Sei sulla pagina 1di 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL GERIK 33300 GERIK, PERAK

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET / ALIH HARTA SEKOLAH Bil 3/2012

Tarikh Tempat Masa Pengerusi

: 08/10/2012 : Pusat sumber Sekolah : 2.00 petang : En. Vijeya Raj A/L Maniyan

Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. J Balachandran a/l Jayaram Kuganathan a/l Pathmanathan Mangleshwary a/p Krishnan Balraj a/l Pusparajah Punitha a/p Muniandy Vijeya Raj a/l Maniyan Salkiah Bt Mazlan Shamani a/p Appalasamy Guru Kanan Pentadbiran Ketua Panitia Sains Ketua Panitia Sivik Ketua Panitia Muzik Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Matematik Ketua Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Pendidikan Moral

Turut Hadir 9. Pn.Selvarani a/p Muniandy PJK (Guru Besar)

1.0 UCAPAN PENGERUSI Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Pertama Bil. 3/2012. 2.0 MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Minit mesyuarat disahkan oleh Cik. Mangleshwary a/p Krishnan dan disokong oleh Cik. Punitha a/p Muniandy. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 KEW.PA-4 DAN KEW.PA 5 Tindakan menyelaraskan pergerakan aset dan penempatan aset harus dikemaskini. Ramai guru sugar memastikan pergerakan aset dari satu tempat ke tempat lain. Pengemaskinian senarai aset perlu disegerakan supaya senerai rekod tidak tercicir. Tindakan : Pegawai Aset 4.0 MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN 4.1 Pendaftaran Aset Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3. Tindakan susulan Unit Pengurusan Aset Sekolah ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit yang menerima aset berkenaan. Harta Perolehan yang terbaharu adalah Notebook Dell Inspiron N4050. ( Rujuk lampiran KEW.PA 4 dan KEW.PA 8)

4.2

Penyelenggaran Aset Unit Pengurusan Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Pengurusan Aset Sekolah tiada menerima aduan kerosakan dari guru dan kakitangan sekolah. Kehilangan Dan Hapus Kira (Tiada)

4.3

5.0 LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN Sehingga kini tiada rekod selepas melakukan pemeriksaan aset alih kerajaan oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan Sekolah En. J Balachandran A/L Jayaram. Segala aset sekolah disimpan dengan baik.

5.0 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN (Tiada)

Makluman

6.0 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB (Tiada) Makluman 7.0 MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN Guru-guru yang bertanggungjawab perlu memastikan segala aset alih kerajaan direkodkan sebelum didaftar dan diguna. Kelegaan merekod pengurusan aset alih kerajaan menyebabkan data tercicir dan kesukaran merekod data yang baharu. Sebarang masalah dalam merekod pengurusan aset alih kerajaan akan dibantu oleh dua orang guru En.Kuganathan a/l Pathmanathan dan Pn. Salkiah Bt Mazlan yang ditugaskan sebagai pembantu pegawai. Makluman 8.0 SISTEM MYSPATA Pengerusi menerangkan tentang penggunaan sistem terbaru yang digunakan olah Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sistem bagi pendaftaran daftar aset khusus (DAK) sistem MySPATA. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang meluaskan penggunaan sistem mySPATA bagi pendaftaran Data Aset Khusus (DAK) setelah pihak Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) memutuskan setiap kementerian perlu menyelesaikan data-data tersebut menjelang Jun 2012. Pihak PPD Hulu Perak telah mengadakan Taklimat Training of Trainer (TOT) Sekolah bagi mendaftar sistem tersebut. Katalaluan serta nama ID sekolah diberikan pada taklimat tersebut. (lampiran laporan data diselit bersama).

9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Pergerakan Aset Alih Kerajaan Setiap pergerakan aset alih kerajaan di perkhidmatan perlu dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah untuk tujuan pemantauan. Guru-guru yang menggunakan aset alih sekolah perlu merekod pada KEW.PA 6 supaya pergerakan harta modal dan inventori dapat didaftar.

Makluman : Semua Guru

9.2 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset Unit Pengurusan Aset Sekolah akan menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi memudahkan pemeriksaan aset dilakukan. Tindakan : Guru-guru 9.4 Penempatan Aset Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah dengan segera. Makluman Pelabelan Aset Unit Pengurusan Aset Sekolah perlu menyediakan sistem pelabelan yang sistematik supaya harta aset sekolah tidak dicicir dan tiada rekod. Ini bertujuan untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset sekolah semua warga sekolah. Tindakan : Guru-Guru

9.5

9.6

Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset perlu diberikan penerangan lebih khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset sekolah. Tindakan : Unit Pengurusan Aset Sekolah

9.7

Taklimat Pengurusan Aset Adalah dimaklum bahawa 2 orang peserta iaitu En.Vijeya Raj a/l Maniyan (Guru Aset Sekolah) dan En. J Balachandran A/L Jayaram ( Lembaga Pemeriksa Pelupusan) akan menghadiri Taklimat Pengurusan Aset pada 11.10.2012. Guru-guru tersebut perlu membawa dokumen seperti berikut bersama:(i) Salinan KEW.PA 1 hingga 33 yang telah kemaskini. (ii) Salinan KEW.PA 1 hingga 33 yang kosong Tindakan : Guru Aset dan Lembaga Pemeriksa Pelupusan

10.0

PENUTUP

Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan terkini. Mesyuarat ditagguhkan pada pukul 3.30petang.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

--------------------------(VIJEYA RAJ A/L MANIYAN) SETIAUSAHA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH

---------------------------------(PN.SELVARANI A/P MUNIANDY) GURU BESAR SJK (T) GERIK