Sei sulla pagina 1di 33

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

1.0 PENGENALAN Teori Perkembangan Kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget tidak asing lagi dari dahulu hinggalah ke hari ini. Bahkan teori ini mendapat banyak kitikan dari pelbagai pihak. Ada yang menyokong teori yang di asaskan oleh beliau bahkan ada yang menolak kewujudan teori beliau. Dalam teori perkembangan Jean Piaget, beliau telah mengutarakan beberapa peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu terbahagi kepada empat antaranya, tahap sensori motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan operasi formal. Kanak-kanak dalam peringkat sensori motor atau juga dikenali sebagai deria motor berumur lingkungan 1 bulan hingga 2 tahun manakala peringkat praoperasi berusia lingkungan 2 hingga 7 tahun. Dalam peringkat operasi konkrit kanak-kanak berusia dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun dan operasi formal berusia sekitar 12 tahun ke atas.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

2.0 TUGASAN A (BERKUMPULAN) 2.1 KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET Jean Piaget atau nama sebenarnya Jean Will Fritz Piaget merupakan seorang ahli psikologi dan juga ahli falsafah yang sangat disegani melalui kajiannya terhadap kanak-kanak. Dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Neuchatel, Switzerland, Jean Piaget adalah anak sulung kepada Arthur Piaget yang merupakan seorang professor di Universiti Neuchatel dan juga anak kepada Rebecca Jackson. Ketika berumur 11 tahun, Jean Piaget telah menulis satu karangan ilmiah yang berkenaan dengan seekor albino sparrow yang merupakan permulaan terhadap penulisan-

penulisannya yang lain dimana melebihi 60 buah buku dan ratusan artikel. Minat utama Jean Piaget adalah berkenaan moluska. Minatnya ini telah menjadikannya terkenal sehingga ke peringkat universiti. Jean Piaget telah menyambung pengajiannya di Universiti Neuchatel selepas tamat persekolahan tinggi dalam bidang Sains Tulen dimana dia memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) ketika berumur 22 tahun. Piaget kemudian telah berhijrah ke Perancis selepas berada di Universiti Zurich selama satu semester. Pada ketika ini, minat beliau terhadap bidang psikoanalisis bermula. Di Perancis, beliau telah bekerja di sebuah institusi kanak-kanak lelaki yang dibangunkan oleh Alfred Binet dan De Simon. Jean Piaget telah menyelaraskan satu ujian kepintaran (test of intelligence) dan melakukan kajian pertama beliau berkenaan pertumbuhan minda (the growing mind) selepas Alfred Binet dan De Simon membangun satu ujian untuk mengukur kepintaran kanak-kanak.Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai pengarah pengajian di institut J.J Rousseau di Geneva atas permintaan Sir Ed. Claparede dan P.Bovet pada tahun 1921 dan pada waktu ini, beliau telah menerbitkan satu artikel yang merupakan artikel pertamanya tentang psikologi kepintaran. Di Institut J.J Rousseau, Piaget bersama-sama dengan para pelajarnya telah mula mengkaji tentang penaakulan kanak-kanak sekolah rendah. Piaget meneruskan kajiannya tentang kognitif kanak-kanak dengan menggunakan anak-anaknya sebagai bahan kajian. Beliau bersama isterinya mengkaji perkembangan intelek dari masa kanak-kanak serta perkembangan bahasa anak-anak mereka. Pada tahun 1955, beliau telah mewujudkan dan mentadbir The International Center For Genetic Epistemology sehingga akhir hayatnya pada 16 September 1980. Kajiannya mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 2

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (02 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Jean Piaget menghuraikan tentang bagaimana kanak-kanak memperoleh pengetahuan. Tahap yang pertama merupakan golongan kanak-kanak yang baru lahir sehingga berumur 2 tahun. Tahap yang kedua ialah praoperasi, iaitu kanak-kanak yang berumur 2 tahun sehingga 6 tahun. Tahap perkembangan yang ketiga merupakan tahap operasi konkrit, iaitu kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 11 tahun dan akhir sekali ialah tahap yang keempat iaitu tahap operasi formal, yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 11 tahun ke atas. Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak perlu melalui tahap-tahap berikut sebelum melalui tahap-tahap perkembangan yang lebih kompleks. Namun begitu, teori Piaget terhadap perkembangan kanak-kanak ini masih dipertikai mengenai kebenarannya. Menurut Gelman dan Baillargeon (1983), mereka mengatakan bahawa jika kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berdasarkan set operasi yang khusus maka mereka juga sepatutnya dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai contoh, peringkat operasi konkrit sebagaimana yang telah diutarakan oleh Jean Piaget dalam teorinya menunjukkan kemampuan pemuliharaan kanak-kanak dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple pada tahun 1982 menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat berbanding pemuliharaan angka. Hal ini bermakna pada peringkat operasi konkrit kanak-kanak lebih dahulu memahami konsep angka daripada berat . Selain itu, dari segi metodologi pula, Jean Piaget hanya menjalankan kajiannya terhadap ketiga-tiga orang anaknya sahaja. Hal ini dibuktikan dalam karya penulisan Dr. Paul Suparno di dalam buku yang berjudul Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget di mana beliau menyatakan bahawa Piaget meneruskan penelitian dalam bidang perkembangan kognitif kanak-kanak bersama isterinya menerusi ketiga-tiga orang anaknya pada tahun 1920 hingga 1930. Hasil penelitian Piaget keatas anak-anaknya telah dibukukan dalam buku yang bertajuk The Origins of Intellegence in Children dan The Construction of Reality In The Child. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar dalam buku yang bertajuk
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

Pengenalan Kepada Psikologi


3

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

Kanak-kanak dan Remaja, beliau menyatakan ketidaksesuaian kaedah yang beliau gunakan untuk kajiannya. Responden kajian beliau hanyalah tiga orang anaknya dan bukan 40 atau 50 orang responden yang dapat mewakili satu persampelan yang lebih besar. Jas Laile Suzana juga menyatakan bahawa kemungkinan wujud keputusan yang bias kerana bilangan responden yang sedikit, tiada pemerhati yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget jalankan kajian. Apabila kajian yang sama dijalankan dengan lebih ramai responden dan kawalan yang lebih baik dalam makmal, aliran tahap perkembangan Piaget dapat membuktikan kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahan itu berlaku. Hal ini amatlah tidak menepati piawaian yang sepatutnya di samping tidak mengambil kira faktor baka merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini turut menjelaskan bahawa beliau mengambil kira semua kanak-kanak adalah serupa dengan anak-anaknya tanpa berfikir bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Menurut Arnold Gesell faktor baka merupakan penggerak utama dalam perkembangan seseorang individu. Sedangkan Jean Piaget hanya menggunakan ketiga-tiga orang anaknya sahaja sebagai kajian. Hal ini jelas menunjukkan kelemahan teori ini. Bahkan Ginsburg dan Opper (1988) dalam buku Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget karya Dr. Paul Suparno turut mengatakan metodologi yang digunakan oleh Jean Piaget adalah lemah dan tidak lengkap. Mereka berpendapat bahawa pengamatan seorang bapa terhadap anaknya berkemungkinan tidak tepat dan meragukan kerana mempunyai hubungan darah. Hal ini turut disokong oleh Wodworth (1989) yang mengatakan bahawa teori perkembangan Jean Piaget bukan suatu yang mantap dan tetap serta tidak lengkap. Objektif teori yang dibuat oleh Piaget ini adalah untuk mengkaji bagaimana kanak-kanak mengadaptasikan dan mengaitkan selain mengubahsuai kemahiran asas atau skema yang ada dalam kognitif seseorang kanak-kanak selepas menerima input atau pengetahuan baru. Pendapat atau saranan beliau ini walau bagaimana pun tidak dapat diterima dengan sepenuhnya kerana perkembangan kognitif kanak-kanak tidak hanya bergantung kepada perubahan umur sahaja tetapi juga bergantung kepada faktor-faktor lain.Antaranya ialah faktor persekitaran atau faktor latar belakang dan faktor pengalaman. Faktor-faktor ini juga memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

Selain itu, jika dilihat peringkat perkembangan kognitif yang telah diutarakan oleh Jean Piaget, ianya seolah-olah mengetepikan golongan kanak-kanak yang bekeperluan khas. Sebagai contoh, tahap perkembangan kognitif kanak-kanak normal dan kanak-kanak bekeperluan khas adalah berbeza. Contoh individu yang mempunyai masalah mental seperti sindrom, lembam, dan sebagainya manakala masalah fizikal seperti cacat penglihatan,pekak dan bisu. Jean Piaget perlu melakukan kajian ke atas setiap individu tidak mengira kanak-kanak biasa atau yang bermasalah kerana tidak semua mempunyai tahap pemikiran dan perkembangan kognitif yang sama. Hal ini membuktikan Jean Piaget tidak mampu menjelaskan elemen diatas dengan ilmiah dan jelas. Mengikut Fisher (1980), di dalam buku Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja karya Jas Laile Suzana Jaafar, beliau telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain lagi bergantung kepada pengalaman mereka. Namun begitu, Piaget percaya bahawa perkembangan kognitif merupakan proses semula jadi dan perkembangan struktur kognitif kanak-kanak dipelajari secara sendiri tanpa pengajaran orang dewasa. Menurut Burger, 1988 mengatakan Jean Piaget lebih menumpukan kanakkanak biasa dan tidak mengambil kira perbezaan individu atau kanak-kanak dari segi warisan, budaya dan pendidikan. Selain itu, Jean Piaget juga sangat mementingkan pengetahuan dalaman individu dan tidak mengambil kira motivasi dan pengajaran luaran dalam teori perkembangan kognitifnya. Dalam teori kognitif Jean Piaget

beliau membahagikan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat peringkat seperti yang telah dinyatakan. Hal ini berbeza dengan teori perkembangan kognitif Jerome Bruner. Menurut Jerome Bruner (1915), dalam teori perkembangan kognitifnya terdapat tiga sahaja peringkat perkembangan kognitif iaitu peringkat Enaktif (0-2 tahun), peringkat Ikonik (2-4 tahun) dan peringkat Simbolik (5-7 tahun). Di samping itu, Bruner juga menghuraikan teori perkembangan kognitifnya berlandaskan kepada teori pengajaran bukan teori pembelajaran. Hal ini selari dengan pendapat Burger yang mengtatakan bahawa jean Piaget tidak menekankan individu dari segi motivasi dan pengajaran luaran. Jean Piaget perlu mengambil kira perbezaan individu dari segi latar belakang keluarga contohnya jika kanak-kanak itu berasal daripada keluarga yang kaya maka tahap pemikiran mereka adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang yang
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 5

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

miskin. Hal ini kerana kanak-kanak yang kaya mempunyai banyak kemudahan untuk belajar iaitu mereka mampu membeli buku-buku rujukan, komputer dan sebagainya. Oleh itu, tahap pemikiran mereka adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang miskin. Selain itu, Jean Piaget juga perlu melihat seseorang individu dari aspek kebudayaan dan pendidikan. Menurut Robert Hurighurst perkembangan manusia di pengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Pendapat ini sama seperti Burger (1988) mengatakan bahawa Jean Piaget tidak mengambil kira perbezaan individu dari aspek kebudayaan. Hal ini kerana keluarga yang kaya mampu untuk membeli banyak buku untuk dibaca. Oleh itu, kanak-kanak ini lebih gemar membaca buku kerana ianya merupakan budaya keluarga berbanding dengan kanak-kanak yang miskin yang tidak mampu membeli buku menyebabkan budaya membaca mereka menjadi kurang. Hal ini akan menyebabkan tahap pemikiran di antara setiap individu berbeza mengikut kebudayaan masing-masing. Di samping itu,Jean Piaget juga hanya mementingkan pengetahuan dalaman individu dan tidak mementingkan motivasi dan pengajaran luaran. Hal ini tidak begitu tepat kerana motivasi adalah penting kepada seseorang individu kerana motivasi akan mendorong seseorang melakukan sesuatu dan interaksi berlaku secara terusmenerus antara motivasi dan tingkah laku menurut Imam Al-Ghazali. Motivasi juga penting untuk pembelajaran yang berkesan dan pendorong untuk kanak-kanak melakukan sesuatu menurut Dr. Omar Al- Syaibani dalam buku Falsafah Pendidikan Islam. Seterusnya, Piaget banyak menyentuh tentang contoh sains dan matematik dalam teori perkembangan kognitifnya. Hal ini mungkin kerana beliau ialah seorang ahli biologi. Namun begitu, hal ini tidak sesuai kerana beliau hanya menumpukan kajiannya lebih kepada sains dan matematik dan beliau sepatutnya mengemukakan contoh-contoh secara keseluruhan seperti yang ada di persekitaran kita. Hal ini akan lebih memudahkan kanak-kanak memahami apa yang ingin disampaikan. Selain itu, Piaget juga telah membuat beberapa andaian terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak ini. Antaranya andaian yang dibuat oleh Piaget ialah kanak-kanak mempelajari sendiri banyak perkara tanpa bantuan orang yang lebih dewasa. Namun apa yang berlaku ialah kanak-kanak memerlukan bantuan daripada orang dewasa untuk mempelajari sesuatu perkara. Contohnya, seorang
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 6

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

kanak-kanak itu akan mengetahui sebiji epal setelah ibunya memperkenalkan buah epal itu kepadanya dan kemudiannya memberitahu kepada kanak-kanak itu bahawa apa yang dilihatnya itu adalah sebiji epal. Justeru, kanak-kanak tidak dapat mempelajari sesuatu yang baru itu tanpa bantuan daripada orang dewasa. Selain itu, kanak-kanak tersebut mungkin akan tersalah konsep sesuatu benda itu. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak melihat permukaan bumi yang rata, mereka akan mengandaikan bahawa bumi ini adalah rata dan leper. Pada hakikatnya bumi adalah sfera dan tidak rata jika kanak-kanak ini mengetahui konsep yang diajar oleh orang dewasa kepada mereka. Oleh itu, bantuan daripada orang dewasa sangatlah penting untuk memberi pengetahuan atau ajaran yang baru kepada kanak-kanak ini. Disamping itu, Piaget juga telah membuat andaian bahawa kanak-kanak secara semula jadi termotivasi untuk belajar dan tidak memerlukan motivasi dalam bentuk ganjaran daripada orang dewasa. Apa yang dimaksudkan oleh Piaget ini adalah kanak-kanak akan termotivasi untuk belajar sendiri sesuatu yang digemarinya tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang menggemari angka-angka, akan termotivasi untuk lebih cenderung mendalami ilmu matematik dan kanak-kanak ini akan sentiasa membuat latihan matematik dengan sendirinya tanpa disuruh oleh orang dewasa. Namun begitu, kebanyakkan kanakkanak yang menggemari subjek matematik kurang berminat untuk mendalami bidang sastera seperti subjek bahasa. Justeru, kanak-kanak tersebut memerlukan motivasi daripada orang dewasa untuk mempelajari subjek yang kurang digemarinya dan guru perlulah sentiasa memberikan peneguhan positif sebagai salah satu cara memotivasikan murid tersebut bagi menggalakkan murid tersebut untuk belajar subjek yang kurang digemarinya itu. Selain itu juga, Jean Piaget telah mengutarakan andaian beliau terhadap teori perkembangan kanak-kanak ini bahawa kanak-kanak membina sendiri pengetahuan baru berdasarkan pengalaman yang diperolehinya. Kenyataan Piaget dalam hal ini mungkin tepat. Hal ini demikian kerana melalui pengalaman-pengalaman lalu bukan sahaja orang dewasa dapat membina pengetahuan baru ini malah ianya juga dapat memberikan satu pengetahuan untuk kanak-kanak membina pengetahuan mereka untuk kegunaan masa hadapan. Sebagai contoh, apabila seorang kanak-kanak belajar berjalan. Kanak-kanak tersebut akan cuba berjalan walaupun mereka telah jatuh beberapa kali. Selepas jatuh untuk beberapa kali, kanak-kanak tersebut akan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 7

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

menjadikan pengalaman yang lalu untuk mereka membina pengetahuan yang baru bagi mencapai matlamat mereka untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang lain sehinggalah mereka berjaya berjalan dengan betul tanpa mendapat sebarang bantuan lain. Walau bagaimanapun, dalam hal ini juga mungkin Piaget telah tersalah dalam membuat andaiannya ini kerana pengetahuan itu diberikan oleh orang yang lebih dewasa berdasarkan pengalaman kanak-kanak tersebut. Semasa kanak-kanak menjalankan ujikaji tentang subjek Sains dalam makmal sains misalannya, guru perlu memberi penerangan kepada kanak-kanak tersebut untuk menjadikan pengalaman itu bermakna dan seterusnya membina pengetahuan pelajar tersebut. Jika kanakkanak itu dibiarkan tanpa penerangan daripada gurunya maka pengalaman itu akan menjadi sia-sia dan kanak-kanak tersebut tidak dapat membentuk pengetahuan yang baru. Kesimpulannya teori yang diperkenalkan oleh Piaget mempunyai beberapa kelemahan tetapi teori beliau menjadi asas kepada perkembangan kanak-kanak. Menurut Jean Piaget (1896-1980), perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat perinkat dan setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak. Bagi menguatkan teori ini, Piaget telah membuat hujah yang logik melalui pendedahan yang dibuat oleh Piaget melalui teorinya iaitu pededahan kepada kanak-kanak adalah secara berperingkat dan mengikut kematangan. Perubahan ini bermula daripada satu peringkat ke satu peringkat dan seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak tersebut mencapai tahap kematangan yang ideal dan terdesah kepada pengalaman yang relevan. Jika kanak-kanak tersebut tidak memiliki pengalaman-pengalaman tersebut, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembanagan kognitif yang tinggi. Sesungguhnya teori kognitif ini dapat membantu kanak-kanak menguasai pembelajaran mereka dan juga dapat memudahkan persediaan guru untuk mengajar kelak. Kanak-kanak yang masih berada pada tahap sensorimotor tidak akan memahami pembelajaran peringkat operasi formal. Semua pembelajaran adalah berdasarkan kematangan minda kanak-kanak dan berkait rapat dengan umur kanak-kanak. Secara konklusinya, hujah Jean Piaget adalah logik dan boleh diterima kerana kanak-kanak yang lebih matang boleh memahami pengajaran yang lebih kompleks.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 8

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

3.0 TUGASAN B (INDIVIDU) 3.1 INDIVIDU A (JUNAIDA BINTI SHUKOR) A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET Kritikan Teori Jean Piaget sememangnya terdapat kebenarannya

sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Berger 1988 di mana beliau mengatakan bahawa Jean Piaget mengambil masa yang terlalu lama untuk menerangkan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan setiap individu yang berlainan keturunan, budaya dan juga latar pendidikan. Sebagaimana yang telah beliau utarakan dalam teorinya, kanak-kanak mengalami empat peringkat proses perkembangan kognitif antaranya peringkat sensori motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal. Gelman dan Baillargeon 1983 turut mempertikai keempat-empat peringkat teori perkembangan kognitif yang telah diutarakan oleh Jean Piaget. Jika dilihat kajian yang telah dijalankan oleh Jean Piaget terhadap kanakkanak dalam peringkat praoperasi iaitu lingkungan usia dua hingga tujuh tahun, kanak-kanak gagal menggambarkan proses transformasi. Sebagai contoh, apabila batang kayu jatuh dari keadaan tegak, dia hanya akan dapat tumpukan perhatiannya kepada kedudukan tegak kayu atau kedudukan baringnya. Saya juga telah melakukan eksperimen yang sama dengan menggunakan sebatang kayu ketika menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah terhadap murid-murid Tahun 1 dan hasil eksperimen saya mendapati bahawa kanak-kanak menjawab pelbagai jawapan dan tiada jawapan yang khusus untuk eksperimen tersebut. Hal ini membuktikan bahawa kritikan terhadap Jean Piaget berkenaan peringkat praoperasi yang telah diperkenalkan beliau tidak tepat sama sekali. Jean Piaget juga telah mendapat kritikan berkaitan tentang peringkat perkembangan kognitif operasi konkrit yang mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai kedua-dua konsep angka dan berat sekaligus sedangkan kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple pada tahun 1982 menunjukkan perkara yang sebaliknya. Saya juga telah menjalankan eksperimen berkaitan isu tersebut terhadap murid Tahun 5 dan buktinya jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak terlebih dahulu memahami konsep angka kemudian diikuti dengan berat dan ukuran-ukuran yang lain.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

Jika dilihat pada teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget, beliau lebih menekankan perkembangan kanak-kanak normal tanpa mengambil kira permasalah kognitif yang dialami oleh golongan berkeperluan khas. Beliau seolah-olah menyamakan perkembangan kognitif kanak-kanak normal dengan kanak-kanak abnormal adalah serupa. Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalankan beberapa minggu yang lepas, perkembangan kognitif kanak-kanak sangatlah berbeza berbanding kanak-kanak normal. Saya telah memasuki kelas Pendidikan Khas di mana ianya terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran, percakapan, penglihatan dan lembam serta mempunyai lingkungan usia antara lapan hingga empat belas tahun. Golongan kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai perkembangan kognitif yang agak lambat jika dibandingkan kanak-kanak normal yang lain di mana mereka sangat lambat dalam proses belajar, bertutur dan seumpamanya. Jean Piaget juga memberi pendapat bahawa kanak-kanak belajar sendiri melalui pengalaman yang diperolehi tanpa bantuan orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan apa yang pernah saya lalui semasa menjalankan aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah di mana kanak-kanak perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar dari orang lain dalam proses belajar. Jika dilihat kaedah kajian yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam memberikan hujah berkaitan dengan teorinya, beliau lebih banyak menggunakan subjek Matematik dan Sains tanpa mengambil kira faktor motovasi luaran terhadap diri kanak-kanak. Melalui pengalaman yang telah saya jalankan di sekolah, kanak-kanak lebih cepat berkembang tahap kognitifnya sekiranya diberi galakan dan sokongan yang padu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

10

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

B) REFLEKSI Teori yang diperkenalkan oleh Jean Piaget ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana beliau berpendapat bahawa isi kandungan pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripada senang kepada yang susah serta mengikut

perkembangan fizikal kanak-kanak. Hal ini bermakna setiap perkara yang di ajar kepada murid-murid perlulah bersesuaian mengikut tahap umur. Menurut Piaget dalam buku Perkembangan Kanak-kanak karya Mok Soon Sang, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya dan mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Hal ini bermaksud sebagai seorang guru kita seharusnya bersedia mengubah sikap dan tingkah laku murid dengan menyerap nilai-nilai murni dalam sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Kanak-kanak juga perlu diberi galakan serta bimbingan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dengan menyediakan aktiviti yang menarik perhatian mereka. Jika dilihat dengan lebih jelas, teori perkembangan kognitif Jean Piaget sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Sains dan Matematik kerana kebanyakkan kaedah kajian yang dilakukan oleh Jean Piaget adalah menggunakan metode Sains dan Matematik seperti mengukur konsep keabadian sesuatu benda maujud dan menguji keupayaan kanak-kanak dalam mengamati operasi songsang. Selain itu, teori Jean Piaget ini juga sesuai diajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu di mana tahap penguasaan bahasa kanak-kanak adalah mengikut peringkat umur. Hal ini membolehkan kita memahami serta meneliti terlebih dahulu isi kandungan pembelajaran terhadap pelajar yang mempunyai perbezaan peringkat umur ini. Walaupun teori Jean Piaget menerima banyak kritikan dari pelbagai pihak, ianya tetap masih boleh diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

11

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

3.2 INDIVIDU B (MOHD. SOFIAN BIN HJ. HUSIN) A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget menjadi asas rujukan bagi setiap ahli psikologi kanak-kanak sehingga ke hari ini. Teori yang dikemukakan oleh Piaget yang terdiri daripada empat peringkat perkembangan kognitif iaitu tahap sensori motor atau deria motor ( 0-2 tahun ), tahap praoperasi ( 2-7 tahun ), tahap operasi konkrit (7-12 tahun ) dan tahap operasi formal (12 hingga dewasa) mempunyai banyak kelemahan walaupun ianya merupakan satu teori yang amat terkenal berkaitan dengan perkembangan kogntif kanak-kanak. Kelemahan utama yang dapat dikenalpasti ialah Jean Piaget banyak menggunakan kaedah yang tidak sesuai. Salah satu daripada kaedah yang tidak sesuai itu ialah Jean Piaget menggunakan bilangan responden yang sedikit untuk membuktikan teorinya. Berdasarkan ujian kognitif yang dijalankan pada Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Siong, Baling, Kedah yang lalu, didapati bahawa terdapat kanak-kanak yang mampu berfikir diluar peringkat yang dinyatakan dalam teori Jean Piaget. Satu ujian kognitif isipadu air (Gambar 1) seperti yang telah dilaksanakan Jean Piaget bagi membuktikan teorinya terhadap kanak-kanak tahap praoperasi (2-7 tahun) dijalankan pada tahun satu dengan bilangan murid sebanyak 24 orang dan telah mendapati bahawa terdapat sejumlah tiga hingga lima orang murid yang dapat memberi respon yang tepat.

Gambar 1

Soalan yang telah diajukan kepada murid-murid dalam ujian kognitif tersebut antaranya seperti berikut: Soalan 1 : Adakah isipadu air sama banyak? Soalan 2 : Adakah isipadu air masih sama banyak?
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 12

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

Soalan 3 : Bekas yang manakah mengandungi isipadu air yang banyak?

Dalam ujian ini, air dimasukkan kedalam dua bekas cawan yang sama saiz dalam isipadu yang sama banyak. Kemudian soalan 1 telah diajukan kepada muridmurid tersebut. Jawapan yang diberikan oleh mereka adalah seperti yang dikehendaki. Kemudian air pada cawan berlabel B telah dimasukkan kedalam bekas leper (pinggan) kemudian soalan 2 telah diajukan dan didapati beberapa orang murid dapat memberikan jawapan yang betul iaitu isipadu air adalah sama. Akhir sekali, soalan 3 diajukan bagi memastikan murid-murid yang memberikan jawapan yang betul benar-benar tahu akan jawapan bagi soalan 2 dan ternyata sebilangan murid tersebut sekali lagi dapat menjawab dengan betul. Hal ini dapat menunjukkan perbezaan daya kognitif kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Justeru, teori yang dikemukakan Jean Piaget memang menggunakan kaedah yang tidak sesuai terutamanya dalam usaha beliau membuktikan teorinya. Selain itu, kelemahan teori Jean Piaget juga ialah menggunakan kaedah lisan dalam kajiannya. Seperti yang kita sedia maklum, penguasaan bahasa kanak-kanak masih lemah terutamanya pada tahap praoperasi dimana kanak-kanak sedang memperoleh ataupun mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Kanak-kanak sukar untuk memahami sesuatu makna perkataan secara tepat. Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah yang lalu, ujian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan kaedah lisan yang dilakukan oleh Jean Piaget telah dijalankan juga pada tahun satu namun kelas yang berbeza dengan jumlah murid seramai 23 orang. Didapati, kanakkanak memang sukar untuk memahami soalan-soalan tertentu yang diajukan secara lisan kepada mereka namun mereka tetap menjawab walaupun soalan yang diajukan tidak difahami oleh mereka. Seterusnya, soalan diajukan dengan menggunakan bahan rangsangan seperti gambar. Murid-murid kali ini dapat menjawab dengan tepat dan ini menunjukkan bahawa murid-murid tersebut lebih mudah memahami sesuatu soalan dengan bantuan bahan rangsangan tersebut berbanding soalan yang diajukan secara lisan sahaja. Justeru, hal ini jelas menunjukkan bahawa kanakkanak akan memberikan jawapan yang tidak tepat jika soalan yang diajukan tidak dapat difahami oleh mereka. Disamping itu, Jean Piaget hanya mementingkan pengetahuan dalaman individu dan tidak mementingkan motivasi dan pengajaran luaran didalam teorinya. Hal ini tidak tepat sama sekali kerana faktor persekitaran banyak membantu kanakINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 13

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

kanak menerima dan mempelajari pengetahuan yang baharu. Pemerhatian yang dilakukan semasa PBS yang lalu dapat membuktikan bahawa kanak-kanak banyak mempelajari pengetahuan baharu menerusi persekitarannya. Pemerhatian yang dilakukan pada PBS yang lalu memperlihatkan kanak-kanak memperoleh

pengetahuan melalui guru, iaitu menerusi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (P & P) dan juga melalui rakan sebaya serta banyak lagi faktor persekitaran yang lain. Oleh hal yang demikian, faktor persekitaran banyak mempengaruhi perkembangan daya kognitif kanak-kanak. Kesimpulannya, banyak kelemahan yang boleh dikenalpasti didalam teori perkembangan Kognitif Jean Piaget. Walaupun teori ini penting dan masih lagi diajdikan rujukan oleh sesetenga pihak, namun kelemahan-kelemahan teori ini patut dijadikan sempadan oleh semua pihak terutamanya warga pendidik kerana teori Jean Piaget mempunyai banyak percanggahan idea tentang pembelajaran kanakkanak.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

14

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

B) REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan kerja kurus pendek (KKP) ini dan juga dapat kami tempuhi aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada tempoh hari. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah yang banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan yang banyak membantu dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini dan juga melaksanakan PBS dari segi perkongsian maklumat dan sebagainya. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang banyak membantu saya dan maaf dipita kerana tidak sempat saya sebutkan nama disini. Sepanjang Pengalaman Berasaskan Sekolah yang lalu, banyak pengajaranpengajaran penting yang telah saya perolehi. Antaranya ialah pengajaran dari segi bagaimana untuk berinteraksi dengan berkesan. Sebelum ke sekolah bagi melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah yang lalu, saya dan rakan-rakan telah diberi taklimat awal berkaitan dengan teknik komunikasi atau interaksi yang baik bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Teknik yang diiajar pada saya dan rakan-rakan pada mulanya dianggap tidak penting oleh saya. Namun, semasa melaksanakan PBS, sangkaan saya mula meleset apabila mendapati interaksi yang baik amat diperlukan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada warga sekolah. Saya bersyukur kerana teknik berinteraksi secara berkesan yang diajar masih diingati dan seterusnya dapat saya gunakan bagi berinteraksi dengan warga sekolah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan disamping mengeratkan ukhuwah dan sillaturrahim diantara saya dan warga sekolah. Justeru, pengalaman ini mengajar saya jangan menambil mudah akan sesuatu perkara itu. Disamping itu, pengajaran lain yang saya perolehi ialah pentingnya teknik kawalan kelas yang baik. Semasa PBS yang lalu, pada hari kedua PBS, saya telah memohon untuk mengendalikan sebuah kelas tahun tiga bagi mendapatkan pengalaman mengendalikan kelas. Alhamdulilah, saya telah berjaya mendapat peluang untuk mengendalikan kelas dan peluang itu telah saya gunakan sebaiknya. Kelas yang dikendalikan oleh saya ialah kelas tahun tiga Nekad. Semasa mula-mula menjejakkan kaki masuk kedalam kelas, murid-murid agak bising dan syukur sekali lagi kerana di Institut, saya telah diajarkan teknik kawalan kelas yang baik. Untuk
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 15

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

meredakan kebisingan dalam kelas tersebut, saya terpaksa menggunakan nada suara yang tinggi seperti yang diajarkan oleh pensyarah di Institut. Alhamdulilah, kelas tersebut berjaya dikawal dengan baik oleh saya selepas itu sehingga tamat kelas. Lantaran itu, saya telah dapat belajar bahawa teknik kawalan kelas sangat penting bagi mengawal keadaan kelas. Banyak lagi pengajaran yang saya perolehi sepanjang PBS ini dilaksanakan namun ianya mungkin terlalu banyak untuk dinyatakan disini. Saya sekali lagi ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat juga saya melaksanakan PBS dan juga menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

16

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

3.3 INDIVIDU C (MOHD. SYAMIM BIN ABDULLAH) A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET Pada 4 hingga 8 Mac yang lalu, semua pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) semester 1 telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah yang telah dipilih para pelajar. Oleh itu, tujuan sampingan PBS ini dijalankan adalah untuk kami melihat sejauh mana kebenaran tentang teori kognitif kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Jean Piaget itu adalah benar. Kajian ini dijalankan selama 5 hari di Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam. Sekolah ini juga merupakan antara sekolah kategori luar bandar yang terdiri terdiri daripada pelajar Prasekolah sehinggalah pelajar darjah 6. Kajian yang dibuat adalah melalui beberapa kaedah untuk mendapatkan bukti dan kesahihan mengenai teori yang dikemukakan oleh Piaget sepanjang PBS ini dijalankan. Salah satu teori kognitif Piaget yang sering dibahaskan mengenai

kebenarannnya ialah empat tahap yang diperkatakan oleh Piaget. Antara tahaptahap tersebut ialah yang melibatkan bayi baru lahir sehingga umur 2 tahun (sensori motor), kanak-kanak umur 2 tahun sehingga 6 tahun (praoperasi), 6 sehingga 7 tahun (operasi konkrit) dan akhir sekali kanak-kanak berumur 12 tahun

keatas(operasi formal). Menurut Jean Pieget , kanak-kanak perlu melalui keempatempat peringkat tahap perkembangan ini sebelum mereka mencapai tahap perkembangan yang lebih kompleks. Oleh itu, satu kajian klinikal telah dibuat oleh pengkaji dalam mengkaji proses perkembangan kognitif kanak-kanak ini melalui pemerhatian intensif bermula dari bayi baru lahir sehingga kanak-kanak awal remaja sebagai salah satu metodologi kajian. Di samping itu, Brunner (1915) di dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak yang ditulis oleh Mok Soon Sang telah bersetuju dengan teori yang di kemukakan oleh Piget ini bahawa kanak-kanak perlu melalui peringkat-peringkat yang tertentu. Namun begitu, teori ini juga turut mempunyai kelemahannya tersendiri. Piaget telah memberi satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, Piaget tidak menerangkan tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirikal, istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, keseimbangan dan tahap-tahap perkembangan kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Selain itu, Jean Piaget juga tidak
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 17

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

menyatakan dengan jelas bagaimana fahaman-fahaman ini berkait dengan tingkah laku kanak-kanak itu sama ada kanak-kanak tersebut berjaya atau tiduk untuk mengakomodasi maklumat-maklumat baru. Disamping itu, ada juga pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget. Menurut Gelman dan Baillargeon (1983) menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Namun begitu, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Contohnya, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, kanak-kanak sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Selain itu, Piaget juga menggunakan kaedah yang tidak sesuai untuk kajiannya. Pengkaji menggunakan tiga orang anaknya sebagai responden kepada kajiannya sedangkan sesuatu kajian yang dilakukan seharusnya menggunakan 40 atau 50 orang responden yang dapat mewakili satu persampelan yang lebih besar. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar di dalam buku Pengenalan kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, apabila kajian yang sama dijalankan dengan lebih ramai responden dan kawalan yang lebih baik, aliran tahap perkembangan Piaget dapat membuktikan kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahan itu berlaku. Jean Piaget juga seharusnya menjalankan kajian tersebut kepada pelajar-pelajar yang kurang upaya seperti murid-murid pemulihan dan pendidikan khas. Kanakkanak normal dan kurang normal mempunyai tahap pemikiran yang berbeza, hal ini juga dapat mempengaruhi keputusan yang bakal diperoleh. Piaget mengandaikan bahawa kanak-kanak membina sendiri pengetahuan berdasarkan pengalaman. Walaupun kanak-kanak mampu membina pengetahuan berdasarkan pengalaman mereka dalam kehidupan seharian, namun tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak masih memerlukan penerangan daripada orang
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 18

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

dewasa untuk menjadikan pengalaman itu bermakna seterusnya mengukuhkan lagi pengetahuan mereka. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa muridmurid Tahun 6 menjalankankan ujikaji Sains di dalam makmal sains, guru telah pun memberikan penerangan awal kepada murid-murid sebelum ujikaji dijalankan. Melalui ujikaji yang dijalankan, murid-murid akan memperoleh pengalaman yang bermakna seterusnya membina pengetahuan mereka sendiri melalui pengalaman tersebut. Selain itu, Piaget juga tidak menerangkan tentang perbezaan individu. Piaget percaya bahawa perkembangan kognitif merupakan proses semula jadi dan perkembangan struktur kognitif kanak-kanak dipelajari secara sendiri tanpa pengajaran orang dewasa. Meskipun kanak-kanak mampu mempelajari sesuatu benda secara sendiri tanpa bantuan orang dewasa, namun dibimbangi akan berlaku pertentangan maklumat dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, ketiadaan orang yang lebih dewasa untuk membantu dalam menerangkan sesuatu perkara yang baru diperoleh kanak-kanak dengan jelas dan tepat. Berdasarkan

pengalaman semasa PBS, murid-murid prasekolah yang berumur 6 tahun memerlukan penjelasan beserta beberapa contoh daripada guru sebelum

memulakan sesuatu aktiviti. Ternyata bahawa bantuan orang dewasa diperlukan bagi membantu kanak-kanak mempelajari perkara baru. Seterusnya, teori yang dikaji oleh Jean Piaget ini tidak mementingkan faktor baka. Hal ini berlawanan dengan teori yang dikemukan oleh Arnold Gesell dimana pengkaji ini mementingkan faktor baka sebagai salah satu faktor perkembangan kognitif. Secara umumnya baka mempunyai kaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui pemerhatian yang dilakukan semasa PBS, murid-murid yang mempunyai ibubapa berpendidikan tinggi lebih cepat memperoleh apa yang dipelajari berbanding dengan murid-murid yang mana ibubapanya hanya orang biasa. Hal ini demikian kerana, murid-murid tersebut mewarisi baka daripada ibubapa mereka. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian yang diperoleh sepanjang tempoh 5 hari PBS berjalan ternyata menunujukkan bahawa kritikan terhadap teori perkembangan kognitif Piaget juga mempunyai kelemahannya. Hasil analisis jelas membuktikan bahawa teori Piaget telah memperkecilkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 19

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

B) REFLEKSI Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana akhirnya saya dapat melaksanakan tugasan ini seperti mana yang telah ditetapkan.Jutaan terima kasih juga kepada pihak IPG Kampus Perlis dan pihak Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam atas bimbingan dan tunjuk ajar serta kerjasama yang diberikan. PBS yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan berkaitan dengan teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget. Sepanjang PBS dijalankan, saya telah telah diminta untuk menggantikan kelas untuk murid tahun 2, 5 dan juga 6. Melalui aktiviti tersebut, didapati bahawa kawalan kelas amatlah penting bagi memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) berjalan dengan lancar. Pada awalnya, saya menghadapi masalah untuk mengawal keadaan kelas.Namun begitu, hasil perbincangan dengan rakan PBS yang lain dan guru-guru, akhirnya saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan tenang. Sebagai seorang guru, kawalan kelas amatlah penting untuk memastikan murid-murid memberi fokus dan memastikan P&P berjalan dengan lancar. Hal ini telah meninggalkan kesan dan menjadi pendorong kepada saya untuk memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa disamping melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran baru. Selain itu, melalui PBS ini juga saya dapat memahami tentang perkembangan kognitif kanak-kanak dengan lebih mendalam. Hasil analisis yang dijalankan, didapati bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan kognitif yang berbeza mengikut peringkat umur mereka. Sebagai seorang guru, adalah amat penting untuk mengetahui tentang tahap perkembangan kognitif murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan proses P&P. Hal ini dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan proses P&P yang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif murid-murid serta menjamin keberkesanan proses P&P. Justeru, guru haruslah mengajar murid-murid mengikut peringkat perkembangan mereka supaya murid mudah peroleh. Seterusnya, melalui pemerhatian saya sewaktu menggantikan kelas murid-

matematik, seorang guru matematik harus menumpukan perhatian terhadap kanakkanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran. Murid-murid sekolah rendah hanya boleh memahami konsep
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 20

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Hal ini demikian kerana, murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Justeru amatlah penting kepada seorang guru untuk menyediakan alat bantu mengajar sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan. Kesimpulannya, pengajaran yang telah diperoleh sepanjang PBS ini amatlah bermakna dan bernilai dalam membentuk diri saya menjadi seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang. Pengajaran yang diperoleh akan saya jadikan sebagai pendorong untuk saya terus berusaha meningkatkan kualiti diri saya disamping melengkapkan diri dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran baru seiring dengan kemajuan dunia teknologi dan maklumat (ICT) kini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

21

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

3.4 INDIVIDU D (NORSHAFIZA BINTI KAMARUDDIN) A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET Berdasarkan Pengalaman Berasaskan sekolah (PBS) yang telah dijalankan selama seminggu di sekolah, pelbagai pengalaman dan ilmu baru yang diperolehi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di sekolah rendah yang berkait rapat dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget ini. Hal ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan kognitif yang berbeza-beza. iaitu bertepatan dengan pendapat Burger (1988),yang menyatakan bahawa Jean Piaget tidak mengambil kira perbezaan individu dari aspek baka, kebudayaan dan pendidikan. Melalui PBS yang telah di jalankan di sekolah, di dapati bahawa teori perkembangan kognitif Jean Piaget kurang tepat yang menyatakan bahawa pembelajaran kanak-kanak harus secara semula jadi kerana di sekolah kanak-kanak belajar melalui pembelajaran di dalam kelas bukan secara semula jadi. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan dan potensi yang berbezabeza. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1865), dan Sheldon (1962) membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya yang lain. Ini jelas membuktikan bahawa kanak-kanak harus belajar dalam pembelajarannya bukan semulajadi kerana setiap kanak-kanak mempunyai pemikiran dan kebolehan yang berbeza-beza. Berger, (1988), berpendapat bahawa Jean Piaget tidak mengambil kira perbezaan individu dari segi baka, kebudayaan dan pendidikan. Hal ini dapat diperhatikan dalam teori kognitifnya yang mementingkan carian dalaman individu untuk pengetahuan dan tidak menekankan motivasi luaran. Motivasi adalah penting bagi seseorang individu untuk melakukan sesuatu. Hujah ini bertepatan dengan katakata Imam Al-Ghazali iaitu motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu. Hasil daripada PBS yang dijalankan di sekolah , jelas bahawa kanak-kanak memerlukan motivasi luaran yang banyak untuk belajar dan berfikir agar dapat meningkatkan tahap pemikiran kognitif mereka.Dalam teori perkembangan kognitif, Jean Piaget hanya melakukan kajian terhadap tiga orang anaknya sahaja tanpa melakukan pemerhatian dan kajian terhadap individu lain dalam skala yang lebih
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 22

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

besar iaitu antara 40-50 responden di samping tidak mengambil kira perbezaan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak yang bermasalah seperti cacat, pekak, sindrom dan sebagainya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini kebanyakkannya adalah disebabkan oleh faktor baka atau warisan contohnya jika ibu bapa normal akan melahirkan anak yang normal dan sebaliknya. Menurut kajian Johann Gregor Mandel (1822-1882), individu yang normal akan melahirkan anak yang normal mengikut gen yang di bawa olehnya. Oleh itu, hujah ini jelas menyatakan bahawa perkembangan kognif kanak-kanak adalah berbeza mengikut baka dan warisan. Di sekolah, setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dari segi kognitif, emosi dan cara berfikir. Hasil daripada PBS yang dijalankan di sekolah, jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak kelas pemulihan dan pemulihan pendidikan khas amat berbeza dengan kanak-kanak biasa dari segi peringkat perkembangan kognitif dan cara mereka berfikir. Flavell (1985), juga mengkritik Jean Piaget sebagai

seorang yang ingin menerangkan sesuatu hanya mengikut keinginan dirinya sendiri tanpa memikirkan keperluan orang lain. Bukan sahaja kebanyakkan kajiannya tetapi penulisannya juga menurut caranya sendiri contohnya dalam teori perkembangan kognitifnya dia tidak mengambil kira perbezaan individu dari aspek pemikiran, mental dan fizikal. Selain itu, piaget juga berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal bergantung kepada motor dan deria. Beliau tidak terfikir mungkin otak bayi boleh berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Beliau juga percaya bahawa bayi tidak faham tentang konsekuen tindakan terhadap persekitaran sehingga berumur 4 atau 5 bulaniaiyu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas pergerakan tangan mereka. Namaun begitu, ada kajian yang telah membuktikan bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami bahawa tindakan mereka akan member kesan terhadap persekitaran. Jean Piaget juga telah memperkecilkan perkembangan kognitif kanak kanakkanak dalam teori perkembangan kognitifnya iaitu menyatakan bahawa

perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung kepada empat peringkat-peringkat yang terdapat dalam teorinya. Contohnya ada kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada apa yang dijangka oleh Jean Piaget. Bukti-bukti kajian telah membuktikan bahawa kanakINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 23

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

kanak praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh Jean Piaget. Terdapat juga kanak-kanak praoperasi berupaya menyelesaikan konsep yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Jean Piaget jika kana-kanak diberikan dan didedahkan dengan kaedah yang sesuai dengan mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan kognitif dan cara pemikiran kanak-kanak adalah lebih meluas dan tinggi berbanding dengan kajian yang dilakukan oleh Jean Piaget. Hal ini kerana Jean Piaget hanya mengikut kehendak dirinya dalam menjalankan pemerhatian ke atas kajiannya tanpa merujuk kepada orang lain contohnya beliau menjalankan kajian terhadap tiga orang anak tanpa mengambil kira individu-individu lain serta bilangan respondennya amat sedikit tidak mencapai tahap responden yang sepantutnya iaitu antara 40 atau 50 orang responden dalam sesuatu kajian. Oleh itu, terdapat sedikit kelemahan dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget namun teorinya tetap sesuai digukan sebagai rujukan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

24

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

B) REFLEKSI Syukur Alhamdulillah, saya telah Berjaya menyiapkan kerja kursus pendek (KKP) perkembangan kanak-kanak yang diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu Pn. Rohana binti Osman dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga telah menyiapkan tugasan ini serentak dengan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang perlu di buat selama seminggu di sekolah. Hal ini kerana PBS yang telah dijalankan berhubung kait dengan tugasan perkembangan kanak-kanak. Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berusaha mencari maklumat dan bahan-bahan berkaitan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Antara usaha yang telah saya lakukan untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk tugasan ini ialah saya telah pergi ke sekolah Kebangsaan Sik untuk menjalankan PBS, dengan itu saya telah menemui dengan beberapa orang guru di sekolah tersebut dan mengadakan kolaborasi serta perbincangan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Melalui perbicangan dengan guru-guru, saya telah mendapat banyak input-input baru berkaitan dengan teori kognitif Jean Piaget. Saya berasa sangat seronok semasa berada di sekolah kerana dapat menemu bual guru dan dapat berkongsi pengalaman daripada guru-guru yang sangat berpengalaman dalam pengajaran murid di sekolah rendah. Selain itu, di sekolah saya juga telah melihat bagaimana kanak-kanak balajar di dalam kelas dan suasana semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Dari sini saya dapat membuat satu andaian bahawa kanak-kanak yang umur sama dalam satu kelas mempunyai perbezaan dari segi pemikiran kognitif dan tingkah laku. Oleh itu, saya dapat mengetahui bahawa tidak semestinya kanak-kanak yang sama umur mempunyai pemikiran yang sama. Saya melihat dalam satu kelas terdapat pelbagai ragam murid. Saya merasakan diri saya masih terlalu lemah dan kurang ilmu untuk menjadi pendidik. Oleh itu, saya akan berusaha untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bagaimana cara untuk mengawal murid dalam sesebuah kelas. Melalui kerja kursus ini, saya juga telah mendapat banyak ilmu-ilmu yang berkaitan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget terhadap kanak-kanak antaranya ialah saya dapat mengetahui peringkat-peringkat perkembangan kanakINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 25

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

kanak iaitu ada empat peringkat deria motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Saya juga telah dapat mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan seseorang kanak-kanak. Saya juga dapat menambah pelbagai ilmu dan pengalaman baru antaranya ialah saya telah di beri peluang untuk masuk ke kelas murid tahun empat dan saya telah dapat melihat sendiri bagaimana mereka belajar dan berinteraksi dengan guru semasa dalam proses pengajaran dan pembalajaran. Dalam kelas, saya melihat murid-murid sangat aktif dalam mengambil bahagian contohnya semasa guru berkomunikasi dengan murid. Namun begitu, ada juga murid yang kurang aktif. Di sini saya dapat melihat bahawa kanak-kanak mempunyai kognitif dan tingkah laku yang berbeza. Saya juga dapat melihat sendiri bagaimana seorang guru mengawal kelas dan melihat sendiri bahan-bahan bantu mengajar yang di bawa oleh guru untuk mengajar murid-murid di dalam kelas. Saya juga dapat mempelajari kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang digunakan oleh guru semasa dalam proses pengajaran dan pembekajaran di dalam kelas berlaku. Kesimpulannya, kerja kursus dan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini banyak memberikan impak positif kepada saya kerana melalui tugasan ini juga saya dapat membentuk pemikiran saya terhadap ilmu pendidikan dan dapat

memantapkan lagi pengetahuan saya dalam teori perkembangan kognitif kanakkanak Jean Piaget serta dapat melihat sendiri tahap perkembangan kognitif kanakkanak yang berbeza-beza melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Akhirnya, saya berharap agar dapat menggunakan serta mengaplikasikan ilmu teori perkembangan kognitif ini Jean Piaget ini dalam kehidupan saya serta dapat menggunakannya dalam bidang profesion perguruan yang saya pilih dengan baik dan sempurna.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

26

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

3.5 INDIVIDU E (SITI AISYAH BINTI ROSLAN) A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET Kritikan telah dilakukan ke atas Jean Piaget sebelum menjalankan PBS. Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi dan juga ahli falsafah yang sangat disegani melalui kajiannya terhadap kanak-kanak. Jean Piaget telah memberi sumbangan yang besar dalam psikologi terutama dari segi penerangannya tentang

perkembangan kognitif yang luas. Walau bagaimanapun, ahli-ahli psikologi yang lain bersependapat bahawa teori kognitif Jean Piaget mempunyai beberapa kelemahan. Analisis telah dilakukan bagi mengenalpasti sama ada kritikan yang dilakukan ke atas Jean Piaget adalah benar ataupun tidak semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Menurut Gelman dan Baillargeon (1983), mereka mengatakan bahawa jika kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berdasarkan set operasi yang khusus maka mereka juga sepatutnya dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai contoh, peringkat operasi konkrit sebagaimana yang telah diutarakan oleh Jean Piaget dalam teorinya menunjukkan kemampuan pemuliharaan kanak-kanak dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple pada tahun 1982 menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat berbanding pemuliharaan angka. Hal ini bermakna pada peringkat operasi konkrit kanak-kanak terlebih dahulu memahami konsep angka daripada berat . Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap murid-murid tahun 1, didapati kanak-kanak memahami konsep angka dahulu daripada berat. Mereka tidak dapat menyatakan berapa berat sesuatu objek jika mereka tidak memahami konsep angka. Mereka juga memerlukan objek konkrit atau maujud sebelum memahami konsep angka. Selain itu, pemerhatian dari segi metadologi juga dilakukan semasa menjalankan Program PBS. Menurut Laile Suzana Jaafar dalam buku yang bertajuk Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, beliau menyatakan ketidaksesuaian kaedah yang beliau gunakan untuk kajiannya. Responden kajian beliau hanyalah tiga orang anaknya dan bukan 40 atau 50 orang responden yang dapat mewakili satu persampelan yang lebih besar. Hal ini amatlah tidak menepati
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 27

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

piawaian yang sepatutnya di samping tidak mengambil kira faktor baka merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini turut menjelaskan bahawa beliau mengambil kira semua kanak-kanak adalah serupa dengan anak-anaknya tanpa berfikir bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Pemerhatian telah dijalankan terhadap murid prasekolah untuk peringkat praoperasi dan murid tahun 4 untuk peringkat operasi konkrit. Aktiviti pengabadian cecair atau isipadu dijalankan untuk murid prasekolah. Contohnya, isipadu air yang sama telah dituangkan ke dalam bikar yang berbeza saiz. Didapati mereka mengatakan bahawa air dalam kedua-dua bikar sama banyak dan ada juga yang mengatakan air dalam bikar bersaiz besar banyak. Jawapan tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap kognitif yang berbeza dan faktor baka juga mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Terdapat kanak-kanak berupaya menerima dan menghargai orang lain atau mereka kurang egosentrik terhadap pemerhatian yang dilakukan tadi. Pada pendapat saya, hal ini jelas menunjukkan bahawa hujah Jean Piaget mempunyai kelemahan dari segi metadologi kerana beliau hanya jalankan kajian terhadap tiga orang anaknya sahaja tanpa mengambil kira kanak-kanak lain yang mempunyai kognitif yang berbeza dan disebabkan oleh faktor baka. Tambahan pula, pemerhatian juga telah dilakukan terhadap kognitif kanakkanak normal dan kanak-kanak bekeperluan khas. Tahap kognitif kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas juga berbeza. Mereka tidak dapat menguasai konsep pengabadian jisim, nombor, panjang, cecair dan luas walaupun mereka telah berada di peringkat operasi konkrit serta mereka juga tidak boleh berfikir secara logik. Jika dilihat peringkat perkembangan kognitif yang telah diutarakan oleh Jean Piaget, ianya seolah-olah mengetepikan golongan kanak-kanak yang bekeperluan khas. Jean Piaget perlu melakukan kajian ke atas setiap individu tidak mengira kanak-kanak biasa atau yang bermasalah kerana tidak semua mempunyai tahap pemikiran dan perkembangan kognitif yang sama. Hal ini membuktikan Jean Piaget tidak mampu menjelaskan elemen diatas dengan ilmiah dan jelas. Menurut Burger (1988) mengatakan Jean Piaget lebih menumpukan kanakkanak biasa dan tidak mengambil kira perbezaan individu atau kanak-kanak dari segi warisan, budaya dan pendidikan. Berdasarkan pemerhatian, kanak-kanak itu berasal
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 28

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

daripada keluarga yang kaya maka tahap pemikiran mereka adalah lebih tinggi dan mereka juga berada di kelas hadapan berbanding kanak-kanak yang yang miskin yang kebanyakkannya berada di kelas belakang. Hal ini kerana kanak-kanak yang kaya mempunyai banyak kemudahan untuk belajar iaitu mereka mampu membeli buku-buku rujukan, komputer dan sebagainya. Oleh itu, tahap pemikiran murid yang kaya adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang miskin. Selain itu, Jean Piaget juga perlu mengambil kira perbezaan dan melihat seseorang individu dari aspek kebudayaan dan pendidikan serta warisan dan latar belakang keluarga. Ini jelas menunjukkan kelemahan hujah Piaget yang tidak mengambil kira perbezaan individu. Akhir sekali, Jean Piaget juga sangat mementingkan pengetahuan dalaman individu dan tidak mengambil kira motivasi dan pengajaran luaran dalam teori

perkembangan kognitifnya. Menurut Dr. Omar Al- Syaibani dalam buku Falsafah Pendidikan Islam, motivasi juga penting untuk pembelajaran yang berkesan dan pendorong untuk kanak-kanak melakukan sesuatu. Hasil pemerhatian, murid-murid memerlukan dorongan daripada guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran serta inginkan pujian daripada guru sebagai dorongan dan sokongan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran. Hal ini menunjukkan hujah Piaget tidak begitu tepat. Begitu juga dengan andaian yang dibuat olehJean Piaget juga tentang kanak-kanak mempelajari sendiri banyak perkara tanpa bantuan orang lebih biasa adalah tidak tepat. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap budak prasekolah, mereka memerlukan guru untuk mempelajari sesuatu perkara iaitu dengan adanya benda maujud atau bahan konkrit sebelum mengenal konsep sesuatu perkara. Contohnya, mereka akan mengenali kapal terbang setelah guru menyatakan dan menunjukkan objek kapal terbang permainan kepada mereka serta bilangannya jika belajar tentang konsep angka. Oleh itu, bantuan daripada orang dewasa sangatlah penting untuk memberi pengetahuan dan ajaran yang baru kepada kanak-kanak. Kesimpulannya, hasil pemerhatian dan aktiviti yang dijalankan terhadap murid-murid semasa Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), terbukti banyak hujah Jean Piaget mempunyai kelemahan, tidak mantap dan tidak lengkap. Hasil kritikan yang telah dilakukan terhadap Jean Piaget semasa Program

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

29

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah benar dan telah terbukti melalui pemerhatian dan aktiviti yang dilakukan terhadap murid-murid di sekolah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

30

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

B) REFLEKSI Alhamdulillah, terdapat banyak pengajaran-pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman aktiviti saya berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget dengan murid-murid di sekolah semasa Program Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS). Banyak pemerhatian dan aktiviti yang saya lakukan bagi

menganalisis sejauh mana kebenaran kritikan yang saya lakukan terhadap hujah Jean Piaget. Pertama, saya dapat mengenali murid-murid biasa dan murid-murid yang bekeperluan khas yang mempunyai banyak perbezaan. Tahap perkembangan kognitif murid-murid pendidikan khas ini amat berbeza dengan murid-murid biasa atau normal oleh sebab mereka mempunyai masalah mental seperti sindrom, lembam dan masalah fizikal seperti cacat penglihatan, pekak dan bisu. Pada mulanya, saya memerhati seorang murid di kelas pendidikan khas. Murid ini kelihatan seperti murid normal tetapi dia mempunyai masalah iaitu lembam. Tahap kognitif murid pendidikan khas amat berbeza dengan murid biasa dan tahap kognitif murid bekeperluan khas yang berada di tahap operasi konkrit tidak dapat lagi menguasai konsep pengabadian dan tidak dapat berfikir secara logik. Kedua, saya dapati murid di kelas yang hadapan dan di kelas belakang mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Kelas hadapan agak bijak dan kebanyakan murid di kelas hadapan mempunyai latar belakang keluarga yang kaya. Mereka rajin belajar dan mempunyai banyak kemudahan untuk belajar seperti membeli buku rujukan, komputer dan sebagainya. Oleh itu, tahap pemikiran mereka lebih tinggi berbanding murid-murid yang miskin yang tidak mampu membeli buku rujukan dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan Jean Piaget hanya menumpukan kanak-kanak biasa dan mengabaikan kanak-kanak yang berlatar berbeza latar belakang dan murid-murid yang bekeperluan khas. Terdapat murid-murid yang aktif atau cerdik, sederhana dan lemah di dalam sebuah kelas. Oleh itu, guru perlu meletakkan kedudukan pelajar yang lemah di tengah-tengah antara murid-murid yang cerdik dan sederhana agar mereka dapat bersaing dan dapat mempertingkatkan tahap perkembangan kognitif murid-murid tersebut. Ketiga atau terakhir, murid-murid pada tahap praoperasi mempuyai pemikiran egosentrik yang rendah. Jean Piaget menyatakan pemikiran kanak-kanak
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 31

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

pada tahap praoperasi adalah egosentrik. Saya membuat aktiviti dengan budakbudak prasekolah dan dapati budak-budak prasekolah mempunyai sedikit

keupayaan untuk menerima perspektif orang lain atau rendah egosentrik. Kanakkanak prasekolah juga boleh menguasai sedikit demi sedikit konsep pengabadian seperti jisim, nombor, panjang, cecair dan luas. Saya telah melakukan aktiviti pengabadian cecair atau isipadu untuk murid prasekolah. Contohnya, isipadu air yang sama telah dituangkan ke dalam bikar yang berbeza saiz. Didapati mereka mengatakan bahawa air dalam kedua-dua bikar sama banyak dan ada juga yang mengatakan air dalam bikar bersaiz besar banyak. Jawapan tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap kognitif yang berbeza dan sudah dapat menguasai konsep pengabadian. Kesimpulannya, saya dapat banyak pengalaman dan pengajaran melalui pemahaman dan pengetahuan serba sedikit mengenai tahap pekembangan kognitif kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berada pada tahap praoperasi dan tahap operasi konkrit semasa menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Pengalaman ini dijadikan sebagai ilmu pengetahuan baru tentang tahap perkembangan kognitif kanak-kanak di samping dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek perkembangan kanak-kanak. Sekian, terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

32

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

4.0 SENARAI RUJUKAN Choong Lean Keow Phd. (2011), Murid dan Alam Belajar Edisi ke-2. Selangor: percetakan Seasons Sdn. Bhd. Ea Ah Meng (2003), Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (semester 1). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Lee Shok Mee (1997), Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam Pembelajaran & Pengajaran, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohamad Daud Hamzah (1994), Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2003), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah Komponen 1&2) Psikologi Pendidikan &Pedagogi. Selangor: percetakan Seasons Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2012), Perkembangan kanak-kanak Edisi ketiga. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2009), Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

33

Potrebbero piacerti anche