Sei sulla pagina 1di 2

Tanggungjawab dan Tugas Pengawas Ketua Pengawas

1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar. 2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan. 3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas 4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas 5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan kepentingan semua pengawas. 6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas. 7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas 8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

Penolong Ketua Pengawas


1. Mnjalankan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau 2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas 3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas 4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.

Setiausaha
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas 2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas 3. Menyediakan Minit Mesyuarat 4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan 5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan 6. Menyediakan jadual bertugas pengawas

Guru Disiplin
1. Membantu pihak sekolah dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah. 2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar . 3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi. 4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni. 5. Mengetuai Spot Check

Pengawas
Mengawal disiplin pelajar. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior. Menjaga imej dan nama baik sekolah. Membantu guru, Memastikan keceriaan sekolah dijaga. Mematuhi peraturan sekolah. Memimpin rakan-rakan pelajar. Mencegah kes jenayah di sekolah. Menghormati guru. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

Potrebbero piacerti anche