Sei sulla pagina 1di 5

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna

daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Aktiviti literasi bahasa pemulihan bacaan.

Aktiviti Pemul 1. Aktiviti utam pemulihan ba fonetik denga artikulasi yang menyebabkan yang berbeza vokal, diftong, perlulah ditek perlu mengaja bunyi seperti: Bibir Gigi Gusi Lelangit kera Lelangit lem Anak tekak Lidah Rongga teka Rongga mul

Contoh aktiviti untuk pemulihan bacaan : i. ii. iii. iv. v. vi. Menyanyi Latih tubi menyebut. Membaca ayat mudah. Membaca ayat berima. Membaca ayat bertema Membaca dengan bantuan gambar.

Pemulihan Bacaan

Membaca merupakan kemahiran yang terpenting, bukan sahaja terhadap kebolehan membaca itu sendiri, tetapi seterusnya untuk seluruh pembelajaran murid-murid itu. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca ini merupakan sesuatu yang amat merugikan bagi seseorang murid bukan saja pada masa persekolahan bahkan pada masa kehidupan dewasa murid-murid berkenaan.

Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada bunyi dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan.

Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.

Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui perkataanperkataan dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid -murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun, 1989).

Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum (PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh digunakan kepada muridmurid pemulihan khas.

Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi murid-murid ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Maka pemulihan khas bertujuan untuk memberi rawatan yang diharapkan dapat mengubati pelajar lambat ini (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini.

BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.Tanjung Malim: Quantum Books.

Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:UPSI.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.

J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman GroupLimited

Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: ProfessionalBooks.

Buat Seekor Ulat Buku Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambungsambung untuk membentuk segmen ulat buku.

Baris Demi Baris- Pelajar membaca sebuah buku baris demi baris dengan bimbingan guru.

Aku Di mana-mana guru bertanyakan mana-mana perkataan yang terdapat di mana-mana sudut seperti di papan hitam terdapat flash card bertulis papan hitam. Oleh itu pelajar akan membaca falsh card tersebut.

Aktiviti Pemulihan Bacaan

Rakan Membaca Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.

Merancang Satu Persembahan Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah cerita yang telah dibaca.

Projek Cakna Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.

Potrebbero piacerti anche