Sei sulla pagina 1di 15

Meningkatkan Keupayaan Murid untuk Mengingati Cara Perluasan Kuasa Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka Melalui Kaedah Lakonan

dalam Kalangan Murid Tahun Lima

Nurul Ain Zubaidah binti Mohamad Khalid Nurul Ellina binti Ramli Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang

ABSTRAK Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan kaedah lakonan dalam membantu murid mengingati Cara Perluasan Kuasa Kesultanan Melayu Melaka bagi mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Aktiviti lakonan merupakan strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar dan memberi lebih ruang kepada pelajar untuk meneroka fakta dan mengingati kata kunci . Bagi mendapatkan data kajian, teknik temu bual, pemerhatian dan soal selidik digunakan. Responden kajian melibatkan 20 orang murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok 2 yang dipilih secara rawak di dalam satu kelas. Melalui aktiviti ini dapat dikenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mengingati peristiwa sejarah dan fakta-fakta tertentu dalam tajuk Kesultanan Melayu Melaka. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa para pelajar bersikap positif terhadap aktiviti lakonan digunakan dalam pembelajaran Kajian Tempatan. Mereka dapat cara perluasan kuasa yang diamalkan oleh kerajaan Melayu Melaka.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya dan rakan telah melaksanakan praktikum selama 2 bulan di SK Machang Bubok 2. Dikesempatan ini , kami telah menjalankan kajian berkenaan meningkatkan keupayaan murid dalam mengingati fakta peristiwa sejarah dalam bab Kesultanan Melayu Melaka Tahun 5. Semasa menjalani proses ini , saya telah menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar dan teknik yang berlainan untuk mengelakkan murid bosan serta memvariasikan cara pengajaran. Saya melihat , dengan menggunakan teknik kad imbasan serta persembahan grafik , murid agak sukar untuk mengingati fakta yang telah dipelajari. Sebagai contoh , saya memulakan tajuk pertama bab Kesultanan Melayu Melaka iaitu

Pengasasan Melaka dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik kad imbasan dimana kad tersebut menunjukkan perjalanan proses peristiwa Parameswara datang ke Melaka. Akan tetapi , setelah usai subtopik tersebut dan bergerak ke topik yang seterusnya , murid tidak dapat mengingati semula apa yang diajar pada topik yang pertama. Kesinambungan mengingati fakta hanya pada bab tersebut sahaja sedangkan topik Kesultanan Melayu Melaka ini memerlukan murid untuk mengingati fakta sepanjang tajuk. Pada anggapan saya , mungkin murid memerlukan teknik

pengajaran yang membuatkan mereka seronok dan menjadikannya sebagai pengukuhan dan mudah untuk mengingati fakta.

2.0 2.1

TINJAUAN LITERATURE Pendahuluan

Kajian-kajian berhubung dengan meningkatkan hafalan atau ingatan di kalangan murid-murid telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Kaedah lakonan bukannya sesuatu yang baru pernah dikaji di Malaysia. Sudah ramai pengkaji yang membuat kajian terhadap kaedah-kaedah yang sesuai untuk menguasai kemahiran hafalan atau ingatan terutamanya melalui kaedah lakonan ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , lakonan atau lakon didefinisikan sebagai cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan dalam drama. Drama dalam pendidikan merupakan satu aktiviti pembelajaran yang berhasrat untuk menambahkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dan kemahiran yang ingin dikuasai terutama sekali dalam bidang sejarah. Sesuai dengan falsafah pendidikan , drama pada amnua dijangka dapat membina daya pemikiran intelek yang tinggi ,memperluas keupayaan berbahasa , meningkatkan keyakinan diri serta menambahkan kekuatan minda untuk mengingat peristiwa penting dalam sejarah.

2.2

Kajian Berkaitan

Menurut Azani Ismail , Azman Che Mat dan Mat Taib Pa (2011) dalam kajian mereka, pemilihan strategi, teknik dan aktiviti pengajaran yang baik seperti teknik lakonan dapat membina kefahaman pelajar terhadap pelajaran di bilik darjah serta dapat memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, sistematik, menarik dan menyeronokkan pelajar seterusnya memudahkan

pelajar memahami isi pelajarannya. Menurut Lickona (1991) dalam kajiannya, pembelajaran dalam keadaan ini akan menyebabkan konsep, fakta atau kemahiran yang dipelajari akan lebih cepat difahami atau mudah dikuasai. Brian Way (1976) dalam kajiannya menyatakan , aktiviti drama atau lakonan dapat memperkembangkan penyuburan diri individu secara menyeluruh dari aspke intelek, rohani , emosi , jasmani , kreativiti , disiplin , sikap , estetika dan

motivasi. Pembelajaran menjadi lebih terjamin apabila emosi dilibatkan melalui pengalaman dan hal ini semakin dapat diperkukuh seandainya penggunaan bahasa yang baik dan dikombinasikan dengan isi drama , gerak badan dan perlakuan tertentu yang menepati topik pembelajaran.

3.0

ISU KEPRIHATINAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran mengingati subtopik Cara Perluasan Kuasa dalam tajuk Kesultanan Melayu Melaka Tahun 5. Kajian ini adalah penting bagi murid Tahun 5 untuk meningkatkan kefahaman sekaligus menguasai tajuk ini secara tetap dan berterusan dengan kaedah lakonan. Meningkatkan kefahaman dan menguasai tajuk memerlukan kemahiran berfikir , keyakinan diri dan menggunapakai pengalaman sedia ada. Jika pelajar dapat mengingati fakta dengan sumber mengingati babak-babak yang dilakonkan oleh mereka sendiri , ini dapat membantu mereka untuk menguasai tajuk tersebut. Teknik lakonan yang menarik dan seronok dapat membantu daya ingatan murid kerana itu adalah pengalaman sedia ada mereka. Melalui kajian ini , penyelidik berharap murid akan dapat mengingati fakta fakta penting dalam topik Kesultanan Melayu Melaka.

4.0

PERNYATAAN MASALAH

Murid-murid Tahun 5 sering mengalami masalah dalam mengingati semula fakta yang telah diperlajari pada subtopik sebelumnya. Masalah ini dikesan apabila kebanyakan murid gagal memberikan jawapan yang tepat pada awal pengajaran subtopik baru walaupun telah diberi peluang berulang kali untuk menghafal fakta asas dalam topik Kesultanan Melayu Melaka seperti negeri asal Parameswara , perjalanan Parameswara ke Melaka dan jawatan-jawatan pembesar empat lipatan. Setelah tamat pelajaran bagi subtopik pertama , guru akan memberi ujian sebagai pengukuhan dan murid dapat menjawab dengan baik akan tetapi

setelah guru memulakan subtopik baru dan mengimbas kembali pelajaran lalu , murid agak sukar untuk mengingati isi pelajaran sebelumnya.

5.0

OBJEKTIF KAJIAN 5.1 Objektif Umum 5.1.1 Membantu murid untuk meningkatkan pemahaman isi pelajaran melalui kaedah lakonan. 5.1.2 Meningkatkan tahap keyakinan dan keberanian murid untuk mempersembahkan lakonan mengikut kefahaman mereka. 5.1.3 Menggunakan kaedah kaedah lakonan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Kajian Tempatan. 5.2 Objektif Khusus 5.2.1 Sekurang-kurangnya daripada bilangan sampel dapat mengingati 3 cara perluasan kuasa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 5.2.2 Sekurang-kurangnya 10 orang murid dapat menerangkan setiap satu cara perluasan kuasa Kerajaan Melaka. 5.3 Persoalan Pelbagai persoalan yang timbul semasa menjalankan kajian terhadap murid Tahun 5 dan antaranya :5.3.1 Adakah kaedah lakonan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran Kajian Tempatan? 5.3.2 Adakah kaedah lakonan ini dapat membantu murid dalam meningkatkan pemahaman mereka dalam pembelajaran

Kajian Tempatan? 5.3.3 Adakah kaedah lakonan ini dapat membantu guru Kajian Tempatan meningkatkan prestasi murid dalam topik yang diajarkan?

6.0

KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada guru Kajian Tempatan dalam menekankan pemahaman murid-murid mengenai sejarah kepimpinan pada zaman dahulu. Selain itu juga, kaedah lakonan ini diharapkan dapat menarik minat murid untuk terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Akhir sekali melalui kaedah lakonan ini juga mudah-mudahan diharapkan dapat meningkatkan jati diri serta semangat patriotisme murid mengenai negara mereka iaitu Malaysia.

7.0

DEFINISI ISTILAH Pengajaran : Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian serta tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid secara berkesan.

Kaedah Lakonan

:Sir John Pollock (1958) , satu pertunjukan yang

berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , , lakonan atau lakon didefinisikan sebagai cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan dalam drama.

8.0

METODOLOGI KAJIAN 8.1 Reka Bentuk

Kajian ini dijalankan berunsurkan tinjauan dan tindak balas atau observation and responding iaitu meninjau melalui soal selidik dapatan respon yang disasarkan iaitu sampel murid-murid. Melalui tinjauan guru dapat meninjau secara abstrak mengenai peningkatan pemahaman murid melalui perubahan tingkah laku yang dicatatkan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Manakala bagi unsur atau aspek gerak balas pula, guru dapat mengumpul hasil dapatan data melalui pengumpulan respon murid-murid melalui soal selidik. Melalui pengumpulan data ini guru dapat memperoleh maklum balas secara bertulis dan terus daripada murid-murid. Keadaan ini bukan sahaja mempercepatkan kerja guru malah ianya terus mengurangkan masa yang diperlukan dalam pengumpulan data maklum balas kajian.

8.2

Persampelan

Menerusi kajian ini, seramai 20 orang murid-murid Tahun 5 Terbilang dari Sekolah Kebangsaan Machang Bubok 2 telah dijadikan sebagai sampel kajian. Murid-murid yang dijadikan sebagai sampel kajian ini terdiri daripada murid pelbagai tahap pengetahuan, kebolehan dan pencapaian di samping turut mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Oleh itu, murid-murid ini dijadikan sampel bagi kajian yang dijalankan untuk

meninjau sejauh mana tahap keberkesanan penggunaan kaedah lakonan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan.

8.3

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini , antara instrumen kajian yang telah digunakan untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan ini adalah kaedah pemerhatian dan soal selidik. Pemerhatian dijalankan dengan cara guru mata pelajaran

Kajian Tempatan akan masuk ke kelas dan membuat pemerhatian ke atas murid-murid berdasarkan beberapa kriteria yang telah direkodkan dalam senarai semak yang telah disediakan oleh guru tersebut. Senarai semak tersebut akan direkodkan oleh guru sendiri berdasarkan aspek-aspek yang diperhatikan pada keseluruhan isi kelas tersebut. Soal selidik pula merupakan susunan soalan-soalan yang dibina oleh guru dan diajukan kepada responden yang berkenaan iaitu murid-murid Tahun 5 Terbilang. Borang soal selidik ini akan diserahkan kepada murid untuk diisi bagi mengukur keberkesanan penggunaan kaedah lakonan.

8.4

Pengumpulan Data

Bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan penggunaan aktiviti stesen dalam P&P Pengajian Sosial, hasil dapatan atau data-data yang diperoleh menerusi kaedah pemerhatian dan soal selidik yang telah dijalankan telah dikumpulkan serta direkodkan. Menerusi kaedah

pemerhatian tersebut, kami telah memasuki kelas yang terdiri daripada murid-murid yang menjadi sampel bagi kajian ini. Pemerhatian dijalankan dengan melihat sendiri bagaimana proses P&P bagi subjek Kajian Tempatan berjalan dalam kelas. Selain itu, kami telah membuat pemerhatian ke atas murid-murid berdasarkan beberapa kriteria yang terkandung dalam senarai semak yang telah dihasilkan.

Manakala, berdasarkan borang soal selidik pula, murid-murid dipertanggungjawabkan dikemukakan secara untuk jujur. menjawab kesemua yang soalan yang

Soalan-soalan

dikemukakan

keseluruhannya adalah selaras dan bersesuaian dengan tahap muridmurid itu sendiri. Hasil dapatan yang diperoleh daripada pemerhatian dan soal selidik ini dapat membantu guru membuat penilaian terhadap tahap pencapaian serta penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah diubah suai. Responden telah dipilih dalam kalangan tahun 5. Pemilihan responden adalah dibahagikan mengikut tahap yang tinggi dan tahap sederhana. Borang soal selidik telah diedarkan kepada mereka selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran diadakan.

Murid yang suka topik Perluasan Kuasa


Ya Tidak

50%

50%

Rajah 1 : Pelajar yang suka topik Perluasan Kuasa

Rajah di atas menunjukkan jumlah murid yang suka dengan topik Perluasan Kuasa. Berdasarkan rajah di atas, boleh dikatakan bahawa sebanyak 50% murid yang suka dengan topik ini manakala sebahagian 50% lagi tidak suka dengan topik ini. Bagi murid yang suka dengan topik ini, mereka memberi alasan bahawa topik yang diajar ini senang, mudah difahami dan tidak membosankan. Murid yang suka dengan topik ini juga mengatakan bahawa mereka minat dengan sejarah Melaka. Maka sebab itu lah, separuh daripada responden mengatakan suka apabila topik ini diajar.

Sebab murid tidak suka topik Perluasan Kuasa

27%

33% Susah Membosankan Tidak faham

40%

Rajah 2 : Sebab murid tidak suka dengan topik Perluasan Kuasa

Carta pai di atas menunjukkan pula sebab-sebab murid yang tidak suka dengan topik Perluasan Kuasa. Sebanyak 33% murid mengatakan bahawa topik ini sangat susah untuk diterima. Selain itu terdapat sebab lain di mana seramai 40% orang responden bersetuju mengatakan bahawa topik ini membosankan dan tidak berjaya menarik perhatian mereka untuk terus fokus pada topik ini. 27% orang murid mengatakan bahawa mereka tidak faham dengan topik ini. Hal ini disokong lagi apabila murid tidak memberi respon yang positif dan tidak aktif di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Pelajar yang memahami topik Perluasan Kuasa


15%

Ya Tidak

85%

Rajah 3 : Pelajar yang memahami topik Perluasan Kuasa

Berdasarkan soal selidik yang dibuat, seramai 85% murid dapat memahami topik ini dengan baik sekali. Hanya 15% sahaja yang tidak dapat memahami topik ini dengan baik. Kebanyakan daripada mereka yang memahami topik ini adalah kerana memberi tumpuan dan penuh minat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala bagi yang tidak faham, mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru memberi penerangan dan aktiviti dijalankan.

Murid yang melibatkan diri dalam pengajaran topik Perluasan Kuasa


Ya Tidak

40%

60%

Rajah 4 : Murid yang melibatkan diri dalam pengajaran topik Perluasan Kuasa

Seramai 40% murid yang melibatkan diri secara aktif semasa topik ini diajar manakala 60% lagi murif tidak melibatkan diri dalam pengajaran topik ini. Kebanyakan yang melibatkan diri semasa pengajaran topik ini adalah kerana mereka memahami yang diajar oleh guru dan minat terhadap topik yang diajar. Berlainan pula dengan murid yang tidak melibatkan diri, mereka memberi alasan bahawa mereka tidak faham dan tidak berminat dengan topik yang diajar oleh guru. Jika dilihat pada rajah di bawah, seramai 60% yang mengatakan tidak faham dengan topik ini dan selebihnya iaitu 40% tidak berminat untuk melibatkan diri dalam pengajaran topik ini.

Alasan tidak melibatkan diri dalam pengajaran topik Perluasan Kuasa


Tidak faham Tidak berminat 0% 40% 60% Lain-lain

Rajah 5 : Alasan tidak melibatkan diri dalam pengajaran topik Perluasan Kuasa

Murid seronok semasa cikgu mengajar topik Perluasan Kuasa


15%

Ya Tidak

85%

Rajah 6 : Murid seronok semasa cikgu mengajar topik Perluasan Kuasa

Rajah di atas pula menunjukkan peratus murid yang seronok semasa guru mengajar topik Perluasan Kuasa. Seramai 85% murid yang seronok dan berpuas hati semasa guru mengajar topik ini manakala hanya 15% sahaja yang tidak seronok. Salah satu sebab mereka berasa seronok dan puas hati semasa cikgu mengajar topik ini adalah kerana aktiviti yang dijalankan. Mereka melibatkan diri dengan aktif dan dapat memahami dengan baik sekali topik yang diajar.

Pelajar yang suka dengan teknik lakonan yang digunakan oleh guru semasa mengajar topik Perluasan Kuasa
5%

Ya Tidak

95%

Rajah 7 : Pelajar yang suka topik Perluasan Kuasa

Berdasarkan rajah di atas, aktiviti yang dapat menimbulkan rasa seronok murid terhadap topik ini ialah aktiviti lakonan yang digunakan oleh guru semasa mengajar topik ini. 95% murid mengatakan suka dengan teknik ini dan hanya 5% sahaja yang tidak suka dengan penggunaan teknik ini. Faktor yang mendorong mereka suka dengan teknik lakonan ini adalah kerana dapat menarik perhatian murid-murid. Selain itu, teknik ini membolehkan

murid mudah untuk memahami isi yang disampaikan melalui jalan cerita yang dilakonkan sekaligus dapat memahami isi pelajaran yang diajar.

Sebab murid suka dengan lakonan dalam topik Perluasan Kuasa


0% 30% Menarik perhatian Mudah faham Lain-lain 70%

Rajah 8 : Sebab murid suka dengan teknik lakonan dalam topik Perluasan Kuasa

Potrebbero piacerti anche