Documenti di Didattica
Documenti di Professioni
Documenti di Cultura
Secara amnya,bila kita menyebut soal bilik darjah ramai antara kita yang
menyempitkan skop bilik darjah hanyalah sesuatu ruang yang berdinding dan
beratap,mempunyai meja,papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari
buku. Tanggapan ini adalah bukannya tidak benar,tetapi jika ditinjau dalam
konteks yang sebenar bilik darjah mempunyai konsep yang sangat luas. Dengan
kata kunci tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran,maka
bilik darjah boleh didefinisikan ataupun diterjemahkan sebagai mana-mana
tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu
pengetahuan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa konsep bilik darjah
sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa
mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam
tempoh masa tertentu.
Bagaimanakah perkembangan yang berlaku terhadap konsep bilik darjah?.
Jawapannya ialah, cuba kita kembali menyingkap sejarah silam perkembangan
sistem pendidikan Negara,pada zaman dahulu,terdapat lima hingga tujuh orang
pelajar berada di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran dari
seorang mahaguru dan ini pada dasarnya sudahpun dianggap sebagai bilik
darjah kerana di situ berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran begitu
juga sebelum kedatangan British,surau atau pondok dijadikan sebagai tempat
kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran daripada imam. Situasi ini juga
boleh dianggap sebagai bilik darjah. Justeru,tidak kira dimana sekalipun asalkan
berlakunya atau berlangsungnya proses memberi dan menerima maklumat dan
ilmu pengetahuan ia boleh disifatkan dan dikategorikan sebagai bilik darjah
sekalipun ia berlaku di sebuah padang pasir yang luas sebagaimana di negara-
negara luar seperti Iraq dan Afghanistan.
Tetapi,pada hari ini konsep bilik darjah biasanya ditafsirkan berdasarkan fungsi
pendidikan atau penyusunan fizikal. Secara kasarnya jelas bahawa tempat
seperti sebuah ruang bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah
pengawasan seorang guru dan dilengkapi dengan kemudahan seperti
kerusi,meja,meja guru dan papan hitam yang disusun mengikut piawaian
memang dianggap sebagai sebuah bilik darjah tetapi, bagaimana pula dengan
sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani,sekumpulan pelajar
yang sedang menjalankan uji kaji di sebuah makmal sians dan sekumpulan
pelajar yang sedang menonton program tv pendidkan di pusat sumber?. Adalah
ia boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah ataupun sebaliknya?. Bilik
darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru
dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai
matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit
sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks.
Kebanyakannya melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua,ibu bapa
dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain dari bentuk
pengajian seperti menetapkan matlamat,memperuntukkan sumber dan
mengarah tujuan.
Manakala pengurusan bilik darajah pula merujuk kepada set tingkah laku
guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan
menngekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988),
mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik
darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur
dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tenteng pentingnya
penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan
keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru
dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang
berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan
aspek memotivasikan pelajar untuk belajar,menyediakan arahan dan maklumat
yang bersesuaian dan menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau
juga,pengurusan bilik darjah yang efektif haruslah bersifat proaktif,responsive
dan menyokong.
Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk
membezakan anatara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan
membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah itu sendiri.menurut kedua-dua pakar ini, mereka
berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan
proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindak
untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam
pengajaran dan pembelajaran.
JENIS-JENIS BILIK DARJAH
Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjah
pada masa kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya.
Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilik
darjah KBSR dan KBSM,bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah
terbuka.
Bilik darjah tradisi
Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik
murid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan
KBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi
sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru
menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya
pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru
lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran
menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru
serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan
pendengaran ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih
berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di
dalam bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang
disampaikan oleh guru.
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di
beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darajah KBSM
pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan
pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini
mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah
tradisi.
Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah
kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara
berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan
pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang
digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM
disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti
pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga
diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang
menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran
Dari segi ciri bilik darjah terbuka,kita dapati bahawa guru dalam bilik
darjah hanya berperanan sebagai pembimbing,pengurus
pembelajaran,kaunselor,pemudah cara atau fasilitator. Ini jelas berbeza dengan
bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan kelas. Implikasi daripada ini
ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya sendiri. Suasana
berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi,ujian dan tekanan dari luar
untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.
Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah
terbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalah
yang dijangkakan timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akan
menimbulkan masalah bagi guru yang tidak terlatih.
MASALAH-MASALAH UTAMA DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
Sebagai seorang guru yang mengajar pelajar,semestinya menyimpan
matlamat yang tersendiri selain daripada objektif yang tertulis dalam buku
rancangan pengajaran. Sebagai contoh,seorang guru yang bersifat pendidik
mesti mempunyai azam mendidik pelajar-pelajarnya menjadi manusia yang
berguna,boleh memberi sumbangan kepada masyarakat
sekeliling,memanfaatkan ilmu yang di sampaikan kepada orang lain. Matlamat-
matlamat ini tidak pernah termaktub di dalam buku rancanag pengajaran. Tetapi
adakalanya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan salah satu
wasilah untuk merealisasikan objektif dan matlamat tersebut tidak berjaya
sebagaimana yang diharapkan. Kegagalan ini berpunca dari beberapa masalah
yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Masalah-masalah telahpun dikenalpasti sebagai masalah yang sering dihadapi
oleh kebanyakan guru. Antara masalah-masalah tersebut ialah:
1 )Masalah komunikasi
Komunikasi ialah merupakan medium untuk seorang guru menyampaikan ilmu
pengetahuan dan maklumat kepada pelajar-pelajarnya dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran samada secara langsung atau secara tidak
langsung. Komunikasi dalam konteks pendidikan boleh diklasifikasikan kepada
dua kategori iaitu komunikasi secra lisan atau dikenali juga sebagai komunikasi
“verbal” dan yang ke dua ialah komunikasi secara bukan lisan atau “non verbal”.
Komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat ataupun idea
secara lisan daripada seorang individu iatu guru kepada sekumpulan pendengar
atau pelajar. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan sekiranya idea atau
maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah difahami.
Manakala komunikasi bukan secara lisan pula ialah penyampaian maklumat
melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan,gerak kepala,ungkapan muka dan
sebagainya. Misalnya mengangguk kepala boleh diertikan sebagai bersetuju
atau menerima,senyuman bererti memberi galakan. Berdasarkan rujukan dan
kajian yang telah saya jalankan dapat saya spesifikkan masalah komunikasi ini
kepada beberapa sebab iaitu: