Sei sulla pagina 1di 1

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir mesti ditulis dalam perancangan RPH sebelum menulis isi pelajaran. Penulisan ini mesti disokong dengan aktiviti pengajaran pembelajaran. Kebanyakan pelajar hanya menulis untuk mengisi ruangan catatan supaya tidak kelihatan kosong tanpa melihat kesesuaiannya dengan aktiviti. Antara bahan yang boleh ditulis dalam Kemahiran Berfikir ialah:

membanding dan membeza membuat klasifikasi/ kategori meneliti sebahagian dan keseluruhan membuat sekuen membuat ramalan menyusul periksa andaian membuat inferen mengesahkan sumber maklumat menjana idea mencipta metafora membuat keputusan menyelesaikan masalah

Posted by Mohd Ali bin Jemali at 2:02 PM 0 comments Labels: kemahiran berfikir

NILAI - NILAI MURNI


Penulisan nilai murni kadangkala kurang penghayatan oleh pelajar. Ini boleh dilihat sekiranya terdapat 2-3 item dalam penulisan nilai-nilai murni seolah-olah penulisannya berdasarkan paksaan institut bukannya kerelaan menulisnya. Tambahan pula dalam pengajaran selama 2 masa, sepatutnya banyak nilai murni yang boleh diterapkan kepada murid. Terdapat beberapa nilai-nilai murni yang boleh dimasukkan dalam ruangan nilai murni pada RPH. Antaranya: 1. Baik hati 2. Berdikari 3. Hemah tinggi 4. Hormat 5. Kasih sayang 6. Keadilan 7. Kebebasan 8. Keberanian 9. Kebersihan fizikal 10. Kebersihan mental 11. Kejujuran 12. Kerajinan 13. Kesederhanaan 14. Kesyukuran 15. Rasional 16. Semangat bermasyarakat

Potrebbero piacerti anche