Sei sulla pagina 1di 5

KERTAS KERJA PROGRAM MENTOR MENTI LINUS SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU 2013

1.0

NAMA PROGRAM Program Mentor Menti Linus

1.

PENDAHULUAN LINUS merupakan program yang mengkhusus kepada usaha menyeluruh dan bersepadu di bawah sub-NKRA Pendidikan yang berhasrat memperluas akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Dari aspek istilah, LINUS merupakan akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening). Manakala dari aspek kandungan, LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi (Matematik) pada akhir 3 tahun persekolahan pada peringkat pendidikan rendah.LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

2.

RASIONAL Setiap murid, sama ada dalam kategori Linus atau Linus Tegar memiliki potensi tersendiri untuk menguasai kemahiran dan konstruk-konstruk literasi dan numerasi. Usaha bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu mampu meningkatkan keupayaan murid-murid Linus untuk mentransformasi kemahiran mereka sehingga boleh berpindah ke kelas perdana. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru secara individu mampu meningkatkan kemahiran murid Linus dalam menguasai 3M. Justeru, program Mentor Menti merupakan medan paling sesuai bagi merangsang minat muridmurid Linus dan Linus Tegar untuk membolehkan murid-murid mendapat bimbingan secara lebih fokus dan berkesan.

3.

OBJEKTIF a. Menyediakan peluang kepada murid-murid Linus untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar secara individu daripada mentor masing-masing. b. Merapatkan hubungan antara guru dan murid.

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu

c.Menyemai dan memupuk sifat kesungguhan dan keazaman dalam diri murid-murid Linus serta mengekang sifat mudah putus asa. d.Menggalakkan kerjasama antara guru dalam memastikan pencapaian Linus di sekolah.

4.

KUMPULAN SASARAN Murid-murid Linus Tegar dan Linus Tahun 1 selepas Saringan 1 bagi tahun 2013 dan guru-guru LINUS dan guru pemulihan.

5.

MATLAMAT Mensifarkan murid-murid LINUS TEGAR dan LINUS dalam saringan 2 yang akan datang. Program ini dapat mengesan kelemahan murid secara individu dan seterusnya membantu mereka untuk memantapkan kemahiran mereka untuk menguasai kemahiran 3M dengan teknik yang betul.

6.

PENERAJU Penyelaras Linus, semua guru tahap satu Literasi dan Numerasi.

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu


7.

JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA PROGRAM

PENASIHAT En Mohamad Akhwan b Hj Jamil (Guru Besar)

PENGERUSI Pn Jamaliah bt Razali (Guru Penolong Kanan Kurikulum)

PENYELARAS Pn Norzuliana bt Amir (Penyelaras Linus)

Setiausaha Literasi Pn Habibah bt Takril (Guru Literasi)

Setiausaha Numerasi En. Mohamad Afiq b Ahmad (Guru Numerasi)

Mentor Pn Habibah bt Takril Pn Rogayah bt Bakar Pn Saleha bt Abdullah Pn Afiza Fazuraini bt Omar Pn Norasikin bt Mohammad En Mohamad Afiq b Ahmad Pn Norzuliana bt Amir
3

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu


8.

PENGISIAN PROGRAM
a. b. c. d.

Perjumpaan mingguan Latih tubi membaca Latih tubi asas Numerasi Latih tubi penulisan

9.

KAEDAH PENILAIAN
i.

Pre test dan post test boleh guna Instrumen saringan yang terdahulu.

10.

TARIKH CADANGAN PERLAKSANAAN Program akan berkuatkuasa selepas Saringan 1 2013.

11.

TEMPAT PERLAKSANAAN Mentor akan memilih sendiri tempat mengikut kesesuaian mentor dan murid.

12.

ANGGARAN KOS

BIL 1

PERKARA Bahan untuk ABM/BBM Jumlah

ANGGARAN KOS RM50 RM50

13.

PENUTUP Semoga dengan adanya Program Mentor Menti ini akan dapat mensifarkan bilangan murid Linus Tegar dan Linus di sekolah ini dan mentor dapat mengesan kelemahan murid secara individu dan seterusnya membantu mereka untuk memantapkan kemahiran mereka untuk menguasai kemahiran 3M dengan teknik yang betul dan berkesan. Selain itu juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru dan juga semua guru tahap satu bagi Literasi dan Numerasi serta dapat bersama menggembleng tenaga demi memantapkan pencapaian Linus di sekolah.

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu

Disediakan oleh, . (PN NORZULIANA BINTI AMIR) Penyelaras Linus SK Kuala Kubu Bharu

Disahkan oleh, .. (EN MOHAMAD AKHWAN BIN HJ JAMIL) Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu

Potrebbero piacerti anche