Sei sulla pagina 1di 5

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Cermin tingkap (nako) banyak digunakan secara meluas di negara ini dan juga rantau seluruh dunia. Sifat cermin tingkap ini yang lutsinar dan tahan kakis daripada cahaya matahari atau sinar radiasi ultralembayung menyebabkan ia menjadi pilihan untuk dijadikan cermin tingkap. Namun begitu kelemahan ketara pada cermin tingkap ialah ia agak rapuh dan tidak tahan lasak. Oleh yang demikian cadangan terhadap penggunaan komposit bergentian kaca (fiberglass) untuk mengantikan cermin tingkap (nako) di gunakan untuk mengatasi masalah ini. Selain sifatnya yang lebih kuat ia juga lebih ringan dan mudah di bentuk dibandingkan dengan kaca biasa (Muhammad,2010). Komposit bergentian kaca merupakan hasil daripada dua gabungan bahan utama polimer dan seramik (kaca). Plastik merupakan bahan yang tidak dapat menahan sinar ultralembayung berlebihan hasil daripada cahaya matahari. Ketahanan komposit bergentian kaca ini akan menurun dengan faktor masa dan kesan persekitaraan di mana

ia akan mengalami kerapuhan dan kepudaran warna dalam suatu tempoh tertentu. Oleh yang demikian lapisan atau salutan di perlukan bagi menahan kesan ultralembayung tersebut, iaitu titanium dioksida atau titania. Pada masa kini teknik sol-gel, dengan menyediakan adunan daripada bahan bukan organik dan bahan organik seperti TiO2 mampu meningkatkan fungsi pelindung ultralembayung. Bahan pelindung salutan daripada ultralembayung ini terdiri daripada bahan organik dan bahan bukan organik yang mampu menyerap haba pada gelombang dibawah =400nm. Bahan pelindung ultralembayung ini banyak di gunakan pada polimer,kayu dan bahan yang bersalut untuk meminimumkan cahaya ultralembayung dari masuk ke dalam rumah (Mahltig et al.,2005). Penggunaan bahan TiO2 dan ZnO banyak digunakan secara meluas disebabkan ianya mempunyai fungsi yang sama sebagai bahan pencegah sinar ultralembayung . Sebatian ini boleh diendapkan sebagai lapisan oksida tulen yang mana ia menukar dari fasa cecair kepada fasa gas serta mampu menyerap tenaga yang banyak dari cahaya ultralembayung, sekaligus ia mampu mengurangkan penyerapan haba yang banyak (Egap/TiO2=3.0 eV; Egap/ZnO=3.2 eV). Selain daripada itu, penggunaan titania memberikan ciri-ciri pelbagai fungsi seperti agen pembersihan sendiri pada permukaan, pelindung ultralembayung serta anti bacteria (Ibrahim et al., 2010). Oleh yang demikian, dalam kajian ini salutan titania akan dikenakan ke atas permukaan komposit bergentian kaca yang akan dihasilkan. Seterusnya, komposit yang disalut dengan lapisan titania akan dikenakan cahaya matahari. Rajah 1.1 menunjukkan kesan sinar ultralembayung (cahaya matahari) yang mungkin akan berlaku pada komposit sama ada dengan atau tanpa salutan titania. Ujian mekanikal seperti ujian tegangan, kekerasan dan lenturan akan dijalankan setelah komposit kaca bersalut titania dibiarkan di bawah cahaya matahari. Untuk perbandingan, ujian mekanikal yang sama turut dilalukan ke atas komposit tanpa salutan dan tanpa pengaruh cahaya matahari.

ultralembayung

salutan titania komposit bergentian kaca (a) tanpa salutan titania titania (b) dengan salutan titania

Rajah 1.1 : Kesan sinar ultralembayung pada permukaan (a) tanpa dan (b)dengan salutan titania

1.2 Penyataan masalah

Cermin tingkap nako banyak digunakan di negara ini terutamanya rumah kos rendah. Namun begitu penggunaan cermin pada tingkap nako ini memberi banyak kelemahan kerana ia tidak mempunyai daya tahan lasak yang tinggi. Mengikut pada kajian sebelum ini, kegunaan komposit gentian kaca adalah di cadangkan sebagai menganti cermin kaca kerana bahan ini mempunyai daya tahan lasak dan mempunyai kekuatan yang lebih baik dari cermin kaca. Penggunaan tiga lapisan CSM (Chopped Strant Mat) adalah memadai kerana bahan ini mempunyai tahap kekerasan lebih 2.2 kali ganda berbanding kaca biasa. Melalui ujian kekerasan yang di jalankan sebelum ini menunjukkan nilai kekerasan untuk kaca ialah 38.44 HS (Shore Durometer) dan bagi 3 lapisan CSM menunjukkan 83.066 HS (Muhammad, 2010 ). Komposit gentian kaca merupakan bahan campuran antara kaca dan plastik. Oleh yang demikian, cadangan penggunaan komposit gentian kaca sebagai bahan yang

akan mengantikan cermin tingkap, menyebabkan bahan komposit ini akan terdedah kepada sinar ultralembayung yang lampau. Dengan itu, ini akan menyebakan komposit gentian kaca memgalami penurunan prestasinya.

1.3 Kepentingan Kajian

Pada kajian sebelum ini bahan yang paling sesuai untuk mengantikan cermin nako ialah komposit gentian kaca dengan 3 lapisan CSM, kerana ia mempunyai tahap kekuatan yang lebih kuat dan lasak. Namun begitu di sebabkan aplikasinya di gunakan sebagai mengantikan cermin tingkap dan terdedah kepada cahaya matahari serta unsur persekitaran, menjadikan ia memerlukan bahan pelindung untuk menahan segala unsur ini (Muhammad ,2010). Oleh yang demikian titania menjadi bahan ujikaji untuk disalutkan pada komposit gentian kaca ini sebagai bahan pelindung. Melalui kajian ini beberapa perkara hasus dikaji untuk mendapatkan salutan yang baik dan memastikan titania itu sendiri berjaya berfungsi dengan baik sebagai bahan pelindung. Teknik lapisan yang sesuai juga akan dikaji untuk mendapatkan cara salutan yang paling sesuai pada permukaan komposit gentian kaca. Untuk mendapatkan keputusan pada kajian ini, beberapa ujian juga harus dijalankan untuk mengetahui sifat mekanikal dan ujian terhadap permukaan salutan melalui pemerhatian mikrostruktur.

1.4 Objektif

i.

Mengkaji kaedah salutan titanium oksida ke atas permukaan komposit bergentian kaca

ii.

Membuat perbandingan sifat mekanikal komposit bergentian kaca salutan dan tanpa salutan dengan titanium oksida selepas dibiarkan pada cahaya matahari dalam tempoh masa tertentu.

1.5 Skop Kajian

i.

Menyediakan komposit bergentian kaca dengan tiga lapisan CSM (Chopped Strand Mat).

ii.

Menyediakan larutan ampaian titanium dioksida yang bersesuaian supaya menghasilkan lekatan yang kuat ke atas permukaan komposit.

iii. iv.

Menggunakan kaedah yang bersesuaian untuk proses penyalutan. Menjalankan kajian dan perbandingan sifat mekanikal terhadap komposit bergentian kaca salutan dan tanpa salutan dengan titanium dioksida selepas dibiarkan pada cahaya matahari dalam tempoh masa tertentu.

v.

Menjalankan analisa mikrostruktur terhadap komposit bergentian kaca salutan dan tanpa salutan titanium dioksida .

1.6 Jangkaan Keputusan

Berkemungkinan titania berjaya berfungsi dengan baik untuk menahan cahaya ultralembayung pada permukaan komposit bergentian kaca.

Potrebbero piacerti anche