Sei sulla pagina 1di 1

Mohd Huzaimi bin Ismail, No.

47, Blok 5, Taman Airport Sandakan, Jalan Airport, 90000 Sandakan, SABAH 28 Jun 2013 Kepada Pengarah AST Logistic Sdn Bhd. Lot 8, Blok K, Bandar Ramai- Ramai, Batu 1, Jalan Leila, 90000 Sandakan SABAH Tuan, ADUAN DAN PERMOHONAN GANTI RUGI BERHUBUNG KEROSAKAN BARANG BARANG SEMASA PROSES PENGHANTARAN BARANG DARI PELABUHAN KLANG KE SANDAKAN, SABAH Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya Mohd Zul Fadly Bin Sabdani (RF145833) ingin mengemukakan aduan dan seterusnya ganti rugi di atas kerosakan barangbarang saya akibat kecuaian yang dilakukan oleh pihak tuan semasa proses penghantaran barang-barang saya dari rumah kerajaan polis marin pelabuhan klang ke Taman Airport, Sandakan. 3. Akibat daripada kecuaiana tersebut, beberapa barang-barang elektrik, perabot, perhiasan dan lain-lain telah pecah dan kemek. Antara barang-barang tersebut adalah seperti berikut :(a) (b) (c) (d) (e) 1 buah Peti Air jenama Sharp ( bahagian belakang kemek dan simpanan cube ice telah pecah), pemegang peti ais rosak 1 buah Meja belajar (bahagian tepi kemek) 3 perhiasan dinding Bakul motor tercabut dari tempat asal 1 cermin solek pecah

* Anggaran kerosakan 5 ribu 4. Dimaklumkan bahawa tuntutan ini lewat dikemukakan memandangkan kesibukan menjalankan tugas rondaan di laut yang kerap. Sehubungan itu, saya berharap agar permohonan tuntutan ganti rugi ini dapat dipertimbangkan untuk kelulusan. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

MOHD ZUL FADLY BIN SABDANI

Potrebbero piacerti anche