Sei sulla pagina 1di 2

LAPORAN PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA Pada 3 April 2012, pihak sekolah Sek Keb Sungai Lui telah mengagihkan

susu kotak 1Malaysia kepada murid-muridnya setelah menerima bekalan pertama tahun ini sebanyak 384 kotak pada 28 Mac 2012. Sejumlah 71 orang murid telah mendapat susu kotak pada hari tersebut dengan jumlah sekotak seorang. Pemberian susu telah dilakukan pada pukul 11.30 pagi bertempat di kantin sekolah. Taklimat program diberikan oleh Tn Hj Mohd Dzul bin Shukor. Setelah berkumpul pada pukul 11.30 pagi, murid-murid minum bersama-sama setelah bacaan doa dibacakan oleh seorang pengawas sekolah, Mohd Afiq Nur Najwan. Semasa murid-murid minum, pihak sekolah telah mengambil beberapa keping gambar untuk tujuan pendokumentasian. Program ini juga diselia oleh GPK HEM sekolah, Hj Mohd Dzul bin Shukor, guru kesihatan serta guru bertugas mingguan. Semua murid beredar ke kelas masing-masing setelah menghabiskan susu tersebut pada pukul 11.45 pagi. Kotak-kotak susu yang telah diminum telah dikumpul sebagai bukti pelaksanaan program ini. Namun, pihak sekolah mengalami masalah untuk menyimpan sisa kotakkotak susu tersebut sebelum diambil oleh pembekal.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.. (MOHD ZULHUZNI RAZAK) Guru Kesihatan, SK Sungai Lui, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Potrebbero piacerti anche