Sei sulla pagina 1di 2

Program Intervensi untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Outcome 4)

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti murid-murid lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membantu kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Ramai pendidik percaya yang ramai pelajar yang gagal uttuk menguasai konsep, kemahiran dan strategi penyelesaian masalah dalam matematik Mengikut perspektif metakognitif, pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti mempunyai kesukaran dalam: a)kebolehan menyelesaikan masalah b)mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai c)menyusun maklumat yang telah dipelajari d)menjalankan proses penyelesaian masalah e) menghuraikan masalah untuk ketepatan f) membuat kesimpulan strategi untuk situasi yang sesuai Dalam mengatasi masalah pembelajaran matematik di kalangan murid yang mempunyai masalah pembelajaran, program intervensi hendaklah dijalankan. Program intervensi adalah satu program yang direka khusus bagi membantu mengatasi masalah pembelajaran terhadap murid-murid yang lemah. Bagi menjalankan sesuatu program intervensi, guru matematik hendaklah mengenalpasti murid yang terlibat terlebih dahulu. Murid yang telah dikenal pasti lemah ini akan diberi kelas intervensi. Dalam program intervensi ini, terdapat pelbagai teknik pengajaran yang boleh dilakukan namun ianya hendaklah selaras dengan keupayaan murid tersebut selain guru juga haruslah berusaha sedaya upaya untuk mengajar agar murid dapat belajar dan menguasai isi pelajaran dalam sesuatu objektif yang ditentukan. Selain itu, setiap aktiviti yang dilaksanakan hendaklah menekankan beberapa elemen seperti penglibatan murid, tahap kesediaan murid, penggunaan muzik untuk merangsang dan penyusunan isi pelajaran. Ini adalah kerana penglibatan yang aktif di kalangan murid akan membuatkan kemahiran yang ingin diajarkan akan lebih mudah diingati. Artikel ini menerangkan mengenai program intervensi awal yang dikenali sebagai Recognition and Response. Program ini merupakan satu program untuk membantu ibubapa dan guru dalam

mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini. Model The Response to Intervension (RTI) digunakan untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran di peringkat awal di mana program ini melibatkan pendedahan awal dan merupakan satu intensif berdasarkan ciri-ciri pembelajaran yang bersesuaian untuk mereka. Fungsi RTI adalah untuk mengenal masalah akademik bagi kanak-kanak ini. 3 komponen yang digunakan oleh RTI ialah kegunaan pelbagai cara dalam meningkatkan intervensi, pendekatan masalah melalui strategi arahan dan juga pengumpulan data bagi mengikuti perkembangan mereka. Konsep sistem Recognition and response ini dibangunkan oleh Emily Hall Tremaine Foundation yang bertujuan untuk membolehkan ibubapa dan guru mengenal pasti tanda-tanda awal bagi kanak-kanak ini dan seterusnya menyediakan cara positif yang efektif untuk kanak-kanak ini berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Matlamat utama model ini adalah untuk membolehkan guru mengintegrasikan sistem arahan yang bersesuaian untuk memperbaiki rancangan pembelajaran kanak-kanak ini.

Potrebbero piacerti anche