Sei sulla pagina 1di 4

LAPORAN KOKURIKULUM SMK BUKIT KUCHING TENGAH 2013 Pendahuluan Kegiatan Kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan

Badan Beruniform, Persatuan/Kelab dan Sukan/Permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sementelahan pula, pada masa ini penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut di ambil kira dalam kemasukan ke institusi pengajian tinggi. SMK Bukit Kuching Tengah menawarkan lapan pasukan badan beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Kadet Polis, Kadet Bomba dan Silat. Terdapat juga 6 persatuan akademik dan 13 kelab, selain 13 kelab sukan dan permainan untuk disertai oleh murid-murid.

Program-program yang telah dilaksanakan Pendaftaran dan Mesyuarat Agung Badan Beruniform Pendaftaran dan Mesyuarat Agung Persatuan/Kelab dan Sukan/Permainan Perjumpaan mingguan kokurikulum pada setiap hari untuk Badan Beruniform, Persatuan/ Kelab, Sukan/Permainan dan Program 1Murid 1Sukan Gotong Royong Keceriaan Pertandingan Permainan Peringkat MSSD Kuala Selangor mengikut takwim Daerah

Program-program yang dirancang dan bakal dilaksanakan Kursus Kepimpinan Kokurikulum Lawatan Sambil Belajar Persatuan/Kelab dan Badan Beruniform Lawatan Kokurikulum Perkhemahan Bersepadu Badan-badan Beruniform Kejohanan Sukan Sekolah Bengkel Senam Robik Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kuala Selangor Kem Peningkatan Sahsiah Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

DASAR 1MURID 1SUKAN (1M1S) SMK Bukit Kuching Tengah menggerakkan dan melaksankan dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) pada April 2011. Dasar 1M1S ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010. Matlamat dasar ini adalah: Menggalakkan penyertaan aktif setiap murid agar dapat melahirkan modal insan yang sihat Melengkapi usaha membangunkan sukan untuk kecemerlangan Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh daripada kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan budaya hidup sihat dan cergas Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi

PENILAIAN 10 PERATUS KOKURIKULUM Pendahuluan Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9, 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasrakan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian daripada merkah penilaian kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan. Rasional Penilaian kegiatan kokurikulum pelajar yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam memberi markah kepada pelajar. Melalui penggunaan borang yang standard unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari Penilaian kegiatan kokurikulum boleh meransangkan pelajar untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana penilaian dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi penglibatan yang cemerlang dlaam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka. Penilaian Aktiviti Kokurikulum Aspek-aspek yang dinilai: 1. Kehadiran 2. Jawatan disandang 3. Penglibatan 4. Pencapaian

50 Markah 10 Markah 20 Markah 20 Markah

Markah aspek kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Hal ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimun berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun, dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 3 jam Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika pelajar sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, Kelab/Persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan Kelab Sukan/Permainan 12 kali perjumpaan setahun.

Jadual Perjumpaanm