Sei sulla pagina 1di 17

4.

0 Kekuatan dan Kelemahan Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) serta cadangan /penambahbaikan Selepas menjalankan pemantauan dan penilaian tentang Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) di sekolah saya, didapati bahawa aktiviti-aktiviti PBSS dan juga program-program yang dijalankan iaitu seperti Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah, Program Susu Satu Malaysia, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian Sekolah , Program Keselamatan, Kebersihan dan keindahan Alam Sekitar Sekolah dan juga Sekolah Kawasan Larangan Merokok telah membawa kesan yang baik dalam peningkatan taraf kesihatan murid dan juga dapat memelihara persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Antara kekuatan, kelemahan dan juga cadangan penambahbaikan terhadap Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) adalah seperti berikut: 4.1 Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT) Program RMT ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat agar golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain daripada itu, program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang. 4.1.1 Kekuatan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT) a) Murid-murid yang miskin berpeluang mendapat makanan yang sempurna dan seimbang.

Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT) yang dijalankan di sekolah saya telah banyak memberi manfaat kepada murid-murid di sekolah terutamanya bagi murid-murid yang berasal dari keluarga yang miskin. Pelaksanaan program RMT tersebut membolehkan murid-murid yang miskin mendapat makanan yang sempurna dan seimbang. Dengan ini, murid-murid tersebut dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya dalam pelajaran mereka. Selain daripada itu, program RMT di sekolah saya dapat dijalankan dengan baik dan berkesan kerana guru yang berpengalaman selama 8 tahun dalam pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMT) tersebut telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa untuk mengendalikan program tersebut.

b)Pemilihan murid dalam RMT secara adil dan saksama iaitu pemilihan mengikut kriteria Murid-murid yang terlibat dalam Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT) di sekolah saya adalah dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu murid sekolah rendah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. Dengan ini, murid-murid dari keluarga yang miskin di sekolah saya berpeluang untuk mendapat mendapat makanan yang seimbang melalui Rancangan Makanan

Tambahan Sekolah Rendah(RMT) ini kerana taraf sosio ekonomi keluarga menjadi kriteria utama pemilihan murid dalam RMT di sekolah saya.

4.1.2 Kelemahan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT) a) Tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa
2

Sikap ibu bapa yang kurang cakna dalam memastikan anak-anak mereka datang awal ke sekolah untuk mengambil makanan RMT telah menyebabkan anak-anak mereka yang terlibat dalam RMT tersebut tidak dapat sampai awal ke sekolah untuk menikmati hidangan RMT. Kadang-kala, makanan yang tidak sempat dihabiskan oleh murid-murid tersebut telah menyebabkan pembaziran makanan. b) Sikap murid yang cerewet Murid-murid yang agak cerewet dalam memilih menu makanan menyebabkan menu makanan susah disediakan. Hal ini adalah kerana murid yang cerewet tersebut selalu membazirkan makanan dan menyebabkan guru yang bertanggungjawab dalam menentukan menu makanan RMT sukar untuk memilih jenis makanan yang diminati oleh murid-murid dalam tersebut.

4.1.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan a) Sokongan dan galakan dari pihak PIBG Pihak sekolah haruslah bekerjasama dengan pihak PIBG dalam melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMT).Contohnya melibatkan melibatkan ibu bapa dalam pemilihan menu makanan RMT . Dengan ini , ibu bapa akan lebih mengambil perhatian terhadap kesihatan anak-anak mereka dan mereka akan menyokong secara sepenuhnya terhadap Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT) yang dijalankan di sekolah .

b) Mengadakan ceramah tentang kepentingan makanan seimbang Untuk mengatasi masalah memilih makan oleh murid-murid yang terlibat dalam program RMT, pihak sekolah haruslah mengadakan ceramah tentang kepentingan makanan seimbang kepada murid-murid supaya murid-murid tersebut menyedari dan memahami tentang kepentingan makanan seimbang kepada mereka.

Jika murid-murid tersebut sentiasa digalakkan untuk mengambil makanan yang seimbang, masalah pembaziran makanan RMT akan dapat diselesaikan. 4.2 Program Susu 1Malaysia(PS1M) Program Susu 1Malaysia (PS1M) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik serta menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal.

4.2.1 Kekuatan Program Susu 1Malaysia (PS1M) a) Melahirkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan cergas. Program susu 1Malaysia dapat melahirkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan cergas. Ini adalah kerana Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang dijalankan di sekolah telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid mengenai kepentingan pengambilan susu untuk tumbesaran kesihatan. Dengan ini, murid-murid di sekolah akan mendapat manfaat yang besar sekiranya mereka dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

b ) Murid-murid menguasai tentang cara pengambilan susu yang betul Ahli jawatankuasa sekolah telah memberi taklimat tentang cara pengambilan susu yang betul kepada murid-murid berdasarkan panduan minum susu kotak. Dengan ini, murid-murid dapat mengambil susu dengan cara yang selamat pada setiap hari demi memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh badan.

4.2.1 Kelemahan Program Susu 1Malaysia (PS1M) a) Murid yang terlibat dalam Program Susu 1Malaysia hanya murid yang menerima RMT Murid-murid di sekolah yang terlibat dalam Program Susu 1Malaysia hanya melibatkan murid yang menerima RMT iaitu murid yang miskin. Dengan ini , bagi murid-murid lain yang memerlukan tidak dapat menikmati manfaat daripada program tersebut.

4.2.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan a) Dapatkan bantuan dan sumbangan daripada pihak PIBG atau agensi swasta Untuk memastikan bahawa murid-murid di sekolah mendapat dapat protien dan kalsium yang mencukupi serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya pengambilan susu untuk tumbesaran, pihak sekolah perlu

mendapatkan bantuan dan sumbangan daripada pihak PIBG dan agensi swasta untuk membekalkan susu yang percuma kepada murid-murid sekolah selain daripada murid yang terlibat dalam Program Susu 1Malaysia (PS1M). Dengan ini, semua murid dalam sekolah akan mempunyai kesihatan yang baik dan mereka akan dapat memberikan tumpuan dan meningkatkan prestasi lebih baik dalam pelajaran. 4.3 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Perkhidmatan kesihatan sekolah merupakan satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan
5

telah dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukanpasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah-sekolah rendah dan menengah . 4.3.1 Kekuatan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah a) Pemeriksaan kesihatan murid oleh Pasukan Kesihatan Sekolah dijalankan pada setiap tahun Melalui Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat, pemeriksaan kesihatan murid di sekolah saya telah dijalankan pada setiap tahun. Oleh itu, murid-murid yang mempunyai keadaan kesihatan yang tidak normal dapat dikesan dengan lebih awal supaya dapat merujuk kepada pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan . Dengan ini, murid dapat berada dalam keadaan kesihatan yang paling optimum untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah. b) Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1) dilengkapkan oleh guru dengan sempurna Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1) di sekolah saya telah dilengkapkan oleh guru kelas masing-masing dengan sempurna. Misalnya maklumat diri murid-murid , ukuran tinggi dan berat seperti dalam Buku RKM 1 yang perlu diisikan pada setiap tahun. Dengan ini, segala maklumat murid yang telah dilengkapkan oleh guru kelas akan dapat menjadi rujukan kepada Pasukan Kesihatan Sekolah semasa menjalankan pemeriksaan kesihatan murid di sekolah. Dengan ini, pemerikasaan kesihatan murid dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Kelemahan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah a) Tidak mendapat sokongan daripada sesetengah ibu bapa

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan di sekolah tidak mendapat sokongan daripada sesetengah ibu bapa di sekolah. Sesetengah ibu bapa atau penjaga murid di sekolah tidak membenarkan Pasukan Kesihatan Sekolah untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka walaupun ia diberikan secara percuma. Ini adalah kerana ibu bapa atau penjaga tersebut tidak yakin dengan Pasukan Kesihatan Sekolah. b) Mengganggu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Pengisian maklumat diri murid-murid , ukuran tinggi dan berat seperti dalam Buku RKM 1 yang perlu diisikan pada setiap tahun oleh guru kelas membebankan guru. Ini adalah kerana guru perlu meluangkan masa untuk mengukur ketinggian dan keberatan murid dalam kelasnya masing-masing yang mempunyai murid seramai 50 orang dalam kelas. Dengan ini , ia akan mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan oleh guru

4.3.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan a) Memberi taklimat mengenai program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah kepada ibu bapa Untuk mendapatkan sokongan daripada ibu bapa dan penjaga murid-murid kepada Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, pihak sekolah haruslah bekerjasama dengan Pasukan Kesihatan Sekolah dengan mengadakan taklimat kepada mereka. Dengan ini, ibu bapa dan penjaga murid akan lebih memahami tentang aktiviti yang akan dijalankan dalam program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah iaitu seperti penilaian kesihatan kanak-kanak sekolah; rawatan, rujukan dan tindak susul ;imunisasi; pendidikan kesihatan;Kaunseling serta rekod dan laporan. Dengan ini, ibu bapa dan penjaga murid-murid akan lebih memahami tentang aktiviti-aktiviti
7

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang akan dijalankan oleh Pasukan Kesihatan Sekolah dan mereka akan membenarkan anak-anakmereka untuk menyertai aktiviti tersebut demi untuk menjaga kesihatan anak-anak mereka.

b) Penglibatan pelbagai pihak dalam masyarakat dalam program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Aktiviti-aktiviti kesihatan yang semakin berkembang memerlukan strategi dan kaedah pelaksanaan yang lebih berfokus. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, mental, psikososial dan kerohanian adalah ciri-ciri baru yang perlu diberi penekanan dan penelitian bagi membentuk satu model amalan gaya hidup sihat. Tindakan bersepadu yang mengambil kira kurikulum sekolah, keadaan fizikal dan sosial sekolah, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, peraturan dan garis panduan, akan memberi impak kepada kesihatan murid-murid. Penglibatan dan komitmen semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat setempat merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di sekolah.

4.4 Perkhidmatan Pergigian Sekolah Perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi.

4.4.1 Kekuatan Perkhidmatan Pergigian Sekolah a)Kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak dapat
8

dikurangkan . Di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), sebuah bilik pergigian telah ditubuhkan di sekolah saya.Dengan ini, rawatan pergigian untuk semua murid di sekolah dapat dijalankan . Rawatan pergigian yang diberi kepada murid-murid di sekolah bukan sahaja dapat mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di dalam kalangan murid, tetapi juga dapat memastikan murid-murid mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan di sekolah rendah. 4.4.2 Kelemahan Perkhidmatan Pergigian Sekolah a) Murid-murid masih tidak dapat menguasai cara memberus gigi dengan betul Walaupun aktiviti tunjuk cara memberus gigi telah dijalankan pada setiap tahun sekali tetapi didapati bahawa murid-murid masih tidak dapat menguasai cara memberus gigi dengan betul. Oleh ini, walaupun murid-murid telah melakukan amalan memberus gigi pada setiap hari, tetapi disebabkan dengan cara memberus gigi yang tidak betul, masalah kesihatan gigi juga sering dihadapi oleh muridmurid.

4.4.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan a) Menambahkan aktiviti memberus gigi di sekolah Untuk mengatasi masalah cara memberus gigi yang tidak betul di kalangan murid, aktiviti memberus gigi di sekolah haruslah ditambahkan. Guru yang mengajar Pendidikan Kesihatan di sekolah bolehlah mengadakan aktiviti tunjuk cara memberus gigi untuk kelasnya masing-masing supaya murid dapat menguasai cara memberus gigi dengan betul . Dengan aktiviti tunjuk cara memberus gigi yang dijalankan pada setiap hari , murid-murid akan dapat menguasai cara memberus gigi dengan baik dan berkesan agar dapat menjaga kebersihan dan kesihatan giginya.

4.5 Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) Program 3K dimulakan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Pada tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baharu yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K yang meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) memberi peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu semangnya ada dalam pendidikan.

4.5.1 Kekuatan Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) a) Penambahan keindahan dan keceriaan sekolah Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) yang dijalankan di sekolah saya telah menambahkan keindahan dan keceriaan sekolah. Misalnya, sekolah saya mempunyai susun atur landskap yang menarik dan pondok rehat yang ceria dan berguna bukan sahaja menyenangkan mata memandang , bahkan ia juga dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pembelajaran.

10

Selain itu, suasana yang indah , cantik dan bersih juga mampu memberi keyakinan dalam diri pelajar dan para guru lebih seronok mengajar dalam keadaan yang selesa.

b) Guru-guru yang bekerjasama Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) yang dijalankan di sekolah saya agak berjaya , hal ini kerana dengan adanya kerjasama di antara guru yang bertanggungjawab. Guru-guru ini menjalankan tugasnya mengikut jadual yang diatur oleh Penolong Kanan HEM. Guru kebersihan di sekolah saya perlu membuat pemantauan di setiap kelas dan tandas sekolah pada waktu rehat , kemudian guru kebersihan perlu mengisi borang pertandingan kebersihan kelas selepas membuat pemeriksaan kelas. Kelas yang mendapat Johan kebersihan akan diberi piala untuk disimpan dalam kelas. Bagi kelas yang kotor ,dendaan yang diberi ialah memunggut sampah sarap di sekeliling sekolah. Dengan ada pertandingan kebersihan kelas,murid-murid lebih

mementingkan kebersihan kelas dan memupuk lagi sikap bekerjasama di antara satu sama lain.

c) Keselamatan murid diutamakan. Persekitaran sekolah yang selamat akan mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, serta mampu memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Alam persekolahan yang selamat dan menyeronokkan akan meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri murid bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah murid serta rela memberi sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara. Latihan kecemasan kebakaran telah dijalankan oleh bidang keselamatan
11

Hal Ehwal Murid di sekolah saya. Tujuannya ialah mendedahkan dan membiasakan warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan. Di samping itu , setiap kelas dilekatkan satu pelan selamatan untuk membolehkan murid mengenali cara melarikan diri semasa berlaku kebakaran .

Pada masa rehat , guru keselamatan yang bertugas akan membuat pemantauan di kawasan kantin dan disekeliling sekolah.Sekiranya pada hari tersebut ada murid yang cedera, guru keselamatan akan membawa murid yang cedera itu ke hospital untuk dirawat. Pengawas sekolah dikehendaki membantu guru di dalam melaksanakan keselamatan di persekitaran sekolah. Pengawas diminta merekodkan murid yang melanggar peraturan yang dietapkan.

Setiap hari guru keselamatan perlu membuat laporan harian pemantauan keselamatan .

d)Merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) yang dijalankan di sekolah dapat merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Ini adalah kerana dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah program 3K iaitu seperti gotong-royong sekolah yang melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) serta masyarakat setempat, nilai-nilai yang baik seperti kerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain dapat diwujudkan. Dengan ini, hubungan yang baik di antara pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat dapat dijalin.

12

Program ini melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan untuk bekerjasama bagi menjamin kejayaan pelaksanaan program keselamatan di sekolah.

4.5.2 Kelemahan Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) a)Sikap sesetengah murid yang tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan di sekolah Sikap sesetengah murid yang tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan di sekolah telah menyebabkan program 3K tidak dapat berjalan dengan lancar. Misalnya walaupun tandas sekolah telah dicuci sebanyak 3 kali sehari, tetapi didapati bahawa masih ramai murid tidak mengepam air selepas menggunakan tandas. Dengan ini, walaupun tandas baru sahaja dicuci,tetapi akan menjadi kotor dan berbau busuk semula selepas itu. Bagi kebersihan dan keceriaan bilik darjah di sekolah pula, ia juga kurang memuaskan. Walaupun jadual tugasan untuk membersihkan kelas telah disediakan oleh guru kelas, tetapi ramai murid masih tidak menjalankan tugas membersihkan kelas mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan tersebut. Selain daripada itu, murid-murid terutama murid di tahap 1 juga tidak pandai menjaga kebersihan kelas mereka. Mereka sering membuang sampah di merata-rata tempat seperti dalam laci meja dan juga di atas lantai.

b) Tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa Sesetengah ibu bapa yang tidak bekerjasama dengan pihak sekolah telah menyebabkan Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) di sekolah tidak dapat dijalankan dengan baik. Misalnya dari segi keselamatan sekolah, pihak sekolah tidak membenarkan ibu bapa masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, terdapat ramai orang ibu
13

bapa yang tidak bekerjasama dengan pihak sekolah dan sering masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.

4.5.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan a) i) Mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan tandas Mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan tandas akan dapat mengatasi mengatasi kelemahan tentang masalah kebersihan tandas di sekolah . Murid- murid dari setiap darjah dikehendaki menjaga kebersihan tandasnya dan juga bertanggungjawab untuk menceriakan tandas mereka. Dengan ini, mereka akan bekerjasama dan bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keceriaan tandasnya masing-masing agar dapat menang dalam pertandingan tersebut. Secara tidak langsung, ia akan dapat mengubah sikap mereka kepada sikap yang baik dan bertanggungjawab terhadap kebersihan tandas.

ii) Mengadakan pertandingan antara kumpulan dalam kelas Untuk mengatasi masalah kebersihan bilik darjah yang dihadapi, guru kelas boleh menjalankan pertandingan antara kumpulan untuk menjaga kebersihan bilik darjah mereka. Misalnya, terdapat lima kumpulan dalam kelas yang bertanggungjawab untuk membersihkan bilik darjah mereka mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan oleh guru kelas dengan hari yang berlainan. Guru kelas akan memberi markah kepada setiap kumpulan mengikut hari tugasan mereka selepas mereka membersihkan kelas. Kumpulan yang menang akan diberi hadiah kecil sebagai galakkan pada setiap bulan. Dengan ini, murid-murid akan berusaha untuk menjaga kebersihan bilik darjah mereka.

b) Melibatkan ibubapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat

14

Melibatkan ibubapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat ialah satu cara yang baik untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa dalam menjalankan

aktiviti-aktiviti dalam program 3K iaitu seperti aktiviti sekolah selamat. Hal ini adalah kerana jika melibatkan ibu bapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat, ibu bapa akan lebih

memahami tentang kepentingan polisi sekolah selamat bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran persekitaran yang selamat di sekolah. Selain daripada itu, ibu bapa yang lain juga boleh sentiasa diberitahu tentang program sekolah selamat, pelan , prosedur tindakan dan juga peranan dan tangungjawab mereka oleh ibu bapa yang menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat . Dengan ini,ibu bapa akan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melancarkan program 3K yang dijalankan. 4.6 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok Kementerian Pendidikan telah membuat ketetapan menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993 . Semua guru, kakitangan , ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah. Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid.

4.6.1 Kekuatan Sekolah Kawasan Larangan Merokok a) Pelaksanaan kawasan larangan merokok di sekolah dapat menjadikan kawasan sekolah lebih bersih dan segar Sekolah Kawasan Larangan Merokok yang dilaksanakankan di sekolah saya di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) telah mendapat sokongan dan
15

kerjasama daripada semua pihak iaitu seperti guru, kakitangan sekolah dan juga ibu bapa demi mewujudkan suasana sekolah yang bersih, sihat dan segar.Sekolah Kawasan Larangan Merokok yang dilaksanakankan di sekolah bukan sahaja dapat menjadikan kawasan sekolah lebih bersih dan segar tetapi juga dapat menghindarkan diri murid di sekolah daripada perbuatan negatif dari peringkat awal.

4.6.2 Kelemahan Sekolah Kawasan Larangan Merokok a)Kekurangan papan tanda larangan merokok Selepas menjalankan pemantauan dan penilaian, didapati bahawa papan tanda larangan merokok di kawasan sekolah saya tidak mencukupi. Walaupun papan tanda tersebut telah disediakan oleh pihak sekolah tetapi ia hanya terdapat di kawasan yang tertentu sahaja.Dengan ini, fungsi papan tanda larangan merokok mungkin tidak mendapat kesan yang baik kerana hanya terdapat di kawasan sekolah yang tertentu sahaja.

4.6.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan a) Papan tanda larangan merokok haruslah diletakkan di sekitar kawasan sekolah Untuk mengingati semua orang yang berada di kawasan sekolah bahawa sekolah merupakan kawasan larangan merokok, papan tanda larangan merokok haruslah diletakkan di sekitar kawasan sekolah terutamanya pintu masuk sekolah. Dengan meletakkan papan tanda larangan merokok di sekitar kawasan sekolah, ia akan dapat mengingati semua orang yang berada di kawasan sekolah bahawa sekolah merupakan kawasan larangan merokok dan ini akan dapat menjadikan kawasan sekolah sebagai tempat yang bersih, sihat dan segar yang sesuai untuk perkembangan murid.

16

Rujukan Lan, N. C, (2007),Program Bersepadu Sekolah Sihat, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Mohd Syahrul Hanafi, (2009), Dasar Program Bersepadu Sekolah Sihat ,Bahagian Sekolah Kementerian Kesihatan Malaysia Muhammad Bin Harun, (2009) ,Rancangan Makanan Tambahan Unit Kesihatan Sekolah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Robaiyah Binti Kasim ,(1997), Program Kesihatan Sekolah Sihat ,Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia Slideshare. (n.d.). Retrieved Jun 12, 2013, from http://www.slideshare.net/Syaaban/pelan-tindakan-program-sekolah-selamat

Tripod. (n.d.). Retrieved Jun 12, 2013, from http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem3.htm

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Retrieved Jun 10, 2013, from http://www.moe.gov.my/my/rmt

17

Potrebbero piacerti anche