Sei sulla pagina 1di 3
PANDUAN MEMPERBADANKAN SYARIKAT Pemerbadanan syarikat melibatkan dua proses Pertama: Proses mendapat kan kelulusan nama Terlebin dahulu pemohon hendaklah memajukan Borang 13A bagi mendapatkan kebenaran untuk menggunakan nama yang dicadangkan bagi ‘syarikat yang hendak ditubuhkan. Bayaran bagi permohonan carian nama adalah RM30.00 untuk tiap-tiap satu nama. SSM akan memproses Borang 13A tersebut bagi mempastikan sama ada nama boleh digunakan atau tidak dan seterusnya pemohon akan diberitahu mengenai keputusannya. Sekiranya nama tersebut diluluskan, nama itu akan disimpan di atas nama pemohon ‘selama 3 bulan dari tarikh surat kelulusan nama dikeluarkan. Kedua: Jika pemohonan menerima jawapan yang membenarkan penggunaan nama tersebut, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat kelulusan nama, pemohon mestilah memajukan dokumen-dokumen berikut:- i) Tataujud dan Tataurusan Syarikat (Memorandum and Articles of Association) Salinan asal hendaklah distemkan sebanyak RM100.00 di Tataujud dan RM100.00 di Tataurusan dan stem-stem hendaklah dimatikan di mana-mana Ppejabat stem. ii) Borang 48A — Akaun Berkanun sebelum Perlantikan Menjadi Pengasas atau Bakal Pengarah. Surat ini adalah sebagai Perakuan Bersumpah oleh setiap pengasas dan setiap bakal pengarah yang dirinya bukanlah seorang yang bankrap ataupun telah melakukan kesalahan dan dijatunkan hukuman Mahkamah. Perakuan ini hendaklah ditandatangani di hadapan Persuruhjaya sumpah/ Yang Di Pertua Mahkamah/Majistret. ii) Borang 6 — Akaun Pematuhan ‘Akaun Pematuhan ini adalah menyatakan segala peruntukan yang perlu bagi penubuhan syarikat telah dipatuhi dan mesti ditandatangani oleh setiausaha syarikat yang dinamakan dalam Tataurusan yang bertanggungjawab ke atas penubuhannya. Apabila dokumen-dokumen di atas telah dimajukan dan didapati sempuma untuk didaftarkan, Sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat akan dikeluarkan. Ini bukanlah bermakna bahawa sesebuah syarikat itu telah mendapat lesen untuk berniaga atau menjalankan perusahan perkilangan. Sebelum menjalankan apa- apa perniagaan mengikut Tataujud, syarikat ini terlebih dahulu perlu mendapat lesen/permit/kebenaran yang wajar diperolehi dari pihak berkuasa lain. Bayaran yuran pendaftaran dikenakan bagi syarikat-syarikat yang mempunyai modal saham. Kadar bayaran ini adalah seperti berikut:- MODAL YANG FEE YANG KENA DIBAYAR DIBENARKAN (RM) (RM) Sehingga 100,000 1,000 100,001 - 500,000 3,000 500,001 - 1 juta 5,000 1,000,001 5,000,001 10,000,001 25,000,001 50,000,001 5 juta 10 juta 25 juta 50 juta 100 juta 100,000,000 dan ke atas 8,000 10,000. 20,000 40,000 50,000 70,000

Potrebbero piacerti anche