Sei sulla pagina 1di 36

SISTEM PERNAFASAN

Disediakan oleh KPLI-PC:


Yau Sze Chia
Yeow Hui Sia
DEFINISI
Sistem pengambilan oksigen
(O2) dari udara dan
penyingkiran karbon dioksida
(CO2) dan wap air.
4 KOMPONEN
1. LALUAN UDARA
- Laluan udara atas
- Laluan udara bawah
4. PARU-PARU
5. PUSAT PERGERAKAN
PERNAFASAN DAN OTOT
6. SALURAN DARAH
1. Laluan Udara (Airway)
• Mulai dari hidung/mulut ke paru-paru
• Laluan udara atas
– Hidung dan mulut
– Tekak
– Kotak suara
• Laluan udara bawah
– Trakea
– Bronkus
– Bronkiol
– alveolou
2. Paru-paru (Pulmonari)
• Sepasang organ yang terletak di ruang
toreks dan dilindungi oleh sangkar rusuk,
otot-otot interkosta, tulang vertebra dan
tulang sternum
• Paru-paru berbentuk kon – 3 segmen di
kanan dan 2 segmen di kiri yang
memenuhi rongga dada.
• Paru-paru diselaputi oleh selaput yang
dipanggil pleura. Di dalamnya terdapat
berjuta-juta alveolus yang disaluti kapilari
di mana berlakunya pertukaran gas
3. Pusat Pergerakan Pernafasan dan
Otot (Neuromuscular Apparatus)
• Tulang-tulang rusuk, tulang sternum,
diafragma dan otot-otot dada (intercostal
muscles).
• Satu bahagian di otak yang mengawal dan
menggerakkan tulang-tulang rusuk, otot-
otot interkostal dan diafragma semasa
mengembangkan/menguncupkan ruang
rongga dada untuk pernafasan
4. Saluran Darah (Vessels)
• Arteri pulmonari membawa darah yang
tidak beroksigen dari jantung ke paru-
paru.
• Jaringan kapilari membuat pertukaran
oksigen dan karbon dioksida dengan
alveolus
• Vena pulmonari membawa darah
beroksigen dari paru-paru ke jantung
LALUAN PERNAFASAN
• Udara masuk melalui hidung dan mulut
melalui faring dan laring ke trakea
• Trakea terbahagi kepada 2 cabang,
bronkus kanan dan kiri sebelum
memasuki paru-paru.
• Di dalam paru-paru, setiap bronkus
terbahagi pula kepada beberapa saluran
yang dipanggil bronkiol.
• Bronkiol terbahagi lagi dan berakhir di
dalam sekumpulan pundi udara yang
berdinding nipis dan dikenali dengan
alveolus.
• Purata pernafasan seseorang antara 12 –
20 kali seminit dan memerlukan 800ml
udara bergantung kepada 3 gerakan
iaitu:-
– Tarik nafas (inspiration)
– Hembus nafas (expiration)
– Rehat (pause)
• Mekanisma pernafasan berlaku secara
automatik. Ianya berterusan tanpa
memerlukan apa-apa usaha atau
bantuan. Menarik dan menghembus
nafas berlaku dengan kombinasi antara
otot-otot dada, diafragma dan tulang
rusuk yang bertindak membesarkan dan
mengecilkan rongga dada untuk
membolehkan udara masuk (inspiration)
dan keluar (expiration) pada paru-paru
• Tujuan pernafasan ialah untuk
membekalkan oksigen ke dalam darah
dan mengeluarkan CO2 dari darah.
• Komposisi udara seperti berikut:
– 78% nitrogen
– 21% oksigen
– 1% lain-lain gas
• Daripada 21% oksigen yang masuk ke
dalam paru-paru hanya 5% sahaja akan
diambil untuk kegunaan tubuh.
PERNAFASAN TERDIRI
3 FASA:

1. MENARIK NAFAS (INSPIRATION)


2. MENGHEMBUS NAFAS
(EXPIRATION)
3. REHAT (PAUSE)
Menarik Nafas (inspiration)
• Semasa menarik nafas otot tulang rusuk akan
mengecut
• Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan dada
akan bergerak ke hadapan menyebabkan sangkar
rusuk mengembang
• Diafragma akan mengecut dan meleper
• Tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi
rendah menyebabkan udara masuk ke paru-paru
Menghembus Nafas
(expiration)
• Semasa menghembus nafas otot tulang rusuk
akan berehat.
• Sangkar rusuk akan turun dan dada akan
bergerak ke dalam menyebabkan sangkar
rusuk mengecil.
• Diafragma akan berehat dan melengkung ke
atas.
• Tekanan di dalam sangkar rusuk akan
menjadi tinggi menyebabkan udara keluar
dari paru-paru
Rehat (pause)

• Peringkat ini adalah peringkat berehat


sebentar antara menarik dan menghembus
nafas.
ASFIKSIA
DEFINISI
• Suatu keadaan di mana sekatan atau
halangan pernafasan berlaku hingga
menyebabkan berlakunya kekurangan
oksigen pada sel-sel badan.
SEBAB-SEBAB
1. Benda asing tersekat seperti lidah,
makanan, muntah atau tisu bengkak.
2. Tersekat saluran pernafasan seperti
terjerut atau tertindih.
3. Tekanan pada dada.
4. Kecederaan pada paru-paru
5. Sawan
6. Keracunan
TANDA DAN GEJALA
1. Sesak nafas.
2. Kadar pernafasan meningkat.
3. Pernafasan berbunyi (berdengkur)
1. Kebiruan pada muka, bibir,
cuping telinga dan kuku
2. Mulut berbuih.
3. Resah/gelisah
4. Tak sedar diri
5. Terhenti pernafasan
PENGURUSAN
PERTOLONGAN CEMAS
1. Beri bantuan sewajarnya.
2. Buka saluran pernafasan pesakit.
3. Jika pernafasan terhenti, beri
bantuan pernafasan.
4. Apabila pernafasan dan
nadi pulih semula, letakkan
mangsa dalam keadaan
baringan pemulihan.
1. Periksa kadar pernafasan, nadi dan
tahap kesedaran pesakit setiap 10
minit.
2. Dapatkan bantuan perubatan dengan
kadar segera.
3. Bersedia untuk bantuan CPR.
RENJATA
N
Suatu keadaan di mana peredaran
darah terganggu disebabkan oleh
penurunan tekanan saluran darah
menyebabkan organ-organ penting
tidak dapat berfungsi dengan baik
Sebab-sebab:
1. Kehilangan bendalir badan
(hypovolumic shock)
a) kehilangan darah (haemorrhagic
shock) pendarahan yang
banyak
b) Kehilangan cecair
(haemotogenic shock)
1. Keadaan emosi (neurogenic shock)
- terlampau takut
- terkejut
- berita buruk
5. Saraf (anaphylitick shock)
- terlampau sakit
- alahan/allergi
Tanda-tanda & Gejala:
• Kulit kelihatan pucat
• Kulit sejuk dan berpeluh/melekit
• Nadi cepat dan lemah
• Nafas cepat dan sesak
• Dahaga
• Terasa loya, lemah dan hendak
muntah
• Resah gelisah
• Pandangan kabur
• Kemungkinan tidak sedar.
Bantuan Awal:
• Terlentangkan pesakit, tinggikan
kedua-dua kaki untuk menggalakkan
pengaliran darah ke otak.
• Longgarkan pakaian yang ketat
terutama di bahagian leher dan
pinggang.
• Tentukan keadaan sekeliling selesa
dan dapatkan seberapa banyak udara
yang bersih.
• Selimutkan mangsa agar sentiasa
panas, tetapi jangan biarkan
badannya terlalu panas.
• JANGAN beri sebarang makanan
atau minuman kepada pesakit kerana
ini boleh menyebabkan muntah.
• Berikan keselesaan dan keyakinan
kepada pesakit, kenalpasti
kecederaan-kecederaan yang ada
dan berikan bantuan kecemasan
yang sewajarnya.
• Dapatkan bantuan lanjutan.
• Perhatikan pernafasan dan
denyutan jantung (nadi)
2. TIDAK BERNAFAS – bantuan
pernafasan
3. TIADA DENYUTAN NADI –
CPR
4. BERNAFAS – Baringan
pemulihan
• Dapatkan bantuan ambulans
dengan seberapa segera.
Disediakan oleh KPLI-PC:
Yau Sze Chia
Yeow Hui Sia

Potrebbero piacerti anche