Sei sulla pagina 1di 6
SULIT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2002/2003 KOD/NAMAKURSUS _ : PU 3023 UNDANG-UNDANG INDUSTRI DAN BURUH TARIKH : 30 SEPTEMBER 2002 (ISNIN) MASA : 9.00 - 12.00 TGH (3 JAM) TEMPAT : DKG 4/4 ARAHAN 1. Kertas soalan ini mengandungi EMPAT(4) soalan dalam EMPAT (4)) halaman bercetak 2. Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan. 3. Semua jawapan hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan. 4. Kertas jawapan hendaklah diikat pada satu ikatan mengikut turutan nombor soalan. Sila lengkapkan LAMPIRAN A dan ikat bersama-sama kertas jawapan anda NOMATRK: (dengan perkataan ) (dengan angka) NO KAD PENGENALAN : NAMA PENSYARAH : KUMPULAN NOMBOR MEJA: | JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERI ARAHAN SULIT SOALAN SATU (25 MARKAH) Jack, Olav dan Mambo adalah pekerja di sebuah pusat peranginan terkenal iaitu JulaJuli Beach Resort (JIBR). Baru-baru ini, Jack yang merupakan pegawai akaun di resort tersebut telah dituduh memalsukan beberapa keping cek dan menggelapkan wang syarikat sebanyak RM150,000. Pihak JIBR telah melantik pengurus resort tersebut, Peter untuk menyiasat perkara berkenaan. Hasil siasatan telah dikemukakan kepada panel siasatan dalaman yang terdiri daripada Peter sendiri dan 5 orang pegawai atasan JJBR yang lain, Panel siasatan dalaman telah memutuskan untuk memecat Jack berkuatkuasa pada 1 April 2002. Jack tidak berpuashati terhadap keputusan JJBR dan mendakwa bahawa siasatan dalaman yang dibuat terhadapnya telah melanggar prinsip keadilan semulajadi kerana notis pertuduhan hanya diberikan kepadanya oleh JBR pada tarikh yang sama semasa siasatan dalaman dibuat, Selain itu, dia juga diarahkan untuk menunggu di luar bilik semasa prosiding siasatan dalaman berlangsung, Jack bercadang untuk mengambil tindakan terhadap JJBR kerana pemecatannya dibuat secara tidak adil ‘Sementara itu, melalui laporan audit bulan Mei 2002, JJBR mendapati sebahagian barang-barang telah hilang dari stor syarikat. Semasa pemeriksaan dibuat, pihak syarikat menemui 20 helai kain langsir, 10 helai selimut dan 10 helai cadar kepunyaan JJBR di dalam kereta Olav yang bekerja sebagai pengemas bilik di resort tersebut. Suatu siasatan dalaman telah dijalankan dan keputusan siasatan dalaman mendapati Olav bersalah, Akibatnya, Olav telah dipecat oleh JJBR. Olav tidak berpuashati terhadap tindakan pemecatannya, Pada 1 Jun 2002, Mambo yang bertugas sebagai pemandu pelancong di resort tersebut telah diarahkan oleh pihak JJBR untuk membawa pelancong melawat ke Bukit Tinggi. Bas akan bertolak pada jam. 9.00 pagi tetapi pada jam 8.00 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada rakannya Haidi di Johor yang akan melangsungkan perkahwinannya pada hari itu. Haidi meminta Mambo supaya segera datang ke Johor untuk menjadi pengapitnya, Mambo segera memohon cuti untuk pergi ke Johor. Walau bagaimanapun, pengurusnya Peter, menolak atas alasan bahawa adalah sukar untuk mencari pemandu pelancong gantian dalam masa yang singkat. Mambo bagaimanapun memutuskan bahawa perkahwinan Haidi lebih utama dan telah pergi ke Johor. Dia pulang pada 2 Jun 2002 dan diberi surat tunjuk sebab kenapa dia tidak boleh dipecat oleh JBR. Berdasarkan situasi di atas, nasihatkan pihak-pihak yang terlibat tentang hak mereka di sisi undang- undang, SOALAN DUA (25 MARKAH) (a) (b) () ‘Akta Kerja 1955 tidak memberikan definisi bagi gaji atau upah. Walau bagaimanapun, Akta tersebut memperuntukkan beberapa syarat bagi pembayaran upah. Huraikan mana-mana EMPAT syarat pembayaran upah berdasarkan Akta Kerja 1955. Jawapan anda hendaklah ‘merujuk kepada seksyen yang berkaitan (7 markah) Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980 memperuntukkan bahawa pampasan atau faedah hendaklah dibayar kepada pekerja yang bekerja di bawah kontrak pekerjaan tidak kurang dari 12 bulan jika perkhidmatan pekerja ditamatkan atau pekerja direntikerja sentara. Dengan berpandukan kepada Peraturan 4, bincangkan maksud penamatan perkhidmatan dan SEMUA keadaan di mana pekerja tidak Jayak mendapat faedah penamatan perkhidmatan, (10 markah) Bincangkan maksud perkara berikut (Kerja lebih masa dan tempohnya; dan (ii) Kelayakan cuti tahunan, Jawapan anda hendaklah merujuk kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan dan kes (ika ada). (8 markah)

Potrebbero piacerti anche