Sei sulla pagina 1di 2

LAPORAN AJK KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

NAMA AJK KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN BIL. PESERTA YANG TERLIBAT TEMPAT KEM DIJALANKAN Pada :ROHASLINDA AB HAMID :NURUL AIN AHMAD NAZRI : 40 ORANG : 1 ORANG MC (GANESHINI) : OMLAND,TELUK BAYU : PULAKO IPGK SULTAN ABDUL HALIM untuk laporan bagi ajk kebajikan adalah amat

keseluruhannya

memuaskan. Kami telah menyediakan semua perlatan berkaitan dengan keperluan untuk kecemasan sepanjang kem ini berlansung. Kami telah membeli beberapa alatan yang kurang dari first aid untuk tujuan jika berlakunya kecemasan. Selain itu, kami telah memberitahu kepada semua ahli yang mana kepada sesiapa yang mempunyai penyakit kronik dan memerlukan maka, mereka hendaklah menyediakan ubatan dengan sendirinya. Agenda kami bermula pada hari selasa pagi. Pada jam 10.30 pagi kami tiba di Teluk Bayu dan berkumpul untuk memberi laporan jumlah setiap ahli kumpulan. Kemudian kami bergerak ke jeti dan diikuti dengan bot untuk membawa kami ke jeti kecil. Aktiviti di sini ialah keyakinan di air dan kayak. Semasa aktiviti dijalankan, kami dapati ada juga masalah kecil yang berlaku. Contohnya, ada juga guru pelatih yang fobia dengan air. Akan tetapi dengan bantuan jurulatih maka, masalah ini diselesaikan dengan baik dan tiada sebarang masalah besar yang berlaku semasa sesi ini dijalankan. Untuk penjagaan malam hari iaitu sentri kami telah menyediakan jadual bagi semua peserta. Kami telah membahagikan beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 6-7 orang sahaja. Setiap malam terdapat 3 sesi yang kami sediakan iaitu pada jam 12pagi hingga 2 pagi, 2 pagi hingga 4 pagi dan 4 pagi hingga 6 pagi. Pada pemerhatian kami, tiada sebarang insiden yang berlaku pada 2 malam ini. Kami mengambil laporan daripada ahli yang diamanahkan untuk sentry pada malam itu. Selain itu, jurulatih iaitu Tuan Khairul Albar juga turut menjaga keselamatan pada waktu malam memandangkan beliau sukar tidur pada waktu malam. Untuk keselamatan daripada binatang yang berbisa, pihak kami juga telah menyediakan serbuk belerang

untuk ditaburkan disekeliling khemah dan tapak perkhemahan. Pihak kami juga telah menyediakan lampu serbaguna untuk digunakan apabila berlakunya kecemasan. Pada hari kedua aktiviti yang kami lakukan ialah kembara flora dan fauna. Tuan Khalil yang menunjukkan kami beberapa jenis tumbuhan herba yang banyak khasiatnya. Tuan Khalil adalah seorang yang pakar di dalam bidang ini. Namun begitu, tiada sebarang insiden bahaya yang berlaku di antara peserta yang terlibat. Semasa aktiviti di dalam hutan kami juga membawa first aid untuk tujuan kecemasan. Terdapat juga peserta yang terkena gigitan semut besar dan juga terkena gigitan ulat bulu. Selain daripada terkena gigitan serangga, terdapat juga peserta yang mengalami luka kecil semasa mencari kayu api dan memasang jerat. Kami memberikan ubat sapu untuk mengurangkan kesakitan dan mengelakkan ianya berlarutan. Semasa aktiviti masakan rimba, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan api daripada merebak dengan memadamkan api dengan air apabila selesai memasak. Hari terakhir kami berada di kem ini, kami hendaklah memastikan kem ini bersih dan selamat. Kami perlu membersihkan kawasan perkhemahan dan sekeliling kawasan perkhemahan. Dengan bantuan jurulatih dan peserta, kami dapat membersihkan kawasan perkhemahan ini sepertimana kami datang.

Disediakan Oleh, . (NURUL AIN BINTI AHMAD NAZRI) Setiausaha AJK Kebajikan dan Keselamatan, BIG fasa 3 siri 2, DPLI Ambilan Disember.

Disahkan Oleh, (ROHASLINDA BINTI AB HAMID) Ketua Unit Kebajikan dan Keselamatan, BIG fasa 3 siri 2, DPLI Ambilan Disember.

Potrebbero piacerti anche