasana persekolahan yang sihat dan selamat adalah salah satu daripada nilai-nilai kesihatan yang perlu diterapkan seperti kebersihan dan keselamatan makanan. Terdapat murid-murid sekolah terutamanya di sekolah rendah tidak mengutamakan soal kebersihan dan keselamatan semasa memilih dan mengambil makanan, mereka terdedah kepada penyakit bawaan makanan dan air dan keracunan makanan. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah perlu dipertingkatkan. Oleh itu, ciri-ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah, terutama di kantin dan dapur asrama sekolah. Kegagalan menjaga kebersihan akan menjurus kepada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera, tifoid, hepatitis A, keracunan makanan dan lain-lain. Kegagalan mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan benda asing dalam makanan.

Rajah 9.1: Kebersihan makanan diutamakan Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah (Rajah 9.1):

Kebersihan bahan mentah. Pengendalian makanan yang bersih. Kebersihan diri pengendali makanan. Keperluan kemudahan asas yang mencukupi. Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai. Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna. Penyediaan makanan yang betul.

a. Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah

Bahan mentah yang hendak digunakan mestilah dipilih dari sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak. Bahan mentah perlu dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak.
137

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Penyediaan bahan mentah perlu dibuat di tempat yang bersih. Bagi makanan di dalam tin, pilihlah tin yang tidak kemek dan tidak berkarat. Bilik penyimpanan bahan mentah mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan-bahan mentah yang mudah rosak seperti ikan, daging, susu dan sebagainya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Pengambilan makanan dengan tangan perlulah dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan yang disediakan. Sebaliknya gunakan penyepit, sudu atau garpu untuk mengambil makanan. Lindungi makanan daripada lalat, tikus, habuk dan bahan-bahan beracun. Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut. Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan di atas pinggan mangkuk. Pastikan penggunaan bekas yang tidak retak atau sumbing untuk menghidang makanan dielakkan. Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah disimpan di tempat yang sama untuk menghindarkan pencemaran silang. Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan-bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan daripada makanan.
SEMAK KENDIRI 9.2

Apakah ciri-ciri kebersihan bahan mentah?

Jawapan Bahan mentah yang hendak digunakan mestilah dipilih dari sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak. Bahan mentah perlu dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak. Penyediaan bahan mentah perlu dibuat di tempat yang bersih. Bagi makanan di dalam tin, memilih tin yang tidak kemek dan tidak berkarat. Bilik penyimpanan bahan mentah mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan-bahan mentah yang mudah rosak seperti ikan, daging, susu dan sebagainya perlu disimpan dalam peti sejuk. Pengambilan makanan dengan tangan perlulah dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan yang disediakan. Menggunakan penyepit atau sudu atau garpu untuk mengambil makanan. Melindungi makanan dari lalat, tikus, habuk dan bahan-bahan beracun. Menggunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Memastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut. Semasa menghidangkan, jangan sentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk. Elakkan penggunaan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidangkan makanan. Menyimpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk. Anda dilarang menyimpan makanan mentah di tempat yang sama untuk menghindar pencernaan silang. Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan-bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan.

138

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

b. Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii.

Amalkan membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum menyediakan atau menghidang makanan. Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan diri pengendali bersih dan kemas. Berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan betul. Jangan meludah di kawasan penyediaan makanan. Jangan bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan. Jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan. Jangan mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan. Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung dan bersih dan sampah dibuang setiap hari atau mengikut jadual. Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai dan tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat. Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan. Kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan dan pekerja.

c. Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai

i.

Premis makanan mestilah mempunyai ruang yang mencukupi dan berasingan bagi penyediaan makanan, mempamer makanan, menyimpan makanan dan ruang untuk pelanggan hendaklah selesa. Almari atau rak menyimpan makanan mestilah ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk. Lantai mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang. Tempat membasuh peralatan mestilah sesuai dan mencukupi. Tempat penyediaan makanan mestilah daripada jenis yang mudah dicuci dan kalis air. Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak dan berfungsi. Pencahayaan dan pengudaraan di dalam premis makanan hendaklah mencukupi. Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya. Peralatan serta keseluruhan premis sentiasa dibersihkan. Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerja. Kerjasama yang rapat antara pekerja dan pengurus penting untuk memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin.
139

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

xii.

Kerosakan perlu diperbaiki secepat mungkin.

d. Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan

i. ii. iii. iv.

Pastikan semua aspek kebersihan yang disebutkan dipatuhi. Pastikan semua pekerja mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas. Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat. Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.

e. Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan

i. ii. iii. iv.

Menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Melaporkan kepada majikan apabila sakit dan dapatkan rawatan segera. Elakkan diri daripada perbuatan seperti mengorek hidung, menyentuh makanan masak dengan tangan yang kotor dan sebagainya. Mempelajari dan mengamalkan tabiat yang baik bagi meninggikan taraf kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan-kawasan tempat kerja.

Kes keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah sering menjadi bahan berita dan dilaporkan dalam akhbar tempatan. Dalam tempoh bulan Januari hingga Ogos tahun 2007, tidak kurang daripada 800 orang murid sekolah rendah dilaporkan mengalami keracunan makanan. Kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah sama ada melibatkan kantin, dapur asrama atau RMT, menyumbang kepada peratusan yang paling tinggi daripada jumlah kes-kes keracunan makanan yang berlaku setiap tahun di negara kita. Kebanyakan kes-kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah adalah berpunca daripada makanan yang disediakan di kantin atau dapur asrama sekolah. Makanan yang dijual di kantin sekolah kebanyakannya adalah makanan sedia untuk dimakan dan ia telah melebihi 4 hingga 6 jam di mana risiko dicemari oleh mikroorganisma adalah tinggi. Begitu juga dengan makanan yang disajikan di dapur asrama. Antara faktor penyumbang yang dikenal pasti penyebab kepada keracunan makanan dalam kalangan murid-murid sekolah adalah seperti berikut: i. ii. iii. Kebersihan diri yang rendah. Peralatan, perkakas dan ruang tempat kerja dicemari. Bekalan makanan dari sumber yang tidak selamat.

Semua Guru Besar hendaklah melaksanakan perkara-perkara yang terdapat dalam 'Garis Panduan Kantin Sekolah'. Persatuan PIBG perlu memberikan kerjasama dalam menentukan kebersihan dan keselamatan makanan di sekolah. Berpandukan kepada kurikulum yang sedia ada, didapati bahawa penekanan kepada aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan tidak mencukupi dan perlu dipertingkatkan. Pengusaha kantin, pengendali makanan di dapur asrama dan juga murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan yang lebih dari aspek: i. Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat.
140

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

ii. iii. iv. v. vi.

Pendekatan kepada keracunan makanan seperti punca keracunan makanan, gejala keracunan makanan dan cara pencegahannya. Konsep melabel makanan. Penyediaan makanan yang selamat. Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat. Pendekatan kepada kebersihan diri dan tabiat baik dalam pengendalian makanan.

f. Pemeriksaan Kantin dan Dapur Asrama

Pemeriksaan kantin sekolah disyorkan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan pemeriksaan perlu meliputi dapur asrama. Pemeriksaan secara fizikal seperti pengukuran suhu masa memasak, suhu penyimpanan dan suhu penyajian hendaklah diberi keutamaan pemeriksaan secara visual yang dilakukan sekarang. Garis Panduan Kantin Sekolah ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1983. Garis panduan ini telah dikaji dan ditulis semula pada tahun 1989 oleh Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah. Kajian hendaklah dilakukan setiap lima tahun sekali.
SEMAK KENDIRI 9.3

Nyatakan perkara-perkara asas dalam menjaga kebersihan makanan.

Jawapan Perkara-perkara asas yang di utamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah: a. Kebersihan bahan mentah. b. Pengendalian makanan yang bersih. c. Kebersihan diri pengendali makanan. d. Keperluan-kemudahan asas yang mencukupi e. Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai. f. Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna. g. Penyediaan makanan yang betul.

141

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

9.2 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN Keadaan sekolah perlu mempunyai kemudahan asas fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat. Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas fizikal di sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan muridmurid sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah juga seharusnya bebas daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain. Persekitaran sekolah boleh membentuk sikap dan amalan membina sahsiah warga sekolah yang murni yang dapat mengatasi cabaran. Usaha pihak sekolah untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan dalam kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek mereka. Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah adalah sangat penting. Terdapat berbagai cara untuk membolehkan penglibatan masyarakat seperti memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran ataupun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah sebagai dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi ikutan yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah. Amalan Kesihatan a. Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah. b. Menubuhkan Kelab Kesihatan dalam kalangan pelajar di setiap sekolah. c. Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah. d. Mengamalkan Cara Hidup Sihat.

142

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

9.2.1 Tugas dan Tanggungjawab Mari kita lihat tugas dan tanggungjawab pihak sekolah.
a. Polisi Kesihatan Sekolah

Polisi ini adalah satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Ia bertindak sebagai piagam pelanggan bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. Polisi yang dipilih oleh sesebuah sekolah boleh diadaptasikan daripada kementerian ataupun dibentuk sendiri mengikut keperluan sekolah. Antara contoh polisi daripada kementerian ialah polisi Bebas Asap Rokok dan polisi Bebas Denggi. Manakala polisi yang dibentuk sendiri ialah seperti Murid-murid diwajibkan bersarapan sebelum memulakan pembelajaran di sekolah, polisi yang berkaitan pertolongan cemas, keselamatan di sekolah dan sebagainya. Terdapat sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah yang bertanggungjawab terhadap pemilihan serta pelaksanaan polisi. Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta pelawat tahu tentangnya. Selain daripada mempamerkannya, pihak sekolah juga hendaklah menjalankan aktivitiaktiviti yang bersesuaian dengan polisi yang dipilih. Setiap polisi yang dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran keberkesanannya. Sebagai contoh, indikator bagi polisi Bebas Asap Rokok yang boleh digunakan adalah jumlah warga sekolah yang merokok dalam kawasan dan bilangan poster larangan merokok dalam kawasan sekolah. Sekolah boleh memilih satu atau lebih polisi untuk dilaksanakan menurut kemampuan mereka. Polisi-polisi ini juga boleh bertukar ganti mengikut tahap pencapaiannya.
b. Persekitaran Fizikal Sekolah yang Sihat dan Selamat

Keadaan sekolah perlu mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat. Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas atau fizikal di sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah juga seharusnya bebas daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit denggi dan lain-lain.
c. Persekitaran Sosial Sekolah yang Sihat dan Selamat

Persekitaran sekolah boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran. Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan dalam kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek mereka. Antaranya termasuklah menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan program-program membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan tekanan seperti Pembimbing Rakan Sebaya, rekreasi, punching bag, sudut pidato, papan conteng, mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus kepimpinan, kem ibadat dan lain-lain.
d. Penglibatan Komuniti

143

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Ini merupakan satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Penglibatan masyarakat adalah dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran ataupun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah. Mereka juga boleh memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model atau ikutan yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.
e. Kemahiran Kesihatan Diri

Ini merupakan suatu usaha bagi membentuk sikap yang positif dalam kalangan warga sekolah ke arah pengamalan cara hidup yang sihat. Ia dijalankan dalam bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal. Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab terhadap kebersihan diri. Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut diajar dan diamalkan di sekolah. Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecergasan, makan secara sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental sosial serta anatomi dan fisiologi tubuh badan. Dengan tertanamnya kesedaran penjagaan kesihatan diharapkan agar amalan kesihatan yang baik ini akan disalurkan oleh murid kepada keluarga masing-masing.
f. Peranan Pengetua, Guru Besar dan Pentadbir Sekolah

i. ii.

Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan kebersihan di sekolah. Menubuhkan Jawatankuasa Kebersihan yang dianggotai guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan. Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat. Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan. Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap masyarakat. Kesedaran murid-murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri. Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah. Penglibatan badan bukan kerajaan.

iii.

iv. v. vi. vii. viii.

g. Peranan Guru

Guru merupakan sumber yang penting untuk memastikan program ini berjaya. Penjelasan mengenai konsep amalan kebersihan dan faktor lain mengenai kesihatan murid mesti diberi
144

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan program tersebut dijalankan dengan berkesan. Antara peranan guru ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. Memahami komponen-komponen kesihatan. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti Health Promoting School (HPS) yang dirancang oleh jawatankuasa. Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada jawatankuasa. Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan cara hidup sihat. Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan aktif. Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

h. Peranan Murid atau Pelajar

i. ii. iii.

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti atau program BPS yang dirancang oleh pihak sekolah. Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti-aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah.

i. Peranan Ibu Bapa

Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti atau program HPS yang dirancang oleh pihak sekolah. Memberi bantuan dari segi kepakaran, kewangan, barangan serta sokongan moral kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program HPS. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti atau program HPS. Memberi cadangan aktiviti atau program HPS yang boleh dilaksanakan kepada Jawatankuasa BPS. Akhir sekali, ibu bapa boleh menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

9.3 PERKHIDMATAN DI SEKOLAH Berdasarkan kepada konsep RKS yang telah diterangkan di atas, Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menterjemahkan pelbagai program kesihatan sekolah. Program-program tersebut adalah seperti berikut: a. Pendidikan Kesihatan. b. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. c. Program Kesihatan Pergigian Sekolah. d. Rancangan Makanan Tambahan (RMT). e. Program Susu Sekolah. f. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program 3K).
145

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

g. Pendidikan Pencegahan AIDS di Sekolah. h. Program Anti-Denggi di Sekolah. i. Program Sekolah Bebas daripada Asap Rokok. j. Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan sebagainya. k. Program-program secara adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program Anti-Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya. 9.3.1 Pendidikan Kesihatan di Sekolah Dalam pendidikan formal di sekolah, Pendidikan Kesihatan tidak lagi wujud sebagai satu mata pelajaran tersendiri. Sebaliknya, ia telah bersepadu dengan disiplin Pendidikan Jasmani (PJ) dan dinamakan sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Walau bagaimanapun, nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan masih terdapat dalam pelbagai mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Ini bermakna nilai-nilai kesihatan telah diterapkan merentasi kurikulum yang sedia ada. Di samping usaha formal, pendidikan tidak formal juga dilaksanakan di sekolahsekolah. Ini biasanya dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti kuiz, ceramah, pameran dan kempen. Selain usaha-usaha sekolah, Jabatan Kesihatan juga sering menganjurkan pelbagai usaha pendidikan kesihatan tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran. 9.3.2 Perkhidmatan Kantin Sekolah Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap kejadian ini dan meminta semua pihak terutama sekolah, mengambil beberapa langkah tegas dalam pengawalan dan pencegahan supaya keracunan makanan tidak lagi berulang di sekolah. Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut: a. Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap masa, sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang makanan. b. Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih. c. Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas. d. Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
Peranan Sekolah

Pihak sekolah juga diminta untuk: a. Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha atau pengendali makanan memasak makanan di dalam kawasan sekolah. b. Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan. c. Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian.
146

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

d. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. e. Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan penggalakan kebersihan dan kesihatan. Sebagai maklumat pihak sekolah, antara tanda dan simptom keracunan makanan adalah seperti berikut: rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot, sakit kepala dan pening (Lihat Jadual 9.1). Sekiranya sekolah mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan makanan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah: a. Melaporkan dan membawa murid-murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang berhampiran. b. Melaporkan ke PPD atau JPN. c. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat. d. Menyediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dan Kementerian Pelajaran. e. Mengelak daripada membuat sebarang kenyataan akhbar. Jadual 9.1: Kes Keracunan Makanan di Sekolah Tarikh Kejadian 27/3 3/5 17/5 29/6 12/7 4/8 25/9 1/10 23/10 Keracunan di Sekolah-sekolah MalaysiaPada Tahun 2002 Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung, Kuantan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Seremban Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan Sek. Kuala Abang, Dungun Sek. Keb. Bunohan, Tumpat, Kelantan Sekolah Menengah Agama Al Ehsan, Kuantan Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu Sek. Men, Kok Lanas, Kota Bharu Sekolah Rendah, Seremban Sumber: Berita Harian dan NST (2002)

Bilangan 60 60 65 80 69 60 363 50 26

147

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

9.3.3 Perkhidmatan Pergigian Perkhidmatan pergigian sekolah telah mula dilaksanakan pada tahun 1950an. Pada masa itu, perkhidmatan hanya ditumpukan kepada murid-murid sekolah rendah sahaja dan itu pun hanya terbatas kepada sekolah tertentu. Sebahagian besar perkhidmatan itu dikendalikan oleh jururawat pergigian. Mereka dilatih untuk melaksanakan rawatan pergigian di bawah penyeliaan doktor gigi seperti yang tertera dalam Akta Pergigian. Pencapaian perkhidmatan pergigian tidak begitu menggalakkan sehingga pertengahan 1980an kerana programnya tidak begitu teratur. Pada pertengahan 1980an, satu program pendekatan "Systematic and Comprehensive Incremental Care" telah diperkenalkan untuk memperbaiki keadaan. Perkhidmatan pergigian semakin meluas dengan bertambahnya permintaan oleh pihak berkuasa sekolah serta ibu bapa. Seterusnya perkhidmatan pergigian sekolah diperluas untuk menampung murid-murid sekolah menengah. Kebanyakan rawatan untuk golongan ini dilaksanakan oleh Pegawai Pergigian.
a. Program Kesihatan Pergigian

Bahagian Pergigian dalam Kementerian Kesihatan juga memberi perkhidmatan pergigian murid sekolah. Bahagian ini juga menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan sebagai satu usaha pencegahan dan peningkatan kesihatan gigi. Bahagian Pergigian juga menyediakan peruntukan bagi pegawai dan peralatan bagi klinik pergigian sekolah, membekalkan pegawai di samping melatih guru-guru pelatih di institut pendidikan guru. Kementerian Pelajaran juga bekerjasama dengan pihak swasta bagi membekalkan kit pergigian dan bahan-bahan pendidikan kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 3 setiap tahun. Program ini adalah selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia yang digalakkan oleh kerajaan.
b. Penglibatan Pihak Sekolah

Prinsip-prinsip Primary Health Care adalah ditekankan dalam perkhidmatan di sekolah. Pihak berkuasa sekolah dan murid-murid digalakkan untuk mengambil tindakan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan sendiri, khususnya kesihatan mulut, untuk mencapai matlamat kebersihan di sekolah. Peranan sekolah dalam program ini adalah: a. Kebenaran untuk Rawatan i. Tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga murid, jururawat dan doktor pergigian tidak boleh menjalankan sebarang rawatan terhadap murid sekolah.

b. Penjadualan Program Pergigian i. Perbincangan awal perlu diadakan untuk mengenal pasti masa dan tarikh yang sesuai untuk lawatan dan rawatan pergigian oleh pihak pergigian. Ini adalah berasaskan senarai murid dan jadual peperiksaan.

c. Penyediaan Tempat Rawatan di Sekolah i. Rancangan bersama untuk mengadakan klinik pergigian sekolah di bawah Rancangan Malaysia berasaskan enrolmen sekolah melebihi 1,000 orang murid. Dalam usaha ini, pihak pendidikan akan menyediakan bilik yang sesuai dan Kementerian Kesihatan akan menyumbangkan peralatan.

d. Penglibatan dalam Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian

148

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

i. ii. iii.

Menerapkan unsur-unsur kesihatan dalam pengajaran semasa mata pelajaran jasmani dan kesihatan. Latihan memberus gigi adalah salah satu kaedah yang diamalkan untuk menanamkan tabiat memberus gigi dengan betul dalam kalangan murid. Peranan guru kelas ialah untuk memastikan murid-murid kelas akan mengambil berus gigi pada hari yang ditetapkan dan juga dibantu jururawat semasa latihan itu dilakukan. Keadaan ini membolehkan pihak sekolah mengadakan latihan memberus gigi harian di sekolah. Membantu jururawat semasa ceramah diberi jika jururawat menghadapi masalah bahasa, misalnya di Sekolah Cina atau Tamil. Implementasikan polisi kantin di mana penjualan makanan yang tidak berkhasiat diharamkan misalnya gula-gula, coklat dan sebagainya. Kempen Kesihatan Pergigian Mingguan bersama pihak pergigian untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kesihatan pergigian.

iv. v. vi. vii.

RUMUSAN Secara umum, Program Amalan Kebersihan (PAK) di sekolah perintis telah berjaya dilaksanakan. Aktiviti dan program yang dijalankan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang setelah warga sekolah meneliti dan menghayati komponen-komponen yang terkandung dalam program tersebut. Tanda-tanda positif penerimaan PAK juga ditunjukkan oleh beberapa sekolah yang tidak terlibat dengan program ini dengan menganjurkan aktiviti berdasarkan konsep Health Promoting School. Kerjasama yang diberikan oleh agensi kerajaan yang berkaitan sangat dihargai dan merupakan satu faktor program berjaya dilaksanakan. Walau bagaimanapun kemampuan agensi-agensi tersebut perlu diambil kira jika program ini dilaksanakan di semua sekolah penglibatan komuniti. Ini merupakan satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Penglibatan masyarakat adalah dalam pelbagai bentuk, sama ada dengan memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran ataupun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah. Mereka juga boleh memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga sekolah dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah. KATA KUNCI Health Promoting School (HPS) Program Amalan Kebersihan Sekolah (PAKS)

Role-model

149

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

TOPIK 10 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan teknik dan gaya pengajaran; 2. Mengenal pasti kaedah pengajaran dan hasil pengajaran; 3. Menjelaskan kepentingan kesihatan dan bentuk penilaian; dan 4. Mengaplikasikan kaedah atau teknik yang bersesuaian.

PENGENALAN

Penekanan perkembangan kanak-kanak diberikan secara menyeluruh dari segi penjagaan kesihatan. Perkembangan yang menyeluruh ini akan membantu murid-murid sekolah mencapai peringkat optimum potensinya supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Negara). Di peringkat sekolah rendah, semua mata pelajaran mempunyai peranan dan strategi masingmasing. Namun begitu setiap mata pelajaran mempunyai hala tuju yang sama ke arah pencapaian matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang murni.

150

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

10.1 PENGENALAN Pendekatan untuk memperkenalkan pendidikan kesihatan adalah merupakan suatu usaha bagi membentuk sikap yang positif dalam kalangan warga sekolah ke arah pengamalan cara hidup yang sihat. Kebiasaannya, ia dijalankan dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran yang formal dan tidak formal. Kaedah yang digunakan ialah dengan memberi penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab ke atas kebersihan diri. Pihak pengurusan sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti menjaga kebersihan seperti penjagaan mulut diajar dan diamalkan di sekolah. Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecergasan, makan secara sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental sosial serta anatomi dan fisiologi tubuh badan. Apabila kesedaran penjagaan kesihatan wujud dalam kalangan murid, diharapkan agar mereka dapat mempengaruhi keluarga masingmasing. Pendidikan kesihatan ditumpukan kepada pelajar, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pendidikan Kesihatan diserapkan ke dalam kurikulum (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) dan juga sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah: a. Pembelajaran di dalam bilik darjah; b. Ceramah; c. Dialog; d. Demonstrasi; e. Pameran; f. Tayangan alat pandang dengar; g. Pertandingan seperti kuiz kesihatan; dan h. Lain-lain.

151

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

10.2 PENDEKATAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH Pendidikan kesihatan yang formal dan tidak formal penting kerana ia membolehkan setiap individu dalam masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing. Pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan falsafah pendidikan adalah mustahak serta ia berupaya merealisasikan tujuan pengajaran dan pembelajaran kesihatan.
AKTIVITI 10.1

Apakah pendekatan yang digunakan untuk program pendidikan kesihatan?

Jawapan Pendidikan kesihatan yang formal dan tidak formal ada adalah penting kerana ia membolehkan individu di dalam masyarakat memainkan peranan masing-masing. Pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan Falsafah Pendidikan adalah penting serta berupaya merealisasikan tujuan pengajaran dan pembelajaran kesihatan. Pendidikan kesihatan yang formal dan tidak formal ada adalah penting kerana ia membolehkan individu di dalam masyarakat memainkan peranan masing-masing. Pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan Falsafah Pendidikan adalah penting serta berupaya merealisasikan tujuan pengajaran dan pembelajaran kesihatan.

10.2.1 Objektif dan Kumpulan Sasar Pendidikan (pengajaran atau pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan. Bloom (1956), menyatakan objektif pengajaran adalah merupakan pernyataan yang menerangkan tentang apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran." Kibler, et al.(1981). Objectives for Instruction and Evaluation

10.3 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektif-objektifnya pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk pemantauan adalah Rekod.

152

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

10.3.1 Rekod Rekod Kesihatan Murid (RKM 1): a. Mengandungi maklumat penting tentang kesihatan murid bagi mengawal pandu pertumbuhan dan kesihatannya. b. Hendaklah disemak dan dilengkapkan dari semasa ke semasa. Pedagogi moden terbahagi kepada tiga bidang fungsi pengajaran (Taksonomi Bloom). Menurut taksonomi Bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:

Bidang Kognitif; Bidang Afektif; dan Bidang Psikomotor.

Tersenarai di bawah adalah Akta, Garis Panduan dan Surat Pekeliling bagi pemantauan dalam menjayakan PBSS.
a. Akta

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii.

Akta Pendidikan 1996; Akta DDBIA 1995; Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994; Akta Penderaan Kanak-kanak 1992; Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) 1988; Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988; Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985; Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983; Akta Kawalan Mutu Makanan 1983; Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975; Akta Kerajaan Tempatan 1975; dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

b. Garis Panduan

i. ii. iii. iv. v. vi.

Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997; Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 1997; Buku Panduan PROSTAR; Modul Latihan PROSTAR; Garis Panduan Incremental Dental Care Tahun 1996; Garis Panduan Kantin Sekolah (Edisi 1996);
153

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii.

Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1995; Garis Panduan Rancangan Kesihatan Sekolah (November 1994); Garis Panduan Asrama Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil. 2/1994; Garis Panduan Sekolah Bebas Denggi 1994; Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994; Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993; Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984; Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan; Garis Panduan Program Susu Sekolah; Buku Panduan Disiplin Sekolah; dan Mengindahkan Sekolah dan Kawasannya (Landscaping).

c. Surat Pekeliling

i. ii. iii. iv.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 Jualan Makanan dan Minuman di Kantinkantin Sekolah untuk Murid-murid yang Berbilang Agama; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1981: 16 September 1981 Kebersihan di Sekolahsekolah; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 /1983 Kantin Sekolah; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983: 7 November 1983 Mengenakan Hukuman Biasa terhadap Murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985: 2 Februari 1985 Penubuhan Jawatankuasa Sekolah sebagai Institut Masyarakat; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: 9 Mei 1985 Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985: 22 November 1985 Pakaian Seragam Muridmurid (Pindaan); Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1987: 1 Mei 1987 Pengurusan dan Kawalan Asrama/Sekolah Harian; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1988: 21 Januari 1988 Penyakit-penyakit Demam Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis A) dan Keracunan Makanan; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/1988: 16 Ogos 1988 Penyelenggaraan dan Keceriaan Maktab Perguruan/Politeknik/ Sekolah; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1989 Rancangan Kesihatan Sekolah; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/1989: 28 Disember 1989 Kebersihan Sekolah;
154

v. vi.

vii. viii. ix.

x. xi. xii.

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992: 14 Mac 1992 Pemakaian Tudung/Mini Telekung bagi Pelajar-pelajar Perempuan; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1993: 3 Jun 1993 Pakaian Seragam Sekolah; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1996: 13 Februari 1996 Sikap Mengutamakan Keceriaan dan Kebersihan di Kalangan Pelajar; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997: Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997: Sekolah sebagai Kawasan Larangan Merokok; dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997: Amalan Kebersihan di Sekolah.

Rajah 10.1: Pematangan dan penilaian PBSS Pelaksanaan PBSS di sekolah akan dinilai secara berterusan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD). Penilaian dibuat dengan menggunakan Borang Anugerah PBSS dan Penyeliaan ke Sekolah-sekolah (lihat Rajah 10.1). Penganugerahan tahunan ini diberi berdasarkan tahap usaha dan pencapaian sekolah dalam menggalakkan kesihatan di sekolah masing-masing.

155

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Rajah 10.2: Tiga bentuk penganugerahan Bagi sekolah yang tidak mencapai tahap minimum dalam usaha menggalakkan kesihatan, tidak akan diberi sebarang anugerah. Rajah 10.2 menunjukkan tiga bentuk penganugerahan PBSS. Jadual 10.1 pula melampirkan borang penilaian PBSS.
Jadual 10.1: Contoh Borang Penilaian BORANG PENILAIAN UNTUK ANUGERAH PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS) (Berdasarkan Tahap Usaha Dan Pencapaian Sekolah Dalam Menggalakkan Kesihatan Di Sekolah) Nama Sekolah Daerah : .......... : ..... Kod Sekolah Gred Sekolah : ........ : .

Tarikh Penilaian : ... Markah yang Diberi

Bil.

Butiran

Markah Penuh

Jumlah Markah

1.

Pengurusan PBSS 1. 1 Penubuhan Jawatankuasa (6 markah) 1.1.1 Ada jawatankuasa 1.1.2 Keahlian yang mencukupi 1.1.3 Mesyuarat sekurangkurangnya dua kali setahun 1.1.4 Fail yang lengkap

(26 markah)

1.5 1.5

1.5

1.5

156

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

1. 2

Penetapan Polisi Kesihatan Sekolah (6 markah) 1.2.1 Ada polisi 1.2.2 Cara penetapan (menggunakan pemerhatian maklum balas komuniti, data kesihatan dan agensi yang berkaitan) 1.2.3 Ada bukti (contoh: minit mesyuarat, laporan dan lain-lain) 2 2

1. 3

Pelaksanaan Kesihatan markah)

Polisi Sekolah (8

1.3.1 Mempamerkan polisi 1.3.2 Mempamerkan polisi di tempat yang strategik 1.3.3 Ada pelan tindakan 1.3.4 Ada dokumentasi mengenai aktiviti yang dijalankan 1. 4 Pemantauan dan penilaian pelaksanaan aktiviti (3 markah) 1.4.1 Pengesahan oleh Pengetua atau Guru Besar 1. 5 Pelaporan (3 markah) 1.5.1 Laporan lengkap PBSS 1 dalam Fail PBSS *2 . Pelaksanaan Ditetapkan Jawatankuasa Kebangsaan PBSS yang oleh PBSS

2 2

2 2

(24 markah)

157

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

2. 1

Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah 2.1.1 Ada jawatankuasa (4 markah) 2.1.2 Pemilihan mengikut kriteria 2.1.3 Ada laporan/dokumen 1

2. 2

Program Susu Sekolah Rendah (4 markah) 2.2.1 Ada jawatankuasa 2.2.2 Pemilihan mengikut kriteria 2.2.3 Jadual kedatangan murid 2.2.4 Ada laporan/dokumen 1 1

2. 3

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (4 markah) 2.3.1 Sekolah telah melengkapkan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1) 2.3.2 Guru telah melengkapkan ukuran tinggi, berat dan ujian penglihatan seperti dalam Buku RKM 1 2.3.3 Pemeriksaan murid oleh Pasukan Kesihatan Sekolah 2.3.4 Laporan pemeriksaan kesihatan dihantar ke sekolah dalam tempoh sebulan 1

158

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

2. 4

Perkhidmatan Pergigian Sekolah (4 markah) 2.4.1 Telah melengkapkan Buku RKM 1 2.4.2 Telah menjalankan rawatan pergigian 2.4.3 Telah menjalankan tunjuk cara memberus gigi 2.4.4 Laporan pemeriksaan pergigian dihantar ke sekolah dalam tempoh sebulan 1

2. 5

Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) (4 markah) 2.5.1 Ada jawatankuasa 2.5.2 Ada aktiviti ke arah Program 3K 2.5.3 Menyertai Program 3K 2.5.4 Ada dokumentasi 1 1

2. 6

Sekolah Kawasan Larangan Merokok (4 markah) 2.6.1 Ada papan tanda 2.6.2 Papan tanda mengikut spesifikasi 2.6.3 Ada aktiviti pencegahan merokok 2.6.4 Ada dokumentasi 1 1

1 (14 markah)

3.

Persekitaran Fizikal Sekolah

159

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

3. 1

Kantin (4 markah) 3.1.1 Kebersihan kantin 3.1.2 Tempat memasak dan tempat membasuh 3.1.3 Pengurusan stor 3.1.4 Pelupusan sisa makanan 3.1.5 Pakaian pengendali kantin dan sijil pengesahan kesihatan pengendali kantin 3.1.6 Hiasan luaran dan dalaman 3.1.7 Kemudahan membasuh tangan 3.1.8 Bahan jualan 0.5 0.5

0.5 0.5

0.5

0.5

0.5

0.5

3. 2

Tandas (4 markah) 3.2.1 Kebersihan 3.2.2 Berfungsi 3.2.3 Sistem kawalan 3.2.4 Penjagaan kebersihan (sabun, pengelap tangan dan lainlain) 3.2.5 Hiasan luaran dan dalaman 3.2.6 Tong sampah 3.2.7 Tempat membuang tuala wanita 0.5 0.5 0.5 0.5

0.5

0.5 0.5

160

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

3.2.8 Jadual penyelenggaraan 3. 3 Bilik Khas (4 markah) 3.3.1 Pejabat dan bilik guru 3.3.2 Makmal dan bengkel 3.3.3 Pusat Sumber 3.3.4 Bilik-bilik lain 3. 4 Bilik Darjah (2 markah) 3.4.1 Bersih, dan susun atur perabot yang kemas 3.4.2 Jadual tugasan berkala 3.4.3 Hiasan luaran dan dalaman 3.4.4 Pencahayaan dan pengudaraan yang baik 3. 5 Sistem Pelupusan Pepejal (2 markah) 3.5.1 Kedudukan tongtong sampah yang strategik 3.5.2 Menggunakan karung plastik sampah 3.5.3 Penjagaan dan kawalan tempat pembuangan sampah 3.5.4 Sistem pelupusan yang sempurna 4. Persekitaran Sosial (Iklim Sisa

0.5

0.5

0.5 0.5 0.5

0.5

0.5

0.5

0.5

0.5

0.5

0.5

0.5

(10 markah)

161

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

dan Budaya Sekolah) 4. 1 Tanggapan markah) Awal (3

4.1.1 Kebersihan persekitaran luar sekolah 4.1.2 Hiasan pintu masuk ke sekolah 4.1.3 Suasana persekitaran sekolah yang terkawal 4. 2 Landskap Dan Kegunaan Kawasan Alam Sekitar Sekolah (4 markah) 4.2.1 Susun atur (mempunyai maksud) 4.2.2 Berkonsepkan pendidikan 4.2.3 Tidak berbahaya 4.2.4 Kreativiti dan inovasi 4. 3 Penggunaan markah) Kawasan (1

1 1

4.3.1 Kreativiti dan inovasi 4. 4 Program Bimbingan dan Kaunseling (2 markah) 4.4.1 Ada bilik/tempat yang sesuai untuk kaunseling 4.4.2 Rekod penggunaan 5. Penglibatan Komuniti Dalam PBSS

1 (10 markah)

162

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

5. 1

Penglibatan PIBG (2 markah) 5.1.1 Dalam Jawatankuasa PBSS 5.1.2 Dalam aktiviti sekolah 1

5. 2

Penglibatan Agensi Kerajaan Selainm Daripada Kementerian Pendidikan Dan Kementerian Kesihatan Malaysia (2 markah) 5.2.1 Dalam Jawatankuasa PBSS 5.2.2 Dalam aktiviti sekolah 1

5. 3

Penglibatan Agensi Swasta (2 markah) 5.3.1 Dalam Jawatankuasa PBSS 5.3.2 Dalam aktiviti sekolah 1

5. 4

Penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan/Badan (2 markah) 5.4.1 Ada (dengan bukti) 2

5. 5

Penglibatan Individu Dalam Aktiviti Sekolah (2 markah) 5.5.1 Ada (dengan bukti) 2 (10 markah)

6.

Kemahiran Kesihatan Diri 6. 1 Bilangan Ceramah Mengenai Kemahiran

163

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

Kesihatan Diri (3 markah) 6.1.1 1 4 6.1.2 5 9 6.1.3 10 atau lebih 6. 2 Jumlah Kelab/Persatuan yang Menggalakkan Kemahiran Kesihatan Diri (3 markah) 6.2.1 1 4 6.2.2 5 9 6.2.3 10 atau lebih 6. 3 Bilangan Pameran Kesihatan Secara Formal (2 markah) 6.3.1 1 6.3.2 2 atau lebih 6. 4 Kuiz Kesihatan/Hari Kesihatan (2 markah) 6.4.1 Kuiz Kesihatan 6.4.2 Hari Kesihatan/Minggu Kesihatan/Kem Kesihatan 7. Kemudahan Sekolah 7. 1 Kesihatan Di 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

(6 markah)

Bilik Sakit/Ruang Sakit (2 markah) 7.1.1 Bersih 7.1.2 Ada katil/tempat 0.5 0.5

164

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

rehat 7.1.3 Ada kipas/pengudaraan yang baik 7.1.4 Buku daftar 7. 2 Peti Pertolongan Cemas (2 markah) 7.2.1 Berada di tempat yang strategik 7.2.2 Lengkap 7.2.3 Ada rekod 7.2.4 Diselenggarakan dengan baik 7. 3 Bilik Pemeriksaan Kesihatan/Pergigian (2 markah) 7.3.1 Bersih 7.3.2 Ada bilik khas/bilik disediakan bila perlu 7.3.3 Pencahayaan dan pengudaraan yang baik 7.3.4 Ada kemudahan air JUMLAH Tandatangan : .. Penilai Nama Jawatan : .. : .. : .. 0.5 0.5 0.5 0.5

0.5

0.5 0.5 0.5

0.5

0.5 100

a. *Jika sekolah tidak melaksanakan mana-mana polisi dalam Jadual 10.4 atas sebab-sebab tertentu seperti tidak layak menerima RMT, kaedah pengiraan markah adalah seperti berikut: (x/y) 24

165

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)


x = Markah yang diberi y = Markah penuh bilangan polisi yang dilaksanakan b. Penganugerahan PBSS berdasarkan peratus pencapaian berikut: 90% 100% = Anugerah Emas 70% 89.9% = Anugerah Perak 50% 69.9% = Anugerah Gangsa c. Borang ini akan diguna pakai oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan semasa membuat penyeliaan dan penilaian untuk Anugerah PBSS.

AKTIVITI 10.2

Bagaimanakah pelaksanaan PBSS akan dinilai? Berikan pendapat anda.

Jawapan Pelaksanaan PBSS di sekolah akan dinilai secara berterusan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD), penilaian dibuat dengan menggunakan Borang Anugerah PBSS dan Penyeliaan ke sekolah-sekolah. Penganugerahan tahunan ini diberi berdasarkan tahap usaha dan pencapaian sekolah dalam menggalakkan kesihatan di sekolah masing-masing.

10.4 PERANAN WARGA SEKOLAH Kesemua individu atau kumpulan yang berkaitan dengan sekolah perlu bekerjasama untuk meningkatkan tahap kebersihan sesebuah sekolah. Kerjasama daripada kesemua pihak adalah penting bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu ke arah masyarakat yang sihat dan selamat.

10.4.1 Peranan Pengetua atau Guru Besar dan Pentadbir Sekolah Sekali lagi, peranan pengetua atau guru besar adalah besar dalam pelaksanaan PBSS. Oleh itu, tanggungjawabnya tersenarai di bawah. a. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan Program Kebersihan (3K) di sekolah. b. Menubuhkan Jawatankuasa BPS dengan dianggotai oleh guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan. c. Merancang aktiviti dan program BPS dengan mengambil kira: i. Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat.
166

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

ii. iii. iv. v.

Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti dan program BPS berkesan. Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap masyarakat. Kesedaran murid-murid, pelajar pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri. Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah.

10.4.2 Peranan Guru Guru mungkin merupakan individu yang penting untuk memastikan program ini berjaya. Penerangan yang jelas mengenai konsep BPS dan faktor lain mengenai kesihatan murid mesti diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan program HPS dengan berkesan. Antara peranan guru ialah: a. Memahami komponen-komponen kesihatan. b. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti kebersihan yang dirancang oleh jawatankuasa yang terlibat. c. Mencadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan. d. Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya Hidup Sihat. e. Menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti atau program yang dianjurkan oleh sekolah. f. Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai PAK. 10.4.3 Peranan Murid/Pelajar Peranan murid-murid adalah seperti berikut. a. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti atau program BPS yang dirancang oleh pihak sekolah. b. Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. c. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti-aktiviti kesihatan dan program BPS yang dijalankan di sekolah.

167

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

10.4.4 Peranan Ibu Bapa Ibu bapa murid perlu melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti yang melibatkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang dirancang oleh pihak sekolah. Kepakaran, kewangan, barangan serta sokongan moral boleh diberikan kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program. Mereka juga boleh memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti atau program yang dijalankan oleh sekolah dan memberi cadangan aktiviti atau program yang boleh dilaksanakan kepada Jawatankuasa BPS. Di samping itu, mereka perlu menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
AKTIVITI 10.3

Bagaimanakah ibu bapa memainkan peranan mereka dalam program kebersihan sekolah? Bincang.

Jawapan Ibu bapa murid perlu melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti yang melibatkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang dirancang oleh pihak sekolah. Kepakaran, kewangan, barangan serta sokongan moral boleh diberikan kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti atau program yang dijalankan oleh sekolah. Memberi cadangan aktiviti atau program yang boleh dilaksanakan kepada Jawatankuasa BPS. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

168

HBHE2103SMP - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(SMP)

RUMUSAN

Program Amalan Kebersihan sekolah melibatkan semua ahli komuniti sekolah untuk bekerjasama bagi menyediakan murid-murid dengan pelbagai kemudahan dan pengalaman untuk meningkat dan melindungi kesihatan mereka. Program yang dijalankan meliputi kurikulum kesihatan formal dan tidak formal. Secara tidak langsung ia akan mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan selamat. Penyediaan perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya dan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam usaha peningkatan kesihatan amatlah penting. Penelitian berasaskan konsep tersebut tidak dinafikan oleh sekolah-sekolah yang menjalankan aktiviti atau program kebersihan sebelum ini tetapi menamakan aktiviti atau program tersebut atas pelbagai nama mengikut keperluan semasa sekolah. Pelaksanaan aktiviti atau program kesihatan mengikut keperluan dan sumber yang sedia ada di sekolah ialah sebahagian daripada ciri-ciri HPS yang sedang dilaksanakan.

KATA KUNCI Pedagogi Pendidikan

Rekod Kesihatan Murid (RKM)

169

Potrebbero piacerti anche