Sei sulla pagina 1di 2

REFLEKSI KESELURUHAN UNIT BERUNIFORM II : PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya menyiapkan refleksi keseluruhan sepanjang saya belajar subjek WAJ 3111 iaitu Kokurikulum II (Unit Beruniform) semester ini dengan selengkapnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah mengajar dan banyak membantu saya dan rakan-rakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutamanya kepada ketua penasihat BSMM iaitu Puan Zowyah bt Shabdin dan Encik Abd Aziz bin Ishak selaku pensyarah bagi pasukan saya, Pasukan 1. Secara jujurnya, kursus ini banyak memberi impak yang positif kepada saya dalam menambahkan pengetahuan yang baru serta dapat menjadikan saya sebagai seorang bakal guru yang berwibawa melalui kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang semester ini. Hal ini kerana kursus ini banyak mendedahkan perihal kegiatan kokurikulum yang dijalankan. Sebelum itu, wibawa bermaksud seseorang yang memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kursus ini sangat sesuai dipelajari oleh para guru pelatih demi melengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang kegiatan kokurikulum sebagai persediaan untuk melangkah kaki ke dunia pendidikan yang sebenar. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang semester ini bermula. Antaranya ialah latihan kawad kaki, pendidikan asas kesihatan, kursus Rawatan Cemas dan Perkhemahan. Latihan kawad kaki dan nyanyian lagu BSMM diadakan pada setiap petang pada hari Rabu. Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar guru teknik dan cara kawad kaki yang betul. Hal ini sebagai persediaan kepada para pelajar guru untuk mengajar murid-murid kawad kaki di sekolah nanti. Selain itu, kursus Rawatan Cemas dilakukan pada minggu seterusnya bagi mendedahkan kepada para pelajar guru terutamanya kepada Unit Beruniform BSMM mengenai rawatan awal yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih parah dan serius. Sebagai contoh, teknik CPR boleh dilakukan kepada mangsa yang dijumpai separuh sedar.

REFLEKSI KESELURUHAN UNIT BERUNIFORM II : PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti terakhir bagi setiap unit beruniform. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya beroleh banyak pengalaman berharga untuk saya berkongsi dengan rakan-rakan dan anak murid saya nanti. Melalui aktiviti perkhemahan yang diadakan selama 4 hari 3 malam iaitu dari 11 September hingga 14 September 2012 di sekitar kawasan IPG Kampus Pulau Pinang, saya berupaya memantapkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan unit beruniform untuk membolehkan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat di sekolah kelak. Selain itu, saya juga berpeluang menguruskan aktiviti perkhemahan unit beruniform, meningkatkan jati diri dan merapatkan silaturrahim dalam kalangan pelajar guru lebihlebih lagi dalam unit BSMM. Banyak aktiviti yang menarik dilakukan sepanjang perkhemahan antaranya ialah kawat kaki, istiadat menaikkan bendera, mendirikan khemah dan gajet. Saya dan rakan juga berpeluang untuk memasak sarapan pagi dan minum petang. Kami juga didedahkan cara membuat roti lilit hanya menggunakan tepung gandum, garam dan air. Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan berjaya mencapai objektifnya dan memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk saling tolongmenolong dan bekerjasama dalam melakukan semua kerja yang ditugaskan.

Potrebbero piacerti anche