Sei sulla pagina 1di 1

Teori Ekologi Bronfenbrenner.

(1979,1989) Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanakkanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu: Mikrosistem : persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru. Mesosistem : perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yag lain. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran. Eksosistem : pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem : perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Kronosistem : perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Potrebbero piacerti anche