Sei sulla pagina 1di 24

ebak_bankai

Program Kesihatan Di Sekolah Pengenalan Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Kumpulan sasar bagi program ini adalah murid-murid yang terdiri daripada : Pra-sekolah Tahun 1 Tahun 6 Tingaktan 3

Tujuan dan Matlamat Program kesihatan ini dirangka oleh kementerian bagi mencapai tujuan berikut: Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas paling optima melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan. Melakukan pengesanan awal terhadap masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya dapat membuat rawatan dan rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas. Menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk sebuah sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan

pembelajaran kesihatan yang berkesan. Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul. Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran dan menjayakan sebarang kempen kesihatan.

ebak_bankai

Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.

Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasionalrasional berikut : Mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah. Dapat mengawal penyakit bawaan vektor. Memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin sekolah. Memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah. Terdapat 6 Teras Utama dalam melaksanakan Program Kesihatan ini. Keenam-enam teras ini merupakan satu kaedah pendekatan pihak kementerian untuk menjayakan program ini. 1. Polisi Kesihatan Sekolah 2. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat 3. Persekitaran sosial sekolah yang selamat 4. Penglibatan komuniti 5. Emahiran kesihatan diri 6. Perkhidmatan kesihatan sekolah

Di samping 6 Teras Utama di atas, pihak kementerian menerusi program ini turut mengambil kira beberapa kriteria berikut bagi menjayakan program ini dan agar program ini sesuai dengan persekitaran dan iklim sekolah tersebut: Kurikulum Sekolah Keadaan Fizikal dan sosial sekolah Perkhidmatan kesihatan sekolah Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan. Sebarang program sekolah sihat, yang seharusnya dapat meningkatkan pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah.

ebak_bankai

Dasar Sekolah Dasar sekolah merujuk kepada polisi sesebuah sekolah itu dalam melaksanakan sesuatu piagam. Hal ini termasuklah kesihatan murid. Berikut merupakan dasar sekolah berkenaan kesihatan murid. Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti : Pemeriksaan Gigi dan Mata Pemeriksaan Kesihatan Program RMT Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan Ceramah dan Kempen Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga. Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik. Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan. Kepentingan Program Kesihatan Sekolah Mempergunakan model kesihatan untuk memperkembangkan individu dari segi JERIS. Menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan kanak-kanak. Memberi penekanan kepada pentingnya aspek persekitaran fizikal kepada kesihatan. Mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah untuk membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Membentuk hubungan antara sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan.

ebak_bankai

Memberi penekanan kepada kepentingan penglibatan pelajar secara aktif dalam kurikulum. Membentuk keseimbangan antara pendidikan dan kesihatan. Membentuk persekitaran kerja yang positif dalam kalangan warga sekolah. Memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk bekerjasama.

ebak_bankai

Program Kesihatan Mulut Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat penting. Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan gigi. Program sedemikian bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi kesihatan mulut yang tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini kerana, masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil. Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar muridmurid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.

Figure 1 Rawatan pergigian kepada murid sekolah

ebak_bankai

Figure 2 Penerangan langkah penjagaan gigi

Perkhidmatan ini dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah. Klinik-klinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolah-sekolah khas. Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi atau ingin mencabut gigi mereka. perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah rendah. Selain itu, perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada muridmurid sekolah termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Biasanya mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian sementara akan diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan menggunakan peralatan mudah alih. Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru kesihatan setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terkecuali daripada menjaga gigi dan mulut mereka. tambahan lagi, rawatan pergigian ini juga dijalankan melalui Klinik Pergigian Bergerak. Klinik ini merupakan sebuah kenderaan yang diubahsuai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah yang mempunyai ruang terhad. Klinik bergerak ini memudahkan

ebak_bankai

sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang terhad memberi perkhidmatan pergigian. Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak ada sekolah yang tidak diberikan rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanakkanak memiliki gigi yang cantik serta mempunyai gigi yang cantik dan bersih ketika mencecah usia dewasa kelak.

Figure 3 Klinik Pergigian Sekolah

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. Di samping itu, semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan. Di samping itu, Program Senyuman Ceria, Masa Depan Gemilang yang

dijalankan oleh Colgate adalah usaha kesihatan membabitkan penjagaan gigi dan mulut dijalankan secara global. Pada tahun 2010, program berkenaan membabitkan 100 peratus sekolah rendah kerajaan di Malaysia iaitu sebanyak 7500 sekolah. Matlamat program ini adalah berkongsi maklumat kepada kanak-kanak dan keluarga mereka

ebak_bankai

yang membabitkan usaha penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di kalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti yang menjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia. Program ini mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik. Tambahan pula, di negara ini, Colgate menyokong program berkenan di sekolah rendah kerajaan sejak 1965. Program terbabit kini meliputi lebih daripada 630 000 kanak-kanak di 7500 sekolah rendah kerajaan di seluruh negara dengan sokongan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Sasaran program adalah kanak-kanak berusia antara enam hingga lapan tahun, di samping memberikan risalah interaktif untuk ibu bapa yang dibawa pulang oleh kanak-kanak berkenaan. Oleh itu, program ini dapat disampaikan terus ke rumah bagi memudahkan mereka mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul. Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak. Penjagaan gigi tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan belajar untuk menjaga gigi mereka terutama apabila mengetahui manfaatnya untuk jangka panjang. Program ini juga menjadi sumber pengetahuan untuk ibu bapa termasuk ibu bapa muda yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul. Akhir sekali, program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi yang cantik dan senyuman yang cerai.

ebak_bankai

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Hal ini bermaksud RMT adalah untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut. Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid sekolah rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan per kapita RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah di bawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.

Figure 4 Rancangan Makanan Tambahan

ebak_bankai

Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak RM247 juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini berlaku kerana, pada mulanya RMT ini akan dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun, terdapat pelbagai masalah berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak telah tercicir daripada senarai menerima bantuan. Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan mengikut Sistem Maklumat Murid yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang layak menerima bantuan. Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatam mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan.

Figure 5 Murid-murid menerima RMT

ebak_bankai

Objektif RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Tambahan lagi, untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung. Di samping itu, juga bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Akhir sekali, RMT berobjektifkan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT. Kesimpulannya, RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga dapat memberikan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan sekolah akan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosial dan intelek atau JERIS.

ebak_bankai

Program Susu Sekolah Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio-ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri. Program ini mengandungi dua skim iaitu Skim Susu Bayaran. Skim ini melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. Skim kedua adalah Skim Susu Percuma. Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

Figure 6 Program minum susu di sekolah

ebak_bankai

Objektif program ini adalah meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, program ini juga membekalkan susu kepada muridmurid terpilih daripada golongan taraf sosio-ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma. Tambahan pula, meningkatkan perancangan, pelaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia. Di samping itu, program ini juga berobjektif bagi mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek

pelajaran. Akhir sekali, program ini meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu. Walau bagaimanapun, pernah terjadi satu kekangan sehinggakan program PSS ini dibekukan. Hal ini kerana berhubung dengan kes keracunan ratusan murid di seluruh negara yang membawa pembekuan PSS pada tahun 2008. Namun demikian, setelah dibuat mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan akhirnya PSS dimulakan semua. Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri juga telah melancarkan Program Susu Sekolah 1Malaysia. Tujuan program ini sebagai usaha melahirkan generasi muda yang sihat dan cerdas. Program ini melibatkan semua murid di sekolah rendah. Menurut Perdana Menteri, program ini merupakan cita-cita bagi generasi baru Malaysia yang lebih besar tubuh badan dan cergas otak. Peruntukan untuk program ini adalah sama dengan peruntukan dengan PSS namun peruntukan ini akan ditambah dari semasa ke semasa agar semua murid sekolah rendah terlibat.

Figure 7 Program Susu Sekolah 1Malaysia

ebak_bankai

PROSTAR AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2004 sebanyak 64,439 kes HIV dilaporkan di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenal pasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah. Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada merebaknya HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai

pengalaman melakukan seks bebas, 14% menyalahgunakan dadah. Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas, 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah dan 31% pula merokok. Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan. PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja. Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan

ebak_bankai

penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama. PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain. Sekolah perlu mengadakan kelab ini bagi membendung gejala sosial daripada berleluasa. Hal ini kerana, murid-murid masa kini perlu dididik, dibimbing dan didorong ke arah remaja bermaklumat, berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam menghadapi masalah sosial yang melanda remaja. Dengan adanya PRS yang juga merupakan rakan sebaya kepada murid-murid yang bermasalah ini mereka akan mudah didekati melalui teman. Perkongsian masalah dengan rakan mungkin dapat membantu murid-murid tersebut meninggalkan gejala negatif tersebut. PROSTAR ditubuhkan dengan beberapa objektif khusus dan jelas. Ini penting untuk menjamin PROSTAR sentiasa bergerak di atas satu landasan dan satu matlamat untuk melahirkan satu generasi yang sihat dan produktif. Objektif PROSTAR adalah meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya. Selain itu, menyemai sikap positif di kalangan

remaja agar prihatin akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja masa ini. Tambahan lagi, menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari tingkah laku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV. Di samping itu, membentuk golongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS serta melahirkan golongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja. Sehubungan dengan itu, bagi mencapai objektif program, pelbagai kaedah telah digunakan seperti pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi. Kerjasama ini melibatkan hubungan dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk badan

ebak_bankai

korporat, badan profesional dan lain-lain dalam melaksanakan program PROSTAR ini. Selain itu, pendekatan komunikasi secara intensif juga digunakan melalui komunikasi interpersonal dan bantuan media massa yang bersesuaian di setiap peringkat. Contohnya promosi menggunakan media massa bagi menyebarkan maklumat secara meluas. Seterusnya, latihan PROSTAR adalah remaja akan menjalani latihan secara intensif menggunakan modul latihan khas mengikut kumpulan sasar. Latihan PROSTAR ini dijalankan di peringkat sekolah, daerah dan negeri serta diawasi oleh Pegawai AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri. Terdapat empat manual latihan telah dihasilkan iaitu sebagai fasilitator, untuk remaja, untuk sekolah dan sebagai remaja harapan. Di samping itu, kaedah penyampaian PROSTAR juga melalui kelab PROSTAR. Kelab ini ditubuhkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian seluruh Malaysia di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Selain itu, pengurusan kelab ini pula dikendalikan oleh ahli jawatankuasa yang di pilih menerusi mesyuarat agung. Kelab ini akan menguruskan pendaftaran, merancang dan melaksanakan aktiviti. Seterusnya, kelab ini merupakan satu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahli-ahli PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan HIV/AIDS. Aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab PROSTAR termasuklah aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang. Selain itu, sesi kaunseling remaja dan latihan PRS PROSTAR. Seterusnya, menerbitkan dan mengedarkan newsletter. PROSTAR juga membuat promosi di Laman Web PROSTAR, kedai PROSTAR seperti salun, keropok dan cenderahati.

ebak_bankai

Figure 8 Aktiviti PROSTAR

Oleh itu, konvensyen PROSTAR diadakan dengan hasrat untuk memberikan peluang dan ruang kepada ahli-ahli PROSTAR untuk bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman. Konvensyen ini diadakan setiap tahun dan aktiviti yang dilakukan adalah meningkatkan pengetahuan, motivasi dan minat PRS agar terus aktif dalam kelab ini. Kesimpulannya, setiap sekolah perlu mempunyai kelab PROSTAR kerana program ini sesuai untuk membentuk sahsiah dan moral murid-murid. PROSTAR dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan dengan sokongan serta kerjasama agensiagensi berkaitan dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja Malaysia. Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dengan pelbagai rangkaian atau cawangan di seluruh Malaysia. Semua remaja Malaysia layak untuk menyertai kelab ini.

ebak_bankai

Program ADHOC Pengenalan dan Konsep program ADHOC Program Ad-Hoc ialah program sementara yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk tujuan sementara sahaja. Program ini pada kebiasaannya diadakan secara tiba-tiba mengikut isu/ keadaan semasa terutamanya yang melibatkan sekolah. Secara umumnya, program ADHOC ini boleh dilaksanakan sekali gus dengan program yang telah dirancang atau aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam takwim sekolah. ADHOC juga digunakan untuk menggambarkan jenis tertentu jawatankuasa yang dilantik. Jawatankuasa yang ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk berurusan dengan isu tertentu dan jawatankuasa ini akan dibubarkan setelah masalah atau isu telah di atasi atau diselesaikan. Jawatankuasa bertindak ini akan memberikan tindakan sementara untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan menerusi proses biasa dari organisasi milik panitia.

ebak_bankai

Pada kebiasaannya, jawatankuasa ini digunakan secara sementara seperti kawalan sementara isu atau penelaahan terhadap peraturan berdiri atau perlembagaan organisasi tersebut. Organisasi ADHOC mungkin memiliki beberapa kes, tempoh masa yang cukup panjang atau mungkin tidak terhad kewujudannya. Dalam kes seperti ini, sebuah kumpulan kerja awal atau perbincangan dapat memberikan kedudukan yang kekal sebuah organisasi. Sebagai kesimpulannya, program ADHOC merupakan satu program yang diadakan oleh pihak sekolah bagi menangani sebarang isu yang timbul secara tiba-tiba dengan menubuhkan satu pasukan jawatankuasa yang bertanggungjawab sepenuhnya mengatasi isu atau masalah yang timbul.

ebak_bankai

Contoh-contoh pelaksanaan Program ADHOC Program ADHOC Program Mencegah H1N1 Menampal bahan bacaan mengenai H1N1 di setiap kelas Memastikan setiap tandas bersih Menekankan penggunaan sabun antiseptik semasa mencuci tangan Kempen memakai topeng muka Mengelakkan berkongsi barangan seperti tuala, minuman.

Menampal poster-poster yang berkaitan H1N1 merupakan salah satu program ADHOC oleh pihak sekolah.

ebak_bankai

Matlamat dalam sesuatu program ADHOC mengenai sesuatu isu yang melibatkan kesihatan atau keselamatan biasanya adalah seperti berikut: Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang bahaya wabak penyakit yang sedang menular. Memberi pendedahan semua warga tentang cara-cara mencegah wabak

sesuatu penyakit itu daripada merebak. Mengamalkan langkah mencegah penyakit yang merebak daripada berjangkit. Memberi pengetahuan mengenai amalan kebersihan dan kesihatan persekitaran dan impak kepada diri. Memberi pengetahuan tentang aspek kesihatan yang perlu diambil kira semasa bencana alam berlaku seperti banjir, kemarau, tsunami atau musim tengkujuh.

ebak_bankai

PROGRAM 3K Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) . Antara program-program itu ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil

kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan satu kaedah untuk menyebarkan informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah. Program ini juga membawa kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat akan kesihatan. Murid-murid menjadi golongan sasaran kerana generasi ini diharapkan dapat menyebarkan maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya menjadikan amalan yang boleh diteladani oleh semua orang. Melalui program ini juga, murid-murid dan masyarakat setempat ajan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. Komponen kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Antara program yang boleh dilakukan bagi menjayakan amalan ini adalah Program Sekolah Bersih. Program 3K ingin menerapkan amalan kebersihan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat, bersih dan ceria. Keadaan sekolah yang kondusif adalah penting bagi memberikan persekitaran yang baik dan sempurna kepada murid-murid. Sekolah Selamat merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran yang mula dilaksanakan pada tahun 2002. Tujuannya mewujudkan satu

suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada murid-murid agar murid dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran.. Oleh itu, program ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Murid-murid akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah. Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.

ebak_bankai

Selain itu, gaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan gaya hidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang konsisten, kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan bahan bagi meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, Kempen Cara Hidup Sihat boleh dilakukan. Pelbagai program boleh dilakukan sepanjang ini dijalankan. Aspek keselamatan sangat penting bagi setiap sekolah dan perkara ini perlu ditekankan oleh pihak pengurusan sekolah. Sekolah Selamat membawa bermaksud persekitaran sekolah yang tidak membahayakan semua warga sekolah. Konsep selamat ialah dari semua aspek seperti kawasan sekolah yang mesra pengguna, kawalan lalu lintas yang baik, bebas dari denggi dan makanan yang selamat,

infrastruktur yang lengkap dan tidak membahayakan serta sikap keprihatinan setiap warga tentang aspek-aspek keselamatan. Ia amat penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan, sesuai dengan matlamat negara iaitu murid belajar dalam suasana yang penuh kondusif. Sekolah Selamat merupakan jaminan bagi membentuk insan seimbang dan harmonis sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuan program 3K ini dilaksanakan adalah bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif" melalui amalan gaya Hidup sihat. Di samping itu, bertujuan

memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kepada murid-murid serta masyarakat di sekitar . Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek 3K ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

ebak_bankai

3K merupakan satu program kesihatan yang merangkumi aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan untuk semua warga sekolah dan komuniti sekitar demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab murid-murid, guru dan seterusnya ibu bapa murid mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah, kempen menderma darah dan pameran kepada murid-murid dan masyarakat setempat akan dapat memupuk perasaan cintakan kebersihan serta melahirkan tanggungjawab mengenai peranan sebagai warganegara demi membantu mereka memerlukan bantuan darah, pertolongan cemas dan sebagainya. Antara objektif program 3K ini adalah bagi meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Selain itu, satu usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah. Program ini juga melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama. Seterusnya, meningkatkan

pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan dan kesihatan dengan menerapkan kepada murid-murid dan komuniti setempat untuk menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan murid dan komuniti walau d mana mereka

berada. Oleh itu, murid-murid akan dapat belajar dalam keadaan bersih, sihat dan selamat ketika berada di sekolah melalui program ini. . .

Potrebbero piacerti anche