Sei sulla pagina 1di 2

LAPORAN TAHUNAN PANITIA SAINS SJK (T) LADANG TANAH MERAH, 84900 TANGKAK, JOHOR.

2012

Panitia sains SJK (T) Ladang Tanah Merah telah merancang beberapa program Panitia sepanjang tahun 2012 ini. Program program yang telah dirancang adalah bertujuan untuk meningkatkan potensi murid dari segi akedemik mahupun koakedemik. Sebanyak 4 program telah diadakan pada tahun ini. Antaranya adalah program motivasi bagi murid tahun 5 dan 6. Program ini diadakan bagi membantu murid murid tahun 5 dan 6. Program ini diadakan bagi membantu murid murid tahun 5 dan 6 mengenalpasti kelemahan mereka dalam menjawab kertas sains UPSR. Motivasi ini dikendalikan oleh Cikgu En. Muralitharan dari Negerti Sembilan. Beliau telah memberi penjelasan tentang teknik menjawab soalan matapelajaran Sains terutamanya Bahagian B. Penglibatan murid murid dalam program ini cukup membanggakan. Selain itu, panitia Sains juga menghantar seramai 4 orang murid bagi pertandingan kurikulum akedemik sains zon tangkak. Pertandingan ini diadakan di SK Puteri Ledang. Pertandingan ini bertujuan melatih pelajar agar berani ke hadapan untuk memberikan pendapat. SJK T Ladang tanah merah telah mendapat tempat ke - 4. Panitia Sains juga telah menghantar seramai 21 orang murid bagi program gerak gempur yang telah diadakan di PPD Muar. Program ini telah dilaksanakan oleh pihak Panitia Sains Daerah Muar SJKT dengan kerjasama MGB Muar. Program seumpama ini amat berguna dan membantu murid murid dalam memantapkan lagi pengisian imu mereka dalam menghadapi UPSR. Panitia sains juga menghantar seramai 5 orang murid untuk mengambil bahagian dalam Science Fair For Young Children anjuran Putra MIC Johor. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid murid terhadap kajian kajian dan penemuan serta mengembangkan minda dan pemikiran mereka terhadap Sains. Selain program program yang telah disenaraikan di atas Paniti Sains juga telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Murid murid telah

diberi pendedahan ke Planeterium Melaka dimana mereka telah menimba ilmu yang tidak terhingga mengenai alam semesta. Di samping itu, murid murid telah melawat Zoo Melaka, Galeri Sejarah dan banyak lagii tempat tempat bersejarah di sekitar Bandar Melaka. Minggu sains juga antara program yang telah panitia sains jalankan dngan berjayanya. Minggu sains telah membantu murid mengetahui maklumat maklumat di luar silibus sains. Murid murid telah memberi kerjasama dan menunjukkan minat dalam melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Secara keseluruhanya objektif minggu Sains telah dicapai dimana murid murid telah menimba ilmu yang boleh mereka aplikasikan dalam kehidupan harian. Program program seumapama ini akan diteruskan lagi untuk kemajuan murid dan panitia sendiri.

Disediakan oleh, _______________ (PN. R. NIRMALA) KETUA PANITIA SAINS

22 NOVEMBER 2012

Potrebbero piacerti anche