Sei sulla pagina 1di 7

CABARAN-CABARAN DIALOG ANTARA TAMADUN Pendahuluan Melalui pengaruh masing-masing dan juga pengaruh bersama, Tamadun India, Tamadun

Cina, Tamadun Islam telah meninggalkan kesan mendalam ke atas perkembangan ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia. Dalam konteks ini kedudukan Tamadun Melayu adalah paling istimewa. Selain merupakan tamadun kepada kelompok etnik yang terbesar di negara ini, Tamadun Melayu juga merupakan tamadun yang paling banyak dipengaruhi oleh tiga tamadun yang lainnya. Pengaruh tamadun India, tamadun Cina, tamadun Islam ke atas pembangunan tamadun bangsa Melayu ternyata besar sekali. Hubungan ketamadunan yang terjalin dalam sejarah antara tamadun-tamadun besar ini menimbulkan kesedaran dan rasa penghargaan yang tinggi terhadap kekayaan warisan budaya masyarakat Malaysia hari ini. Setiap Tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinarnbungan dari kelangsungan sesebuah Tamadun itu sebenamya hasil sikap terbuka dalarn menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau dialog antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Dialog antara Tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran agama Buddha, teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahanletupan dan penggunaan kompas dari Tamadun China dapat dipelajari oleh Tamadun India. Antara cabaran yang dihadapi ialah wujudnya jurang yang luas antara masyarakat Cina dan Melayu. Antara sebabnya kawasan penempatan yang berasingan; orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombongan seperti Kuala Lumpur yang mempunyai 79% daripada penduduk seramai 43,786 pada tahun 1891 adalah orang Cina. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja memisahkan penempatan antara kaum ini. Kawasan penempatan orang Cina juga merupakan kawasan yang berdikari (self-contained) dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi

dengan orang luar untuk kelangsungan hidup mereka (Hashim Hj. Musa, 2005 : 148-149). Oleh yang demikian timbul perasaan tidak puas hati di kalangan orang Melayu dan wujudnya unsur perkauman. Namun kini orang Cina dan orang Melayu boleh bercampur dengan kebijaksanaan pemimpin negara Tun Abdul Razak yang memperkenalkan prinsip Rukun Negara yang menyatukan mereka. Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cinanya, ialah agamanya. Orang Cina tetap mengekalkan am alan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan agama Buddha,. membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasaskan agama Islam (Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, Ramli Awang, 2005: 41). Hubungan antara China dengan Alarn Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negerinegeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 144). Interaksi dan pertalian kerajaan Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina pad a zaman prapenjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas Tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negara-negara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling hormat-menghormati dan ciri dan mengiktiraf kedudukan Bahkan dan ada kewibawaan kerajaan budaya masing-masing.

kecenderungan pada pihak China untuk mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa Tamadun tempatan, contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun. Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zaman kesultanannya. (Hashim Hj. Musa, 2005: 146)

Cabaran yang seterusnya ialah tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun India mempunyai latar belakang yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu dengan satu tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan banyak persamaan yang dikongsi antara beberapa tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan mereka berbeza antara satu sama lain. Cabaran lainnya ialah kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian InggerisBelanda ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamildan Telegu dari wilayah Andhra Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa masuk orang Ceylon dan Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang kerana mereka berpendidikan Inggeris. Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20. Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000: 176-177). Namun kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Ini kerana pendatang India zaman prapenjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain. Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing. Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum. Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan

kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu serta ad at resam dan hiburan. Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah (Hashim Hj. Musa, 2005: 142-143). engaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Antara contoh pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam Melayu ialah dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat (Amran, 1995 : 136). Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003 : 184). Persoalan-persoalan teologi sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat. Percanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu lmadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah lmadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan ersoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang kontroversi. Hakikat ini dapat lenjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam eharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam onteks melihat perbezaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan =handra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, lohd Zuhdi Marsuki. 2002). Cabaran dialog antara tamadun juga berlaku dari sudut alam sekitar di mana bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah an dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak lempunyai

10

tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan teknologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu tamadun atau pengamalan budaya. Perbezaan budaya juga merupakan cabaran dialog antara tamadun. Adalah diakui bahawa perbezaan budaya boleh mencetuskan ketegangan dan konflik antara budaya. Tetapi perbezaan juga boleh dilihat sebagai salah satu manifestasi hikmah kepelbagaian dalam alam ciptaan Tuhan dan dalam dunia kehidupan manusia. Oleh itu, ia boleh dilihat sebagai sumber kekuatan masyarakat. Sikap pesimistik terhadap masa depan negara semata-mata kerana ada terlalu banyak unsur perbezaan yang memisahkan antara satu kekompok etnik dan agama dengan yang lain. Perbezaan yang wujud antara satu tamadun dengan yang lain juga perlu ditangani dengan bijaksana. Perlu ada sikap positif terhadap perbezaan sama ada perbezaan dari segi kepercayaan, anutan nilai, pendapat atau adat resam. Sikap positif ini perlu diterjemahkan kepada amalan toleransi terhadap cara hidup lain yang tidak sebulu dengan cara hidup kita dalam kehidupan harian. Kita ingin melihat masyarakat majmuk di Malaysia bersikap optimistik dan mempunyai keyakinan bahawa cabaran kemajmukan dan kepelbagaian terhadap kesejahteraan negara boleh diatasi.

11

Kesimpulan Kita berharap masyarakat di Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lainnya akan terdidik dengan nilai-nilai ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun. Kedudukan dan peranan agama dalam setiap tamadun yang dipelajari mendapat liputan yang lebih luas daripada aspek-aspek tamadun yang lain. Dalam kes tamadun Islam sudah pastinya kedudukan dan peranan agama menjadi sangat tertonjol kerana penamaan tamadun itu sendiri berasaskan agama Islam. Walaupun pada zaman penjajahan British kesan daripada polisi "pecah dan perintah",
menyebabkan tidak terdapat interaksi meluas antara kaum di Malaya. Kawasan penempatan yang berasingan diperkukuhkan oleh kegiatan ekonomi yang berbezabeza, memisahkan pelbagai kaum tanpa banyak interaksi antara satu sarna lain. Dengan itu telah melahirkan masyarakat majmuk dengan ciriciri budaya, agama dan bahasa yang berbeza-beza. Selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran yang kuat di kalangan para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal polisi dan langkah-Iangkah bagi mewujudkan interaksi dan hubungan yang lebih rapat antara kaum, melalui penubuhan Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC yang bertanding dan menang dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya membentuk Kerajaan Perikatan. Dasar pelajaran P.T.M iaitu Penyata Abdul Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 telah memperakukan sistem pendidikan kebangsaan yang tunggal bagi menyatukan semua murid sekolah dari pelbagai kaum dalam satu sistem sahaja. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Rukun Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah dibentuk. Ini diikuti pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan dipesatkan, demi mengurangkan jurang pemisahan antara kaum membolehkan perpaduan dan muhibah dapat disemai. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) telah dilancarkan untuk menstruktur semula masyarakat dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara Bumiputera dan kaum Cina yang menjadi punca utama konflik perkauman.

12

Seterusnya Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Kedua (RJPP2) (1990-2000) telah dilancarkan pula untuk menyusuri dan melengkapi DEB yang telah tamat itu. Semua itu adalah polisi dan langkah-Iangkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan pemimpin Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu untuk mengatasi suasana berbilang kaum dan masyarakat majmuk yang berkonflik dan berpisah warisan dan tinggalan daripada amalan penjajahan British.

13

Potrebbero piacerti anche