Sei sulla pagina 1di 2

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KP(BS)8591/Jld.VIII / (77) 9 Julai1997

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1997 : Amalan Kebersihan Di Sekolah


Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil perhatian berat terhadap tahap kebersihan di sekolah-sekolah. Walaupun usaha meningkatkan amalan kebersihan telah dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh kebanyakan sekolah, namun keberkesanannya didapati masih belum mencapai tahap yang diingini. Amalan kebersihan perlu ditegaskan pada setiap masa dan segala usaha ke arah itu hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan bahawa semua warga sekolahnya benar-benar memahami serta mengamalkan kebersihan sebagai cara hidup yang dihayati. 2. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan menperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan ke atas perkara-perkara seperti berikut : 2.1 2.2 2.3 2.4 Mewujudkan iklim sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap masa. Menyediakan panduan kebersihan bagi sekolah. Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti peningkatan kebersihan sekolah. Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah.

3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Datuk Haji Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Unit Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Potrebbero piacerti anche