Sei sulla pagina 1di 9

LAPORAN UJIAN PENTAKSIRAN

Pada 18 Mac sehingga 22 Mac 2013 yang lalu saya telah menjalani program PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) bagi semester 3 PISMP. Program PBS kali ini saya telah jalankan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kelantan. Saya telah mencabar diri saya kerana bagi saya sebagai seorang guru pendidikan khas, kita harus kaya dengan bahasa dan budaya. Sebagai persiapan untuk menjadi guru akan datang, jadi saya ingin membiasakan diri dengan bahasa negeri lain. Di samping anak murid saya yang mempunyai masalah bahasa, jadi wajar bagi saya membiasakan diri dan menguasai bahasa mereka terlebih dahulu. Bagi menjalankan kajian bagi permasalahan kemahiran menulis, saya telah memanfaatkan sepenuhnya 5 hari dalam program PBS ini untuk mendapatkan maklumat sampel kajian yang saya pilih daripada guru, pembantu pengurusan murid(PPM), rekod peribadi murid, dan murid tersebut sendiri serta membuat pemerhatian dan menjalankan intervensi.

BIODATA SAMPEL KAJIAN

MUHAMMAD FERDI BIN KAMARUL NIZAM 4 ZAMRUD (MASALAH PEMBELAJARAN) hyperaktif

KAEDAH PENTAKSIRAN Antara kaedah yang telah saya gunakan bagi mentaksir kemahiran menulis pelajar adalah melalui kaedah ujian diagnostik, penilaian hasil kerja murid serta kolaborasi dengan guru pendidikan khas. Saya telah menjalankan ujian diagnostik terhadap pelajar dikaji bagi mentaksir kemahiran menulis pelajar tersebut. Ujian diagnostik merupakan salah satu bentuk penilaian dan pentaksiran untuk menilai kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu aspek tertentu. Instrumen senarai semak disleksia dari Kementerian Pendidikan Malaysia saya gunakan bagi menguji tahap pencapaian murid. (SILA RUJUK LAMPIRAN)

KAEDAH PENILAIAN HASIL KERJA MURID Selain kaedah ujian diagnostik, saya juga telah menjalankan penilaian terhadap hasil kerja pelajar yang dikaji. Saya telah meminta keizinan guru kelas pelajar tersebut untuk membuat salinan dan mengambil gambar hasil kerja pelajar itu. Antara hasil kerja yang telah saya jadikan sebagai rujukan dan sumber maklumat bagi mentaksir kemahiran menulisnya adalah lembaran kerja. (SILA RUJUK LAMPIRAN). Murid gagal untuk menyalin apa yang ditulis oleh guru di papan hitam. Disamping tulisan yang seperti cakar ayam, murid juga tidak pandai menulis mengikut baris yang telah di sediakan. Selain itu sewaktu didalam kelas, murid sering kali hilang tumpuan. Sewaktu belajar, murid akan mengganggu rakan-rakan yang lain. (SILA RUJUK LAMPIRAN)

KAEDAH KOLABORASI DENGAN GURU Seterusnya, kaedah yang saya gunakan ialah kaedah kolaborasi dengan guru iaitu Encik Fendi, Puan Fadzillah dan pembantu pengurusan murid iaitu Kak Ani. Alhamdulillah mereka telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Dikesempatan itu, mereka menceritakan kepada saya tentang latar belakang keluarga sampel kajian saya iaitu Ferdi. Menurut info yang saya perolehi, ayah Ferdi tidak dapat menerima kenyataan akan anaknya merupakan pelajar Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). Apabila di berikan rekod peribadai murid kepada bapa Ferdi sebagai bahan bukti, rekod tersebut disimpan dan tidak dipulangkan sebagai tanda protes dari bapanya.

KAEDAH INTERVENSI Berdasarkan permasalahan yang di hadapai oleh Ferdi, beberapa intervensi telah di jalankan untuk mengatasi masalah Ferdi. Antaranya ialah setiap pagi senaman ringan akan dilakukan oleh Ferdi dan rakan-rakan yang lain. Antaranya ialah seperti bermain dengan bola. Murid perlu berdiri secara bertentangan tanpa perlu menghadap antara satu sama lain. Kemudian salah seorang daripada murid perlu memberikan bola tersebut kepada rakannya dari arah atas, bawah, kiri, dan kanan secara berulang kali tanpa perlu. Permainan ini sangat memberikan kesan didalam melatih fokus murid.

Yang kedua ialah bermain dengan kereta. Pelajar perlu menggerakkan stereng kereta menggunakan tangan sahaja untuk menggerakkan kereta. Dengan permainan ini, dapat menguatkan lagi motor halus dan motor kasar pelajar.

Yang ketiga pula ialah aktiviti mengoyakkan kertas. Kertas yang disediakan mestilah tebal dan dalam kuantiti yang banyak supaya murid menggunakan sepenuh tenaganya untuk mengoyakkan kertas tersebut. Otot utama yang akan digunakan ialah otot tangan. Jelas membuktikan ia dapat membantu menguatkan kekuatan tangan terutama bagi masalah seperti Ferdi yang tidak pandai menggenggam pensel.

Intervensi keempat yang dilakukan ialah menyambut bola. Sebiji bola akan diikat dengan menggunakan tali yang strectchable ialah boleh ditarik. Kemudia guru perlu membaling atau memukul bola kepada pelajar dari pelbagai arah. Bagi murid yang baru dan lemah ketika boleh diberikan kepadanya, dia tidak dapat memberi tindakbalas meskipun boleh tersebut dipukul ke arah mukanya. Tetapi setelah 2 minggu aktiviti ini dilakukakn, murid akan mula memberi pukulan balas. Aktiviti ini membantu melatih fokus dan meningkatkan kekuatan motor halus dan motor kasar murid.

Intervensi yang terakhir ialah melilit tali. Bahan yang digunakan ialah bakul, bear, tali, kayu. Murid perlu melilit tali untuk menyelamatkan bear di dalam bakul dengan cara melilit tali pada kayu sehingga bakul tersebut tinggi. Aktiviti ini juga dapat membantu melatih pengamatan murid. Terutama seperti Ferdi yang kurang perhatian sewaktu belajar didalam kelas dan tidak dapat memberi fokus menyalin tugasan di papan hitam.

Potrebbero piacerti anche