Sei sulla pagina 1di 4

Iblis Ketua Malaikat?

Iblis Asalnya Malaikat? Kalau ditanya Iblis asalnya siapa kepada orang Islam? Kadang-kadang kita akan dengar ada segelintir orang islam kata MALAIKAT , benar ke kepercayaan ini? Kekeliruan ini bermula daripada mana? Ia bermula berdasarkan kefahaman mereka terhadap kenyataan Surah al-Baqarah ayat 34 yang berbunyi: Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. Berdasarkan ungkapan yang bermaksud: Mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis maka mereka ingat Iblis berasal dari kalangan malaikat. Jawapan: 1) Quran ada 4 jenis Tafsir yang utama iaitu:

1) Quran tafsir Quran 2) Sunnah tafsir Quran 3) Para Sahabat tafsir Quran 4) Ulama tafsir Quran ,

dan kalau kita lihat dalam Surah al-Kahf ayat 50 berbunyi: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. Kenyataan Al Quran di atas dengan jelas menunjukkan Iblis berasal dari golongan jin bukan malaikat.

2) Perbezaan kejadian Iblis serta malaikat. (Surah Ar Rahman ayat 15) Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang tetapi Menurut Imam Ibn Kathir dalam tafsir terkenalnya Tafsir Ibn Kathir, Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam menjelaskan bahawa iblis diciptakan daripada api manakala malaikat daripada Nur (cahaya). Ini berdasarkan hadith Sahih Muslim (no. 2996) yang diriwayatkan daripada Aisyah radiyallahu anha yang berbunyi: Malaikat diciptakan daripada unsur cahaya, sedang iblis diciptakan dari unsur api yang meluap (kepanasannya). Berdasarkan sabdaan Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam, nyatalah perbezaan kejadian iblis serta malaikat. 3) Di antara sifat Iblis ialah melakukan maksiat serta menderhakai Allah Subhanahu Wa Taala. Namun sifat malaikat ialah ketaatan mutlak terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Ini sebagaimana kenyataan surah al-Tahrim ayat 6 yang berbunyi: Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. Jelasnya, para Malaikat mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. Ada sebahagian athar tidak sahih yang diriwayatkan sebahagian kecil ulama salaf bahawa Iblis merupakan pemimpin para malaikat dan termasuk salah seorang penjaga syurga. Sehubungan ini, Imam Ibn Kathir memberi komentar terhadap kenyataan ini dengan berkata: Dalam masaalah ini, terdapat beberapa athar yang diriwayatkan daripada ulama salaf, tetapi kebanyakkannya bersumber daripada Israilliyyat. Sebahagian daripadanya memerlukan kajian lebih lanjut, namun sebahagian lainnya boleh dipastikan pendustaannya. Ini disebabkan ia bercanggah dengan kebenaran yang menjadi panduan kita. Dalam konteks ini Al-Quran dipenuhi dengan pelbagai penceritaan zaman dahulu sehingga tidak diperlukan lagi cerita-cerita yang meragukan. Kisah-kisah Israilliyyat tidak seperti Al-Quran serta hadith. Ini kerana ia tidak terlepas dari menerima perubahan, penambahan serta pengurangan dan bercampur dengan pelbagai anasir yang meragukan. Tukang cerita kisah Israilliyyat tidak memiliki ilmu serta kaedah yang dimiliki umat Muhammad

sallallahu alayhi wa sallam yang berupaya menolak penyelewengan serta pembohongan golongan yang melakukan kebatilan. Mereka berjaya membukukan hadith, mengkritiknya serta memperjelaskan antara hadith yang sahih dengan hadith yang doif, munkar, maudhu, matruk dan makzub. Sehubungan ini mereka mampu mengenal pasti tukang pembuat hadith palsu (maudhu), pendusta, individu yang tidak dikenali serta kedudukan perawi lainnya. Kesemua ini bertujuan memelihara kemuliaan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam sebagai penutup rasul-rasul serta pemimpin umat manusia. Ini supaya tidak wujud sebarang pendustaan yang disandarkan kepada baginda.

Iblis asalnya malaikat yang memberontak sebenarnya adalah ajaran dalam Bible bukan ajaran Quran. 1) Menurut Bible, pada peringkat permulaan Tuhan menciptakan makhluk ghaib yang dinamakan malaikat. Begitu banyak jumlah malaikat sehinggakan kitab Revelation 5:11 menyatakan begini:

Then I looked and heard the voice of many angels, numbering thousands upon thousands, and ten thousand times ten thousand. (NIV) Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa. (LAI) 2) Namun agak malang di mana satu pertiga dari keseluruhan malaikat yang diciptakan ini menderhaka lalu melancarkan pemberontakan terhadap Tuhan. Ia diketuai malaikat bernama Lucifer (Satan). Kitab Isaiah 14:12 menceritakan perkara ini seperti berikut:

O shining star, son of the morning!... For you said to yourself, I will ascend to heaven and set my throne above Gods starsI will climb to the highest and be like the Most High. (NLT) Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar. Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah. Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Maha Tinggi. (LAI) Kitab Revelation 12:4 menyatakan jumlah malaikat yang menyertai Lucifer:

His tail dragged down one-third of the stars, which he threw to the earth. (NLT) Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit lalu melemparkannya ke atas bumi. (LAI) 3) Kesan dari penderhakaan ini, berlaku peperangan besar di langit. Ia antara golongan malaikat yang masih taat yang diketuai Michael (Mikail) dengan golongan malaikat penderhaka yang dipimpin Lucifer (Satan). Namun Lucifer dan pasukannya mengalami kekalahan lantas dihalau dari mendiami langit. Kitab Revelation 12:7-9 menyatakan:

And there was war in heaven. Michael and his angels fought against the dragon, and the dragon and his angels fought back. But he was not strong enough, and they lost their place in heaven. The great dragon was hurled downthat ancient serpent called the devil, or Satan, who leads the whole world astray. He was hurled to the earth, and his angels with him (NIV). Maka timbullah peperangan di sorga. Mikhael dan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya, tetapi mereka tidak dapat bertahan; mereka tidak mendapat tempat lagi di sorga. Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. (LAI)

Wallahua'lam.

Potrebbero piacerti anche