Sei sulla pagina 1di 24

Definisi, Konsep/Teori dan Ciri-ciri Persatuan

6 PISMP BC/PJ/RBT_2

Definisi Persatuan
Persatuan didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Persatuan biasanya dianggotai oleh mereka yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan. Persatuan Bahasa Cina ialah satu persatuan yang ditubuhkan untuk membolehkan ahli-ahlinya mengenali kebudayaan kaum Cina yang telah diwarisi turun-temurun.

TEORI/ KONSEP

Mengenali dan meningkatkan pengetahuan murid dari segi kebudayaan masyarakat Tiong Hua. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

Meningkatkan ilmu pengetahuan murid dalam Bahasa Cina Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid.

Diharap ahli persatuan mempunyai inisiatif untuk memperkembangkan budaya cina supaya diwarisi secara turun-temurun.
Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan.

Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi
Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.

Ciri-ciri Aktiviti Berpersatuan

Ciri-ciri Aktiviti Berpersatuan


Keberkesanan Berterusan Peluang pembelajaran Interaksi / pendedahan

KEBERKESANAN
Kemampuan melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang dilakukan perlu mempunyai satu kesan jangka panjang. Contohnya tujuan murid menyertai persatuan bahasa cina adalah supaya dapat memperbaiki kemahiran berbahasa cina.

Elakkan mengadakan aktiviti atau program yang kurang memberi impak atau fokus yang mendalam. Gunakan strategi publisiti yang sesuai. Nama aktiviti yang menarik harus digunakan supaya dapat menarik peserta untuk menyertai aktiviti tersebut. Jemputan VIP yang sesuai untuk perasmian aktiviti juga dapat mendatangkan kesan publisiti yang positif.

BERTERUSAN
Perjumpaan harus dijalankan secara berterusan dan tidak boleh dibatalkan sesuka hati untuk memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan.

Aktiviti persatuan perlulah konsisten, contohnya seperti mengadakan perjumpaan sekali seminggu. Bagi aktiviti besar seperti karnival kebudayaan, ia perlu dilakukan secara berterusan setiap tahun.

Antara masalah yang timbul akibat aktiviti dijalankan secara tidak berterusan:
Kebanyakkan aktiviti tidak mewujudkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan AJK kerana kebiasaannya kitaran masa suatu projek yang dilakukan terlalu pendek dan tidak mampu menjalin hubungan yang erat antara ahli. Keadaan ini tidak bermanfaat untuk jangka panjang, kerana projek jangka panjang memerlukan ahli pasukan yg mempunyai persefahaman yang tinggi dan saling mengenali antara satu sama lain.

Memerlukan tahap perancangan yang rendah. Semakin kecil aktiviti yang diadakan, semakin sedikit persediaan yang diperlukan, maka semakin kurang daya pemikiran digunakan.

Justerunya, ahli jawatankuasa bagi sesuatu persatuan haruslah melatih keupayaan kognitif sebagai persediaan untuk merancangkan sesuatu aktiviti.

PELUANG PEMBELAJARAN
Apabila suatu aktiviti dijalankan, kedua-dua pihak peserta mahupun AJK perlulah bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Menjemput penceramah yang bertauliah dan berbeza untuk memberi ceramah bagi pelbagai topik atau tajuk.

INTERAKSI/PENDEDAHAN
Menambahkan interaksi atau pergaulan dengan pihak luar bagi mendapat ilmu pengetahuan. Mengelakkan ahli daripada berada dalam kumpulan yang sama dalam semua aktiviti kerana pemikiran akan menjadi kurang dinamik dan pengulangan idea kerap berlaku.

Potrebbero piacerti anche