Sei sulla pagina 1di 16

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

TAJUK 6

Perancangan Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Sinopsis Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalansoalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

Hasil pembelajaran Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: .1. .2 .3. 4. 5 6 membina Jadual Penentuan Ujian; menjelaskan langkah penyediaan item ujian; membina item ujian objektif; dan membina item ujian subjektif. memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian

Kerangka konsep Jadual spesifikasi ujian

Kepentingan JSU

Definisi

Langkah pembinaan JSU

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

6.1

Isi Kandungan Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % 80%.

6.2

Kepentingan JSU

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

6.3

Membentuk JSU 6.3.1 Langkah Pembinaan JSU Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu (1) mengkaji sukatan pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam Rajah 6.1 berikut.

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

2. Menganalisis objektif pengajaran

1. Mengkaji sukatan pelajaran

Langkah Pembinaan JPU

3. Menentukan jenis soalan

4. Menentukan bilangan soalan

Rajah 1

Langkah Pembinaan JSU

1.

Mengkaji Sukatan Pelajaran Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk

menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; pendekatan sesuatu tajuk; kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuktajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk. yang telah diambil dalam pengajaran

2.

Menganalisis Objektif Pengajaran Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada

pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumatmaklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JPU dibina. Lazimnya JPU mengandungi dua paksi utama, iaitu: i. Paksi Kandungan (a) Kandungan Pengetahuan Tajuk Tajuk kecil (b) Objektif Psikomotor ii. Paksi Objektif Pengajaran (a) Objektif Kognitif

(b) Kandungan Kemahiran Tajuk Tajuk kecil

(c) Kandungan Afek/Perasaan Tajuk Tajuk kecil

(c) Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan 3. Menentukan Jenis Soalan Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayat-ayat. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian. 4. Menentukan Bilangan Soalan Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaansesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur. Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

6.4

Langkah Am Menentukan pembinaan Item Ujian Terdapat lima (5) langkah am menentukan pembinaan item ujian, iaitu (1) meyediakan JPU, (2) menulis item ujian, (3) menyemak item ujian, (4) menilai item ujian, dan (5) membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

1.

Menyediakan JPU Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JPU seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JPU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan dan peringkat objektif

kandungan pengajaran

pelajaran yang

mengikut

domain sebelum

ditentukan

pengajaran

dimulakan.

Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin murid-murid kita kuasai.

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.

2.

Menulis Item Ujian Sebaik sahaja anda siap menyediakan JPU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis itemitem ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-theblank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betulsalah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsip- prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut: Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Membina item yang memerlukan yang jawapan berkaitan tajuk

pengetahuan/kemahiran

spesifik

daripada

pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am. Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang benar, tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

tidak benar. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar. Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.

3.

Menyemak Item Ujian Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut: Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar. Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan

kehendak soalan yang jelas dan mencukupi. Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran. Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki. 4. Menilai Item Ujian Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu: Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

6.5

Langkah-langkah Membina JSU Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. b. c. soalan objektif (30 soalan) 1 markah bagi 1 item jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan = Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor

Domain Kognitif 6. 5. 4. 3. 2. 1. Penilaian Sintesis Analisis Penggunaan Kefahaman Pengetahuan Mudah Sukar

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji? Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei, dan lain-lain.

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Langkah V: Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dan lain-lain) Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar) Pemarkahan

Langkah VI Nyatakan mata pelajaran Nyatakan tingkatan Susunan nombor soalan mengikut tajuk

6.6

Pembinaan Item Ujian Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran soalan, yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan,kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain. Aras kesukaran soalan biasanya sukar ditentukan, kecuali melalui pengalaman pembina soalan atau kajian rintis yang diadakan sebelum sesuatu set soalan digunakan. Anda digalakkan untuk membuat peta minda berhubung dengan langkahlangkah pembinaan JSU ini. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan

pemahaman anda tentang bab ini.

6.7

Kepentingan JSU JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah: kertas ujian dapat digubal secara sistematik; kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang; ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

6.8

Langkah Am Penyediaan Item Ujian Di sepanjang tempoh anda menjadi seorang guru, apakah kaedah-kaedah yang anda gunakan untuk menghasilkan sesebuah item ujian? Adakah kaedah yang telah anda gunakan ini mempunyai persamaan dengan 5 langkah penyediaan item ujian ini. Sekiranya terdapat perbezaan apakah yang pro dan kontra yang anda perolehi daripadanya?

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu : (1) (2) (3) (4) (5) meyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian, dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

6.8.1. Menyediakan JSU Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JPU seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili kandungan pengajaran pelajaran yang mengikut domain sebelum dan keseluruhan objektif

peringkat

ditentukan

pengajaran

dimulakan.

Perancangan awal ini dapat menjamin

soalan-soalan ujian yang

terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajar-pelajar kita kuasai.

Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai. 6.8.2. Menulis Item Ujian Sebaik sahaja anda siap menyediakan JPU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis itemitem ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-theblank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betulsalah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini.

Prinsip- prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut. Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya, Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Membina item yang memerlukan yang dan jawapan berkaitan tajuk

pengetahuan/kemahiran pengajaran tertentu,

spesifik

daripada

bukannya

berbentuk

pengetahuan/kepintaran am. Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang benar, tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang tidak benar. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan. Penyediaan item ujian memerlukan beberapa langkah. Untuk menulis item ujian ini anda digalakkan

menyediakan lakaran peta minda untuk rumusan anda.

6.8.3. Menyemak Item Ujian Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkaraperkara berikut: Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran. Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki Sekiranya anda telah menyelesaikan penyediaan item ujian yang akan dikemukakan kepada para pelajar anda, siapakah yang anda rasakan paling layak untuk

menyemak item ujian anda ini? Pernahkah anda menggunakan khidmat mereka yang bukan berada dalam bidang pendidikan untuk mendapatkan pandangan? Kenapa? 6.8.4. Menilai Item Ujian Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu: Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi menjawabnya. Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang ntuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan dijawab dalam masa yang diperuntukkan. maklumat yang cukup untuk pelajar

6.9.

Penerangan Tentang Konstruk Dalam JSU 6.9.1 Penerangan Tentang Konstruk Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Sintesis dan Penilaian (Bloom, 1956) adalah meliputi objektif untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan sebagai konstruk.

6.9.2 Menguji dan Mentaksir Pencapaian Pelajar Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ada sembilan konstruk yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir pencapaian pelajar dalam kertas ini.

Berikut penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu dibina dan dilabelkan mengikut konstruk. i. Pengetahuan tentang Terminologi Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi sesuatu perkara ii. Pengetahuan tentang Fakta Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

iii.

Pengetahuan tentang Konvensyen Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu kelaziman seperti simbol atau tanda lazim

iv.

Pengetahuan tentang Urutan Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti tindakan yang berlaku secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti

v.

Pengetahuan tentang Pengelasan Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau

mengelompokkan sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah satu kumpulan vi. Pengetahuan tentang Kriteria Pengetahuan tentan gsesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara vii. Pengetahuan tentang Metodologi Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja vii. Pengetahuan tentang Prinsip atau Ganeralisasi Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan ix Pengetahuan tentang Teori dan Struktur Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar

pembentukkan sesuatu fenomena yang dapat dibukti dengan kukuh hasil daripada kajian, penyelidikkan pemerhatian

6.9.3 Kod Konstruk Penerangan Aspek

COO Kefahaman(comprehension) Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atauk memerhati tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

AOI Aplikasi (application) Kebolehan menggunakan prinsip (kebenaran) dan generalisasi

(penyataan umum) pada suatu masalah dan situasi baru

NOO Analisis (analysis) Kebolehan memisah suatu set komunikasi kepada beberapa bahagian sehingga suatu bentuk pertalian antara bahagian yang membina set komunikasi itu dapat di lihat dengan jelas

TOO Sintesis (synthesis) Kebolehan menggabungkan bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi yang tidak jelas sepenuhnya

VOO Penilaian (evaluation) Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah, kriteria atau standard untuk menentukan sesuatu yang dihasratkan (kesesuaian, keberkesanan, prosedur, kecekapan dan lain-lain)

RUMUSAN Dalam penilaian, JSU berperanan sangat penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.

Bab ini juga

telah membincangkan tentang jsu dan pembinaan soalan-soalan

objektif dan subjektif untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Pembinaan soalan objektif yang dibincang meliputi bentuk soalan beraneka pilihan, betul-salah, mengisi tempat kosong dan padanan. Pembinaan soalan subjektif meliputi bentuk esei berjawapan pendek, sederhana dan panjang. Pembinaan item ujian biasanya mengambil masa yang panjang dan memerlukan banyak penelitian dan

pertimbangan agar ujian yang dihasilkan dapat mengukur kandungan dan peringkat objektif pengajaran yang diingini dengan adil dan saksama.

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

AKTIVITI
Arahan: Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif. Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran. Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.

Potrebbero piacerti anche